Anda di halaman 1dari 5

Asalammualaikum dan salam satu Malaysia

Pada pandangan saya, penggunaan OHP dan Transparensi dalam pengajaran guru perlu dimasukkan ke dalam Proforma EDU 3105 (Kursus Teknologi dalam Pengajaran). Hal ini kerana, sebagai bakal guru, pendedahan mengenai alat OHP dan Transparensi amat diperlukan. Lebih-lebih lagi, alat ini merupakan alat bantu mengajar yang paling terkenal digunakan sewaktu zaman persekolahan saya dahulu. Alat ini sebenarnya memiliki banyak kelebihan, cuma kadar masa penggunaannya terlalu terhad disebabkan ia cepat panas. Pendedahan kepada

penggunaan alatan berteknologi usang dan canggih perlulah diseimbangkan supaya bakal guru cakna dengan kesemua peralatan yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lebih-lebih lagi, kini terdapat sekolah-sekolah pedalaman yang masih lagi menggunakan peralatan berteknologi usang ini dek kerana kurang berkemampuan utk membeli peralatan bantu mengajar yang lebih canggih. Deangan adanya pendedahan tentang penggunaan OHP dan Transparensi dalam pengajaran sekurang-kurangnya bakal guru tahu dan mahir untuk menggunakannya kelak. Semasa (PBS), saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah mendapati masih terdapat sekolah yang

menggunakannya dalam pegajaran terutamanya di luar bandar. Contoh sekolah yang menggunakkan OHP dan Transparensi ialah SK Mohimboyon, Ranau, Sabah. Jika ia tidak dimasukkan ke dalam Proforma EDU 3105, guru akan menghadapi masalah tidak mahir menggunakkan OHP dan Transparensi jika mengajar di kawasan luar bandar. Hal ini disebabkan oleh sesetengah sekolah di luar bandar menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu memiliki alatalat teknologi baharu. Oleh itu, pelajar IPGK perlu menguasai kemahiran penggunaan OHP agar dapat menangani situasi yang berlainan. Namun demikian, cadangan saya adalah pensyarah memperuntukkan penggunaan OHP masa dan yang masa pendek yang untuk pengajaran perlu

lebih

panjang

diperuntukkan dalam pengajaran penggunaan alat-alat teknologi canggih.Oleh itu, dengan adanya ilmu tentang penggunaan OHP dan Transparensi ini, tidak jadi masalah kepada guru pelatih untuk menyesuaikan diri sekiranya mereka ditempatkan di sekolah seperti itu. Walaubagaimanapun, memang tidak dapat dinafikan

bahawa penggunaan teknolog baru seperti alat-alat IPOD telah menjadi semakin popular pada era penggunaan teknologi canggih masa kini. Penggunaan alat-alat IPOD memang mendatangkan banyak faedah sekiranya dibandingkan dengan penggunaan OHP

dan Transparensi. Contohnya, menjimatkan masa iaitu jika seseorang guru ingin mengajar cerita kepada murid-murid, beliau hanya perlu mendapatkan gambar-gambar dari internet daripada membazir masa untuk melukis pada Transparensi. Alat-alat IPOD yang ringan dan kecil saiznya mudah dibawa ke mana-mana, tetapi mesin OHP yang berat dan besar saiznya susah untuk dialih dari satu tempat ke tempat lain sesuka hati. Oleh itu, adalah kewajaran juga guru pelatih didedahkan dengan penggunaan alat-alat IPOD supaya tidak ketinggalan zaman. Oleh yang demikian, Saya mencadangkan bahawa setiap guru pelatih di IPGK perlu mengikuti kursus untuk didedahkan tentang penggunaan teknologi baharu, malah pertandingan yang melibatkan penggunaan alat teknologi juga perlu diadakan di IPG supaya guru pelatih dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Pertandingan seperti reka cipta video atau pakej pembelajaran dengan menggunakan perisian komputer juga dapat menjana kreativiti dan mencungkil bakat guru pelatih. Selain itu, saya mencadangkan bahawa kemudahan teknologi canggih seperti komputer riba dan alat-alat IPOD perlu disediakan dan ditingkatkan kualitinya agar pelajar di IPGK mempunyai kemudahan yang lengkap dalam mempelajari penggunaan alatalat tersebut

Penggunaan

IPOD

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran sememangnya banyak mendatangkan kebaikan kepada guru pelatih IPGK. Teknologi moden ini mampu membuatkan kita layak untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelajar-pelajar universiti seluruh dunia. Sehubungan itu, teknologi IPOD juga sangat canggih dan banyak mendatangkan kesenangan kepada guru pelatih. Ia dapat membantu kita mencari maklumat dengan pantas dan membantu kita dengan cepat dalam proses penyelesaian tugasan.

Penggunaan teknologi IPOD juga dapat melahirkan guru pelatih di IPGK untuk menjadi celik teknologi. Pengunaan teknologi IPOD sememangnya wajar didedahkan kepada guru pelatih IPGK kerana ia sangat membawa kebaikan berbanding keburukan. Saya mencadangkan teknologi IPOD ini dimasukkan dalam Proforma 3105 supaya kita semua didedahkan dengan lebih mendalam tentang cara penggunaan teknologi ini supaya ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Akhir kata, bakal guru harus mempunyai pelbagai kemahiran bagi menangani cabaran yang kian meningkat dalam bidang perguruan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai