Anda di halaman 1dari 1

Pengurus,

Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd.


Lot 3, Jalan Pelabur 23/1,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GARDENIA BAKERIES


KL SDN. BHD.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang tuan
bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid-murid dan menambah ilmu pengetahuan secara
lapangan dan tidak formal terhadap pembuatan roti kegemaran dan pilihan rakyat Malaysia.

3. Berikut adalah maklumat mengenai lawatan kami:

Tarikh : 2 Februari 2024


Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi
Bilangan Anggota Rombongan : 40 orang (35 orang murid dan 5 orang guru)

4. Kami berharap permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan. Kerjasama dan jasa baik
dari pihak tuan amat kami hargai. Cikgu Normasyitah Jauhari (019-3828182).

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai