Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL
Bilangan Jurnal : 3
Minggu Praktikum : Ketiga
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 10 Jan 2014 - 14 Jan 2014
Tajuk Jurnal : Tak Kenal Maka Tak Tahu


1. Masalah /Peristiwa:

Masalah yang ingin saya fokuskan pada minggu ini adalah masalah untuk mengingat
nama murid-murid saya. Walaupun, saya menjalankan aktiviti dengan kelas-kelas yang
saya mengajar saya masih sukar untuk mengingat nama-nama murid saya terutama
sekali murid perempuan. Hal ini menimbulkan masalah kepada saya untuk
berkomunikasi semasa pengajaran, akan tetapi ianya tidak mendatang sebarang
masalah kepada saya dalam mencapai objektif pengajaran saya.
2. Analisis

Berdasarkan analisa dan pengamatan saya masalah ini timbul kerana saiz purata murid
dalam satu kelas adalah seramai 30 orang murid dan lebih. Murid-murid ini juga ada
yang mempunyai nama yang panjang dan terdapat wajah-wajah antara mereka yang
hampir sama dengan pelajar lain. Hal ini mungkin mereka mempunyai kakak atau adik
dari tahun yang lain. Justeru hal ini memberi saya sedikit masalah dalam berkomunikasi
dengan mereka.
Hasil daripada perbandingan yang saya kira masalah ini juga mungkin timbul
disebabkan saya belum serasi bersama mereka ataupun saya masih belum kenal mereka
secara lebih mendalam Saya berpandangan dan merasakan bahawa masalah ini timbul
disebabkan oleh :
1) Saya tidak mempunyai ingatan yang kuat untuk mengingati nama murid dalam
masa yang singkat.
2) Saya masih belum dapat membiasakan diri saya dengan keadaan dan suasana
kelas dan juga murid-murid di dalam kelas yang saya ajar.
3) Saya juga hanya mampu mengingati nama beberapa nama orang murid sahaja
berdasarkan tempat duduk mereka seperti nama ketua kelas.
Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, besar kemungkinan saya sukar
untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan yang lebih teratur
dan sistematik dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya telah berjumpa dan berbincang dengan beberapa individu seperti rakan-rakan dari
praktikum dari sekolah lain dan juga guru lama saya untuk meminta pandangan daripada
mereka. Antara cadangan dan pandangan yang telah dikongsikan oleh mereka ialah :
1) Saya akan berusaha untuk menghafal dan mengingati nama murid-murid dengan
cara kaedah penulisan. Saya akan menyalin nama murid-murid di dalam buku Rekod
Persediaan Mengajar pada bahagian belakang dalam usaha untuk mengingati nama-
nama murid.
2) Saya akan cuba membiasakan diri dengan keadaan dan suasana kelas serta sikap
murid-murid dalam usaha untuk mengingati nama murid-murid.
3) Saya akan merangka pelan kedudukan murid di dalam kelas dengan dilabelkan nama
murid-murid beradasarkan kedudukan mereka.
4) Saya akan menampal pelan kedudukan murid di dalam buku Rekod Persediaan
Mengajar pada bahagian belakang.
4. Tempoh Penyelesaian

Saya meletakkan masa selama tiga minggu bermula pada minggu ketiga praktikum
sehingga minggu kelima. Saya akan berusaha dan cuba melaksanakan apa yang telah
dicadangkan supaya masalah ini dapat saya atasi dengan baik. Sepanjang minggu tersebut
saya akan membuat penilaian dan pemerhatian dan senarai semak jika ada perancangan
yang tidak berapa berkesan untuk diperhatikan semula dan dibuat tindakan susulan.

5. Tindakan Susulan

Sekiranya tempoh masa selama seminggu yang telah diambil masih tidak mampu untuk
saya mengatasi masalah mengingati nama murid-murid, maka saya akan berusaha dan
mencuba untuk mencari suatu masa yang berkualiti untuk menghafal nama murid-murid
berserta gambaran kedudukan dan wajah mereka.
Saya berharap, saya mampu untuk melakukan yang terbaik bagi menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang boleh diterima oleh kedua-
dua pihak dalam keadaan yang menarik iaitu pihak guru (saya sendiri) dan juga pihak
pelajar




INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH
6. Kesimpulan

Mengingat nama seseorang merupakan satu perkara penting dalam kehidupan. Ia
melibatkan faktor komunikas. Dalam pdp juga seseorang guru itu perlu mengingat setiap
nama murid-muridnya. Maka murid akan sentiasa bersedia untuk sebarang kebarangkalian
namanya dipanggil guru. Jadi tidak akan ada murid yang tidak menumpukan perhatian
kerana apabila diajukan soalan dan ditujukan terus kepada murid-mrid tertentu, mereka
sudah bersedia dengan jawapannya.
Selain itu, apabila guru dapat mengingati nama murid itu, ia akan menjadi suatu
penghargaan secara tersirat dalam diri murid. Mereka akan berasa senang kerana
kewujudan mereka dirasai dan sentiasa diperhati. Maka lebih mudahlah guru untuk
mendekati murid sekali gus dapat mengetahui permasalahan yang dihadapi murid lalu
mencari dan berusaha sekadar termampu untuk membantu murid menyelesaikan dan
meringankan bebanan murid sama ada dalam hal persekolahan mereka mahupun di luar
waktu persekolahan mereka.

7. Hasil Tindakan









Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................

Anda mungkin juga menyukai