Anda di halaman 1dari 7

1.0 PENGENALAN Mengikut Kamus Inggeris-Melayu (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.

Maka pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Sebagaimana yang telah kita ketahui, manusia menggunakan organ deria mereka untuk memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terdapat di persekitaran mereka. Organ-organ deria manusia digunakan untuk memilih

rangsangan-rangsangan yang sesuai daripada persekitaran, kemudian diproses dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna dan seterusnya akan diamalkan dalam suatu situasi yang sepadan. Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam proses pembelajaran bolehlah diperlihatkan sebagai perubahan tingkah laku manusia. Sesetengah-sesetengah ahli psikologi, misalnya tokoh-tokoh mazhab behavoris seperti Parlov, Thordike dan Skinner menghuraikan perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimuli (rangsangan) dengan tindak balas organisma. Melalui proses pembelajaran berlandaskan pelaziman, sesuatu perhubungan yang baru akan dibentuk daripada menghubungkaitkan stimuli dengan tindak balasnya, dan akibatnya membawa perubahan tingkah laku organisma yang berkenaan. Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, iaitu sesuatu pennggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Secara tuntas, pengajaran hanya bermakna apabila wujudnya pembelajaran. Pengajaran mempunyai erti perkataan pencapaian atau tugasan. Pembelajaran pula merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran mempengaruhi setiap perubahan tingkah laku manusia.

2.0 KONSEP PEMBELAJARAN SECARA KELAS (TRADISIONAL) Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Proses pengajaran juga dikenali sebagai pedagogi dalam istilah pendidikan, iaitu merujuk kepada kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran. Oleh itu, proses P&P perlu diberi sentuhan yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isi pelajaran yang disampaikan memberi input maksimum terhadap kefahaman mereka. Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran-pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Keadaan di mana para pelajar tidak memberi tumpuan dalam peroses P&P adalah wujudnya pertentangan minat mereka disebabkan kebergantungan guru sepenuhnya terhadap kurikulum yang telah ditentukan untuk diajar kepada para pelajar diperingkat-peringkat tertentu sehingga usaha para guru tertumpu kepada menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan proses pengajaran yang sepatutnya (Atan Long, 1982). Justeru, proses pengajaran memerlukan persediaan yang mantap oleh seorang pendidik sebelum terlibat secara langsung dalam proses P&P di sekolah. Menurut Zawawi Hj. Ahmad (1992) pengajaran seorang guru bukanlah sematamata dengan hanya menyampaikan kandungan pelajaran yang dikuasainya itu kepada muridnya. Hal ini kerana, sekiranya seorang guru hanya berbuat demikian maka langkah tersebut belum lagi menjamin prestasi pengajaran yang tinggi. Dalam pada itu, konsep pengajaran guru dan pembelajaran murid menurut beliau lagi merupakan konsep menggunakan pendekatan yang positif bagi menggerakkan motivasi dalaman murid disamping menyampaikan isi pelajaran yang dikuasai oleh seorang guru. Konsep ini juga sebagai suatu usaha bagi menimbulkan rasa perlu murid untuk mengikuti pelajaran dan mereka akan berasa rugi sekiranya tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan.

3.0 KONSEP PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Idea asal konstruktivisme berasal daripada teori Perkembangan Kognitif Piaget danteori Zon Perkembangan Prokimal (ZPD) Vygotsky (1896-1934). Oleh

yangdemikian, konstruktivisme boleh didefinisikan sebagai pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanyamenerima pengetahuan daripada orang lain. (Mok Song Sang, 2008) Ini bermakna murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,

mengaplikasikannyakepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud.Terdapat beberapa andaian yang dibuat oleh Von Glaserfeld. Pertama adalah, ilmu pengetahuan dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri. Kedua, tujuanmembentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya. Terakhir adalah, proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu. (Mok Song Sang, 2008) Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih ( Nik Azis Nik Pa, 1999 )

4.0 PERBANDINGAN PEMBELAJARAN SECARA KELAS DAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 4.1 PERBANDINGAN SECARA KONSEP Terdapat banyak perbezaan antara pembelajaran secara konstruktivisme dan tradisonal yang telah memberi dikenalpasti. maksud Secara konsepnya, pembelajaran secara dan

konstruktivisme

pelajar

membina

pengetahuan

sendiri

mengaitkan pengetahuan yang baru itu dengan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada. Manakala, pembelajaran secara tradisional pula memperlihatkan Kurikulum diberikan dari bahagian-bahagian menuju keseluruhan dengan menekankan pada keterampilan-keterampilan pembinaan pengetahuan dasar baru pelajar. Konstruktivisme tradisonal menekankan diperlihatkan aspek aspek

manakala

mengembangkan keupayaan pelajar dalam mencungkil dan mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka. 4.2 PERBANDINGAN STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN Konstruktivisme menggunakan strategi berpusatkan murid dan guru, dimana murid-murid dan guru melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, aktiviti berasaskan kumpulan, tekbik sumbang saran, pembelajaran koperatif, perbincangan, penyelesaian masalah dalam aktiviti pengajaranpembelajaran juga membantu pembinaan pengetahuan baru murid-murid. Manakala, pembelajaran secara tradisional guru memberi segala ilmu pengetahuan kepada pelajar, yang bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa-apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Aktiviti yang dilakukan pula hendaklah lebih berasaskan individu di mana pelajar digalakkan untuk memupuk pembelajaran kearah kendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Kaedah inkuiri iaitu penemuan idea baru melalui penerokaan sendiri. Aktiviti pengayaan dan pemulihan juga hendaklah dilakukan supaya potensi pelajar dapat dipertingkat dari masa ke semasa.

4.3 PERBANDINGAN SECARA PRINSIP Secara prinsipnya pula,pembelajaran secara konstruktivisme menekankan bahawa pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan dan juga melalui interaksi antara orang lain. Ini kerana interaksi dan pengaruh sosial membantu dan menyokong pembelajaran dan membawa kepada pemikiran aras tinggi. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding dan pelajar membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka. Pembelajaran yang baru pula bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan sedia ada pelajar. Ini bermaksud pembinaan pengetahuan baru bergantung kepada sejauh mana pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar dan bagaimana mereka mengaitkannya dengan pengetahuan baru. Pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada sehingga pembelajaran baru tercapai dan ianya menjadi lebih bermakna jika terdapatnya konteks tugasan berasaskan alam nyata. Dalam teori ini, guru dan rakanrakan sebaya berperanan sebagai fasilitator iaitu membimbing pelajar membina pengetahuan baru. Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan tugasan autentik juga dapat membantu aplikasi dan pembinaan pengetahuan baru di samping persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan contoh-contoh khusus yang dapat membantu pemahaman pelajar. pembelajaran sendiri. Berbeza dengan pembelajaran secara konstruktivisme yang menekankan aspek pembinaan pengetahuan baru, pembelajaran secar tradisional pula memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari apa yang mereka kehendaki dan ketahui. Ini adalah kerana keinginan untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting daripada pemerolehan fakta. Perasaan pelajar pula dikira sama penting dengan fakta-fakta yang dicari. Penilaian hasil belajar atau pengetahuan pelajar dipandang sebagai bahagian dari pembelajaran, dan biasanya dilakukan pada akhir pelajaran dengan cara testing yang dibuat oleh pelajar. Pembelajaran berlaku dengan baik jika pelajar berasa selamat dan berada dalam persekitaran yang tidak mengancam secara fizikal, emosional, psikologi serta nyaman. Akhir sekali, pelajar bertanggungjawab terhadap

Tuntasnya,

pembelajaran

secara

tradisional

jauh

berbeza

dengan

konstruktivisme kerana pembelajaran ini sangat mengambil kira pembelajaran berlaku sekiranya potensi pelajar dapat dicungkil dan seperti informasi di atas. Konstruktivisme menekankan pembinaan pengetahuan baru berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai