Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi dengan rahmat dan izinnya kami
dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Pendek (KKP) untuk program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan bagi subjek Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran dengan jayanya walaupun terdapat sedikit masalah dan kesulitan
semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada
pensyarah subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran iaitu Encik
Mohamad Yusoff Bin Ahmad yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
kepada kami dan rakan-rakan lain dalam melaksana dan menyiapkan tugasan ini.
Beliau banyak membantu kami dengan memberikan tunjuk ajar dan panduan dalam
persediaan membuat kerja kursus ini.
Sekalung penghargaan juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seangkatan
dari unit Prasekolah semester empat, ambilan Januari 2013 yang turut membantu
dengan memberikan pendapat bernas mereka dan juga kritikan yang kami anggap
sebagai kritikan membina yang sedikit sebanyak membantu kami menyiapkan hasil
tugasan yang baik, lengkap dan berkualiti.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ingin kami tujukan kepada ibu bapa dan
kaum keluarga yang telah banyak memberikan bantuan dan sokongan dari segi
moral dan kewangan untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, semoga segala bantuan dan jasa yang dihulurkan tidak kira
secara langsung atau tidak langsung semasa proses menyiapkan tugasan ini akan
membalas balasan baik dari Tuhan. Kami berharap supaya hasil tugasan ini
memenuhi kehendak tugasan kerja kursus pendek ini.

Anda mungkin juga menyukai