Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan

ini dengan sempurna. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah bimbingan kerana telah menugaskan kami

menyiapkan tugasan yang unik dan amat berguna kepada saya sebagai guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Tugasan yang telah diberikan dapat kami sempurnakan dengan baik walaupun menghadapi sedikit kesukaran dan halangan. Sepanjang tempoh menyempurnakan tugasan yang telah diberikan ini, banyak perkara yang terpaksa saya hadapi termasuklah masalah untuk menyempurnakan tugasan ini. Say terpaksa bertungkus lumus dan bekerja keras untuk menjawab dan melengkapkan tugasan yang bagi saya gak rumit tetapi sangat membantu secara tidak lansung. Untuk menyempurnakan tugasan ini, kami sekumpulan terpaksa membuat perbincangan beberapa kali untuk memahami dan mengenalpasti setiap tugasan yang diberikan supaya tidak terpesong dari apa yang diinginkan. Sebelum memulakan kerja-kerja membuat tugasan, kami telah bahagikan tugasan untuk mencari maklumat yang boleh digunakan dalam membuat tugasan ini. Hal ini kerana tugasan ini mempunyai banyak tugasan-tugasan kecil yang perlu kami siapkan. Apabila bermula kerja-kerja membuat tugasan, saya menhadapi masalah untuk membuat kertas kerja kerana kami jarang membuatnya sebelum ini. Setelah membuat sedikit rujukan, kami berjaya membuat menyempurnakannya dengan baik. Saya juga menghadpi masalah dalam membuat teks ucapan keran terpaksa memastikan setiap apa yang ingin disampaikan dalam teks ucapan tersebut selari dengan format, tema dan atur cari majlis yang telah dirancang dalam tugasan yang telah dibuat dan dirancang. Namun begitu, kami berjaya menyempurnakannya dengan baik dan sempurna.

Secara keseluruhannya, saya dapat simpulkan bahawa, tugasan kerja kursus yang telah diberikan ini sebenarnya memberikan banyak kebaikan secara tidak sedar. Setelah saya menyempurnakan tugasan ini, saya dapat memantapkan kemahiran dalam komunikasi lisan dan juga bertulis. Saya harap segala yang telah dilakukan dan kesalahan yang dibuat dapat diperbetulkan. Sekian terima kasih. OLEH: MUHAMAD TAJUDDIN BIN ABDUL MANAP

Anda mungkin juga menyukai