Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 2

1.0 PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK. 2

1.1 SUSUN ATUR PERKEMBANGAN ADALAH SAMA & KADAR KECEPATAN


PERKEMBANGAN YANG BERBEZA-BEZA. 2

1.2 CORAK PERKEMBANGAN ADALAH BERBEZA-BEZA 3

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK. 3

2.1 GENETIK 3

2.1 PERSEKITARAN 4

3.0 HUBUNGKAIT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DENGAN TEORI


PERKEMBANGAN. 4

3.1 JAY 4

3.2 ELL 5

3.3 DEE 5

PENUTUP 6

RUJUKAN 7

1
PENDAHULUAN

Manusia adalah makhluk yang paling teristimewa dan sempurna di atas muka bumi ini
kerana diberikan bentuk fizikal yang sempurna dan mempunyai fungsi tubuh badan yang
universal berbanding dengan haiwan-haiwan yang mempunyai fungsi yang tersendiri dan
terhad terhadap habitatnya sahaja. Menurut Santrok (2014) setiap manusia akan mengalami
perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal, sosial,
kognitif, dan emosi semenjak lahir sehinggalah memasuki alam kanak-kanak, remaja,
dewasa dan usia tua. Tetapi perubahan dan perkembangan yang berlaku perlulah mengikut
turutan yang betul agar tidak terbantut dan ketinggalan daripada tahap yang sepatutnya.
Oleh itu menurut Gesell (1934) seorang guru perlulah memahami aspek perkembangan
kanak-kanak sejak lahir hingga remaja agar dapat membantu mereka mencapai tahap-tahap
perkembangan mengikut urutan yang terkawal.

1.0 PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

Perkembangan boleh didefinisikan  sebagai perubahan berterusan yang berlaku dalam pola
kelakuan, kebolehan mental dan personaliti seseorang individu hingga matang. Menurut
Atan (2018) dalam Suppiah et al.(2008) menyatakan bahawa perkembangan ialah
perubahan individu yang bersifat kualitatif iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melibatkan sifat berlainan daripada peringkat
yang terlebih dahulu.

Terdapat lapan prinsip asas dalam pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-
kanak, (Faridah et al., 2014; Wong Kiet Wah,2013; Mohd Sharani,2006;Atan,1998).
Walaupun terdapat lapan prinsip asas perkembangan yang berasingan tetapi apabila dikaji,
kesemuanya amat bertaut dan mempengaruhi antara satu sama lain dan prinsip-prinsip
tersebut amat mempengaruhi perkembangan Jay, Ell dan Dee.

1.1 SUSUN ATUR PERKEMBANGAN ADALAH SAMA & KADAR KECEPATAN


PERKEMBANGAN YANG BERBEZA-BEZA.

Kedua-dua prinsip tersebut dapat dilihat berdasarkan senario yang diberikan iaitu Dee
adalah bayi baru lahir dan tidak disebutkan umurnya. Akan tetapi berdasarkan ayat yang
diberikan iaitu “Dee belum boleh berguling atau menunjukkan koordinasi otot seperti bayi
yang seusia dengannya” menunjukkan kadar tumbesaran setiap kanak-kanak adalah
berbeza walaupun susun atur perkembangan adalah serupa bagi semua kanak-kanak.
Terdapat satu julat umur bagi setiap tugas perkembangan untuk berlaku. Walau
bagaimanapun, ianya tidak seragam di dalam diri seseorang individu kanak-kanak. Secara

2
lazimnya kanak-kanak akan duduk, kemudian merangkak dan berjalan. Setiap kanak-kanak
akan melalui fasa tersebut tetapi yang membezakan antara satu kanak-kanak dengan
kanak-kanak yang lain adalah jangka masa.Hal ini dapat disokong melalui pernyataan oleh
Wong Kiet Wah (2016) mengatakan bahawa walaupun corak dan susun atur perkembangan
dalam kalangan kanak-kanak adalah sama, namun kadar penumbuhan dan perkembangan
setiap domain adalah berbeza pada setiap kanak-kanak.

1.2 CORAK PERKEMBANGAN ADALAH BERBEZA-BEZA

Menurut Sigelman (2005) Tidak semua kanak-kanak akan sampai kepada titik
perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama kerana perkembangan hidup
individu dipengaruhi oleh faktor pewarisan dan alam persekitaran yang unik. Perkara ini
dapat dilihat di dalam senario yang diberikan iaitu Sally dan Adam kebiasaannya
mempunyai banyak masa untuk melayan kerenah anak-anaknya kecuali selepas kehadiran
anak yang ketiga. Ini bermakna sebelum kehadiran anak ketiga Jay dan Ell amat diberikan
perhatian, jay diberikan permainan video dan mahir dalam bermain papan luncur manakala
Ell sangat aktif dalam gimnastik,tarian dan lakonan. Jika dianalisi, Sally dan Adam
merupakan keluarga yang berada kerana mampu berikan segala keperluan kepada anak-
anaknya. Dengan perkara tersebut serba sedikit mempengaruhi perkembangan Fizikal,
Kognitif dan Sosioemosi Jay dan Ell. Mereka mampu berfikiran dengan lebih matang
berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka kerana corak perkembangan yang
diberikan sangat berbeza dengan masyarakat di luar sana.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.


2.1 GENETIK

Sigelmen (2015) mengatakan faktor genetik akan menentukan pewarisan jantina, pewarisan
sifat-sifat fizikal, tahap kecedasan personaliti, tret atau sahsiah dan juga penyakit dari ibu
bapa kepada anak-anak. Genetik juga dikenali sebagai baka, di dalam senario dilihat rambut
dan mata Dee lebih cerah dan kulitnya lebih halus daripada abang dan kakanya. Ini adalah
berpunca daripada faktor genetik. Jika ciri-ciri tersebut tidak ada pada ibu bapanya
kemungkinan diwarisi oleh genetic datuk dan neneknya.

3
2.1 PERSEKITARAN

Dilihat daripada senario yang diberikan, fakor persekitaran lebih mempengaruhi


perkembangan Jay, Ell dan Dee. Hal ini kerana dilihat ibu bapa mereka sangat mengambil
perhatian terhadap anak-anaknya dan mampu memenuhi segala keperluan. Malahan
mampu untuk menghantar anak ke kelas lakonan,muzik,tarian dan gimnastik yang diketahui
keluarga yang sederhana tidak akan mampu kerana yuran yang mahal. Mereka juga
sentiasa memikirkan perkara yang terbaik untuk anak-anak mereka. Hal ini nescaya akan
mempengaruhi perkembangan anak-anak mereka kerana sentiasa mendapatkan galakan,
dorongan dan perhatian. Hal ini dapat disokong daripada hadis yang bermaksud kanak-
kanak dilahirkan dengan fitrah(suci), hanya orang tuanya yang menjadikannya Majusi,
Yahudi dan Nasrani” (Mustafa al-Bugha, 2013). Kemudian menurut Munn, 1969 dalam
Wong Kiet Wah et al., 2014 mengatakan persekitaran boleh dinyatakan sebagai kuasa
luaran atau ekstrink yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu.

3.0 HUBUNGKAIT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DENGAN TEORI


PERKEMBANGAN.
3.1 JAY

Jay berusia 9 tahun dan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Tahap
perkembangan fizikal Jay berada pada peringkat ketiga iaitu pertengahan dan akhir kanak-
kanak (7 hingga 11 tahun). Pada tahap tersebut menurut Wong Kiet Wah (2016) kadar
pertumbuhan atau perkembangan dari segi fizikal agak perlahan dengan tahap yang
sebelumnya. Tetapi perkembangan dan perubahan dari aspek kognitif dan sosioemosi
berlaku dengan sangat pesat sekali pada waktu ini seperti yang ditunjukkan di dalam teori
sosioemosi Erik Erikson bagi lingkungan umur 6 hingga 12 tahun pada peringkat keempat
iaitu kecekapan lawan rasa rendah diri. Erik Erikson telah mengatakan pada tahap tersebut
kanak-kanak mempunyai ketekunan yang sangat tinggi dalam mempelajari sesuatu perkara
yang baik dan berfaedah. Oleh itu pujian amat penting untuk diberikan agar terus terpupuk
rasa ketekunan untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Perkara ini boleh dilihat pada Jay
yang sangat mahir dalam bermain papan luncur, kerana pada peringkat awal permainan
pasti seseorang akan selalu terjatuh dan jika tidak diberikan semangat, pasti Jay akan
berputus asa tetapi galakan oleh ibu bapanya dan orang sekelilinglah menyebabkan dia
mahir dalam bermain papan luncur.

Kemudian, Jay mempunyai pemikirannya yang tersendiri, sangat suka ke sekolah


dan sangat bijak. Hal ini kerana, perkembangan kognitif Jay berada pada Peringkat Operasi
4
Konkrit yang di mana kanak-kanak mampu membuat penaakulan logik dan memahami
prinsip kekalan. Menurut Berk (2006) proses kognitif merupakan proses dalaman dan
hasilan minda yang membawa kepada pengetahuan. Oleh kerana itu dapat dilihat kanak-
kanak yang berada pada peringkat ini amat suka ke sekolah kerana mereka dapat
menerokai perkara baharu dan secara tidak langsung perkembangan bahasa akan terus
berkembang kerana berdasarkan teori pemerolehan bahasa interaksionalis menurut
Vygotsky (1986) perkembangan bahasa dapat mencapai tahap optimum jika ia berpeluang
berinteraksi ataupun dibimbing oleh orang dewasa seperti Jay yang suka akan sekolah dan
bijak pasti dia akan selalu berinteraksi dan dibimbing oleh gurunya.

3.2 ELL

Ell berumur 6 tahun dan perkembangan fizikalnya berada pada peringkat awal kanak-kanak
(2 hingga 6 tahun) yang di mana pada tahap tersebut kemahiran motor kasar dan motor
halus berkembang dengan pesat kerana menurut Wong Kiet Wah (2016) kemahiran motor
kasar meningkat dengan cepat semasa peringkat awal kanak-kanak. Oleh itu, amat penting
untuk di asah agar apabila meningkat ke peringkat seterusnya keyakinan pada diri akan
lebih tinggi. Perkara ini dapat dilihat pada Ell yang sangat aktif dalam gimnastik, tarian,
lakonan dan muzik. Perkara tersebut sudah pasti akan meningkatkan kemahiran motor
halus dan kasarnya.

Lagi pula ketika ini, perkembangan sosioemosi Ell berada pada peringkat ketiga iaitu
insiatif lawan rasa bersalah yang menjadikan kanak-kanak mempunyai naluri yang kuat
untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu. Seperti Ell yang sangat bercita-cita
tinggi dalam bidang yang diceburi walaupun berada di peringkat prasekolah. Kemudian, Ell
juga telah menunjukkan sikap prihatin dan penyayang kerana berdasarkan teori Robert
Havirghust pada peringkat ini perkembangan moral mula meningkat serta kanak-kanak akan
mula menunjukkan peranannya mengikut jantina seperti Ell yang kelihatan comel ketika
adiknya berada dalam pelukannya.

3.3 DEE

Dee bayi baru lahir dan tahap perkembangan fizikalnya berada pada peringkat bayi.
Dikatakan bahawa Dee belum boleh berguling atau menunjukkan koordinasi ototnya seperti
bayi lain dan Dee kelihatan lebih tenang dan rileks berbanding abang dan kakaknya ketika
usia bayi. Perkara ini terjadi adalah disebabkan faktor persekitaran yang berbeza kerana
sebelum ini ibu bapa mereka dapat memberikan penuh perhatian kepada anak-anak tetapi
selepas kehadiran anak ketiga, kehidupan berubah kerana ketiadaan masa untuk melayan
kerenah anak satu persatu. Menurut Mohamad Ibrani et al., (2008) mengatakan

5
perkembangan intelek, emosi dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada sempurna atau
tidaknya asuhan yang diperoleh kanak-kanak.

Dee kelihatan mudah tersenyum dan suka bersosial hal ini kerana berdasarkan teori
sosioemosi Erik Erikson tahap satu iaitu percaya lawan tidak percaya yang di mana jika
mendapat penjagaan dan persekitaran yang baik maka perasaan percaya terhadap orang
sekeliling akan timbul. Dee juga sudah boleh mengeluarkan bunyi “coo” sebagaimana Wong
Kiet Wah (2016) mengatakan bahawa bayi sering mengeluarkan suara balasan
(babbling,cooing) sebagai bahasanya sendiri untuk berinteraksi dan juga untuk menarik
perhatian orang sekeliling.

PENUTUP

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh persekitaran. Oleh


yang demikian amat penting pada masyarakat untuk mengetahui peringkat perkembangan
kanak-kanak agar dapat membantu mereka mencapai tahap yang sepatutnya dan
seterusnya dapat meningkatkan lagi perasaan percaya akan diri pada kanak-kanak, kerana
jika gagal mencapai tahap yang sepatutnya akan menyebabkan mereka hilang keyakinan
dan akan membantutkan perkembangan kanak-kanak.

6
RUJUKAN

Gesell, A. (1934). Infancy and Human Growth. New York: Mac Milan.

Santrock, J.W. (2014). Child Development. New York: McGraw Hill.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd.Rashid 8 Azlina
Ahmad (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Shah Alam: Oxford Fajar.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar.

Mustafa Al-Bugha (2013). Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi. Selangor: Al-Hidayah
Publications.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhaini (2016). Perkembangan Kanak-
Kanak. Shah Alam: Oxford Fajar.

Berk, L.E. (2006). Child Development (6th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Sigelmen, C. K. (2015). Life-span Human Development. (8th ed). California: Wadsworth


Cengage Learning.

Mohamad Ibrani Sharimin, Mariani Mansor, Zainal Mandon & Sha Haruddin Labulla (2008).
Kanak-Kanak Prasekolah. Dalam Rozumah Baharuddin & Rahimah Ibrahim (pnyt).
Keluarga, Kanak-Kanak dan Remaja. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Vygotsky, L.S. (1986). Thought and Language. (A.Kozulin, Trans.). Cambridge, MA: MIT
Press.

Piaget,J., & Inhelder, B. (1969). The Psychology of The Child. New York: Baasic Books.

Robert J Havighurst (1953). Human Development and Education. New York: Longmans

Anda mungkin juga menyukai