Anda di halaman 1dari 2

Kuiz Personaliti Diri

Soalan 1 : Anda memiliki sejumlah wang yang banyak dan ingin membeli kereta
idaman. Kereta yang anda ingin beli adalah:
a) Kenderaan pacuan 4 roda
b) Kereta sport
c) Jaguar
d) Apa sahaja yang boleh membawa anda ke mana-mana

Soalan 2 : Katakan anda seorang penyanyi dan baru selesai merakamkan album
terkini. Rekaan untuk kulit album yang anda pilih adalah:
a) Pantai yang indah, tenang, berpasir putih dan lautan biru terbentang luas
b) Karikatur yang lucu dan bewarna-warni
c) Potret anda
d) Lukisan abstrak yang tidak jelas bentuknya

Soalan 3 : Anda merenung ke langit yang terbentang luas dan indah. Kemudian
anda mengalihkan pandangan ke persekitaran (tanah tempat berpijak). Gambaran
yang anda terbayang ketika itu adalah:
a) Permukaan bumi putih diselaputi salji
b) Pantai dengan lautan terbentang luas
c) Gunung-ganang dengan rimbunan pokok-pokok hijau
d) Padang luas yang dipenuhi bunga matahari yang kembang mekar

Soalan 4 : Cara anda membaca majalah/surat khabar adalah:


a) Membaca mengikut urutan mukasurat
b) Membaca dengan melangkau halaman mukasurat dan hanya memilih artikel
kegemaran

c) Membelek helaian mukasurat terlebih dahulu kerana mencari artikel yang


menarik
d) Mula membaca dari mukasurat belakang terus ke hadapan

Soalan 5 : Anda sedang berada dalam satu pameran lukisan. Tiba-tiba datang
seseorang menghampiri anda dan ingin berbual dengan anda. Perkataan pertama
yang anda ucapkan adalah:
a) "Lukisan ini cantik."
b) "Apa pendapat kamu tentang lukisan ini?"
c) "Maaf, adakah saya menggangu?"
d) Kenalkan diri , "Sayalah pelukisnya."

Anda mungkin juga menyukai