Anda di halaman 1dari 22

PENGAJARAN KOLABORATIF

Definisi- Pengajaran Kolaboratif


• satu urusan yang melibatkan
(biasanya) dua orang guru
yang bekerjasama secara
kolaboratif di setiap peringkat
pengajaran: merancang dan
menyediakan rancangan
pengajaran, melaksanakan
dan menilai pencapaian aspek
yang ditumpukan dalam mata
pelajaran.
(Sturman, 1992).
• pengajaran sebenar yang
dilaksanakan secara kolaboratif
oleh dua orang guru yang sama
atau berbeza disiplin kepada
sekumpulan pelajar dalam kelas
yang sama pada waktu yang
sama. Urusan pengajaran seperti
ini menekankan perkongsian
bersama agihan kuasa dan
membuat keputusan antara
guru-guru tersebut.
(Nunan, 1992)
• Dalam pengajaran kolaboratif,
guru saling bergantungan
untuk memberi dan menerima
ide/maklumat, sokongan moral
dan galakan apabila
menghadapi kesukaran
samada secara peribadi atau
profesional
(Hargreaves, 1995)
• Kolaborasi meningkatkan keberkesanan
dan kreativiti hasil dari cantuman buah
fikiran dua orang yang digembelingkan.

• Guru tidak bekerja secara bersendirian


sebaliknya merujuk kepada satu sama lain
untuk mendapatkan ide demi kemajuan atau
penambahbaikan.
• Pengajaran kolaboratif menggembelingkan
kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru
yang dapat membantu mereka menghadapi
cabaran pembaharuan atau arus perubahan
dengan lebih baik.
• Pengajaran Kolaboratif - satu sumber
pembelajaran secara profesional melalui
rundingan persahabatan dan komen ikhlas
dari rakan sejawat.
• Kolaborasi antara guru merupakan satu
mekanisme yang kuat untuk guru
meninjau pandangan dan amalan
pengajaran-pembelajaran masing-masing

(Bailey,1996).
• Perancangan Kolaboratif menggalakkan
percambahan pemikiran yang kreatif dan
produk yang dihasilkan bersama lebih baik
mutunya dari yang dihasilkan sendirian.
• Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang
untuk masing-masing memerhatikan ‘satu
model’ yang sedang mengajar.
Faktor-faktor yang menentukan
kejayaan Pengajaran Kolaboratif
• Guru-guru perlu berkongsi prinsip
falsafah pendidikan yang sama
untuk memudahkan mereka
berkomunikasi dan bersetuju akan
nilai asas yang menentukan
prestasi murid.
Faktor-faktor yang menentukan
kejayaan Pengajaran Kolaboratif
• Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/
ahli yang sesuai untuk membentuk pakatan/
pasukan bagi melaksanakan Pengajaran
Kolaboratif.
• Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif
bergantung kepada sejauhmana kesediaan
setiap ahli memberi sumbangan kepada
pasukan/pakatan tersebut.
Faktor-faktor yang menentukan kejayaan
Pengajaran Kolaboratif
• Keperluan murid di sekolah merupakan asas
utama untuk pembentukan pasukan
Pengajaran Kolaboratif.
• Penggembilingan sumber spt kepakaran, minat,
pengetahuan, kemahiran, pengalaman,
personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan
tenaga pengajar sangat penting khususnya
dalam Pengajaran Kolaboratif pelbagai disiplin.
Faktor-faktor yang menentukan
kejayaan Pengajaran Kolaboratif
• Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik
yang tersedia ada, alat teknikal, bahan
pengajaran dan pembantu yang boleh
digunakan untuk Pengajaran Kolaboratif
perlu dipertimbangkan untuk menentukan
keberkesanannya.
Faktor-faktor yang menentukan
kejayaan Pengajaran Kolaboratif
• Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada
guru untuk membuat refleksi demi
menggalakkan penilaian yang kritis dan
mendalam tentang pegagogi masing-masing.
• Wawasan yang terhasil dari refleksi dan
penilaian yang berterusan menggalakkan
perkembangan profesional diri.
Faktor-faktor yang menentukan
kejayaan Pengajaran Kolaboratif
• Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang
cukup kuat untuk meluahkan pendapat,
fikiran atau perasaan agar dapat berbincang
dengan rakan sejawatnya.
• Kekuatan ego membolehkan seseorang
mengenalpasti kelebihan, kemahiran dan
kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat
(Shannon and Meath-Lang, 1992).
Faktor-faktor yang menentukan
kejayaan Pengajaran Kolaboratif
• Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat
bahawa Pengajaran Kolaboratif boleh
dilihat samada sebagai satu hubungan
persahabatan atau satu perkahwinan
yang saling melengkapkan.
Model Pengajaran Kolaboratif
Freudenstein (1991)
• Ada tiga bahagian utama dalam latihan
pengajaran:
1. Pra-pengajaran – peringkat perancangan
dan persediaan.
2. Pengajaran – peringkat persembahan
dan pelaksanaan.
3. Pasca-pengajaran – peringkat penilaian
dan pengubahsuaian
PERANCANGAN
PERSEDIAAN
PENGAJARAN BERPASANGAN
PERSEMBAHAN PELAKSANAAN
Kejelasan input & arahan Berpusatkan pelajar
Ubahsuai bahasa jk perlu Berdasarkan tugas
Semak kefahaman pljr Guru Sbg fasilitator
PENILAIAN
PENGUBAHSUAIAN
Semak semula strategi & pendktn pengajaran
Ubahsuai bahan pengajaran
Belajar dari pengalaman
Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)
Pendekatan Pelaksanaan
Pengajaran Kolaboratif
• Guru utama dan Guru pembantu

• Perkongsian seimbang antara pasangan


guru yang mengajar
Rujukan:

Bailey, F.(1996). The role of collaborative


dialogue in teacher education. In D.
Freeman & J.C. Richards (Eds.), Teacher
learning in language teaching. pp. 260 –
280. Cambridge: Cambridge University
Press.

Freudenstein, R.(1991). Issues and problems


in primary education. In C. Kennedy & J.
Jarvis (Eds.), Ideas and issues in Primary
ELT. (pp. 18-22). Walton-on-Thames:
Nelson in association with the Center for
British Teachers.
Hargreaves, A. (1995). Beyond collaboration:
Critical teacher development in the
postmodern age. In J. Smyth (Ed.), Critical
discourses on teacher development. (pp.
149-179). London: Cassell.

Nunan, D. (1992). Collaborative language


learning and teaching. Cambridge:
Cambridge University Press.
Shannon, N. B. & Meath-Lang, B. (1992).
Collaborative language teaching: A co-
investigation In D. Nunan (Ed.),
Collaborative language learning and
teaching. (pp.120-140). Cambridge:
Cambridge University Press

Sturman, P. (1992). Team teaching: a


case study from Japan. In D. Nunan
Collaborative language learning and
teaching. (pp. 141-161). Cambridge:
Cambridge University Press.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai