Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN PENUBUHAN KELAB

LINGUSTIK & PENGUCAPAN AWAM

Pemohon :

PENGERUSI KELAB LINGUSTIK & PENGUCAPAN


AWAM

Pada :

1 MARCH 2024.
BERTEKAD CEMERLANG.
1.0 PENGENALAN

Kelab Lingustik & Pengucapan Awam akan ditubuhkan selaras dengan arahan
penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan
persatuan ini ialah untuk mengukuhkan kemahiran Bahasa Melayu yang dipelajari oleh
murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kelab ini
direalisasikan untuk membantu pelajar bukan sahaja cemerlang dalam kurikulum /My
Skill tetapi juga cemerlang dalam kokurikulum. Hal ini penting untuk melahirkan modal
insan yang seimbang dari aspek intelek, emosi dan jasmani. Secara tidak langsung
aktiviti kelab akan membantu menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Di samping itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan meliputi beberapa kemahiran yang
telah dipelajari dan akan akan dapat menajamkan penguasaan murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Kelab ini dibuka untuk semua pelajar untuk menguasai
Kemahiran dalam Bahasa Melayu

2.0 TUJUAN DAN MATLAMAT

2.1 Menyediakan proses pembelajaran Bahasa Melayu secara informal bagi pelajar.

2.2 Memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman yang baru melalui aktiviti di
luar bilik darjah supaya mereka lebih bersedia apabila meninggalkan bangku sekolah
dan membandung mereka daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral dan
antisosial.

2.3 Menanam sikap sayangkan bahasa Melayu di dalam jiwa pelajar yang menyertai
kegiatan luar.

2.4 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

2|Page
3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan
meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu.

3.2 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang masa depan dan kepentingan
Bahasa Melayu untuk mendapatkan pekerjaan di sektor Kerajaan dan swasta.

3.3 Membentuk sikap bertanggungjawab dan amanah dalam diri pelajar sebagai
sebahagian kehidupan.

3.4 Mendedahkan maklumat kepada para pelajar tentang kepentingan berkomunikasi


dengan orang lain menggunakan bahasa yang bersopan untuk jangka masa yang
panjang

4.0 RASIONAL

Pembelajaran informal sentiasa berlaku dalam kehidupan seseorang dan murid


hendaklah berkeupayaan berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa yang mudah
difahami oleh orang lain. Seseorang murid hendaklah sentiasa berusaha untuk
mengemas kini dengan ilmu Bahasa bagi menjadi insan yang sempurna.

Dengan adanya persatuan ini, murid akan mencapai keseimbangan dalam pendidikan
formal dari segi domain kognitif, afektif, psikomotor dan intelek, rohani, jasmani dan
emosi pelajar. Selain itu, persatuan Bahasa melayu dapat menyumbangkan usaha
untuk membina iklim dan budaya sekolah yang lebih menyeronokkan, segar dan sihat
serta membantu masyarakat dan agensi kerajaan dalam hal yang berkaitan dengan
alam sekitar dan kemasyarakatan. Akhir sekali pelajar berpeluang untuk
mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek

3|Page
5.0 TEMPAT BERURUSAN

Di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Castlefield .

6.0 WAKTU/HARI

9:00-10:00 pagi setiap hari Sabtu

7.0 NAMA PERSATUAN

Kelab Lingustik & Pengucapan Awam.

8.0 MOTO PERSATUAN

“Hikmah…. datang bukan dari usia, tetapi dari pendidikan dan pembelajaran”

9.0 KEAHLIAN

Dibuka untuk semua tahap pelajar.

10.0 YURAN KEAHLIAN

Deposit: MYR 100.00

Yuran Bulanan: MYR 50.00

Yuran Bulanan untuk Golong B40: 50% diskaun

4|Page
ORGANISASI PENTADBIRAN

PENAUNG :
(GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN JENIS (T) CASTLEFIELD)

PENASIHAT :
(PK KO SEKOLAH KEBANGSAAN JENIS (T) CASTLEFIELD)

PENYELARAS 1 :
(GURU PENASIHAT)

PENYELARAS 2 :
(GURU PENASIHAT)

PENGERUSI : MOHANAJEYALAKSMI A/P THAIVANAIGAM

5|Page
Lampiran 1

PERLEMBAGAAN

KELAB LINGUSTIK & PENGUCAPAN AWAM

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Sub peraturan 5(1) (a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan


(Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh
21 hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan)

KELAB LINGUUSTIK & PENGUCAPAN AWAM yang selepas ini disebut sebagai
“persatuan/kelab” sahaja.

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan :
KELAB LINGUSTIK & PENGUCAPAN AWAM

b. Alamat :
PERATURAN 2 : KEAHLIAN

2.1. Dibuka kepada semua tahap pelajar

PERATURAN 3 : KEHADIRAN / PENYERTAAN

3.1. Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun.

6|Page
3.2. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab.

PERATURAN 4 : AKTIVITI

4.1. Dijalankan seperti yang oleh kelab

4.2. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pengerusi dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli dan keluarga melalui whatsapp.

PERATURAN 5 : PEMBUBARAN PERSATUAN

5.1. Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5.2. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

PERATURAN6 : HAL-HAL LAIN

6.1. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.

6.2. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Tarikh : 1 March 2024.

7|Page

Anda mungkin juga menyukai