Anda di halaman 1dari 4

JOM MEMANCING

Sejak akhir-akhir ini aktiviti memancing tidak terhad kepada kaum nelayan dan orang kampong atau tidak
keterlaluan jika dikatakan golongan bawahan sahaja. Memancing kini merupakan salah satu hobi yang sihat bagi
semua golongan masyarkat tidak kira bangsa dan taraf hidup, malah telah menjadi aktviti riadah keluarga. Aktiviti
ini juga telah berjaya mengubah taraf hidup sebahagian masyarakat khususnya pengusaha bot, pemilik kolam
memancing dan pembekal umpan.

Artikal ini mungkin dapat membantu anda yang ingin atau mula berjinak dengan hobi ini. Bagaimana pun ini adalah
pengetahuan asas berdasar pengalaman penulis apa yang perlu anda tahu dan sediakan sebelum keluar
memancing. Tahap pengetahuan dan kemahiran memancing akan bertambah dari masa kesemasa bergantung
kepada kekerapan dan kecenderongan untuk mencuba lokasi berlainan dan mempelbagaikan teknik memancing
disamping kemampuan anda mengeluarkan perbelanjaan.

Joran:
Joran merupakan peralatan utama dalam hobi memancing. Terdapat pelbagai jenis, saiz, aksi dan kekuatan
di pasaran. Pemilihan joran yang sesuai adalah bergantung kepada ikan sasaran, lokasi dan teknik memancing.

Pantai: Gelama, semilang, ketuka, senangin, duri, siakap.
Panjang 7 hingga 9 kaki, aksi sederhana, kekuatan 10-20 lb

Laut: Permukaan - tenggiri, barrakuda, GT, talang, tongkol. Pertengahan - kembung, cencaru, selar.
Dasar - jenahak, merah, kerapu, haruan tasek, GT, talang, barracuda, pari.
Panjang 5 hingga 7 kaki, aksi sederhana dan berat, kekuatan 15-30lb dan 20-40lb.

Sungai, lombong, tasek: Talapia, lampam, tongsan, kap, peacock base, haruan, sepat, puyu, toman, bulan.
Panjang 5 hingga 9 kaki, aksi sederhana, kekuatan 10-20 lb.

Hulu sungai: Kelah, tengas, daun, lampam, kejor.
Panjang 3.5 hingga 5 kaki, aksi sederhana, kekuatan 10 - 20 lb.

Kolam berbayar: Air masin - siakap, jenahak, kerapu. Air tawar - keli, patin, rohu, lampam, telapia, belida.
Panjang 5 hingga 7 kaki, aksi sederhana, kekuatan 10-20 lb.

Udang galah: Panjang 3 hingga 3.5 kaki, aksi ringan, kekuatan 7-15 lb.



















Mesin pancing/kekili:
Sama seperti joran, ianya bergantung kepada lokasi dan ikan sasaran. Banax, Abu Garcia, Penn, Ajiking, Shimano,
Dam, Ryobi, Lemax adalah jenama popular yang terdapat dalam pasaran tempatan dan sesuai bagi pemancing
biasa. Terdapat tiga kategori kekili iaitu kekili atas (multiplier) kekili bawah(spinning) kekili layang (fly fishing).
Kualiti kekili adalah berdasarkan muatan tali, jumlah bebola, nisbah putaran selain bahan kekili itu sendiri.
Kebanyakan kekili memaparkan semua perkara di atas pada badan kekili tersebut.









Tali utama:
Terdapat dua jenis tali yang biasa digunakan iaitu jenis sulaman benang (braided) dan jenis tangsi. Tali jenis
sulaman benang merupakan jenis yang paling berkesan kerana sifat anjalan yang sangat sedikit atau tiada anjalan
langsung, sensitiviti getuan di dasar dapat dikesan dengan baik dihujung joran, ia juga lebih kuat dan tahan lama
berbanding tangsi. Walau bagaimapun tali benang kurang popular kerana harganya yang agak mahal. Kekuatan tali
bergantung pada ketebalannya. Dalam menentukan saiz atau kekuatan tali, ikan sasaran, kaedah pancingan perlu
dikenalpasti terlebih dahulu. Jika sasaran anda ikan dasar melebihi lima kilogram tali yang disyorkan adalah dari 30
lb hingga 40 lb. Namun sekiranya anda inginkan keseronokan cubalah menggunakan tali yang lebih kecil,
contohnya tali berkekuatan 15lb hingga 20lb.










Perambut:
Tali perambut biasanya lebih besar sedikit daripada tali utama, dipasaran terdapat pelbagai jenis tali khusus untuk
perambut, kebanyakan pemancing lebih memgemari tali peramput jenis floroucarbon kerana sifatnya yang hampir
tidak kelihatan semasa di dalam air. Sekiranya ikan sasaran jenis bergigi kuat dan tajam seperti tenggiri dan
barracuda perambut keluli adalah disyorkan. Perambut keluli pintalan 49 lebih fleksibel berbanding pintalan 7.
Bagi pancingan laut dalam perambut berkekuatan 60lb hingga 80lb dengan kepanjangan dua hingga tiga depa lebih
meyakinkan ketika menerima sentapan pertama.


















Pemberat:
Pemberat atau batu ladung digunakan untuk menenggelamkan umpan. Saiz batu ladung yang perlu disediakan
bergantung kepada kelajuan arus atau jika perlu kepada lontaran jauh. Saiz biasa yang paling sesuai digunakan
untuk memancing di laut adalah dari no 6 hingga no 9, jika lokasi pancing anda menghampiri perairan
antarabangsa atau kawasan pelantar minyak yang mana dasar laut sangat dalam, arus yang sangat deras dan tiada
penampan dengan mana-mana pulau pemberatnya boleh mencapai hampir satu kilogram. Terdapat dua jenis
pemberat iaitu pemberat hidup dan pemberat mati. Pemberat hidup mempunyai lubang yang menembusi
pemberat tersebut yang mana tali utama dimasukkan melaluinya sebelum disambung kepada tali perambut
dengan pengantara celi, manakala pemberat mati tidak mempunyai lubang, sebaliknya dibuat satu lubang
cangkuk di hujung pemberat guna untuk diikat pada tali perambut.







Mata kail:
Pelbagai bentuk dan saiz mudah diperolihi di pasaran. Pemilihan mata kail bergantung kepada ikan sasaran dan
tujuan memancing. Bagi pemancing rekreasi dengan kaedah tangkap dan lepas mata kail yang agak kasar dan
melengkung separuh bulat dengan mata tajam bengkok kedalam sesuai digunakan kerana kebiasaannya mata kail
akan tercangkuk dibahagian bibir ikan sahaja dan keberangkalian ikan menelan terus dapat dikurangkan. Bagi ikan
yang makan menyambar seperti tenggiri, haruan , toman mata kail jenis panjang disyorkan, ikan yang makan
menyedut seperti kerapu mata pendek dan bulat lebih sesuai, manakala ikan yang makan secara menggetus atau
mencubit sedikit-sedikit mata kail saiz kecil dan banyak (mata rambai dan bom) biasanya tidak mengecewakan.
Saiz mata kail dikenalpasti dengan kod nombor dari angka kecil hingga keangka besar. Menjadi amalan pemancing
laut, akan memancing ikan umpan seperti kembung, tamban dan selar sebelum kelaut lepas sebagai lokasi sebenar
memburu sasaran, mata kail yang sesuai adalah mata apollo yang boleh diperolihi di kedai pancing, saiz yang
sesuai adalah saiz 9 hingga 12, apollo juga sesuai digunakan untuk menjinakkan cencaru, talang padi dan kerisi,
saiz yang sesuai adalah dari 12 hingga 14. Biasanya dalam satu untaian apollo terdapat enam mata kail.









Celi:
Digunakan sebagai penyambung antara tali utama dengan tali perambut supaya tali tidak berpintal atau kusut
kerana sifatnya direka supaya bebas berputar. Saiz yang perlu dipilih haruslah bersesuaian dengan kekuatan tali
utama dan tali perambut.
















Ranggun:
Peralatan tambahan yang bertindak sebagai pengimbang kapada umpan. Diperbuat daripada samada tanduk,
plastik atau keluli. Tidak kira bagaimana bentuk ranggun tersebut ianya mempunyai tiga bahagian, bahagian
pertama diikat pada tali utama, bahagian kedua pada pemberat dan bahagian ketiga disambung pada tali
perambut.

Peti atau beg pancing:
Setiap pemancing seharusnya memilik sebuah peti atau beg pancing untuk menempatkan peralatan memancing
yang mana segala keperluan dapat disenggara dengan mudah. Selain keperluan asas seperti mata kail, perambut,
dan celi, alatan tambahan yang perlu ada adalah seperti pisau kecil untuk memotong isi ikan umpan, pemotong
untuk memotong tali atau perambut dan juga untuk memotong duri ikan seperti ikan semilang, ikan duri dan ikan
pari, bagi ikan pari khususnya pari karang dinasihatkan agar ekornya yang berduri dipotong terus terlalu berbisa.
Selain itu plier muncung panjang diperlukan untuk mencabut mata kali dari mulut ikan.








Keperluan peribadi:
Pemancing tidak seharusnya mengabai keselamatan semasa memancing, keghairahan memancing kadangkala
menyebabkan kita lupa pada panas atau hujan. Sebelum keluar memancing pastikan anda bawa bersama topi
untuk menutup kepala, topi yang sesuai adalah topi jenis lebar yang boleh melindungi muka dan bahagian
tengkok, sarung tangan untuk memegang atau mengangkat ikan yang bersisik kasar, cermin mata gelap untuk
mengelakkan silauan matahari, cermin mata yang sesuai adalah jenis polarized kerana mampu menapis ultaviolet
hingga ketahap 400uv. Sekiranya anda memancing di atas bot kemungkinan ada duri ikan, mata kail lama yang
tercicir, untuk itu disarankan anda memakai kasut atau sandle, kasut tapak getah yang tidak licin dapat
menghindarkan anda dari tergelincir. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti bot karam, atau terjatuh
kedalam laut, tapak kaki semasa di dalam air akan nampak putih seolah-olah bercahaya, ini akan menarik ikan
pemangsa yang rakus menyambar, untuk mengelakkan dari keadaan ini berlaku anda digalakkan memakai sarung
kaki sentiasa. Satu lagi keperluan yang tersangat penting jika memancing di laut adalah jeket keselamatan, Jeket
keselamatan perlu dipastikan dalam keadaan baik setiap kali hendak turun memancing.







Umpan:
Jenis umpan bergantung sepenuhnya kepada ikan sasaran, ikan yang makan menyambar amat menggemari umpan
hidup seperti udang, sotong, anak ikan atau katak. Selain itu umpan tiruan atau gewang kerap mendatangkan hasil.
Kerajinan melontar merupakan faktor kejayaan jika menggunakan kaedah ini. Pemilihan gewang dan kualiti
gewang bergantung corak renangan dan kedalaman selaman semasa mengarau. Ikan yang makan menyedut boleh
diumpan dengan hirisan ikan, hirisan sotong , udang pasar, cacing , umpun-umpun, isi siput atau organ haiwan
seperti usus ayam. Ikan yang makan secara getusan boleh dipancing menggunakan dedak, roti, buah-buahan
seperti sawet, ara atau mengkudu.

SELAMAT MEMANCING

HUSIN BIN YAHYA. PS

Anda mungkin juga menyukai