Anda di halaman 1dari 3

Raja Sungai Pergunungan

Sebenarnya sukar bagi saya untuk menulis artikel kelah ini tanpa sebarang emosi kerana kita bukannya membincangkan tentang ikan yang biasa tetapi bercerita tentang ikan air tawar yang paling sukar untuk dipancing. Seandainya kita terserempak dengan ikan ini di habitat liarnya sahaja tanpa menakutkannya, itupun sudah dikirakan sebagai satu kemenangan. Kemudian tiba pula masalah bagaimana hendak menghulurkan umpan atau gewang kepadanya di dalam sungai yang penuh dengan kayu-kayu tumbang dan batu-batu tajam yang pasti mentertawakan tali tangsi yang kita gunakan. Dan sekiranya makhluk ini menyentuh dan memakan umpan kita, ia akan memecut laju bagaikan peluru. Jika peralatan memancing anda tidak gagal semasa larian pertama ini, anda akan berhadapan dengan halangan kedua bila makhluk liar ini mula menjunam dan membenam ke tunggul-tunggul kayu berhampiran. Sekiranya tali anda masih berjaya menahan amukan kelah tersebut, ianya akan berusaha sedaya upaya sehingga ke detik terakhir untuk melepaskan diri biarpun sudah sampai ke tebing. Memang berbaloi sekiranya anda berjaya mendaratkan seekor kelah setelah berhempas pulas dan sengal-sengal tangan serta seluruh badan sepanjang bertarung dengannya. Akhirnya anda pasti bersorak dengan penuh keriangan, "Aku Berjaya!" Pertarungan hebat dengan raja sungai pergunungan ini seumpama satu lagenda. Ada perkara menarik yang saya ingin ceritakan melalui pengalaman seorang kawan yang pernah mencuba nasib memancing kelah di Sg. Tanum, Pahang. Seekor kelah yang besar telah menyambar umpannya pada pukul 1:00 petang lalu meluru dengan pantas ke bahagian hilir sungai sejauh 50 meter, kemudian memecut semula ke bahagian hulu dan masuk ke dalam lata yang airnya sangat deras. Setengah jam kemudian tali 30 paunnya putus. Beliau jatuh terduduk, seakan-akan tidak sedarkan diri dan kemudian termuntah-muntah. Kombinasi sinar matahari yang terik dan pertarungan yang sengit menyebabkannya begitu tersiksa. Kelah akan menguji kemahiran anda memancing hingga ke titisan terakhir, bukan sahaja dari segi teknik dan ketahanan peralatan yang digunakan, malah cara anda hendak menjejaknya sewaktu memburu. Oleh itu biar saya terangkan perkara ini dengan lebih lanjut. Kaedah Yang Betul Mula-mula sekali bagaimanakah cara anda hendak menghampiri lubuk kelah. Kelah merupakan sejenis ikan yang amat liar dan sensitif kepada persekitarannya. Ia mudah takut dan cabut lari dengan pantas sekiranya ternampak bayangan. Anda perlu bergerak serendah mungkin dan gunakan pakaian yang boleh menyamari alam persekitaran seperti warnaa hijau atau biru gelap. Warna celoreng seperti pakaian ala tentera adalah yang terbaik.

Jangan timbulkan sebarang gangguan atau bunyi yang tidak diingini seperti mengharung air ataupun terlalu kerap melontar umpan. Sekilas pergerakan joran juga boleh memeranjatkannya. Jadi, cuba bergerak di bawah bayangan pokok. Keduanya perihal penyampaian umpan. Lontarkan umpan ke sudut yang anda fikir kelah berada. Nampak senang bukan? Tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka. Kelah sentiasa bergerak bergantung kepada masa dan yang pelik, tabiatnya berbeza di antara satu sungai dengan sungai yang lain! Mempelajari tabiat kelah akan memakan masa beberapa hari. Jadi, jangan sangka begitu mudah untuk mendapatkan walau seekor kelah pada kali pertama memancingnya kecuali sekiranya anda pergi bersama dengan pemancing kelah yang berpengalaman di sungai tersebut. Dan anda pasti mengalami pengalaman pahit yang pemah dialaminya. Ketiganya tentang umpan. Gunakan umpan yang kelah biasa makan tetapi bukan mudah untuk memilih yang terbaik. Makanan semula jadi kelah ialah buah-buahan hutan asli seperti buah neram, maris, ara, perah, jambu air dan buah mata lembu. Jika terdapat salah satu musim buah tersebut, kelah hanya memakan sejenis buah sahaja dan tidak akan memakan benda lain. Jadi, anda perlu menyampaikan umpan buah tersebut mengikut keadaan semula jadi kalau tidak lebih baik balik ke rumah. Jika bukan musim buah tersebut, anda akan berpeluang menggunakan umpan yang lain. Yang penting, bawa umpan dalam jumlah yang banyak kerana anda perlu merangsang kelah terlebih dahulu supaya biasa dengan umpan tersebut, dengan cara menabur umpan ke lubuk berkenaan selama satu atau dua hari. Antara umpan kegemarannya ialah ubi kayu, kelapa sawit dan biji getah yang dibakar. Sekarang ini, buah kelapa sawit merupakan umpan yang paling popular kerana mudah didapati dengan banyak serta berbau kuat dan sangat berkesan walaupun dalam air yang keruh. Peralatan Kemudian, peralatan memancing yang anda gunakan. Semua peralatan mestilah dalam keadaan yang sangat bagus. Joran aksi sederhana berat, 7 hingga 9 kaki panjang lebih sesuai. Kekili dengan 200 meter tali 15 - 25 paun sudah mencukupi. Tali tangsi perlulah tahan kikisan. Antara yang paling saya gemari ialah Maxima Chameleon, Daiwa Crystal Clear dan Samurai Green. Anda perlu menggunakan mata kail yang kuat bersaiz 1/0 hingga 6. Saya gemar menggunakan mata kail berparuh yang bertangkai pendek jenama Daichii (kelabu) dan Mustad Saltwater (hitam) kerana keloknya ditempa dengan baik sehingga dapat memberi kekuatan yang padu. Walaupun tersangkut, ia tidak akan lurus sebelum tali putus. Mata kail diikat kepada perambut sepanjang 18 inci. Perambut yang paniang diperlukan bagi memastikan umpan tidak ditutupi oleh daun daun mati di

dasar sungai. lkatan trilene Ouga (dikenali ikatan mahseer) adalah cara ikatan yang terbaik. Basahkan ikatan dengan air liur sebelum mengetatkannya secara perlahan-lahan. Anda perlu memastikan struktur ikatan terbentuk dengan baik tanpa sebarang kecacatan yang berupaya melemahkan tali. Sekiranya tali yang keluar daripada ikatan tersebut kelihatan kusut, bermakna ikatan tadi tidak berapa baik. Ikat semula. Ingat, perkara sekecil ini boleh menyebabkan kegagalan dan penyesalan ketika memancing kelah. Kaedah memancing secara dasar dengan menggunakan batu ladung nombor 3 - 6 yang bebas bergerak merupakan pilihan terbaik Cili digunakan antara perambut dan tali utama. Sebagai tambahan, saya sering meletakkan manik plastik lembut antara tali utama dan cili bagi melindungi ikatan. Terdapat juga sungai yang dipenuhi dengan batu dan kayu yang boleh menyebabkan tali perambut sering tersangkut setiap kali lontaran. Di sini, kita perlu mengubah taktik. Jangan gunakan cili atau batu ladung bebas sebaliknya gunakan kepingan timah sepanjang 2 inci dan setebal 1/2 inci. Lilitkan kepingan timah kepada tali utama dan ketatkan kedua-dua hujungnya menggunakan playar atau gigi anda. Pelik bukan tetapi teknik ini memang berhasil. Apabila anda melontar biarkan ia tersangkut antara batu. Biarkan. Apabila hendak mengarau tali, keluarkan tali sepanjang 30 meter dan biarkan air yang membawanya dan arahkan joran ke arah yang sama kemudian rembat joran ke atas melepasi kepala dan belakang anda. Paksaan akan berlaku dari arah hilir yang kemudiannya akan membebaskan tali tersebut. Kemudian karaulah tali sekuat hati sebelum ia tersangkut lagi. Kalau masih tersangkut, cuba tarik tali dengan tangan bukannya dengan joran. Batu ladung ini akan menjadi longgar lalu membebaskan tali. Jika tak berjaya juga, memang tiada pihhan lain kecuali tarik saja sampai putus, jadi anda cuma kehilangan mata kail dan batu ladung buatan sendiri. Mungkin anda memperkecilkan teknik ini sebagai tidak canggih. Sebenarnya saya mempelajari teknik ini daripada tulisan John Wilson iaitu pemancing British yang terkenal kerana berjaya menaikkan mahseer India seberat 90 paun dengan menggunakan teknik yang sama. Gewang juga boleh digunakan tetapi hanya terhad di kawasan pedalaman yang jarang dikunjungi manusia. Dahulu, kelah di Sg. Keniam dikatakan gemar menyambar gewang sesudu jenis Abu Atom, Abu Island dan Vibro. Walau bagaimanapun, setelah lama menerima tekanan memancing, kelah di sini semakin bijak dan tidak mahu lagi menyambar gewang. Saya pemah menemui sisa-sisa serangga seperti belalang di dalam perut kelah. Din, kawan saya yang gila memancing kelah, melaporkan bahawa sesetengah kelah bersaiz kecil di Ulu Terengganu menggemari lundi dan belalang

Anda mungkin juga menyukai