Anda di halaman 1dari 6

🚦 INFO berkaitan EDAFTAR TAHUN SATU🚦

(untuk rujukan Johor sahaja)

Untuk makluman SISTEM berikut akan ditutup bermula

25.12.2021 bagi public.moe.gov.my (tutup sepenuhnya bagi 2022)

01.01.2022 bagi apdm.moe.gov.my (tiada edaftar 2022)

⚠️Mulai 01.01.2022, Kedua-dua sistem pendaftaran tahun satu 2022 telah ditutup.

🚥 Adalah dimaklumkan data EDaftar Rendah telah DIMUAT TURUN oleh JPNJ sebelum APDM ditutup.
Ini bertujuan untuk memudahkan JPN dan PPD menyemak data murid yang telah mendaftar untuk sesi
persekolahan 2022.

Sehubungan dengan itu, permohonan lewat daftar Tahun Satu 2022 bermula 01.01.2022 adalah melalui
proses di bawah:

1️⃣ PENDAFTARAN LEWAT DAFTAR TAHUN SATU (01.01.2022 sehingga sesi persekolahan 2022
bermula)

1. Ibubapa atau Penjaga yang sah ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengisi borang ASBS

2. PPD membuat semakan dokumen dan mengisi permohonan ASBS secara online di EPMJ.

3. SPS JPN Johor akan meluluskan permohonan ASBS.

4. Setelah mendapat kelulusan ASBS daripada JPN, PPD membuat penempatan murid berdasarkan
kekosongan.

5. Surat Penempatan diserahkan kepada Ibubapa untuk pendaftaran di sekolah.

2️⃣ PERMOHONAN PERTUKARAN SEKOLAH DALAM DAERAH DAFTAR TAHUN SATU (01.01.2022
sehingga sesi persekolahan 2022 bermula)

1. Permohonan di dalam daerah adalah tidak dibenarkan kecuali;

2. Permohonan adalah kerana BERPINDAH JAUH dari sekolah asal yang ditempatkan atau KECEMASAN.

3. Ibu bapa atau penjaga yang sah ke Sekolah yang ditempatkan untuk mengisi Surat RAYUAN
PERTUKARAN PENEMPATAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN SATU dan ditandatangani oleh
pihak pentadbir sekolah.

4. Ibu bapa atau penjaga yang sah mengemukakan Surat RAYUAN PERTUKARAN PENEMPATAN
PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN SATU ke PPD.
5. PPD membuat semakan dokumen dan membuat kelulusan penempatan murid berdasarkan
kekosongan dan mengisi permohonan ASBS secara online di EPMJ.

6. Setelah mendapat kelulusan ASBS daripada JPN, PPD membuat penempatan murid berdasarkan
kekosongan.

7. Surat Penempatan diserahkan kepada Ibubapa untuk pendaftaran di sekolah.

3️⃣ PERMOHONAN PERTUKARAN SEKOLAH LUAR DAERAH (DALAM NEGERI JOHOR) DAFTAR TAHUN
SATU (01.01.2022 sehingga sesi persekolahan 2022 bermula)

1. Ibu bapa atau penjaga yang sah ke Sekolah yang ditempatkan untuk mengisi Surat RAYUAN
PERTUKARAN PENEMPATAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN SATU dan ditandatangani oleh
pihak pentadbir sekolah.

2. Ibu bapa atau penjaga yang sah mengemukakan Surat RAYUAN PERTUKARAN PENEMPATAN
PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN SATU ke PPD daerah yang baharu.

3. PPD membuat semakan dokumen dan membuat kelulusan penempatan murid berdasarkan
kekosongan dan mengisi permohonan ASBS secara online di EPMJ.

4. Setelah mendapat kelulusan ASBS daripada JPN, PPD membuat penempatan murid berdasarkan
kekosongan.

6. Surat Penempatan diserahkan kepada Ibubapa untuk pendaftaran di sekolah.

4️⃣ PERMOHONAN PERTUKARAN SEKOLAH LUAR NEGERI JOHOR DAFTAR TAHUN SATU (01.01.2022
sehingga sesi persekolahan 2022 bermula)

1. Ibu bapa atau penjaga yang sah ke Sekolah yang ditempatkan untuk mengisi Surat RAYUAN
PERTUKARAN PENEMPATAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN SATU dan ditandatangani oleh
pihak pentadbir sekolah.

2. Rujuk kepada prosedur negeri yang hendak dipohon.

5️⃣ Maklumat murid lewat/bertukar akan mula dimasukkan ke dalam APDM apabila proses naik kelas
bermula pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Unit Perhubungan dan Pendaftaran

Sektor Pengurusan Sekolah

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Anda mungkin juga menyukai