Anda di halaman 1dari 3

Trik Pancing Ikan Pari Dari Pantai

http://umpan.karangkraf.com/trik-pancing-ikan-pari-dari-pantai-1.324442
Oleh:Web Umpan
Tarikh: 14 Oktober 2014

Ikan pari atau nama saintifiknya dasyatidae adalah sejenis keluarga ikan yang terdapat di
seluruh dunia. Ikan pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan
jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan
pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali.
Ikan ini memang memiliki pasaran yang baik, memandangkan isinya yang sedap dan sesuai
untuk dijadikan apa sahaja hidangan.

*Ketahui keadaan tempat anda memancing. Jika anda memancing di kawasan landai dan
berbeting seperti di sesetengah tempat di Pantai Timur, cubalah jelajah kawasan tersebut
sewaktu air surut. Di sini anda boleh mengenal pasti lopak pari yang biasanya menjadi
kawasan pari berkumpul.

*Waktu terbaik untuk memburu pari ialah pada waktu pergerakan air mulai pasang dan mulai
surut. Namun pari juga agak aktif pada waktu air timpas iaitu surut sepenuhnya.

*Jarak lontaran jauh bukanlah menjadi faktor utama untuk anda mendaratkan pari. Ada masa
dan ketika pari juga bermain di tepian pantai. Namun ada yang beranggapan lebih jauh anda
baling, peluang untuk mendaratkan ikan lebih cerah terutama pada waktu air jalan pasang
iaitu waktu ikan mudik ke tepian.

*Apabila pari melarikan tali anda jangan cuba sedaya upaya untuk melawan kembali tarikan
tersebut. Biarkan

ia pergi seketika dan jika ada tanda-tanda ia berhenti anda boleh cuba mengepam joran anda
kembali.

*Apabila pari memekapkan diri di pasir, jangan ambil langkah tergesa-gesa untuk
memutuskan tali. Cubalah pujuk ikan tersebut dengan menjentik tali anda atau anda boleh
membiarkan dahulu joran anda dan kendurkan sedikit tali joran anda. Jika ada tanda-tanda
pergerakan tali bermakna anda mempunyai peluang untuk membuat karauan.

*Pari biasanya berpasangan. Jika anda berjaya menaikkan seekor ada kemungkinan untuk
anda menaikkan pasangannya. Dan biasanya si betina lebih besar dari si jantan.

*Seelok-eloknya gunakan gancu untuk membawa naik ikan pari ini ke daratan. Agak bahaya
untuk mencekup ikan ini menggunakan tangan kerana faktor sengat di pangkal ekornya yang
boleh membawa maut.

*Pakai pakaian yang sesuai (lengan panjang, topi, cermin mata hitam) ketika memancing.
Jangan lupa bawa bekalan air secukupnya.

*Bawa kerusi khas untuk anda duduk. Sama ada berhampiran joran anda atau untuk duduk di
tepi pantai sambil memerhati dan menunggu joran anda terkena ikan.

*Lain tempat, lain tekniknya. Cubalah bertanyakan mereka yang lebih arif untuk ketahui
teknik perambut dan umpan yang sesuai memburu ikan pari ini.

Anda mungkin juga menyukai