Anda di halaman 1dari 4

MEMANCING UDANG GALAH

1.0

Peralatan Memancing Udang Galah

a) Joran

Setiap pemancing udang galah mestilah mempunyai sebatang joran kecil yang berukuran 1.0 hingga 1.1 meter.

Joran mestilah mempunyai bahagian hujung yang lembut dan sensitif supaya pemancing dapat mengesan udang yang menarik umpan.

Joran

b) Tali Untuk memancing udang galah, tidak diperlukan tali yang besar. Sebaliknya pemancing hanya perlu menggunakan tali halus yang berukuran kira-kira 1015 paun sahaja.

c) Mata Kail Terdapat dua jenis mata kail yang boleh digunakan iaitu mata kail berduri pandan dan tidak berduri. Untuk memancing udang galah di sungai, mata kail berduri yang bersaiz 1/0, 1, dan 2 adalah digalakkan. 1

Mata kail

d) Batu ladung Penggunaan batu ladung adalah amat penting dalam memancing udang galah, ini adalah udang galah hidup di tempat yang berarus, oleh itu batu ladung akan bertindak sebagai pemberat untuk membantu mata kail tenggelam. Jika memancing di tempat tenang saiz batu ladung yang diperlukan adalah dari saiz 2, 3 dan 4. Manakala jika memancing di tempat berarus, saiz batu ladung yang boleh digunakan adalah dari 5 hingga 8.

Batu Ladung e) Umpan

Pelbagai jenis umpan boleh digunakan untuk mendapatkan udang galah. Umpan yang paling efektif adalah perumpun. Manakala umpan lain yang boleh digunakan adalah hati ayam, cacing dan anak udang.

2.0 -

Tips-tips memancing udang galah Memancing udang galah sebaiknya tidak pada ketika air pasang dan cuaca dengan hujan lebat. Waktu terbaik memancing udang galah ialah pada ketika kemarau dan air surut. Biasanya udang sangat agresif pada malam hari. Tempat yang disukai bagi udang biasanya diantara kayu mati yang terendam di sungai. Biasanya ini terdapat pada sungai-sungai di Tg. Karang, Kuala Selangor, Rompin dll di Malaysia. Selain itu udang galah juga sering bermain pada dasar sungai. Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan udang galah di dasar sungai adalah seperti berikut: o Kenali struktur dasar sungai tempat di mana kita memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk berliku dan beralun-alun. o Pada sungai lazimnya aliran air agak perlahan atau alirannya tidak terlalu deras. o Pada arus deras menandakan kawasan tersebut lebih dalam, manakala aliran perlahan pula adalah sebaliknya. o Memancing udang galah harus sabar, lembut dan penuh perasaan. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan disentak karena akan membuat mulut udang terkoyak. Angkat joran perlahan-lahan sambil menggulung reel perlahanlahan dengan posisi hujung joran diatas udang sehingga line tegak lurus dengan permukaan air. Udang biasanya jika terkena pancing akan bergerak ke belakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentak atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya terkoyak terkena kail. o Pada saat udang berhasil dinaikan ke atas jangan pernah menyentuh atau memicit ekor udang kerana terdapat macam tanduk yang cukup tajam serta kepala udang terdapat tanduk yang bergerigi yang cukup untuk mencederakan pemancing. Sementara sepitnya tidak terlalu berbahaya asal tidak terkena hujung sepitnya saja. o Semoga pesanan ini bermanfaat kepada para pemancing udang galah. 3

3.0

Isyarat udang galah memakan umpan

Berikut ini adalah ciri khas atau kebiasaan udang galah memakan umpan: 1. Apabila udang galah beratnya lebih 300 gm maka umpan akan terus dilarikan dan hujung joran akan melengkung pelahan-lahan. 2. Untuk udang ukuran sedang biasanya sewaktu umpan dimakan, umpan akan dipegang dan ditarik-tarik menggunakan sepitnya sehingga hujung joran akan terangguk seperti ikan kecil yang makan umpan. 3. Untuk udang yang berukuran kecil biasanya cara makannya hampir sama dengan yang berukuran sedang, oleh kerana itu selalulah periksa joran dengan menaikkan hujung joran dan apabila berat atau ada tarikan maka umpan sedang dimakan.

Anda mungkin juga menyukai