Anda di halaman 1dari 1

Budaya belangkas

Pergi di persisiran pantai berpasir atau dikuala sungai(sebaiknya berpasir)

Cari waktu air gerak pasang (jika boleh air gerak besar)
Tanpa melihat dengan mata kasar kita tidak mengetahui kehadiran Belangkas.
Satu caranya dgn mem perhatikan jika terdapatbusaatau kelompok buih diatas
air(sepanjang gigi air) pasti kita akan peroleh pasangan belangkas disana.

Belangkas mudah ditangkap serta tidak menggigit dimana dengan memegang ekornya dan menjijing
kedarat.Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam namun ada setengah pendapat
menyatakan tidak boleh dimakan kerana haiwan dua alam. Namun ia sebenarnya mempunyai
ketahanan yang lama sedikit di darat namun akan mati juga jika tidak bertemu air masin.

Belangkas jantan dan betina


Belangkas berenang di dalam laut biasanya berdua-dua: yang jantan sentiasa menenggek di atas
belakang belangkas betina. Belangkas betina sahajalah yang diambil untuk digulai atau dibakar
kerana belangkas jantan selain tidak mempunyai telur, saiznya sekali ganda lebih kecil berbanding
belangkas betina.

Ada orang mengatakan, belangkas jantan tidak pandai mencari makan, hanya bergantung hidup
kepada belangkas betina. Kalau betullah begitu, entah bagaimanalah nasib belangkas jantan yang
dilemparkan ke laut dan hidup tanpa yang betina. Mungkin ia mati kelaparan atau mati merana.
Walau bagaimanapun, ia tentu lebih baik berbanding belangkas betina yang berakhir di dalam
belanga dan dihidangkan sebagai makanan enak.

Wujudnya pepatah melayu bagai belangkas


Fenomena belangkas jantan sentiasa menenggek di belakang belangkas betina ini menyebabkan
wujudnya peribahasa macam belangkas bagi menggambarkan pasangan kekasih dua sejoli yang
tidak pernah boleh berjauhan.

Anda mungkin juga menyukai