Anda di halaman 1dari 14

Teknik Memancing => Jigging Cit Cat => Topic started by: tormentor on 02 June 2009, 01:32:43 PM

Title: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: tormentor on 02 June 2009, 01:32:43 PM Vertical jigging, deep jigging, Japanese jigging, extreme JiggingPelbagai jolokan digunakan untuk menggambarkan kaedah pancingan yang semakin popular pada hari ini yang bermula di Jepun dan semakin berkembang ke seluruh Asia, Oceania dan Eropah. Tidak menghairankan pada hari ini orang-orang Amerika pun mula berjinak-jinak dengan aktiviti jigging ekstrim ini. Sebenarnya jigging merupakan antara kaedah memancing yang tertua yang telah diamalkan di Barat. Orang-orang Jepun yang terkenal dengan budaya rekacipta mereka telah membuat innovasi terhadap teknik ini. Mereka telah menghasilkan pelbagai produk baru yang asasnya adalah penggunaan set pancing yang ringan tetapi boleh menewaskan gergasi-gergasi bagak. Dahulu, gergasi samudera seperti tuna sirip kuning (YFT), tuna gigi anjing (Dogtooth Tuna), gerepoh gergasi (GT), aji-aji dan sebagainya hanya berjaya ditewaskan dengan menggunakan set pancing yang kasar. Penggunaan set yang kasar ini tidak memberi peluang kepada mereka yang berbadan kecil terutamanya orang-orang Asia kerana kita terpaksa berhempas pulas untuk mengendalikan perlatan tersebut. Ini membunuh keseronokan memancing. Sebaliknya penciptaan baru peralatan ringan tetapi berkuasa tinggi oleh orang-orang Jepun telah membuka peluang seluas-luasnya kepada sesiapa saja terutamanya masayarakat Asia yang berbadan kecil untuk menikmati keseronokan sukan memancing ekstrim atau big game. Saya yakin sekiranya kepingan besi yang dikarau laju oleh anda disergah mangsa, anda pasti akan jatu cinta dengan teknik berjigging. Kedah Berkesan Untuk Jigging Penggunaan eco sounder atau fish finder adalah dimestikan untuk memastikan kejayaan teknik jigging. Dengan adanya kecanggihan teknologi dalam mengenal pasti lubuk-lubuk

ikan tertentu, jig akan dilepaskan di tempat-tempat yang didiami oleh ikan. Dalam konteks tempatan, tidak semua ikan berjaya diperdayakan dengan kepingan besi walaupun sekalisekala ada juga spesis-spesis tertentu yang jarang meratah jig seperti ikan merah, kerapu dan ikan-ikan dasar yang lain turut terpedaya. Antara spesis tempatan yang dikenal pasti menjadikan kepingan besi sebagai menu tetap mereka adalah seperti cupak, gerepoh, tenggiri, jenahak, senangin dan alualu. Dengan adanya teknologi GPS, sekiranya spesis tertentu berjaya dikenal pasti kedudukannya, mudahlah bagi kita untuk mengulangi spot yang sama. Jig akan dibuang 10 hingga 20 kaki ke bawah dari kumpulan ikan yang dikenalpasti melalui sounder. Jigging melalui cara ini tentunya lebih berkesan daripada jigging secara membabibuta. Janganlah, asal nampak air je nak turunkan jig. Keberkesanan jigging selalu dikaitkan dengan gaya larian jig yang kelihatan seperti anak-anak ikan yang cedera. Selain itu, ikan juga menyambar jig kerana geram dan terganggu dengan pergerakan jig. Oleh itu, kemahiran berjigging atau mengunjun adalah mustahak untuk memperdayakan mangsa. Kekili Jigging Kedua-dua jenis kekili sama ada kekili menegak (multiplier) atau kekili mendatar (spinning) sesuai digunakan untuk jigging. Terpulanglah kepada kesesuaian dan kegemaran masing-masing. Antara kekili menegak yang sinonim dengan aktiviti jigging ialah seperti Shimano Ocea Jigger, Shimano Kaikon, Daiwa Saltiga Z, Accurate Boss Magnum, Avet JX. Pemilihan kekili menegak yang sesuai adalah penting kerana kekili yang tirus (narrow) adalah lebih sesuai berbanding dengan yang lebar kerana ini akan memudahkan tali dikarau tanpa perlu disusun. Hampir semua kekili mendatar untuk jigging tidak mempunya level wind. Kekili yang tirus juga lebih ringan dan lebih mudah dikawal ketika berentap dengan mangsa. Sementara kekili mendatar yang popular pula ialah seperti Shimano Stella, Twinpower, Biomaster, Ultegra dan Navi. Daiwa mengeluarkan kekili seperti Saltiga Series. Ada juga yang menggunakan Penn Spinfisher. Yang penting, ratio kelajuan mestilah tinggi dan mempunyai sistem tegangan

(drag) yang berkualiti. Drag yang berkualiti amatlah diperlukan untuk menghentikan larian mangsa ke struktur tajam dan bergerigi seperti batu karam atau kapal karam yang akan memutuskan tali. Joran Jigging Joran jigging mestilah halus, ringan tetapi lasak. Panjangnya antara 4.5 kaki hingga 6 kaki. Agak sukar untuk mendapatkan joran yang berkualiti tetapi murah harganya. Antara joran yang terkenal ialah Zenaq, Tenryu, Carpenter, Fisherman, Smith, Zenith. You get what you paid kata orang putih. Kebanyakan joran jigging yang berkualiti agak mahal harganya sehingga mencecah RM dua ribu. Tetapi usah gusar kerana terdapat juga rod-rod yang berkualiti yang dikeluarkan oleh jenama tertentu yang sesuai untuk light dan medium jigging seperti Genesis Jigshaft, Shino, Shimano, Lemax dan beberapa jenama keluaran tempatan. Jenis-jenis Jig Terdapat pelbagai jenis jig di pasaran daripada pelbagai jenama berdasarkan saiz, warna dan bentuk. Adalah sukar untuk mengatakan jig yang manakah yang lebih berkesan daripada jig yang lain. Perkara yang paling penting ialah menyesuaikan saiz jig berdasarkan kedalaman air dan perlatan yang digunakan. Secara umummnya, saiz jig berubah bagi setiap 100 kaki. Misalnya, kedalaman 100 kaki amat sesuai menggunakan jig bersaiz 100g dan begitulah seterusnya jig yang semakin besar digunakan apabila air semakin dalam. Pemilihan saiz yang besar ini akan mempercepatkan jig jatuh ke dasar. Begitu juga saiz jig mestilah disesuaikan dengan arus pada masa itu. Sekiranya arus agak laju, saiz jig yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan jig jatuh betul-betul di kawasan yang sudah dikenalpasti kawasan ikan bermain dan tidak tersasar akibat dibawa arus. Sebagai panduan, jig yang dipilih juga boleh disesuaikan dengan ikan-ikan umpan (bait fish) yang bermain-main di kawasan itu. Warna jig juga memainkan peranan. Apabila jigging pada waktu malam, jig jenis night glow atau pun luminous adalah

pilihan yang utama. Spesis seperti cupak dan tenggiri amat mudah diperdayakan dengan jig malahan dalam banyak keadaan lebih tertarik untuk meratah kepingan besi daripada mencium umpan hidup. Untuk memudahkan dan membuat eksperimen, pastikan kotak jig anda mengandungi pilihan pelbagai jenis warna untuk disesuaikan dengan spesis-spesis yang berlainan dan tempat yang berlainan. Jig-jig yang lebih ringan biasanya digunakan untuk memperdayakan spesis-spesis pelagik seperti tongkol, cupak dan tenggiri. Jig biasanya dilontar agak jauh dari bot dan dikarau dengan cara mengangkat tinggi hujung joran dan mengarau dengan laju apabila menjatuhkan joran seperti anda sedang mengepam joran. Manakala jig yang berat pula digunakan untuk memperdayakan spesis dasar seperti aji-aji dan kerapu. Jig dikarau laju sambil mengangkat sedikit sahaja joran atau dikenali sebagai fast short stroke. Kekili dipusing laju sekali sambil menghenjut joran dengan pantas. Mata Pancing (Assist Hooks) Sebarang mata pancing boleh digunakan tetapi sememangnya ada mata pancing yang dijual untuk dipadankan dengan jig anda. Yang penting anda perlulah mengikat mata pancing tersebut menggunakan sejenis tali yang dipanggil kevlar (selalunya berwarna merah) . Ada yang mengatakan bahawa penggunaan tali kevlar itu sendiri akan menarik minat ikan. Namun yang lebih penting penggunaan tali itu adalah untuk mengelakkan daripada jig anda tersangkut di dasar. Mata pancing yang dipadankan dengan jig seharusnya lebih lebar daripada kelebaran jig anda. Tali Penggunaan tali sulam adalah satu kemestian dalam berjigging. Tali sulam bukan sahaja dapat memotong air dengan lebih cepat, kurang daya regang, sensitif tetapi yang paling penting diameternya yang kecil akan membolehkan lebih banyak tali disisi dalam gelendung kekili anda. Jangan kita lupa bahawa keseronokan berjigging adalah menggunakan peralatan pancing yang kecil dan ringan untuk menawan mangsa bagak. Orang-orang Barat menggelarkan tali sulam sebagai dyneema

atau spectra tetapi orang Jepun memanggilnya sebagai tali PE. Tali PE Jepun yang popular selalunya mempunyai warna yang berlainan untuk setiap 10 meter. Ini untuk membolehkan pemancing mengenalpasti tahap kedalaman tertentu ikan mengasak jig. Namun, penggunaan tali berwarna ini juga kadang-kala menimbulkan masalah tertutamanya apabila banyak tukang gunting berkeliaran di kawasan tersebut dan amat tertarik dengan warna-warni tali tersebut. Terdapat pelbagai tali sulam di pasaran dan yang paling popular di kalangan kaki jigging ialah seperti Power Pro, Berkley Whiplash, YGK, Varivas, Gosen, Zenaq Jigger Thrust dan sebagainya. Janganlah terlalu berkira untuk membeli tali sulam yang berkualiti jika anda mahu menjadi mat jigging kerana kejayaan menewaskan spesis-spesis bagak banyak juga dipengaruhi oleh tali sulam yang berkualiti. Lagipun, tali sulam tidak mempunyai memori yang kalau dijaga dengan baik akan bertahan dalam tempoh yang lama walaupun warnanya luntur sekali pun. Tali sulam juga tidak akan rosak kalau berlilit dan diuraikan semula tidak seperti tangsi yang tentunya akan menjadi kerinting selepas sesi mesyuarat yang panjang. Perambut (Leaders) Penggunaan perambut adalah mustahak terutama untuk medium dan heavy jigging. Memandangkan tali sulam tidak mempunyai regangan, tali ini akan mudah putus apabila direntap secara tiba-tiba. Oleh sebab itulah perambut tangsi amat diperlukan. Perambut tangsi atau perambut kejutan mono (mono shock leader) ini diperbuat khas untuk tujuan jigging dan berlainan dengan perambut biasa. Kaki-kaki jigging pro selalunya menggunakan perambut jenis Fluorocarbon yang lebih lasak menahan geseran dan kurang kelihatan di dalam air yang dikenali juga sebagai perambut hantu. Tetapi perambut ini seperti Seaguar, Suffix Invisiline, Berkley Vanish agak mahal harganya. Berapa panjangkah perambut ini? Tidak ada formula yang khusus sebenarnya. Yang penting, apabila ikan sudah berada di birai bot, anda tidak mahu memegang tali sulam yang tajam itu atau pun tali sulam anda bergesel pada birai bot yang akan memutuskannya tanpa anda sedari. Saya selalu

menggunakan kaedah lima kali panjang joran untuk menyukat panjang perambut. Satu masalah lagi. Bagaimana mahu menyambung tali sulam dengan perambut mono? Agak susah juga untuk dilakukan tetapi alah bisa tegal biasa. Banyak jenis ikatan yang diperkenalkan seperti double bimini twist atau uni to uni knot dan sebagainya. Tetapi ikatan yang paling digemari oleh kaki jigging ialah ikatan FG atau Mid knot. sumber : http://www.jigsdirect.com/eMerchantPro/pc/jiggingfordummies.asp Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: tormentor on 02 June 2009, 01:35:36 PM LIGHT JIGGING PART 1 1) Kekili 2) Ratio 3) Tali poundage 4) Leader poundage Part 2 5) Rod PE spec 6) Split Ring yg sesuai 7) Jig weight 1) Kekili Bagi 'Light Jigging' ni tak perlu besar memadai dengan sebarang kekili size 3500 - 4500 (ikut size daiwa dan shimano), kalau shimano tu apa model pun boleh Alivio, ArenosXT, Navi, Seinna dan Slade merupakan antara siri kekili shimano yang murah iaitu dalam RM200...Oleh itu ikut kemampuan dan kuasa beli seseorang. Selain Shimano, kekilikekili lain seperti Ryobi Applause, Zauber Daiwa Certate dan Caldia Kix juga amat kuat untuk melawan ikan-ikan sekitar kedalaman 10-20meter 2) Nisbah Karauan (Ratio) Untuk kaedah jigging sama ada light mahupun medium, ratio sesuatu kekili amatlah dititikberatkan. Umumnya jigging memerlukan kelajuan yang tinggi justeru itu adalah penting

bagi seorang jigger untuk mengayakan jignya dengan cara yang paling berkesan untuk menarik perhatian mangsa. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika sesuatu kekili itu mempunyai nisbah karauan (ratio) yang tinggi seperti 1:5, 1:6.2 atau 1:8. Nisbah karauan amat penting kerana ia mampu mempengaruhi 'keberkesanan dan kejayaan' seorang jigger dalam menipu si mangsa. Walaubagaimana pun ada ketikanya kita perlu memperlahankan jig dan mengayakan jig dalam keadaan pegun mahupun membiarkan jig jatuh semula ke dasar. Ini bergantung kepada keadaan air atau arus, tempat memancing, kaedah jigging dan ikan sasaran 3) Kekuatan Tali Utama Dalam jigging pemilihan tali juga amat penting kerana talilah yang banyak membantu mengayakan pergerakan jig. Pemilihan tali yang halus, kuat dan berdiameter kecil amatlah dititikberatkan, justeru itu tali braided adalah pilihan yang tepat dan betul berbanding tali mono. Ini kerana tali braided mempunyai semua sifat yang diperlukan untuk seorang jigger mengayakan jig dengan cara yang paling berkesan atau 'menghidupkan' jig seserupa yang boleh seperti ikan-ikan mangsa Untuk 'Light Jigging' memadailah dengan tali yang berkekuatan 30lb (PE3) ke bawah sahaja. Terdapat pelbagai jenama tali braided di pasaran sama ada yang khas dibuat untuk jigging atau pun sebaliknya. belilah mengikut baget masing-masing. Kalau beli tali khas untuk jigging, ia mempunyai warna yang berbeze-beza setiap 10m sebagai penanda untuk jigger mengetahui panjang tali yang keluar dari spool 4)Kekuatan Tali Perambut Penggunaan tali perambut dalam jigging amat penting, ini kerana tali perambut bertindak sebagai 'shock absorber' apabila jig direntap rakus oleh mangsa terutama sekali jika kita sedang dalam kategori 'heavy jigging'. Semestinya tali perambut adalah dari tali mono kerana tali mono mempunyai keanjalan yang bersifat seperti getah untuk menyerap hentakan dari mangsa yang menyambar jig dengan rakus. Ini adalah penting untuk mengelakkan tali utama dari putus kerana tali utama tidak langsung mempunyai keanjalan seperti tali mono. Selain itu juga, tali perambut ini dikatakan bertindak sebagai penanda bagi jigger untuk jigger

mengetahui jig yang di unjun semakin hampir ke permukaan air. Oleh kerana 'light jigging' dipraktikkan di perairan yang mempunyai kedalaman sekitar15-30meter sahaja, oleh itu ikan sasarannya hanyalah sekitar 5-10kg ke bawah...Ini membuatkan ada diantara jigger tidak menggunakan tali perambut, jig terus diikat pada tali utama kerana ikan sasaran tidak lah serakus ikan-ikan 'heavy jigging' seperti ajiaji, gt mahupun tuna. Tetapi daripada pembacaan adalah lebih baik jika jigger meletakkan tali perambut sebagai 'insuran' bagi mengelakkan tali utama putus direntap ikanikan besar. Ini adalah kerana dalam kita mempraktikkan 'light jigging' tidak dinafikan kadang kala di tempat seperti di karang-karang cetek terdapat juga 'mangsa-mangsa' yang besar, rakus dan ganas. Kekuatan tali perambut bergantung kepada kekuatan tali utama dan ikan sasaran. Kebiasaannya tali perambut tidak kurang dari 40lb. Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: tormentor on 16 October 2009, 11:18:53 AM Salam semua.... :) Tali sulam @ tali benang dyneema atau spectra secara asasnya adalah sama iaitu Poly-Ethylene. Ia biasa disebut secara ringkasnya tali PE sahaja. Perbezaan tali PE ialah dari segi jumlah jalinan, coating/lapisan dan warnanya. Tali PE ada yang 3 jalinan, 4 jalinan dan 8 jalinan. Setiap jalinan (benang) terdiri daripada banyak fiber (benang lebih halus) 50+ lebih. Tali PE 4 jalinan sangat popular di pasaran sekarang. Jenama terkenal seperti PowerPro, Fireline, Spiderwire dan kebanyakkan tali PE mempunyai 4 jalinan. Tali PE 4 jalinan sebenarnya berbentuk segiempat tetapi ia kelihatan bulat kerana ia halus. Hanya sedikit sahaja tali PE 8 jalinan di pasaran. Tali PE 8 jalinan biasanya sangat mahal dan digunakan untuk extreme jigging (melebihi 100m) kerana lebih sensitif, lembut dan dapat menahan tekanan tinggi. Manakala Tali PE 3 jalinan buatannya agak kasar. Coating pada tali PE dibuat daripada plastik atau silicon. Kegunaannya ialah untuk melindungi tali tersebut daripada kesan calar. Coating menjadikan tali PE keras dan lebih halus. Warna tali PE pula sama ada putih atau berwarna. Ada tali PE mempunyai 5 warna setiap 10 meter, tujuannya untuk mengesan kedalaman lubuk. Pada pendapat saya pemilihan tali PE terpulang pada poket dan citarasa masing-masing.

semoga sedikit info ini boleh kita kongsi bersama..... :) Sumber rujukan : Japan tackles Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: pirate195 on 16 October 2009, 11:54:42 AM Owh a2 maksud PE hehe.. Bro tormentor pernah saya tbaca buku sirip memancing ikan raigyo japan, dsna dsyorkan joran bkekuatan PE5 hingga PE12 iatah saya inda brapa fhm. Joran yg djual d brunei ani hanya memakai paun contoh 8-16lbs. Bro lau PE3 sama dgn 30lbs kh 2 f slah tolong betul kn Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: tormentor on 16 October 2009, 12:14:46 PM Lebih kurang sebegitu la panduan untuk tu walaupun sebenarnya rating tu kurang tepat... Joran jigging atau popping dan adakalanya joran casting sekalipun yang terbaru/terkini biasanya akan menggunakan rating PE pada joran tersebut.... Tapi masih ada juga pengeluar yang masih menggunakan rating poundage pada joran masa kini.... Bagi saya ianya hanyalah panduan untuk kita dan helah pengeluar untuk menjual barangan mereka.... Mana satu yang betul? Itu kita harus fikirkan bersama.... Wallahualam... Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: pirate195 on 16 October 2009, 12:26:59 PM Trima kaseh bro walupn inda byk tpi btambah jua ilmu di kepala ku hehe..

Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: Azlan on 17 October 2009, 09:18:04 AM Lurusnya bro tormentor atu hanya taktik pengeluar kadang2 klau ada dbuatnya PE atu nya org 'eh kuat ni mcm rod utk jigging kekuatannya' dsna tah org mudah terpedaya walhalnya ia mcm rod yg lain jua nganya perbezaan labelnya atu saja jadi bijaklah membuat pilihan Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: pirate195 on 17 October 2009, 12:55:05 PM Iath bnar nya kita bro selunsong jgn tani menyasal dkemudian hari. kadang2 drg a2 mengaburkan pembeli ja Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: padamit on 17 October 2009, 12:56:47 PM thanks tormentor Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: hj win on 17 October 2009, 05:32:02 PM Tq Tormentor di atas info yg berguna utk para jigger semua, Lagi 1 ada masa nya warna jig juga memainkan peranan di satu2 tmpt mengikut keadaan cuaca & masa, jadi rajin2 la menukar warna & berat jig utk mendapatkan hasil yg memuaskan.. Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: angai on 22 October 2009, 11:51:14 AM assalamualaikum.., kalau bagi kamu2 rod jigging apa yang sesuai dengan budget sekitar $200. kebawah yang PE3 hingga PE6? ada sesiapa yang pernah jigging tanpa masalah pada rod seperti patah. lagipun aku baru membeli reel daiwa fream 4500j harga $230. mohon anda memberi cadangan dan tak lupa ku ucapan berbanyak2 terima kasih.

Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: tormentor on 22 October 2009, 12:07:18 PM
Quote from: hj win on 17 October 2009, 05:32:02 PM Tq Tormentor di atas info yg berguna utk para jigger semua, Lagi 1 ada masa nya warna jig juga memainkan peranan di satu2 tmpt mengikut keadaan cuaca & masa, jadi rajin2 la menukar warna & berat jig utk mendapatkan hasil yg memuaskan..

Setuju dengan pendapat Hj Win... Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: tormentor on 22 October 2009, 12:12:38 PM
Quote from: angai on 22 October 2009, 11:51:14 AM assalamualaikum.., kalau bagi kamu2 rod jigging apa yang sesuai dengan budget sekitar $200. kebawah yang PE3 hingga PE6? ada sesiapa yang pernah jigging tanpa masalah pada rod seperti patah. lagipun aku baru membeli reel daiwa fream 4500j harga $230. mohon anda memberi cadangan dan tak lupa ku ucapan berbanyak2 terima kasih.

Alamak... Ni kena tunggu rakan-rakan lain la jawab... Saya tak boleh nak jawab soalan ni... Sebab saya sendiri pun tak tahu... Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: tormentor on 22 October 2009, 12:13:39 PM
Quote from: padamit on 17 October 2009, 12:56:47 PM thanks tormentor

Sekadar berkongsi ilmu... Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: hj win on 22 October 2009, 03:48:32 PM kalau mengikut budget bro angai buleh jua mencuba joran shino atau pun joran expert, joran ani memang kuat & bebaloi dgn budget bro bagitau atu, PE 5 pun sudah memadai kalau d match kan dgn fream j , Sebanar nya apa2 pun brand joran(nda kira mahal atau murah)

joran akan mudah patah kalau salah cara penggunaan nya salah 1 nya kalau menyangkut ka..jgn d biasa kan menarik atau mempump menggunakan joran melebihi dari had yg d syorkan pada joran tersebut..cara yg terbaik kalau menyangkut gunakan saja kerikan atau apa saja brg yg buleh d gunakan sebagai penarik..ok Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: Lnaguran on 04 November 2009, 07:00:03 PM assalmualukum jiggers, jenis rod (rating rod i.e PE) mesti cun dengan berapa barat jig yg tani gunakan. and set up tani mesti cun jua dgn kedalaman yg tani kan kail. biasanya klau lautan dlm 50 m.. yg bisai pe 4 to 6. and pakai jig dlm 100g to 200g. tapi ikut arus jua and berapa laju hanyut perahu tym tani jigging. kalau kedlaman 15m to 30m yg bisai pakai pe 1-3.. sama dgn jig 40 g to 100g. Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: padamit on 05 November 2009, 09:13:47 AM tq Lnaguran tips nya ok Title: Re: JIGGING ( KAEDAH & TIPS ) Post by: S.W.A.T 6 on 03 February 2010, 09:16:07 AM
Quote from: tormentor on 02 June 2009, 01:35:36 PM LIGHT JIGGING PART 1 1) Kekili 2) Ratio 3) Tali poundage 4) Leader poundage Part 2 5) Rod PE spec 6) Split Ring yg sesuai 7) Jig weight

1) Kekili Bagi 'Light Jigging' ni tak perlu besar memadai dengan sebarang kekili size 3500 - 4500 (ikut size daiwa dan shimano), kalau shimano tu apa model pun boleh Alivio, ArenosXT, Navi, Seinna dan Slade merupakan antara siri kekili shimano yang murah iaitu dalam RM200...Oleh itu ikut kemampuan dan kuasa beli seseorang. Selain Shimano, kekili-kekili lain seperti Ryobi Applause, Zauber Daiwa Certate dan Caldia Kix juga amat kuat untuk melawan ikan-ikan sekitar kedalaman 10-20meter 2) Nisbah Karauan (Ratio) Untuk kaedah jigging sama ada light mahupun medium, ratio sesuatu kekili amatlah dititikberatkan. Umumnya jigging memerlukan kelajuan yang tinggi justeru itu adalah penting bagi seorang jigger untuk mengayakan jignya dengan cara yang paling berkesan untuk menarik perhatian mangsa. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika sesuatu kekili itu mempunyai nisbah karauan (ratio) yang tinggi seperti 1:5, 1:6.2 atau 1:8. Nisbah karauan amat penting kerana ia mampu mempengaruhi 'keberkesanan dan kejayaan' seorang jigger dalam menipu si mangsa. Walaubagaimana pun ada ketikanya kita perlu memperlahankan jig dan mengayakan jig dalam keadaan pegun mahupun membiarkan jig jatuh semula ke dasar. Ini bergantung kepada keadaan air atau arus, tempat memancing, kaedah jigging dan ikan sasaran 3) Kekuatan Tali Utama Dalam jigging pemilihan tali juga amat penting kerana talilah yang banyak membantu mengayakan pergerakan jig. Pemilihan tali yang halus, kuat dan berdiameter kecil amatlah dititikberatkan, justeru itu tali braided adalah pilihan yang tepat dan betul berbanding tali mono. Ini kerana tali braided mempunyai semua sifat yang diperlukan untuk seorang jigger mengayakan jig dengan cara yang paling berkesan atau 'menghidupkan' jig seserupa yang boleh seperti ikan-ikan mangsa Untuk 'Light Jigging' memadailah dengan tali yang berkekuatan 30lb (PE3) ke bawah sahaja. Terdapat pelbagai jenama tali braided di pasaran sama ada yang khas dibuat untuk jigging atau pun sebaliknya. belilah mengikut baget masing-masing. Kalau beli tali khas untuk jigging, ia mempunyai warna yang berbeze-beza setiap 10m sebagai penanda untuk jigger mengetahui panjang tali yang keluar dari spool 4)Kekuatan Tali Perambut Penggunaan tali perambut dalam jigging amat penting, ini kerana tali perambut bertindak sebagai 'shock absorber' apabila jig direntap rakus oleh mangsa terutama sekali jika kita sedang dalam kategori 'heavy jigging'. Semestinya tali perambut adalah dari tali mono kerana tali mono mempunyai keanjalan yang bersifat seperti getah untuk menyerap hentakan dari mangsa yang menyambar jig dengan rakus. Ini adalah penting untuk mengelakkan tali utama dari putus kerana tali utama tidak langsung mempunyai keanjalan seperti tali mono. Selain itu juga, tali perambut ini dikatakan bertindak sebagai penanda bagi jigger untuk jigger mengetahui jig yang di unjun semakin hampir ke permukaan air. Oleh kerana 'light jigging' dipraktikkan di perairan yang mempunyai kedalaman sekitar15-30meter sahaja, oleh itu ikan sasarannya hanyalah sekitar 5-10kg ke bawah...Ini membuatkan ada diantara jigger tidak

menggunakan tali perambut, jig terus diikat pada tali utama kerana ikan sasaran tidak lah serakus ikan-ikan 'heavy jigging' seperti aji-aji, gt mahupun tuna. Tetapi daripada pembacaan adalah lebih baik jika jigger meletakkan tali perambut sebagai 'insuran' bagi mengelakkan tali utama putus direntap ikan-ikan besar. Ini adalah kerana dalam kita mempraktikkan 'light jigging' tidak dinafikan kadang kala di tempat seperti di karang-karang cetek terdapat juga 'mangsa-mangsa' yang besar, rakus dan ganas. Kekuatan tali perambut bergantung kepada kekuatan tali utama dan ikan sasaran. Kebiasaannya tali perambut tidak kurang dari 40lb.

Anda mungkin juga menyukai