Anda di halaman 1dari 3

MODUL KASIH GURU

TAJUK Detektif Emosi

PENGENALAN Bahasa badan merupakan sebahagian daripada komunikasi bukan lisan


yang menyalurkan maklumat akal fikiran dan perasaan yang dialami
seseorang. Mc Garry menyatakan bahawa komunikasi bukan lisan
terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama komunikasi yang diungkapkan
melalui pakaian dan setiap kategori benda/objek lain atau Object
Language. Kedua, semua bentuk komunikasi yang digantikan dengan
pergerakan (movement) dikenali sebagai bahasa isyarat atau Sign
Language, dan ketiga adalah komunikasi dengan tindakan atau gerakan
tubuh yang disebut Action Language. Dengan memadankan ketiga-tiga
kategori ini dalam konteks situasi yang berlaku, kita mampu menghasilkan
rumusan yang tepat mengenai perasaan dan fikiran pelaku. Akhirnya kita
dapat memberikan tindakbalas yang bersesuaian bagi memperoleh impak
yang diingini.
MASA 120 minit ( 2 jam)

SASARAN Guru pelatih/guru-guru

OBJEKTIF Di akhir sesi, peserta akan dapat :


/TUJUAN/ISU/RASIONAL
1. Mengenalpasti emosi pelajar melalui gerak badan mereka.
2. Mentafsir emosi pelajar dengan lebih tepat dengan mengambil
kira situasi semasa mereka.
3. Mengetahui cara mengatasi emosi negatif pelajar dengan
menggunakan pendekatan psikologi.

KANDUNGAN 1. Kebocoran Emosi


2. Panduan Mentafsir Isyarat Bahasa Badan Dengan Tepat
3. Kongruensi Tubuh Badan
4. Bagaimana Tangan Bersuara?
5. Terbuka atau tertutupkah mereka untuk kita?
6. Kemahiran Sosial
7. Posisi Memeluk Tubuh
8. Tidak Yakin Diri
9. Menongkat Dagu
10. Pentafsiran Saiz Anak Mata
11. Membaca Pergerakan Mata
12. Cuba Berahsia
13. Meneroka Ruang Peribadi
14. Memimik Gaya (Mirroring) Dalam Membina Hubungan
15. Kesimpulan

METODOLGI 1. Ceramah
2. Tayangan video pendek
3. Aktiviti Kumpulan

BIBLIOGRAFI Senarai rujukan

1. Daniel Goleman (1998) Working With Emotional Intelligence.


Bantam Book. Amerika Syarikat.
2. Daniel Goleman (1995) Emotional Intelligence Why It Can Matter
More Than IQ. Bantam Book. Amerika Syarikat
3. Anna Jaskolka (2004) How To Read And Use Body Language.
Foulsham The Publishing House, Cippenham, Slough, Bershire, SL1
5AP, England.
4. Allan, Barbara Peace (2015) The Definitive Book of Body Language.
PTS Publishing House, Batu Caves, Selangor.
5. Penggubal Buku Tips Sentuhan Kasih (2011) Tips Sentuhan Kasih 3,
Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Putrajaya.

BAHAN/PERALATAN 1. Peralatan ICT


2. Video MP4 Official Video ‘Sugar – Maroon 5’
3. Kertas A4
4. Bahan Edaran

JADUAL PROGRAM

KAEDAH 1. Sesi penerangan mengenai konsep Bahasa Badan melalui slaid


PELAKSANAAN/LANGKAH ceramah.
-LANGKAH 2. Fasilitator membuat tayangan video pendek.
3. Sesi refleksi secara individu secara lisan.
4. Ceramah penerangan.
5. Aktiviti praktikal mentafsir gambar – Pembentangan kumpulan.

RUMUSAN / FALSAFAH Mengenali emosi seseorang pelajar melalui bahasa badan yang
dipamerkan membolehkan kita menenalpasti dengan lebih tepat apakah
keperluan psikologi mereka ketika itu. Seterusnya ia membolehkan kita
menentukan apakah langkah sewajarnya yang perlu diambil untuk
memastikan keperluan psikologi (emosi terpendam) tersebut dapat
ditangani dengan baik agar ia memberi kesan psikologi yang positif dalam
pembangunan emosi, kognitif dan jasmani yang terbaik kepada mereka.

PENILAIAN Borang Penilaian Program

Anda mungkin juga menyukai