Anda di halaman 1dari 11

KATA-KATA HIKMAT

Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata hikmat dijadikan pedoman hidup dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan dalam. Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat ialah perkataan yang mengandungi pengertian yang tinggi. Ini bermaksud ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup.

1. Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberi pengajaran, teladan, kesedaran, dan peringatan kepada kita.

2. Lazimnya, kata-kata hikmat adalah ringkas tetapi mempunyai pengertian yang mendalam dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan harian.

3.

Kata-kata hikmat merupakan sebahagian daripada peribahasa.

4.

Kata-kata himkat biasanya mempunyai maksud yang tersirat.

5.

Kata-kata hikmat dipetik daripada kitab-kitab suci, kata-kata dan pendapat tokoh, negarawan, cendekiawan, dan sasterawan yang bijak pandai.

6. Biasanya, kata-kata hikmat digunakan sebagai cogan kata atau kiasan dalam pertuturan dan penulisan..

contoh kata-kata hikmat


Hilang Bahasa, Lenyaplah Bangsa
Sesuatu bangsa itu dianggap sudah tiada sekiranya bahasanya sudah tidak ditutur lagi

. Ilmu Pelita Hati


Ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan panduan kepada kehidupan manusia.

contoh kata-kata hikmat


Hidup Ini Adalah Suatu Perlumbaan
Kita terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dalam kehidupan ini.

Kata-kata Lebih Tajam Daripada Mata Pedang


Kata-kata yang pedas dapat menyinggung dan menghiris perasaan seseorang

Contoh kata-kata hikmat

Contoh kata-kata hikmat


Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.

Setiap yaang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dakan sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Anda mungkin juga menyukai