Anda di halaman 1dari 4

Lemak dan kesihatan jantung

HERBALIS BAHRAIN SAMAH, RH (AHG)

25 September 2012

Kuning telur dikelaskan sebagai lemak tepu kerana lelemak tepu dominan.

Asid linolik terkonjugasi adalah sejenis lemak trans yang terdapat secara semula jadi dalam susu. SEBAHAGIAN doktor dan pakar pemakanan konvensional biasanya mencadangkan minyak bunga matahari, jagung dan canola sebagai yang sesuai diambil oleh mereka yang disahkan mengalami arteri jantung tersumbat. Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya silalah teruskan membaca isi keseluruhan artikel ini. Seorang rakan saya yang disahkan menghidap arteri menganggap marjerin adalah selamat dimakan. Kasihan beliau kerana doktor dari sebuah hospital swasta yang merawat tidak mencadangkan makanan sesuai untuk diambil. Saya katakan kepadanya bahawa setiap jenis marjerin biasanya mengandungi lemak trans walaupun yang diperbuat daripada minyak sawit. Ramai beranggapan marjerin yang diperbuat daripada minyak kelapa sawit adalah selamat. Ramai juga tidak mengetahui keburukan lemak trans jika diambil berterusan walaupun pada paras rendah. Lemak trans terhasil daripada proses hidrogenasi iaitu proses menambah hidrogen pada rantaian lemak tidak tepu. Apabila hidrogen ditambah, ikatan ganda dua akan terhapus lalu menghasilkan produk asid lemak tidak tepu.

Ikatan ganda dua pada lemak tidak tepu memiliki kedudukan dua atom hidrogen pada sisi yang serupa. Namun proses hidrogenasi menyebabkan salah satu atom hidrogen berubah kedudukannya dengan menempati sisi berlawanan daripada yang satu lagi. Asid linolik terkonjugasi (conjugated linoleic acid) merupakan sejenis lemak trans yang terdapat semula jadi dalam susu, telur dan daging. Lemak trans ini didapati memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan. Sebaliknya lemak trans hasil proses hdrogenasi didapati memberi kesan buruk termasuk terhadap kesihatan jantung. Kolesterol baik dan jahat?

Kajian mendapati lemak trans meningkatkan paras kolesterol jahat iaitu LDL (low density lipoprotein) dan mengurangkan paras kolesterol baik iaitu HDL (high density lipoprotein). Kajian juga mendapati lemak tepu meningkatkan LDL tetapi ia juga meningkatkan paras HDL. Jadi, ramai saintis membuat kesimpulan, lemak trans lebih buruk dari lemak tepu. Menurut ramai saintis konvensional termasuk doktor dan pakar pemakanan, sesuatu jenis makanan dianggap baik jika ia meningkatkan paras HDL tinggi dan menurunkan LDL. Jadi, jika kajian mendapati sesuatu jenis makanan mengurangkan HDL dan meningkatkan LDL maka makanan tersebut dikategorikan sebagai meningkatkan kolesterol. Sebagai pengamal perubatan alternatif terlatih dan memahami proses biokimia tubuh, saya tidak menggunakan teori ini. Sebaliknya saya menggunakan teori yang menyatakan bahawa lemak tepu tidak meningkatkan paras kolesterol. Saya muatkan perbincangan berkisar punca penyakit koronari dan bagaimana menanganinya dalam buku saya berjudul Serangan Jantung (Alaf 21). Sebuah kajian berskala besar telah mendapati lemak tepu tidak memudaratkan kesihatan jantung. Kajian berasaskan analisa meta (meta-analysis, statistik berdasarkan kajian terdahulu yang mengkaji perkara serupa) seperti dilaporkan dalam jurnal The American Journal of Clinical Nutrition (Mac 2010) terhadap 21 kajian terdahulu yang terdiri daripada 347,747 subjek mendapati, tiada bukti kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa makanan mengandungi lemak tepu dapat dikaitkan dengan peningkatan penyakit jantung koronari atau penyakit kardiovaskular. Untuk pengetahuan anda, lemak tepu yang digunakan dalam kajian tahun 50-an didapati meningkatkan paras kolesterol kerana lemak tepu yang telah menjalani proses hidrogenasi. Ramai doktor tidak tahu perkara ini. Begitu juga dengan ramai pakar pemakanan konvensional. Apabila dikatakan sesuatu jenis minyak itu ialah lemak tepu ia tidak bermaksud kandungannya 100 peratus terdiri daripada lemak tepu. Ini kerana setiap jenis minyak masak sama ada bersumber daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan mengandungi semua kategori asid lemak iaitu lemak tepu, lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu. Kategori lemak

Setiap jenis minyak dikategorikan kepada kelas tertentu kerana sesuatu jenis asid lemak didapati paling dominan. Contohnya kuning telur, lemak haiwan, minyak sapi tulen, minyak kelapa dan

minyak sawit dikelaskan sebagai lemak tepu kerana lelemak tepu dominan. Sebaliknya minyak seperti bunga matahari, jagung dan soya dikelaskan sebagai lemak poli tidak tepu kerana lemak jenis ini yang dominan. Minyak seperti zaitun, kacang tanah dan canola mengandungi paras lemak mono tidak tepu yang dominan maka ia dikelaskan sebagai lemak mono tidak tepu. Minyak sunflower dan mengandungi paras lemak mono tidak tepu yang tinggi namun kebanyakan jenis yang dijual di pasaran dikatakan tinggi dengan lemak poli tidak tepu. Jadi, kerana paras minyak poli tidak tepu yang tinggi, maka saya sendiri mengelaskan minyak canola dan minyak kacang tanah di mana kedua-duanya dalam kategori mono tidak tepu sebagai minyak poli tidak tepu. Jika anda sering mengikuti tulisan-tulisan saya, anda akan dapati bahawa saya mencadangkan agar anda menjauhi minyak-minyak poli tidak tepu kecuali dalam bentuk perahan sejuk seperti untuk salad pada kuantiti dan kekerapan rendah. Sesungguhnya kesan epigenetik (epigenetic) lemak poli tidak tepu dipercayai memudaratkan kesihatan kerana ia mengganggu struktur membran sel-sel tubuh termasuk membran mitokondria. Pada jangka panjang, ia dipercayai menyebabkan sel tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Jadi, seseorang yang sedang mengalami arteri jantung tersumbat atau mengalami diabetes dipercayai akan sukar reda atau mengalami keadaan yang lebih buruk. Jadi, lemak tepu yang menjalani proses hidrogenasi dalam kajian tahun 50-an tersebut tidak sepatutnya dijadikan rujukan! Ia kerana lemak tepu terhidrogenasi mengandungi lelemak dan produk kimia tertentu yang meningkatkan kolesterol. Dengar-dengarnya lemak tepu terhidrogenasi masih terus digunakan dalam kajian-kajian berkaitan lemak tepu hingga ke hari ini. Untuk menambah pengetahuan anda mengenai kebaikan lemak tepu dan keburukan lemak poli tidak tepu sila lawati laman sesawang Weston A Price Foundation di pautan http://www.westonaprice.org/. Di laman sesawang tersebut anda akan faham mengapa lepa susu asli, lemak haiwan, minyak sapi tulen, kuning telur, minyak kelapa dan minyak sawit dikatakan sebagai minyak yang tidak memudaratkan kesihatan jantung dan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

http://infokesihatan-fp.blogspot.com/2012/09/lemak-dan-kesihatan-jantung.html

Anda mungkin juga menyukai

  • Petikan Teks Hari Rabu
    Petikan Teks Hari Rabu
    Dokumen5 halaman
    Petikan Teks Hari Rabu
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • KK Terapi Seni
    KK Terapi Seni
    Dokumen8 halaman
    KK Terapi Seni
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Makanan - Tema Emosi Diri
    Makanan - Tema Emosi Diri
    Dokumen1 halaman
    Makanan - Tema Emosi Diri
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Kesan Penggunaan Drama Dalam Pendidikan
    Kesan Penggunaan Drama Dalam Pendidikan
    Dokumen13 halaman
    Kesan Penggunaan Drama Dalam Pendidikan
    PaRaDoX eLaKSaMaNa
    100% (8)
  • Mind Map
    Mind Map
    Dokumen5 halaman
    Mind Map
    Afifah Abdullah Abas
    100% (1)
  • Ali Suka Makan Bayam
    Ali Suka Makan Bayam
    Dokumen6 halaman
    Ali Suka Makan Bayam
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Tekanan Emosi Guru
    Tekanan Emosi Guru
    Dokumen1 halaman
    Tekanan Emosi Guru
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Tekanan Emosi Murid
    Tekanan Emosi Murid
    Dokumen1 halaman
    Tekanan Emosi Murid
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • m4 BM Kadsukukta
    m4 BM Kadsukukta
    Dokumen3 halaman
    m4 BM Kadsukukta
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Teka Tekuk KVKK KVK
    Teka Tekuk KVKK KVK
    Dokumen4 halaman
    Teka Tekuk KVKK KVK
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Kiasan dan Fungsinya
    Kiasan dan Fungsinya
    Dokumen7 halaman
    Kiasan dan Fungsinya
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • KataHikmat40
    KataHikmat40
    Dokumen11 halaman
    KataHikmat40
    Afifah Abdullah Abas
    0% (1)
  • Analisis Binaan Frasa
    Analisis Binaan Frasa
    Dokumen6 halaman
    Analisis Binaan Frasa
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Presentation 04.07.13
    Presentation 04.07.13
    Dokumen12 halaman
    Presentation 04.07.13
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Cakoi Dan Sos Manis
    Cakoi Dan Sos Manis
    Dokumen4 halaman
    Cakoi Dan Sos Manis
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Kek Susu
    Kek Susu
    Dokumen1 halaman
    Kek Susu
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Resepi Bahulu Cermai
    Resepi Bahulu Cermai
    Dokumen1 halaman
    Resepi Bahulu Cermai
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Aktiviti 3
    Aktiviti 3
    Dokumen4 halaman
    Aktiviti 3
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Kiasan dan Fungsinya
    Kiasan dan Fungsinya
    Dokumen7 halaman
    Kiasan dan Fungsinya
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • AFIFAH
    AFIFAH
    Dokumen20 halaman
    AFIFAH
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Ban Bol: Nama: - Kelas
    Ban Bol: Nama: - Kelas
    Dokumen1 halaman
    Ban Bol: Nama: - Kelas
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • KataHikmat40
    KataHikmat40
    Dokumen11 halaman
    KataHikmat40
    Afifah Abdullah Abas
    0% (1)
  • Aktiviti 4
    Aktiviti 4
    Dokumen3 halaman
    Aktiviti 4
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • RPH Mate
    RPH Mate
    Dokumen6 halaman
    RPH Mate
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Aktiviti 2
    Aktiviti 2
    Dokumen2 halaman
    Aktiviti 2
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Aktiviti 5
    Aktiviti 5
    Dokumen3 halaman
    Aktiviti 5
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Kad Perkataan Juge
    Kad Perkataan Juge
    Dokumen2 halaman
    Kad Perkataan Juge
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • JUDUL
    JUDUL
    Dokumen2 halaman
    JUDUL
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat
  • Isi Tempat Kosong
    Isi Tempat Kosong
    Dokumen1 halaman
    Isi Tempat Kosong
    Afifah Abdullah Abas
    Belum ada peringkat