Anda di halaman 1dari 23

PROSES

PEMBELAJARAN

MURID
DAN
PEMBELAJARAN

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


DEFINISI PROSES PEMBELAJARAN
Learning is a "process of progressive behavior
adaptations - Skinner

Apakah yang dimaksudkan dengan proses pembelajaran?


Aktiviti atau proses untuk mendapatkan

pengetahuan atau menguasai kemahiran melalui


pembelajaran, latihan, pengajaran atau pengalaman.

Aktiviti pelajar yang mempelajari sesuatu

Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui


pembelajaran.
Proses pembelajaran adalah proses yang di
dalamnya terdapat kegiatan interaksi antara guru-
murid dan komunikasi timbal balik yang
berlangsung dalam situasi pembelajaran untuk
mencapai tujuan belajar (Rustaman, 2001:461)..

Proses interaksi antara murid dengan pendidik


dan sumber belajar pada suatu lingkungan belajar.
Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan
pendidik agar dapat terjadi proses pemerolehan
ilmu dan pengetahuan, penguasaan kemahiran
dan tabiat, serta pembentukan sikap dan
kepercayaan pada murid-murid
PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
Proses pembelajaran akan lebih mudah difahami
sekiranya kita merujuk pada teori Gagne yang
berpendapat bahawa minda manusia adalah seperti
komputer dalam aspek memproses maklumat
Gagne mengenalpasti 8 peringkat dalam proses
memindahkan maklumat kepada pengetahuan
yang dipelajari (learned knowledge).
Pemindahan pembelajaran ini berlaku secara
berperingkat .
Ia dilaksanakan tanpa mengambil kira apa juga
hasil pembelajaran yang ingin dicapai
PROSES PEMBELAJARAN GAGNE

1. Peringkat 1 Motivasi
Motivasi sangat penting untuk mendorong
pembelajaran, malah ia merupakan pra syarat utama
bagi membolehkan berlakunya pembelajaran.
Motivasi merupakan tenaga pendorong atau penarik
yang menyebabkan adanya tingkah laku ke arah
suatu tujuan tertentu. Peserta didik akan
bersungguh-sungguh karena memiliki motivasi yang
tinggi. (Mulyasa, 2003)
Pembelajaran akan berlaku apabila seseorang pelajar
itu bermotivasi kerana motivasi merupakan satu
proses atau tenaga dalaman organisma yang
mendesak seseorang untuk bertindak.
PERINGKAT 2 MEMBERIKAN PERHATIAN :
MEMASTIKAN PERHATIAN PELAJAR
Pembelajaran akan berlaku jika pelajar dapat
menumpukan perhatian kepada apa yang diajar.

Guru perlu merancang pendekatan, strategi, kaedah


dan teknik pengajaran yang boleh menarik minat para
pelajarnya.

Pengajaran yang menarik dan menyeronokkan ,


melibatkan pelajar secara aktif, penggunaan bahan
bantu mengajar yang merangsang situasi pembelajaran
serta sifat ingin tahu pelajar tentu dapat
memotivasikan pelajar untuk memperolehi pengetahuan
PERINGKAT 3 & 4 PEROLEHAN DAN
INGATAN
Memori memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran.
Pelajar perlukan memori yang kuat untuk mengingati
ilmu pengetahuan yang dipelajari
Kaedah pengajaran yang sesuai perlu diaplikasikan oleh
guru bagi memudahkan murid mengingati apa yang telah
dipelajari. Contoh :

menyusun bahan pembelajaran secara sistematik


dan teratur bagi memudahkan pemahaman
menggunakan pelbagai bentuk bahan bantu
mengajar yang dapat menarik minat pelajar.
kaedah pengajaran yang membolehkan pelajar mencuba
atau melakukan sendiri ( secara hands on)
PERINGKAT 4 INGAT KEMBALI DAN RETRIEVAL

Maklumat yang disimpan akan diingat kembali dan


digunakan pada peringkat ini
Retrieval merujuk pada proses mengesan maklumat
yang disimpan dan disalurkan kepada kesedaran
pelajar.
Untuk menjayakan proses ini, guru harus menyediakan
bahan dan aktiviti pembelajaran yang bermakna kepada
para pelajar.
Pengetahuan sedia ada pelajar perlu dikaitkan dengan
pengalaman baru bagi memudahkan proses pemahaman
pelajar.
Bahan pembelajaran juga harus menarik dan mudah
difahami oleh pelajar.
PERINGKAT 6 -GENERALISASI
Pemindahan pembelajaran berlaku apabila maklumat
yang diingat kembali digunakan dalam situasi yang
baru.

Aplikasi pengetahuan dalam situasi yang baru


merupakan proses pembelajaran yang sangat penting
kerana ia membuktikan bahawa pengajaran guru
adalah berkesan, justeru itu pembelajaran berlaku
dengan jayanya.
PERINGKAT 7 - PRESTASI

Prestasi pelajar menjadi bukti bahawa pembelajaran


berlaku atau tidak.

Aktiviti yang dijalankan dan respons pelajar dapat


dijadikan panduan oleh guru untuk membuktikan
sama ada pelajar dapat memahami atau mengikuti
apa yang dipelajari atau tidak.

Soalan-soalan lisan dan scara bertulis boleh digunakan


untuk mempengaruhi cara pelajar memberikan
respons.
PERINGKAT 8 MAKLUMBALAS DAN PENEGUHAN

Guru perlu memberikan motivasi apabila pelajar


berjaya mencapai hasil pembelajaran
Guru perlu memberikan maklum balas tentang prestasi
pelajar
Tujuan maklum balas :
memaklumkan tentang prestasi pelajar
mencadangkan penambahbaikan yang perlu
dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi
Guru harus membuat maklum balas dengan serta
merta bagi membolehkan wujudnya kesan yang
maksimum terhadap pembelajaran pelajar
EVENTS OF INSRUCTION
( 9 LANGKAH PENGAJARAN GAGNE)
KAITAN DGN PROSES
PERISTIWA PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Penerimaan corak2 impuls neural


Menarik perhatian
Maklum pelajar tentang Meletus satu proses kawalan
objektif eksekutif
Merangsang ingatan kembali Retrieval pengetahuan sedia ada dlm
pengetahuan sedia ada ingatan jangka pendek
/pembelajaran lepas Mengutamakan ciri-ciri untuk
Menemukakan bahan persepsi pilihan
ransangan
Pengekodan semantik ; klu untuk
Memberikan bimbingan retrieval
pembelajaran
Meletus organisasi respons
Menggalakkan perlakuan
Memberikan maklum balas Menentukan peneguhan
tentang prestasi Meletuskan retrieval; memberikan
Menilai prestasi ruang untuk peneguhan
Merangsang penyimpanan Memberikan klu dan strategi-strategi
dan pemindahan untuk retrieval.
IMPLIKASI PROSES PEMBELAJARAN TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menarik perhatian pelajar

Memaklumkan pelajar tentang objektif / hasil


pembelajaran
Merangsang ingatan kembali terhadap pengetahuan
sedia ada
Kemukakan kandungan
Membimbing pembelajaran
Melaksanakan perlakuan
Memberikan maklum balas
Menilai perlakuan dan prestasi
Merangsang ingatan dan pemindahan pembelajaran
1.MENARIK PERHATIAN
o Guru berusaha menarik perhatian pelajar terhadap
pengajarannya.

o Cara merangsang pelajar :

menggerakkan naluri ingin tahu pelajar


memotivasi pelajar
memberikan cabaran kepada pelajar
menggunakan anekdot, gambar, teka teki bagi
menarik perhatian pelajar
soal jawab
2. MEMAKLUMKAN PELAJAR TENTANG OBJEKTIF /
HASIL PEMBELAJARAN

o Objektif / hasil pembelajaran perlu dimaklumkan


kepada pelajar supaya mereka sedar tentang matlamat
pembelajaran

o Ini akan mendorong pelajar untuk membuat persediaan


dari segi emosi , mental dan fizikal

o Makluman tentang hasil pembelajaran ini akan menjadi


motivasi dalaman kepada pelajar untuk belajar
bersungguh-sungguh
3. MERANGSANG INGATAN KEMBALI TERHADAP
PENGETAHUAN SEDIA ADA

o Guru harus mengenal pasti tahap pengetahuan


sedia ada yang dimiliki oleh pelajar
o Untuk tujuan tersebut, ujian pra atau sesi soal
jawab boleh dilaksanakan
o Peringkat ini dianggap penting kerana ia membina
asas yang kukuh bagi membentuk pengetahuan
baru
o Ini bermakna guru memulakan pengajaran dengan
mengajar perkara yang dapat dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada pelajar dan meneruskan
dengan mengajar perkara yang tidak diketahui
pelajar
o Perkaitan antara maklumat baru dengan pengetahuan
sedia ada dapat memudahkan proses pembelajaran

o Didapati pelajar dapat mengekod dan menyimpan


maklumat dalam ingatan jangka panjang sekiranya
pengetahuan baru itu ada kaitan dengan pengalaman
peribadi

o Guru boleh menyoal pelajar tentang pengalaman lepas


atau tentang topik-topik pembelajaran yang lepas.
4. KEMUKAKAN KANDUNGAN

o Guru mula mengajar isi pelajaran / kandungan yang


baru kepada pelajar.

o Isi pelajaran perlu dikelompokkan dan disusun secara


sistematik dan bermakna untuk diterangkan atau
didemonstrasikan kepada pelajar

o Kepelbagaian gaya pembelajaran memerlukan guru


untuk menjadi lebih kreatif dalam penyampaian ilmu

o Pelbagai kaedah , strategi, pendekatan dan bahan


bantu mengajar boleh diguna pakai bagi memenuhi
keperluan kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar.
5. MEMBIMBING PEMBELAJARAN

o Untuk membolehkan pelajar menyimpan maklumat


dalam jangka masa panjang, guru boleh memberikan
bimbingan tambahan.

o Bahan pengajaran perlu jelas dan tepat

o Pelajar boleh dibimbing melalui strategi berikut :


penggunaan kes-kes kajian
penggunaan contoh
pengurusan grafik
penggunaan analogi
6. MELAKSANAKAN PERLAKUAN
o Pada peringkat ini, guru dapat mengesahkan bahawa
pelajar telah menguasai isi pelajaran yang sepatutnya
melalui latihan kemahiran atau tingkah laku baru

o Latihan yang berulang dapat memanjangkan


jangkamasa penyimpanan pengetahuan.

o Bagi memenuhi tujuan tersebut,guru boleh


menggunakan latihan bertulis, soal jawab dan ujian

o Pelajar berpeluang untuk melatih dan mengaplikasi


kemahiran baru dalam situasi yang berbeza.
7. MEMBERIKAN MAKLUM BALAS
o Guru perlu memberikan maklumbalas dengan kerap
dan serta merta

o Maklum balas positif dapat membina keyakinan diri


dan memberi motivasi kepada pelajar

o Maklum balas harus spesifik

o Bimbingan dalam bentuk soal jawab merupakan


maklum balas formatif

o Cadangan penambahbaikan boleh diberikan kepada


pelajar bagi membaiki kelemahan yang dikenal pasti.
8. MENILAI PERLAKUAN DAN PRESTASI

o Ujian pos atau pentaksiran akhir akan diberikan


pada akhir pembelajaran untuk menilai penguasaan
pengetahuan dan kemahiran yang diajar.

o Bimbingan tambahan tidak perlu diberikan pada


peringkat ini.

o Peringkat ini dianggap sebagai peringkat penilaian


summatif
MERANGSANG INGATAN DAN
PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

o Contoh dan latihan tambahan perlu diberikan untuk


menambah baik pemahaman pelajar

o Peringkat ini akan memastikan berlakunya proses


pemindahan pengetahuan yang dipelajari ke dalam
situasi baru

o Proses mengaplikasi pengetahuan ke dalam situasi


yang baru / sebenar ini sangat penting kerana ia
akan membantu dalam penyelesaian masalah dalam
kehidupan seharian

Anda mungkin juga menyukai