01 February 2008
PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN
KHAS
BAHASA MELAYU
DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
PERKEMBANGAN BAHASA
Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili
konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.
1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.
1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.
1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang
telah dialami.
a. Kemahiran Lisan
b. Kemahiran Bacaan
c. Kemahiran Tulisan
d. Kemahiran Ejaan
KEMAHIRAN LISAN
1.1 PENGENALAN
Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran
kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai
bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya
berulang-ulang.
KEMAHIRAN MENDENGAR
Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan
mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.
Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor
fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan
pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran
mendengar jika ia boleh:
KEMAHIRAN BERTUTUR
Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu
kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau
ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu
linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting
dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan
melibatkan perbezaan maksud atau makna.
Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana
pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan
mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin
bergaul dengan kanak-kanak lain.
Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran.
Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak
menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat
dengan jelas.
Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara.
Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.
Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari
secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina
asas bahasa yang kukuh.
Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi
pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.
Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan
ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:
Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman
-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid.
Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya
dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.
1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus
murid-murid.
1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran
dan pembelajaran.
1.5.7. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun
atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.
1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian :
1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.
Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk
didengar oleh pendengar yang ada.
1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada
murid.
1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk
sekali dua sahaja.
1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang
berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.
1.6.1.9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika
didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara
spontan.
2. KEMAHIRAN BACAAN
Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga merupakan
satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses
perkembangan-perkembangan yang diterima.
Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada
proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah
fikiran daripada bahan bertulis itu.
Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan,
mengamati serta memahamkan kandungannya.
KESIMPULANNYA:
2.3.1.1.KEADAAN FIZIKAL
- Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.
- Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.
- Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.
- Umur: Peringkat umur yang berbeza.
- Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan
membaca.
- Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya.
- Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.
- Diskriminasi Penglihatan.
- Diskriminasi Pendengaran.
2.3.1.6PENGUASAAN BAHASA
- Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.
3.1. DEFINISI
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh
kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas
permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut.
2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-
lain.
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham
dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.
membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah
kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /
sempit.
- Membina ayat.
- Mengarang cerita.
- Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
- Menulis surat kiriman.
- Lain-lain yang berkaitan.
Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,
sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan
mudah.
Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-
cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan
teliti dan betul.
4. EJAAN
4.1. DEFINISI
- Mendiskriminasi perkataan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2.3 Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi;
2.3.1 Masalah sosial seperti:
· Selalu tidak hadir ke sekolah
· Tiada galakan keluarga
· Kemiskinan
· Takut
· Malu
· Rasa rendah diri, dan lain-lain
Perlu diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan kewangan atau lain-lain
bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.
3. STRATEGI PENGAJARAN
3.1 Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis semua jawapan murid
dan merekodkannya.
3.2 Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid.
3.3 Tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah dirujuk.
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera...... at 1.2.08
6 comments:
Anonymous said...
hello, thanks for creating this blog. I'm also a guru pemulihan at penang. Nice to
meet you.
23/11/08 6:33 PM
Anonymous said...
assalamualaikum~~ hehe..
kiter pn, bdk pemulihan gak..
kat selangor...
bgus blog ckg nie...
banyak membantu...
2/4/09 12:50 PM
Asma' said...
2/4/09 1:21 PM
Anonymous said...
21/4/09 8:41 PM
Alangkah baiknya jika dicatat dari mana nota ini diperolehi. Nota ini adalah 100%
dari JPN Johor yang telah digunakan sekian lama dan digunakan pula oleh KPM.
8/5/09 8:04 PM
Post a Comment
Prakata
Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Bahan-bahan yang dipaparkan adalah daripada kursus-kursus yang saya hadiri dan bacaan
saya.......BUKAN HASILAN SAYA SENDIRI......harap maklum.
View my complete profile