Anda di halaman 1dari 28

BIL KANDUNGAN M/S

1. ISI KANDUNGAN 1

2. PENGHARGAAN 2

3. OBJEKTIF 3

4. PENGENALAN 4

5. MAKSUD KELUARGA 5

6. TUGAS IBU BAPA 6

7. TANGGUNGJAWAB IBU BAPA 9

8. TUGAS MANUSIA 12

9. TANGGUNGJAWAB MANUSIA 13

10. CABARAN KELUARGA MASA KINI DAN CARA MENGATASI 16


CABARAN TERSEBUT

11. RUJUKAN 26

12. KESIMPULAN 27

13. LAMPIRAN 28

TUGAS IBU BAPA


1. Ibu bapa sebagai guru di rumah
Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam didikan anak-anak mereka. Selain
guru di sekolah, ibu bapa memainkan peranan sebagai guru yang dapat memberikan
pendidikan kepada anak-anak di rumah secara tidak langsung. Terdapat beberapa perkara
penting yang perlu diambil berat oleh seorang ibu bapa untuk mendidik anak-anak
mereka agar menjadi anak-anak yang soleh atau solehah dalam pembinaan peribadi
muslim.

2. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengenal Rabbnya

Salah satu tugas utama ibu bapa adalah mendidik anaknya untuk mengenal Rabb iaitu
Allah S.W.T.. Islam menuntut si bapa memperdengarkan azan atau iqamah ke telinga si
anak yang baru dilahirkan. Dari saat itulah, bermulanya tugas ibu dan bapa mendidik
anak-anak mereka mengenali Allah S.W.T.. Setiap ciptaaan Allah di muka bumi ini sama
ada langit, bumi, bintang, matahari dan bulan perlu dijelaskan oleh ibu dan bapa kepada
anak-anak mereka. Dengan kata lain, ibu dan bapa perlu memastikan tumbesaran anak-
anak mereka perlu sejajar dengan pengenalan kepada PenciptaNya.

Menjadi fitrah semulajadi seorang bayi yang akan terbangun dari tidurnya menjelang
subuh hari. Betapa Allah telah menciptakan hambanya untuk melaksanakan salah satu
perintah-Nya pada waktu subuh. Selain itu, seorang bayi tidak akan selesa dengan
kekotoran yang ada pada dirinya. Inilah hakikat kebenaranNya bahawa Allah menjadikan
fitrah seorang manusia agar mencintai kebersihan. Walaubagaimanapu, masih ramai di
antara kita yang tidak menyedari hakikat ini dalam pendidikan terhadap anak-anak.

3. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik


Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk menjadi contoh kepada anak-
anak yang sedang membesar terutamanya dalam pendidikan terhadap solat dan
pemakaian yang menutup aurat. Anak-anak akan memerhatikan apa yang di lakukan oleh
ibu bapa. Sekiranya ibu bapa sentiasa menjaga waktu solat mereka dan sentiasa menutup
aurat ketika keluar dari rumah, maka sudah tentu anak-anak akan mudah mengikuti apa
yang di lakukan oleh ibu bapanya.

4. Berkomunikasi dengan bahasa yang sesuai dan lemah lembut

Setiap tutur kata yang dilafazkan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak.
Baik tutur kata ibu bapa, maka baiklah tutur kata si anak itu. Unit bahasa itu mula
terbentuk di dalam otak pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak lagi. Oleh itu, ibu
bapa perlu bercakap dengan sebutan yang baik dan nada yang lemah lembut. Selain itu,
penggunaan bahasa yang betul dan tepat di samping perkataan yang sesuai dengan
keadaan dan situasi juga perlu dititikberatkan bagi memudahkan pembelajaran
komunikasi anak-anak di rumah.

5. Pembentukan peribadi kanak-kanak melalui perwatakan ibu bapa

Ibu bapa adalah orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, anak-anak mudah
terpengaruh dengan apa sahaja yang dilihat atau dibuat oleh ibu dan bapa mereka.
Pembentukan peribadi kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada dipengaruhi oleh
perwatakan ibu bapa. Perwatakan yang baik dapat dicontohi daripada Rasulullah S.A.W.
dan juga para sahabat. Rasullah telah menggariskan matlamat utama perutusan Baginda
ke muka bumi ini dalam hadisnya yang berbunyi “Hanyasanya saya diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia”.

Sebagai contoh, keperibadian seorang sahabat Nabi, Usamah yang menjadi anak angkat
Rasullah ketika beliau masih kecil sangat dikagumi ramai. Usamah hidup dalam keluarga
Rasulullah yang penuh dengan kasih sayang. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas harian,
Rasulullah sentiasa meluangkan masanya untuk bermain dengan cucu-cucunya, Hassan
dan Hussien. Kasih dan sayang Rasulullah yang dicurahkan kepada cucu-cucunya itu
menyamai kasih dan sayangnya kepada Usamah.

Perwatakan Usamah sangat terserlah dengan peribadi yang mulia apabila beliau telah
meningkat dewasa. Beliau menjadi seorang yang berani, cerdik dan bijaksana serta tahu
menjaga kehormatan dirinya. Ketika beliau berumur 20 tahun, Rasulullah telah melantik
Usamah sebagai panglima perang untuk memimpin bala tentera umat Islam tetapi
pemergiannya untuk berjihad di jalan Allah tertangguh kerana Rasulullah telah wafat
ketika itu. Inilah kesan daripada didikan Rasulullah terhadap Usamah yang bukan
daripada keturunan baginda sendiri, namun kasih sayang baginda sebagai seorang bapa
angkat tidak pernah terabai.

Ternyata, keperibadian seseorang itu akan terbentuk melalui didikan ibu bapa mereka di
rumah. Jika baik perangai ibu dan ayahnya di rumah, maka insyaAllah baiklah
perwatakan anak-anaknya. Jika tidak, perkara sebaliknya akan berlaku. Dalam mendidik
anak-anak, perkara-perkara seperti mengajak anak-anak beramal, mengajak anak solat
pada awal waktu, mengajak anak-anak solat di masjid, mengajak anak-anak berdakwah,
mengajak anak-anak mengikut sunnah Nabi dan akhlak baginda S.A.W., dan mengajak
anak-anak untuk bersyukur ke atas segala pemberian Illahi perlu dibiasakan dalam
kehidupan mereka. Anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ibu bapalah yang
bertanggungjawab untuk mencorak anak-anak ini menjadi seorang Islam, Majusi atau
Nasrani.

PENGHARGAAN
‫بسم ہللا الرمحن الرحمي‬

Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali,saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas
segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulilah, tugasan ini telah berjaya disiapkan dengan
ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya,
seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi’n, para alim ulama sehinggalah kepada
sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka.

Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua kami yang telah mendidik dan
mengasuh dari kecil hinggalah ke hari ini dalam keta’atan kepada Allah s.w.t.

Seterusnya kami juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada ustazah Raihan
yang telah banyak memberikan sokongan, galakan dan perangsang yang sepenuhnya kepada
kami sekumpulan untuk meneruskan usaha menyudahkan tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada semua rakan-rakan serta muslimin dan muslimat
yang telah menghulurkan bantuan dari segi member tunjuk ajar dan idea dalam usaha
menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

MAKSUD KELUARGA
Coleman dan Cressy (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai ‘ a group people by by
marriage, ancestry or adoption who live together in a common household’, (Kamus Dewan 1994)
mencatitkan definisi keluarga sebagai ‘seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri
sahaja atau berserta anak-anak.’ Mahmood (1997) mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang
terdiri daripada bapa, ibu serta anak-anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian
hidup tertentu dalam kelompok sosial berkenaan.

Daripada perspektif Islam, keluarga adalah suatu unit sosial yang majmuk sifatnya (extended).
Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa dan anak-anak tetapi juga
datuk, nenek,cucu-cicit,adik beradik dan saudara mara. Di bawah konsep keluarga tersebut
mungkin terdapat lebih daripada sebuah rumahtangga (poligami). Dari masa ke semasa,
kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh terpisah daripada rumahtangga yang lain, tetapi
dalam masa yang sama ia terangkum dalam suatu ikatan keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini
mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala (Mahmood, 1997).

Takrif keluarga daripada perspektif Islam berbeza dengan perspektif Barat. Daripada perspektif
Barat, keluarga dihadkan kepada keluarga nuclear. Ia nya mengandungi sekurang-kurangnya dua
orang yang hidup bersama melalui pertalian darah, perkahwinan atau ‘adoption’. Keluarga juga
terbentuk daripada pasangan yang tidak berkahwin tetapi hidup bersama dan mungkin juga
mempunyai anak (single parent family)-Gullota, Adams, Alexander (1986) dan Robins (1996).

OBJEKTIF
Mewujudkan satu umat yang kuat. Kekuatan ini bermula dari sistem kekeluargann
yang utuh dan padu.
Mengekalkan generasi manusia melalui proses kelahiran hasil dari perkahwinan
yang sesuai dengan tuntutan syarak dan naluri kemanusiaan.
Memelihara kehormatan suami,isteri serta ibu bapa dan anak-anak dari tercemar
dan mempertahankan maruah keluarga.
Mewujudkan kerjasama antara antara suami isteri dalam mendidik dan menjaga
keturunan mereka dengan cara yang baik.
Mengembangkan tabiat kebapaan dan keibuan dalam suasana pemeliharaan anak-
anak dan melahirkan perasaan belas kasihan, cinta dan kasih mesra.
Dapat mempelajari tugas serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ibu
bapa zaman sekarang untuk menangani cabaran hidup serta keluarga masa kini.

TANGGUNGJAWAB MANUSIA
1. Tanggungjawab terhadap Allah dan Rasul
Ia bermula daripada kedudukan manusia sebagai hamba Allah S.W.T. Tanggungjawab
manusia sebagai khalifah Allah ialah patuh, taat dan tunduk kepadaNya. Tanggungjawab
manusia sebagai khalifah pula ialah mambangun, memakmur dan melaksanakan islah di
bumi ini mengikut kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaranNya
seperti yang dibawa oleh Rasullulah S.A.W.

Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah dengan fungsinya untuk taat,
patuh dan mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu amanah yang mesti dilaksanakan
sepenuhnya. Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul
dan dilaksanakan sepenuhnya. Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan
hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil
lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan amanahnya kepada
Allah SWT sepertimana firmanNya :

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu mengkhianati(amanah) Allah dan


RasulNyan dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu
mengetahui (salahnya).

(Al-Anfal : 27)

Segala pemberian dan nikmat Allah SWT hendaklah dimanfaatkan untuk kebaikan dan
digunakan mengikuti peraturan dan hukum yang telah ditetapkan. Apabila amanah Allah
ini ditunaikan, maka manusia akan merasai ketenangan, kedamaian, keselamatan jiwa
yang tidak terhingga. Hilanglah kegelisahan dan kekacauan dalam dirinya. Sebuah
organisasi dan masyarakat yang anggotanya menjaga, memelihara dan menghargai
amanah Allah akan berada dalam suasana aman, tenteram dan penuh harmoni. Dengan itu
produktiviti akan bertambah dan kebaikan akan berkembang.

Rasulullah SAW menyampaikan segala ajaran Allah SWT dan menunjukkan bagaimana
ajaran itu dilaksanakan. Rasullulah SAW telah menyediakan As-Sunnah dan Qudwah
(ikutan). Ia merupakan amanh Rasullulah SAW kepada umatnya yang perlu dipelihara,
dihargai dan dipatuhi.

Perkataan Rasullulah dalam bentuk perintah, nasihat dan saranan menjadi sunnahnya.
Begitu juga perbuatan dan pengakuannya merupakan sunnah yang menjadi amanah untuk
diterima dan dilaksanakan sebagai tanggungjawab yang dituntut. Patuh dan taat kepada
Rasullulah SAW merupakan sebahagian daripada ketaatan dan kepatuhan kepada Allah
SWT. Seseorang dianggap mengkhianati amanah Allah dan RasulNya jika kewajipan
yang telah ditentukan, diabaikan. Begitu juga jika ia tidak memelihara ketinggian dan
maruah agama Allah, tidak berjuang menegakkannya dan tidak berusaha untuk
menghayatinya dengan penuh keimanan dan keyakinan.

2. Tanggungjawab terhadap diri sendiri


Manusia dan segala anggotannya menjadi amanah Allah SWT. Akal, mata, telinga, kaki,
tangan dan lain-lain anggota merupakan amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai
tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan,
kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan merupakan sebagai
daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh Islam.

Kebersihan rohaniah dan memelihara anggota daripada digunakan untuk perkara yang
dilarang oleh Allah SWT menjadi tanggungjawab dan tuntutan yang terkandung dalam
pengertian amanah. Mata yang dikurniakan oleh Allah adalah amanah. Ia hendaklah
digunakan untuk tujuan yang diredhai oleh Allah dengan menghindarkannya daripada
melihat perkara yang dilarang. Telinga hendaklah digunakan untuk tujuan yang baik
dengan menghindarkannya daripada mendengar perkataan yang terlarang seperti
mendengar umpatan.
Lidah menjadi amanah Allah, ia hendaklah dijaga dan dipelihara daripada segala
kejahatan. Lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Jika disalahgunakan ia amat
berbahaya kepada diri dan masyarakat. Lidah yang tidak dijaga akan menjadi pembawa
fitnah yang boleh merosakkan hidup dan membinasakan diri sendiri. Oleh itu, semua
anggota tubuh badan dan pancaindera merupakan amanah Allah kepada manusia yang
perlu dijaga dan dipelihara dengan cara memanfaatkannya untuk tujuan yang diredhai
Allah.

3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan perkhidmatan


Manusia merupakan makhluk bermasyarakat yang saling bergantung dan memerlukan
antara satu sama lain. Tiada sesiapapun yang dapat memenuhi semua keperluannya tanpa
bergantung kepada orang lain. Tiada siapa yang mampu hidup bersendirian, kerana
manusia itu makhluk bermasyarakat. Setiap orang memerlukan perkhidmatan orang lain
dan setiap yang dimiliki oleh seseorang bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi
amanah yang terpaksa diserahkan kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan
yang berlaku itu merupakan perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan
kehidupan yang memerlukan bergantung antara satu dengan yang lain.

Apabila pergantungan ini diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang


dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain mengikuti
susunan dan kepentingan yang ditetapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan
yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat
merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan
beragama. Masyarakat bermula dengan perhubungan dan komunikasi antara manusia.
Perhubungan dan komunikasi yang membentuk keluarga, kelompok, unit-unit masyarakat
seterusnya ummah, bangsa dan negara.

KESIMPULAN
Keluarga masa kini sememangnya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang boleh mengugat
kesejahteraan keluarga itu sendiri. Bagi mengelakkan hal ini setiap ahli keluarga perlu dididik
untuk membina kekuatan bagi mengatasi cabaran-cabaran itu. Dalam hal ini, pendidikan anak-
anak perlu diberi perhatian utama.

Selain itu, kita perlu memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang kewajipan ibubapa
dalam mendidik anak-anak. Seterusnya, memberi kefahaman tentang kaedah dan cabaran
keibubapaan masa kini. Dengan ini, kita dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
pengurusan kehidupan berkeluarga masa kini.

Setiap yang bergelar manusia harus mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan segala
bentuk amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya samada amanah terhadap Allah,
Rasul, diri sendiri, masyarakat dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan, setiap
tanggungjawab perlu dilunaskan agar tidak merosakkan kehidupan kita di dunia ini.

Kesediaan ibu bapa mengendalikan tanggungjawab mengasuh dan mendidik anak-anak


merupakan satu perkara yang sangat penting. Ibu bapa mesti bersedia dan merancang apa yang
harus dilakukan sebelum mereka menerima kelahiran cahaya mata.

Mendidik anak pada zaman ini berbeza dengan zaman dahulu. Ayah dan ibu masa kini tidak
mungkin boleh mengamalkan pendekatan pendidikan yang pernah mereka lalui dahulu.
Sekarang, ramai ibu bapa yang sama-sama bekerja untuk memperbaiki tahap sosio-ekonomi
mereka. Peranan suami kini bukan lagi semata-mata untuk mencari pendapatan tetapi perlu juga
menyumbang kepada asuhan dan didikan anak-anak.

Oleh itu, kemahiran keibubapaan zaman ini lebih mencabar. Namun, dengan usaha bersungguh-
sungguh, kesabaran yang tinggi serta kerjasama erat antara suami dan isteri maka didikan dan
asuhan yang berkualiti akan dapat diberikan kepada anak-anak tersayang.

RUJUKAN
1. www.ismaweb.net/v2/PrintArticle934.html
2. http://www.scribd.com/doc/2525368/institusi-keluarga
3. http://www.muftiselangor.gov.my/default.htm
4. http://www.scribd.com/doc/2525368/institusi-keluarga
5. www.pesima.net.com
6. Tajuk buku : Asuhan Zuriat
Penulis : Fatimah Haji Omar
Penerbit: Crescent News KL Sdn. Bhd
Tahun Terbitan : 2001
7. Tajuk buku : Rumahtangga Diberkati
Penulis : Khairul Ghazali
Penerbit: Darul Nu’man
Tahun Terbitan : 2003
8. Tajuk buku : Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa
Penulis : Azrina Sobian
Penerbit: MPH Group Publishing Sdn. Bhd
Tahun Terbitan : 2007

CABARAN KELUARGA MASA KINI DAN


PENYELESAIANNYA
1. Peredaran masa dan perkembangan teknologi telah menyebabkan keibubapaan pada masa
kini jauh berbeza dengan keibubapaan pada masa lalu. Berbagai cabaran wujud dalam
bidang ini yang kadangkalanya memberi kesan kepada interaksi dalam keluarga.
Contohnya perkembangan dalam teknologi terutamanya dalam teknologi maklumat telah
mengubah cara hidup kita, cara berkomunikasi dan juga pada sistem masyarakat
keseluruhannya. 

Penyelesaian masalah:

Walaubagaimanapun, beberapa perkara penting sepatutnya kekal terutamanya


dalam hubungan keluarga dan juga beberapa peranan asas keibubapaan. Untuk
memastikan keluarga kita stabil dan dapat menghadapi perubahan serta anak-anak
dapat membesar dengan sihat dari segi fizikal dan rohani, kita mesti mempelajari
bagaimana untuk menghadapi perubahan ini secara positif. Kita mesti belajar untuk
mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan ini agar dapat menjalankan
peranan kita dengan berkesan. Tugas ini merupakan suatu tugas berat kepada ibu
bapa, dan ibu bapa harus bekerja keras untuk mencapainya.

2. Cabaran dari aspek penghayatan ajaran agama adalah salah satu cabaran yang perlu
dihadapi oleh ibubapa masa kini ketika berhadapan dengan masyarakat sekeliling.
Penghayatan agama sememangnya banyak bergantung kepada komitmen individu namun
terdapat individu yang terdiri daripada anak-anak itu sendiri tidak bersedia menerima
perubahan yang dibawa walaupun ianya selari dengan kehendak tuntutan syarak.
Walaubagaimanapun, masih terdapat ibubapa yang jahil dan masih dibelenggu dengan
adat yang melingkari dan melilit diri mereka menyebabkan amalan jahiliah masih
Penyelesaian
berleluasa masalah
seperti majlis :tepung tawar sewaktu persandingan, joget lambak, potong
jambul, pembukaan
Ibubapa aurattanggungjawab
harus menjadi secara tidak terkawal, pergaulan
utama kepada bebas antara
anak-anak.  lelakidan
Didikan dan
perempuan dalamsemasa
asuhan ibubapa majlis kahwin danpada
anak-anak seumpamanya. Anak- anak
tahap kanak-kanak akanakan mewarisi
memberi kesanadat serta
terikut-ikut dengan budaya
kepada kehidupan ini dan
anak-anak berterusan
mereka apabilamenentang syarak.
mereka dewasa nanti. Sebagai ibu
bapa kitalah yang akan membentuk personaliti anak-anak kita. Faktor agama
memainkan peranan yang dominan bagi membentuk sikap dan nilai yang betul
terhadap kehidupan. Pendidikan agama wajar ditekankan di kalangan anak-anak
kerana ia merupakan mekanisma dan teknik pengajaran supaya dapat diwujudkan
satu budaya baru pelajar yang terdiri daripada anak-anak yang berorientasikan
kemodenan, pertumbuhan ekonomi dan tahap toleransi yang memuaskan.
3. Antara cabaran yang paling besar dalam melayari bahtera rumah tangga ialah kemewahan
dan kebendaan, kejahilan tentang tujuan hidup berkeluarga dalam Islam, pengabaian
tanggungjawab di kalangan ahli keluarga serta kurangnya didikan agama. Ibu bapa sibuk
dengan kecemerlangan kerjaya dan mencari kekayaan menyebabkan anak-anak dilayan
dengan hidup manja dan mewah hingga ketahanan diri anak-anak remaja semakin luntur
dan pupus mengakibatkan sebhagian daripada mereka terjebak dengan masalah sosial.
Filem “Anakku Sazali” arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramli merupakan contoh yang
paling tepat menggambarkan kesalahan ibu bapa dalam memberi kasih sayang dengan
mencurahkan kemewahan yang melimpah ruah kepada anak-anak sehingga menyebabkan
mereka lupa untuk bersyukur dan lupa akan tanggungjawab yang sebenar.

Penyelesaian masalah :

Ibu bapa sepatutnya menjadikan kekayaan sebagai salah satu platform untuk
mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi hamba yang merendah diri serta tidak
angkuh. Ibu bapa juga perlu menanamkan sifat bersyukur di atas rezeki yang
dikurniakan oleh Allah dalam diri mereka dan anak-anak mereka. Ibu bapa juga
perlu sedar bahawa kekayaan yang dikurniakan oleh Tuhan bukanlah mutlak dan
kekal selama-lamaya.
4. Perkahwinan yang dibina atas dasar nafsu dan satu fitrah hidup manusia sahaja dan
bukannya dibina kerana Allah dan tuntutan agama boleh meruntuhkan sesebuah
perkahwinan dalam masa singkat. Selain itu, pengaruh persekitaraan, budaya barat serta
rakan sebaya dan pengaruh hedonisme yang melampau turut menjadi cabaran yang perlu
ditangani ahli keluarga. Status kerjaya dan pendapatan yang berbeza antara suami isteri,
kos sara hidup yang tinggi, perkahwinan yang tidak direstu serta kesihatan diri dan
hubungan seksualiti yang tidak baik boleh menjadi faktor kerapuhan rumah tangga
sehingga berlaku perceraian.

Penyelesaian masalah :

Setiap ahli keluarga yang perlu memainkan peranan masing-masing demi


mempertahankan kebahagiaan yang dibina bersama. Peranan yang paling utama
ialah suami sebagai ketua dalam keluarga yang mampu mendidik anak dan isteri
untuk mengenali Allah di samping bantuan daripada isteri solehah yang tahu akan
tanggungjawab untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah sehingga dapat
melahirkan anak-anak yang soleh yang taat pada perintah Allah dan ibubapanya.
Semua cabaran itu boleh ditangani jika keluarga dibina atas rasa cinta yang ikhlas
kerana Allah sebagai matlamat seluruh keluarga. Jadikan keredaan Allah sebagai
matlamat seluruh ahli keluarga dan meletakkan hala tuju masa depan keluarga yang
jelas. Apa yang paling utama adalah, setiap keluarga perlu menintikberatkan soal
agama dan iman serta memupuk mereka dengan nilai akhlak yang mulia. Selain itu,
mencari rezeki yang halal juga merupakan perkara penting supaya sesebuah institusi
keluarga dalam Islam adalah memenuhi keperluan jasmaniah dan batiniah atau
dunia dan akhirat. Ketenangan, kecintaan dan kasih sayang merupakan intipati
kepada kecemerlangan sesebuah rumahtangga.

5. Perkembangan teknologi maklumat, kemudahan pendidikan dan kewujudan era


globalisasi telah mempercepatkan penerimaan budaya dan nilai luar ke atas anak-anak.
Perkara ini amat membimbangkan ibubapa. Golongan muda yang terdiri daripada anak-
anak mereka ini dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial seperti penggunaan dadah,
kegiatan samseng, melepak dan perlakuan seks bebas.

Penyelesaian masalah :

Keluarga yang menjadi punca kepada pembentukan komuniti dan negara wajar
diberi penekanan dalam apa juga perkara. Nilai kekeluargaan yang dikatakan sebagai
punca utama jenayah pelajar ialah perubahan tingkah laku. Pendidikan sejak kecil
adalah penentu kepada tingkah laku yang positif. Nilai-nilai yang ditanam ini
meliputi emosi, fikiran, pertembungan ideologi dan sebagainya boleh menimbulkan
sahsiah salihah yang akan memberi kesan kepada nilai dan budaya dalam sesebuah
keluarga. Selain itu, mengajar mereka bagaimana menghormati rakan-rakan, guru,
ibu bapa dan masyarakat. Melalui kesedaran inilah kita dapat mempertahankan nilai
dan adab sopan generasi akan datang. Pendidikan agama sejak kecil dan dimulakan
di rumah seharusnya menjadi elemen yang penting dalam membentuk moral dan
mengatasi masalah sosial ini

6. Kini,ramai suri rumah tangga yang merungut akibat daripada masalah kekurangan wang.
Pada prinsipnya, ibu rumah tangga harus dapat menyeimbangkan pendapatan dengan
pengeluaran. Akan tetapi, manusia sama sekali tidak mengetahui terhadap perkara ghaib,
seperti apa yang akan diusahakannya esok. Oleh itu, mungkin saja terjadi kekurangan
wang dalam rumah tangga dengan keadaan pengeluaran yang melebihi pendapatan.
Kekurangan wang tidak dibenarkan apabila terjadi sebagai akibat adanya pengeluaran
untuk membeli keperluan yang tidak penting. Hal itu menunjukkan system pengeluaran
yang buruk. Wajar jika hal ini terjadi kerana sedikitnya pendapatan atau munculnya
keperluan darurat yang tiba-tiba yang tidak diperhitungkan seperti sakit atau kewajipan
membayar hutang atau kewajipan membayar ganti rugi yang timbul secara mengejut.
Bagi keluaraga yang gajinya kecil, kemungkinan terjadinya kekurangan wang yang
sangat besar kerana kenaikan harga-harga keperluan asas yang tidak diimbangi dengan
tambahan gaji. Tentunya kekurangan wang merupakan keadaan yang harus diatasi, baik
oleh Negara mahupun oleh kelompok umat Islam.

Penyelesaian masalah :

Suri rumahtangga yang baik mampu menyimpan lebihan wang pada hari-hari
bahagianya untuk menghadapi hari-hari susahnya. Rasullulah bersabda: “Allah akan
memberikan rahmat pada seseorang yang berusaha secara halal, membelanjakan
dengan sederhana dan dapat menyisihkan lebihan untuk menghadapi hari fakirnya.”

(HR. Ahmad)

Dalam hal ini, rumah tangga muslim dapat memiliki simpanan di bank, atau
menginvestasikan modalnya sesuai dengan situasi dan keadaan. Perlu diingat bahawa
ibu rumah tangga yang baik harus dapat menggunakan simpanan-simpanan itu untuk
menutupi kekurangan wang, kerana hal itu lebih baik daripada harus meminjam
daripada orang lain.
7. Terdapat beberapa perkara yang sering menjadi punca konflik seperti peranan gender,
kesetiaan, kewangan, seks dan anak-anak. Bagi pasangan baru berkahwin, isu mengenai
kewangan, keluarga asal, gaya komunikasi, agihan tugas rumah tangga dan cita rasa
personal sering menjadi punca konflik. Kebanyakan pasangan berkahwin sering takut
akan emosi negative seperti marah, menolak, cemburu, terluka dan benci. Mereka
Penyelesaian masalah:
biasanya sukar untuk menghadapi perasaan tersebut. Apabila konflik wujud, perasaan
negatif
Terdapatsering muncul
beberapa dan jika
kaedah tidakpasangan
di mana diuruskanboleh
dengan efektif, kesannya
mewujudkan keadaanadalah
positif dalam
membimbangkan. Wujudiaitu
menyelesaikan konflik, satumemperjelaskan
kecenderungan isu
di kalangan pasangan
yang menjadi berkahwin
punca konflik; untuk
membendung kemarahan
mengenal pasti bagi mengelakkan
apa yang dikehendaki kesan individu
oleh semua buruk keterlibat;
atas hubungan intim.
mengenal pasti
Perasaan
alternatif marah yangmembuat
yang ada; tidak dibendung ataupun
keputusan diuruskan
bagaimana dengan
hendak baik akan
berunding; memperkukuh
menghilangkan
keputusan yangrasa
telahkasih danPasangan
dibuat. sayang antara individu
juga boleh terlibat. percanggahan
mengelakkan
berlanjutan dengan cara berikut:

 Elak dari menyerang personaliti pasangan, bincang isu dan bukan keburukan
peribadi.
 Elak dari member dua pilihan, individu tidak akan menyukai keadaan terpaksa
memilih antara ultimatum,
 Luahkan segalanya secara ikhlas,m elak dari berbohong
 Cuba selesaikan konflik secepat mungkin
8. Keibubapaan bersama antara isu penting yang perlu diberi perhatian dalam keluarga
zaman moden di mana kebanyakan ibu bekerja di luar rumah. Keibubapaan bersama
bermaksud sejauh mana pasangan berfungsi sebagai kawan atau lawan dalam rol
keibubapaan. Sebagai contoh, dalam keluarga tradisional, bapa berperanan sebagai
pelindung, manakala ibu sebagai pengasuh. Namun pembahagian peranan mengikuti
gender ibu bapa telah berubah mengikuti peredaran zaman. Senario pada masa kini
menunjukkanmasalah:
Penyelesaian ramai ibu bekerja di luar rumah dan ramai bapa berkongsi tugas di rumah.
Keadaan ini disebabkan oleh pertambahan ibu yang bekerja untuk menambah sumber
Proses keibubapaan bersama merupakan interaksi di antara perkahwinan dan hubungan
pendapatan keluarga dan ada juga ibu bekerja untuk keseronokan sehingga mengabaikan
ibu bapa-anak yang mempengaruhi perkambangan anak secara tidak langsung.
tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak mereka terlibat
Keibubapaan bersama di kalangan ibu bapa adalah semakin popular di kalangan ibu
dengan pelbagai gejala sosial. Ibu bapa juga tidak mengambil tahu akan perkembangan
bapa muda dan amat digalakkan. Perkongsian tanggungjawab di antara ibu dan bapa
anak-anak dan ini mewujudkan perasaan keselesaan dan kelegaan kepada anak-anak
mendekatkan bapa ke dalam keluarga pada tahap intrinsic. Bapa atau suami berpeluang
mereka supaya bertindak sesuka hati.
untuk belajar tentang keperluan emosi antara ahli keluarga hasil pengalaman daripada
perkongsian tugas keibubapaan. Untuk melahirkan keluarga yang harmnoni, ibu dan
bapa perlu memainkan peranan utama. Anak-anak yang lahir dari keluarga di mana
keharmonian keluarga terjamin ini dapat menghindarkan diri mereka daripada kancah
sosial. Anak-anak dari keluarga ini juga akan memikirkan sesuatu dengan begitu
rasional sebelum bertindak membuat keputusan. Ini juga dengan sekaligus akan
melahirkan anak-anak yang bertanggungjawab.
9. Cabaran masa kini yang seterusnya adalah cabaran keibubapaan. Mendidik anak pada era
ini adalah satu cabaran yang besar para ibu bapa. Sudahlah ibu bapa kesuntukan masa
untuk mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang sepatutnya, anak-anak pula terdedah
kepada pelbagai pengaruh luar yang lebih dominan. Kadang-kala pengaruh itu berada
dalam rumah kita sendiri daripada rancangan televisyen yang menunjukkan budaya
kuning dan nila-nilai barat yang bertentanggan dengan ajaran Islam, lagu-lagu di radio
serta bahan-bahan yang mereka peroleh daripada internet. Diluar rumah pula, pengaruh
negatif begitu kuat. Rakan sebaya banyak mempengaruhi kehidupan anak-anak kini. Jika
rakan sebaya ini, maka baiklah anak-anak itu dan begitulah sebaliknya. Oleh kerana itu,
adalah amat penting untuk ibu bapa mengambil tahu siapa rakan sebaya kepada anak-
anaknya serta memastikan mereka sentiasa berada di dalam persekitaran yang baik.
Penyelesaian masalah:

Dalam keadaan ini, kemahiran keibubapaan menjadi satu keperluan utama bagi semua
ibi bapa. Kemahiran ini dapat diperoleh melalui pembacaan, menghadiri majlis-majlis
ilmu tentang keibubapaan serta berkongsi-kongsi pengalaman dengan ibu bapa lain.
Bukan itu sahaja, ibu bapa jiga boleh menyorot kembali generasi terdahulu khususnya
pengalaman para ibu mithali dan melihat bagaimana ibu-ibu itu mmenjalankan tugas
keibubapaan ini sehingga berjaya emlahirkan anak-anak yang berjaya.

10. Secara idealnya, fungsi keluarga adalah untuk mememlihara ahlinya. Namun, tidak
semua keluarga di dunia ini dapat melaksanakan fungsi tersebut dengan sebaik-baiknya.
Walaupun Allah s.w.t. menjadikan pasangan kita sebagai teman hidup agar kita dapat
menikmati hidup yang aman, bahagia dan tenteram namun ada juga perkahwinan yang
bergolak sepanjang masa. Suami isteri yang sering bergaduh setiap hari akan memberi
kesan yang negatif kepada semua ahli keluarga termasuklah anak-anak. Akhbar sentiasa
melaporkan tentang kes-kes keganasan rumah tangga. Di dalam di majoriti kes keganasan
rumah tangga itu, isteri telah didera dengan amat teruk oleh suami. Begitu juga, ada
anak-anak yang didera sedangkan mereka perlu dikasihi dan dibelai manja. Ada pula
keluarga yang begitu permisif sehingga membiarkan anak membuat salah laku di depan
mata. Terdapat juga kes dimana bapa bertindak seperti “haruan memakan anak”. Bukan
itu sahaja, sebenarnya terdapat banyak lagi pelencongan-pelencongan yang berlaku dalam
keluarga Islam walaupun sebenarnya telah terpandu oleh Al-Quran dan sunnah.
Penyelesaian masalah:
Institusi keluarga masa kini perlu sentiasa berwaspasa terhadap konsep, nilai-nilai serta
budaya kekeluargaan barat yang sudah mulai meresap kedalam keluarga. Berasaskan
kepada latar belakang dan cabaran di atas, elok juga ditelitikan siapakah “bapa” dan
“ibu”. “ibu” bermakna wanita yang mengandung dan melahirkan anak. “Bapa” pula
ialah lelaki yang membolehkan si anak dikandung oleh ibu sehingga dia dilahirkan.
Kedua-dua ibu bapa bertanggungjawab membesarkan anak sehingga dewasa dan
membentuknya menjadi khalifah di bumi Allah s.w.t. Selain itu, guru juga adalah ibu
atau bapa kepada murid di bawah jagaannya. Seseorang dewasa juga adalah “:ibu” dan
“bapa” kepada anak-anak disekelilingnya. Malahan, seseorang pemimpin juga
dianggap sebagai ibu dab bapa kepada kumpulan yang dipimpinnya. Oleh itu,
kemahiran keibubapaan perlu dimiliki bukan sahaja oleh ibu dan bapa kepada seorang
anak tetapi setiap ahli masyarakat iaitu setiap orang dewasa di Malaysia. Jika tidak
semua sekali pun, sejumlah besar daripadanya perlu mempunyai kemahiran
keibubapaan ini.

11. Cabaran utama yang dihadapi hari ini ialah masalah sosial yang semakin meningkat.
Masalah ini pula melibatkan sejumlah besar anak dan golongan dewasa Melayu yang
beragama Islam. Data-data tentang penagihan dadah, pelacuran, sumbang mahram, rogol,
pembunuhan dan lain-lain menunjukkan sejumlah besar daripada mereka adalah orang
Melayu yang beragama Islam. Dalam masa 20 tahun yang lalu, pembangunan ekonomi
dan infrastruktur Negara berkembang begitu pesat. Pembangunan ini secara tidak
langsung memberi peluang kepada orang Melayu beragama Islam mendapatkan
pendidikan. Hal ini berbeza dengan keadaan 15-20 tahun dahulu. Tetapi orang Melayu
zaman ini mempunyai penyakit malas untuk menuntut ilmu-ilmu fardu ain dan kifayah.
Ini sekaligus telah meruntuhkan dan merendahkan maruah anak-anak bangsa Melayu-
Islam. Nilai ialah himpunan aspek-aspek moral yang membentuk piagam sosial bagi
masyarakat manusia. Namun, persekitaran hidup yang berkembang pesat telah banyak
menghakis nilai-nilai murni ini.

Penyelesaian masalah:

Anak-anak seharusnya hidup dan membesar bersama ibu dan bapanya, bukannya
dengan “dipajakkan” ketempat lain. Hubungan datuk dan nenek dengan cucu-cucunya
seharusnya erat dan mesra. Kanak-kanak yang bermoral dan beretika tinggi biasanya
berdisiplin dan ini penting untuk membina generasi yang jujur, amanah dan berakhlak
tinggi. Konsep atau perasaan “malu” perlu diterapkan sejak anak-anak kecil lagi.
Namun, perasaan “malu”ini hendaklah dikaitkan dengan maruah diri dan bukan sifat
“malu” yang mengurangkan keyakinan diri anak-anka. Adat resam, budaya dan
tatasusila keturunan Melayu terkenal dengan nilai-nilai murni, budaya bahasa yang
halus, adat resam dan amalan yang cantik. Tentu sekali Melayu-Islam telah didik bukan
sahaja dengan ilmu-ilmu duniawi, adat resam, budaya, sopan-santun, disiplin diri serta
maruah diri orang Melayu tetapi melibatkan juga semua bentuk pendidikan dan
pengajaran agama Islam. Dengan itu, seharusnya orang Melayu abad 21 ini mencapai
tahap pembangunan yang cemerlang sesuai dengan perananya sebagai khalifah di bumi
Allah s.w.t.
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA
Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud :

“apabila telah meninggal manusia putuslah amalnya, kecuali tiga perkara : Sedekah jariah
(umpamanya membuat masjid) atau ilmu yang member manfaat atau anak yang soleh yang
mendoakannya.”

(Hadis riwayat Muslim)

Sabda junjungan Nabi Muhammad s.a.w tersebut mencerminkan betapa pentingnya didikan yang
wajib ditekan keatas anak-anak di peringkat bayi sehingga baligh dan seterusnya ke petingkat
remaja supaya mereka dapat menjadi anak yang soleh. Andainya ibu bapa mewujudkan satu
suasana yang bercorak kebaratn dalam rumah, iaitu bukan secara Islam maka ini akan
membuatkan anak-anaknya berlagak seperti orang-orang Barat. Tidak ada langsung
menunjukkan cirri-ciri orang Islam dari segi pertuturan, pemikiran dan tingkah lakunya.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

“didiklah anak-anakmu atas tiga pekara:

1. Mencintai Nabimu
2. Mmencintai ahli rumahnya
3. Membaca Al-Quran, kerana si penghafal al-Quran, di dalam naungan-Nya beserta Nabi
nabi-Nya dan orang-orang suci-Nya.”
(Hadis Riwayat Dailami)

Hadis ini menegaskan bahawasnya ibu bapa wajib mendidik anaknya supaya pandai membaca
dan memahami al-Quran. Sebab kita membaca sesuatu adalah untuk kefahaman. Kita mesti
faham apa yang dibacakan, jika tidak sia-sia sahaja dan ini adalah satu kerugian besar bagi diri
sendiri. Ibu bapa Muslim wajib memainkan peranan untuk membesarkan anak-anak mereka agar
menjadi insane Islam yang sebenarnya yang mematuhi ajaran Al-Quran dan sunnah Nabi-Nya.
Anak-anak perempuan mesti dididik untuk mencerminkan Islam lebih-lebih lagi dalam hal
pakaian, supaya menutup aurat agar apabila besar nanti tidak akan memakai pakaian yang
bertentangan dengan kehendak Islam.

Anak-anak lelaki perlu dikawal supaya apabila besar nanti mereka tidak berpakaian tidak
sempurna serta terlibat dengan najis dadah. Ibu bapa perlu menekankan kepada disiplin dan
menggunakan psikologi yang bijak.

Yang penting dalam pendidikan anak-anak ialah untuk menanamkan keperibadian Islam yang
murni dalam jiwa mereka. Kita berharap dengan benteng ini, apabila mereka besar kelak dapat
menolak gejala-gejala yang bercanggah dengan agama Islam.

Kanak-kanak pada peringkat awal mesti diajarkan al-Quran, al-Hadis dan bahasa Arab agar
pendedahan ini akan dapat menanam perasaan cintakan agama apabila diasuh setiap hari. Di
samping bahasa Arab, bahasa-bahasa lain perlu juga diberikan perhatian.

Sebagai asas, pada peringkat kecil lagi, anak-anak perlu diajarkan dengan dua kalimah syahadah
dan lain-lain ucapan pujian agama seperti Bismillah (Dengan nama Allah), Alhamdullilah
(Segala puji bagi Allah), Subhanallah (Maha suci Allah), Allahu Akbar (Allah Maha Besar) dan
Masya Allah (Atas kehendak Allah) serta lain-lain ucapan yang merupakan pujian terhadap
agama dan terhadap Allah s.w.t.

Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan suasana yang menunjukkan identity keislaman di
dalam rumah seperti menggantungkan ayat-ayat suci al-Quran seperti ayat Kursi, Yassin, Al-
Fatihah dan lain-lain surah yang bertujuan bukan sekadar perhiasan tetapi lebih dari itu, iaitu
untuk mengingatkan bahawa rumah itu adalah rumah orang Islam dan juga untuk dibaca untuk
penghayatan dan berfikir secara Islam.

Dari sudut Islam penekanan amat penting diberikan kepada :

 Ilmu-ilmu yang diberikan


 Asas pelajaran yang diberikan
 Pendidikan jasmani yang diberikan
 Memberi makanan dan minuman yang halal
 Mencari jodoh untuk anak-anak apabila tiba waktunya.

Peranan utama sebuah keluarga Islam ialah wajib mewujudkan suasana di mana nilai-nilai Islam
dapat tumbuh dan berkembang di dalam jiwa diri dan peribadi keluarga. Asasnya ialah keperluan
mendidik anak-anak untuk mencintai Islam dan seterusnya menghayatinya. Pengenalan Islam
yang diberikan kepada anak-anak mestilah secara positif. Diharap dengan terbinanya institusi
keluarga Isla, ianya dapat memberikan sumber kekuatan untuk memantapkan satu masyarakat
Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Ini dikira dapat menyumbangkan satu kekuatan
ke arah pembangunan Negara Islam serta mendapat penghormatan daripada bangsa dan Negara
lain.

Kewajipan ibu bapa terhadap anaknya ialah memberikan nama yang baik (seperti 99 nama
Allah), membaikkan akhlaknya, mengajar membaca dan menulis,memberikan makanan yang
halal dan menjodohkan apabila mereka telah dewasa.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak secara positif, khususnya dalam pembentukan peribadi
dengan sifat-sifat berikut:

 Keyakinan penuh pada diri sendiri


 Memuliakan diri sendiri sebagai hamba Allah
 Menjaga nilai harga diri
 Bersifat benar dalam segala hal
 Berani menghadapi dugaan dan cabaran
 Selalu bersifat tenang
TUGAS MANUSIA

1. Beribadat kepada Allah.


“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-
Ku,”

Demikian firman Allah QS Adz Dzaariyat [51] ayat 56. Jadi, kita adalah hamba Allah.
Kita harus yakin tiada penguasa yang kekal abadi selain Allah. Kita harus yakin bahawa
semua yang ada di dunia ini ada dalam genggaman Allah. Juga, semua yang terjadi
mutlak atas izin Allah. Hikmahnya, kita tidak boleh menjadi hamba apa pun, selain
menjadi hamba Allah

2. Tugas sebagai khalifah.


Kedua, tugas sebagai khalifah. Allah Yang Maha Mulia menjadikan kita sebagai
khalifah atau wakil Allah di muka bumi. Maka, jangan pernah terdetik dalam
fikiran untuk mensia-siakan amanah besar ini.

3. Tugas untuk berdakwah


Ketiga, tugas untuk berdakwah. Saudaraku, di mana pun kita ada, kita harus
berdakwah menyebarkan nilai-nilai Islam. Cara dakwah kita harus sesuai
dengan tuntunan dari Rasulullah SAW.
PENGENALAN
Tugasan ini membincangkan tiga kata kunci yang penting iaitu ‘keluarga’, ‘keibubapaan’ dan
‘cabaran semasa’ dimana ia saling berkait rapat antara satu sama lain. Ibu dan bapa adalah asas
pembentukan sebuah keluarga. Dalam proses pembentukan itu, dua insan ini perlu menguasai
kemahiran keibubapaan agar dapat menghadapi cabaran-cabaran masa kini yang mengugat
institusi kekeluargaan itu sendiri. Cabaran-cabaran yang datang itu sukar dijangkakan. Apabila
keluarga berjaya mengatasi cabaran, maka sebuah keluarga yang bahagia terbentuk.

Membentuk sebuah keluarga bahagia merupakan harapan setiap insan. Dalam usaha ini, pelbagai
ilmu dan maklumat diperlukan. Dahulu, sesebuah keluarga bergantung kepada generasi lebih tua
dalam mendapatkan nasihat dan sebagainya. Kini, dengan perubahan zaman, keluarga besar
(extended family) sudah sukar ditemui. Oleh itu keluarga nukleas perlu berusaha mendapatkan
ilmu kekeluargaan dengan cara yang agk berbeza.

Tidak dapat dinafikan bahawa satu sistem pendidikan yang kukuh perlu untuk membangunkan
keluarga. Sistem pendidikan ini hendaklah bersifat menyeluruh dan lengkap membina seorang
insan yang berjaya dalam hidup. Namun, sistem pendidikan itu masih belum benar-benar
sempurna jika tidak berkemampuan membentuk seorang insan menjadi ibu atau bapa cemerlang.
Oleh itu, keperluan membentuk pendidikan keibubapaan sangat diperlukan kini. Walaupun
sistem pendidikan formal penting dalam membangunkan keluarga, namun peranan pendidikan
tidak formal adalah lebih kritikal.

Jelaslah bahawa perbincangan tema keluarga dan cabaran keluarga masa kini dalam tugasan ini
agak menyeluruh.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai