Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran

kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar, kemahiran

berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi. Kepentingan Kemahiran-Kemahiran Asas Kaunseling Kemahiran Prasesi merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Sebelum sesuatu sesi kaunseling dijalankan, kaunselor sewajarnya terlebih dahulu menyemak rekod peribadi klien untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu kelancaran sesi kaunseling yang akan dijalankan. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak berlakunya gangguan semasa sesi kaunseling berlangsung. Kepentingan sesi ini adalah untuk memastikan sesuatu sesi kaunseling itu akan dapat berjalan dengan baik apabila klien merasa selesa meneruskan sesi dan menunjukkan kaunselor perihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien. Seterusnya ialah kepentingan kemahiran membina hubungan. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Kaunselor mesti

membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan dengan klien. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling. Kemahiran ini penting digunakan oleh kaunselor kerana ianya membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Ini adalah kerana sesuatu sesi kaunseling itu akan dapat berjalan dengan baik apabila klien merasa selesa meneruskan sesi dan kaunselor pula perihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien. Sebagai contoh dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu

menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Selain itu, salah satu lagi kemahiran asas yang boleh diterapkan di sekolah di Malaysia ialah kemahiran mendengar. Kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain daripada tutur kata, gerak klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Mendengar dengan aktif amat penting dalam setiap tahap kaunseling, pentingnya mendengar secara aktif kerana ianya membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Selain daripada itu, kemahiran mendengar ini membolehkan klien meluahkan masalah yang dihadapinya dan hal ini boleh membawa kepada pelepasan emosi. Kepentingan kemahiran Dorongan minima adalah bagi menggalakkan klien meluahkan isi hati mereka. Ia membolehkan klien rasa bahawa kaunselor sedang

mendengar dan menumpukan perhatian terhadapnya apa yang diceritakan oleh klien. Contoh dorongan minima menganggukkan kepala, senyuman, wajah yang tenang atau menggunakan separa bahasa seperti Mmm! Mmm!, Hmm! Hmm! Satu lagi kemahiran asas yang penting dalam p roses komunikasi ialah kemahiran menyoal.Kepentingan kemahiran ini ialah untuk memudahkan kefahaman kaunselor terhadap tajuk atau isu yang sedang dibincangkan. Kesesuaian soalan yang dikemukakan amat penting agar maklum balas yang diperoleh boleh membantu proses bimbingan yang sedang berlangsung. Parafrasa atau Menyatakan Semula Dalam keadaan-keadaan tertentu, kaunselor perlu membuat penegasan tentang sesuatu perkara yang sedang dibincangkan. Ketika ini kaunselor bolehlah membuat parafrasa, iaitu menyatakan semula isi cerita secara ringkas supaya mudah difahami. Sebagai contoh seorang klien menyatakan bahawa Saya memang begitu serius sekali dengan semua rakan rakan saya. Maka guru akan menyimpulkan ayat murid tersebut dengan ayat yang lebih mudah namun padat seperti Jadi anda begitu serius sekali dengan rakan-rakan anda. Selain itu, guru harus menguasai kemahiran berkomunikasi. Kaunselor hendaklah menggunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami oleh klien.. lni adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang sama. Di samping itu juga, kaunselor hendaklah mengelakkan penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit kerana mengelakkan klien daripada keliru dan tidak faham apa yang telah dikatakan oleh kaunselor. Terakhir sekali ialah kemahiran berempati. Apabila seseorang berasa sedih atau tertekan, kita hendaklah cuba berempati terhadapnya. Kemahiran ini penting kerana bukan sahaja membantu kaunselor memahami perkara yang dinyatakan oleh klien tetapi juga dia merasai perasaan yang dialaminya. .

Anda mungkin juga menyukai