Anda di halaman 1dari 1

KURSUS KEPIMPINAN

PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS DAN PRS


TARIKH:
HARI:

PENDAHULUAN
Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan
berwawasan ke arah menentukan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan pelajar khususnya
pengawas, pengawas pusat sumber dan tunas pembimbing rakan sebaya amat diperlukan dalam
sesebuah sekolah. Kebolehan dan kemampuan memimpin ini dapat membantu pihak pengurusan
sekolah meningkatkan kualiti disiplin dan ketrampilan warga sekolah. Pengawas dan pengawas pusat
sumber merupakan satu badan penting di sekolah dalam membantu mewujudkan iklim yang baik. Oleh
itu, mereka seharusnya diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan tugas- tugas mereka.
Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua
pihak.

MATLAMAT
Membantu mempercepatkan usaha intergrasi nasional
Memupuk semangat cinta dan sayang akan negara dan membina sikap patrotisme, positif,
progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni
Melahirkan pemimpin yang mengamalkan nilai-nilai murni
Melahirkan pemimpim yang mengamalkan ciri ciri kepimpinan yang baik dan berwawasan.

OBJEKTIF

Pada akhir program diharap murid akan :

Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri pelajar
Menjadi murid yang mempunyai sahsiah yang tingggi serta berguna pada agama, bangsa dan
negara. Membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan
Menanam sikap yang bertanggungjawab dan suka terhadap persekitaran dan dapat
melaksanakan tugas dengan jujur dan dedikasi
Melahirkan pemimpim yang dapat menjadi Role Model kepada pelajar-pelajar lain
Memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta tanggungjawab masing-
masing.

Anda mungkin juga menyukai