Anda di halaman 1dari 7

1) ISU DALAM PENYELIDIKAN

Pengenalan
Bidang penyelidikan merupakan satu bidang yang semakin diperlukan pada
masa sekarang. Hal ini kerana pada masa sekarang keperluan ini sangat diperlukan
bagi mempertingkatkan lagi profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan bidang
kaunseling.Pada zaman yang semakin mencabar segala perkara atau pendekatan
terapi yang ingin dilaksanakan perlulah mempunyai bukti yang sah dan dapat
diperjelaskan secara empirikal.Sebagai contoh,dalam perkhidmatan menyediakan
kesihatan mental yang baik terhadap masyarakat perlulah mempunyai maklumat
yang spesifik mengenai rawatan yang disediakan dan bukan hanya mengeluarkan
data yang menunjukan bahawa sesuatu rawatan tersebut sangat berkesan.Oleh
itu,mereka yang bekerja dalam bidang pendidikan dan agensi yang terlibat dengan
komuniti masyarakat bertanggungjawab bagi menghasilkan kajian-kajian yang dapat
dijadikan sebagai panduan kepada pengkaji-pengkaji yang lain.Selain itu,melalui
penyelidikan juga secara tidak langsung kaunselor akan dapat mempelajari sesuatu
ilmu dalam perspektif yang lebih meluas,tanggunjawab kaunselor untuk memastikan
bahawa segala teknik atau pendekatan yang dibawa terhadap klien tidak
disalahgunakan oleh kaunselor ,membangunkan idea dan pendekatan yang baru
,penggunaan kaunseling dalam bidang yang baru contohnya seperti kes yang
melibatkan bencana alam dan trauma dan juga berupaya untuk meningkatkan
pembangunan professional kaunselor.
Menurut McLeod,1994,penyelidikan adalah satu proses yang sistematik dan
memerlukan siasatan yang rapi seterusnya membawa kepada cadangan atau
kesimpulan yang sah untuk disampaikan kepada orang lain yang berminat.
Terdapat beberapa isu-isu yang sering berlaku dalam penyelidikan iaitu
berkaitan dengan persetujuan termaklum,penipuan dalam penyelidikan yang
melibatkan psikologikal, using placebos, withholding treatment,research with
training dan personal- growth group, and cultural diversity in research.

2) KOD ETIKA DAN AKTA YANG BERKAITAN


Bahagian G : Penyelidikan dan penerbitan
G.2. Hak-hak peserta penyelidikan
G.2.a. Persetujuan termaklum dalam penyelidikan
Individu berhak memberi persetujuan untuk menjadi peserta penyelidikan. Dalam
mendapatkan persetujuan itu kaunselor hendaklah mengguna bahasa yang:
1. Menerangkan tujuan dan prosedur yang perlu diikuti dengan tepat;
2. Mengenal pasti sebarang prosedur yang berbentuk eksperimen atau yang belum
dicuba dengan meluas;
3. Menghuraikan apa-apa ketidakselesaan dan risiko yang terlibat;
4. Menghuraikan apa-apa faedah atau perubahan pada diri individu atau
organisasi yang dijangkakan;
5. Mendedahkan prosedur alternatif yang sesuai yang akan memberi kebaikan kepada
peserta;
6. Sedia menjawab apa-apa pertanyaan berkaitan dengan prosedur;
7. Menjelaskan apa-apa batasan tentang kerahsiaan;
8. Menjelaskan format penerbitan dapatan penyelidikan dan bakal pembaca yang
disasarkan; dan
9. Memaklumkan peserta yang mereka bebas untuk menarik balik persetujuan dan
tidak meneruskan penyertaan mereka di dalam projek pada bila-bila masa tanpa
penalti.

G.2.e. Kerahsiaan maklumat


Maklumat yang diperoleh mengenai peserta penyelidikan sewaktu menjalankan kajian
adalah rahsia. Sekiranya wujud kemungkinan orang lain mempunyai akses kepada
maklumat tersebut, amalan etika penyelidikan memerlukan kemungkinan tersebut serta
rancangan untuk melindungi kerahsiaan dijelaskan kepada peserta sebagai sebahagian
daripada prosedur untuk mendapatkan persetujuan termaklum.

Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) seksyen 49,Bahagian II (7) : Ujian Kaunseling
dan Psikologi
(2) Seseorang kaunselor berdaftar yang memberikan khidmat ujian hendaklah
memberi penerangan yang lengkap kepada klien mengenai ujian yang akan
dijalankan ke atasnya supaya keputusan ujian itu dapat difahami dan diterima oleh
klien dalam perspektif yang betul.

3) CONTOH KES
Kes 1
Kes yang berkaitan dengan Hannah: Isu Persetujuan Termaklum
(Informed Consent)

Hannah telah merekabentuk satu prosedur kajian untuk menilai hasil dan
proses rawatan daripada programnya.Beliau sangat yakin bahawa bagi
memastikan bahawa data yang diperolehi adalah sah,beliau tidak melakukan
prosedur yang berkaitan dengan pemberitahuan persetujuan klien.Hal ini
kerana Hannah tidak mahu mempengaruhi kliennya atau menyebabkan
kajian yang dijalankan akan menjadi bias.Hannah merasakan bahawa apa
yang dilakukannya adalah suatu perkara yang sah kerana ianya tidak
melibatkan kesan yang negatif terhadap klien atau subjek kajiannya.

Komen berdasarkan kepada kes Hannah:


1) Tidak membuat pemberitahuan persetujuan bersama kliennya dan
menyebabkan kliennya tidak mengetahui bahawa Hannah sedang
menjalankan aktiviti penyelidikan yang menggunakan pendekatan teraputik
dalam kajiannya.
2) Hannah perlu membuat pemberitahuan persetujuan kerana kajian yang
dijalankan oleh Hannah adalah melibatkan emosi klien yang mana kliennya
mempunyai hak untuk mengetahui prosedur yang berkaitan dengan kajian
yang dijalankan oleh Hannah dan kesan-kesan yang akan diterima oleh
mereka.
3) Subjek kajian Hannah juga mempunyai hak iaitu sama ada bersetuju atau
menolak untuk menjadi subjek kajian dalam penyelidikan yang dijalankan oleh
Hannah.

Kes 2
Kes yang berkaitan dengan Hope : Isu yang melibatkan Withholding Treatment

Hope bekerja dengan kumpulan individu yang telah didiagnoskan mengalami


depressive psychotic di sebuah hospital.Hope mempunyai minat yang
mendalam untuk melakukan satu pencegahan yang teraputik terhadap klien
yang mengalami kemurungan.Dalam kajian yang dilakukannya beliau telah
membuat kombinasi antara terapi dan juga prosedur penyelidikan.Secara
spesifiknya,Hope menggunakan pendekatan tingkahlaku dan kognitif.Beliau
mempunyai rekabentuk kajian yang spesifik terhadap teknik rawatan yang
bersesuaian berdasarkan kepada kelompok pesakit yang tertentu,dan beliau
juga sangat berhati-hati dalam pengawasan untuk melihat perkembangan
program rawatan tersebut.Hope percaya nilai melalui pendekatan tingkahlaku
kognitif terhadap pesakit kemurungan dan beliau juga sangat menjaga
mengenai professional dan tanggungjawab etika untuk mengukur kesahan
dan kebolehpercayaan strategi dalam rawatannya.Bagi membolehkan beliau
mengetahui prosedur rawatan berupaya membawa perubahan dalam
tingkahlaku pesakit,beliau perlu mempunyai kumpulan pesakit yang tidak
menerima rawatan untuk membuat perbandingan.Apabila beliau dicabar
mengenai etika dalam bentuk rawatan yang dilakukannya beliau menyatakan
bahawa apa yang dilakukan olehnya mengikut prosedur dalam penyelidikan.

Kes yang telah diubahsuai : Placebo Controls.


Melalui rawatan yang menggunakan kaedah placebo controls,kumpulan ini
tidak menerima rawatan, namun diyakinkan oleh pengkaji bahawa mereka
adalah kumpulan yang menerima rawatan.Melalui kaedah ini hasil yang
diperolehi lebih cepat dan memberi manfaat kepada klien.

Komen berdasarkan kepada kes Hope:


Pertimbangan istimewa Kaunseling berkaitan Etika dan penyelidikan rawatan.
1) Rekabentuk eksperimental iaitu Withholding treatment dan placebo controls:

Rawatan eksperimen adalah sesuatu yang tidak beretika namun begitu


ianya memberi manfaat kepada pesakit.Walaupun kaedah rawatan ini
tidak dapat dijamin keberkesanannya namun ianya boleh membantu
dalam penghasilan sesuatu keadah baru untuk pencegahan.

2) Kesan terhadap rawatan tersebut:

Pengkaji hendaklah menjelaskan kepada peserta mengenai kesan


rawatan tersebut. Hal ini bagi memastikan bahawa tidak berlaku

sesuatu yang boleh memudaratkan kepada peserta yang mengambil


bahagian dalam penyelidikan ini.Bagi mereka yang mengambil
bahagian dalam penyelidikan ini hendaklah dijelaskan dengan terang
dan nyata berkaitan dengan persetujuan termaklum.
3) Menjamin kerahsiaan maklumat klien dan melindungi hak dan privasi serta
maruah klien.Pengkaji hendaklah memastikan bahawa segala maklumat atau
data yang diperolehi semasa melakukan kajian disimpan dengan rapi dan
tidak mudah untuk diperolehi oleh orang lain yang tidak berkenaan.

4) IMPLICATION IN PRACTICES PERANAN KAUNSELOR

Bagi memastikan bahawa kaunselor dapat melaksanakan penyelidikan yang


mematuhi Etika Kaunselor dan Juga Akta Kaunselor (580),maka langkah-langkah
atau strategi bagi menangani isu-isu tersebut haruslah dipatuhi.Antara strategi yang
boleh diambil oleh kaunselor adalah:

1) Merekabentuk penyelidikan yang bersesuaian.


Hal ini bermaksud kaunselor perlulah memastikan bahawa apakah rekebantuk kajian
yang paling sesuai dilaksanakan bagi membolehkan pengkaji atau penyelidik
memperolehi maklumat atau data yang tepat mengenai sesuatu permasalahan yang
wujud.Kaunselor juga perlu mengetahui adakah kajian yang ingin dilaksanakan itu
dalam bentuk kualitatif ataupun kuantitatif.Hal ini bagi memastikan bahawa
penyelidikan yang dilakukan oleh kaunselor atau ahli terapis tidak akan memberikan
kemudharatan kepada klien atau peserta kajian.
2) Persetujuan Termaklum
Dalam strategi yang kedua ini adalah sangat penting kepada kaunselor untuk
membuat persetujuan termaklum bersama dengan peserta kajian.Menurut
Lindsey,1984 Although informed consent is a powerful tool that researchers can
employ in coping with a wide array of ethical problem, the concept of informed
consent is itself by no mean straightforward.Hal ini bermaksud bahawa dalam
persetujuan termaklum kaunselor haruslah memberitahu 3 kriteria ini iaitu:
berkelayakan,menyediakan maklumat yang mencukupi dan penyertaan secara
sukarela.
3) Menjamin kerahsiaan
Kaunselor hendaklah memastikan kerahsiaan yang melibatkan maklumat peribadi
klien tidak dapat diperolehi oleh mana-mana pihak yang tidak mempunyai perkaitan
di dalam penyelidikan yang dijalankan.Antara perkara yang sangat dititiberatkan
dalam kerahsiaan adalah berkaitan dengan identiti klien atau peserta kajian seperti
nama,alamat dan juga pekerjaan.Hal ini bagi melindungi maruah dan privasi klien
terpelihara.

5)

KESIMPULAN

Kesimpulannya,terdapat 4 persoalan yang perlu di pertimbangkan oleh


individu atau pengkaji yang terlibat dalam penyelidikan kaunseling bagi memastikan
pengkaji berupaya menangani isu etika yang mungkin akan timbul iaitu:

1) Apakah perkara yang boleh memudharatkan kepada peserta kajian dan


sesiapa yang terlibat dalam aktiviti kajian tersebut?
2) Apakah prosedur yang perlu dipatuhi oleh pengkaji bagi mengurangkan
kemudharatan dan tindakbalas yang sesuai terhadap emosi yang dihadapi
oleh peserta dalam kajian tersebut.
3) Bagaimana kerahsiaan dan maklumat yang diperolehi semasa kajian
adalah selamat dan tidak diperlakukan dengan sewenang-wenangnya.
4) Apakah implikasi moral secara umumnya terhadap kajian
tersebut,terutamanya yang berkaitan dengan cara maklumat yang
diperolehi digunakan?
Semua persoalan yang disebutkan diatas adalah sangat penting dan telah
disebutkann di dalam Etika Kaunselor 1998 dalam bahagian penyelidikan.Oleh
itu,bagi individu atau agensi yang terlibat dalam bidang penyelidikan yang terikat
dengan Akta Kaunselor 1998 (580) dan tertakluk kepada Kod Etika Kaunselor
Lembaga Kauselor (Malaysia) haruslah memastikan bahawa perkara-perkara
tersebut diperhalusi dengan sebaik mungkin semasa menjalankan aktiviti
penyelidikan.

RUJUKAN:

Corey. G. Corey.M.S.,and Callanan,P. (2003).Issue & Ethics in the Helping


Profession, 6 th Edition Monterey: California.Brooks/Cole Publishing
Company.
Welfel,E.Reynolds,. (2002) Ethics in Counseling and Psychotherapy,2 th Edition:
Wadsworth Group.Brooks/Cole Thomson Learning
McLeod,J,McLeod, (1994).Doing Counselling Research, 1th Edition: SAGE
Publications Ltd.

Anda mungkin juga menyukai