Anda di halaman 1dari 17

Unit 4 : Prinsip Asas Hidraulik

Terdapat 2 jenis litar asas dalam sistem


hidraulik iaitu :
1. Sistem Pusat Terbuka
2. Sistem Pusat Tertutup
Sistem Pusat Terbuka
Kendalian
Dalam sistem pusat terbuka , pam akan bergerak
berterusan walaupun injap kawalan arah berada
dalam kedudukan tengah (neutral).
Minyak hidraulik akan mengalir dengan berterusan
dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya
mengalir balik ke tangki.
Apabila injap dikendalikan, minyak akan diarah ke
silinder untuk menaik atau menurunkan beban.
Pam mesti membina tekanan terlebih dahulu untuk
melakukan kerja.
Contoh: Lori tanah.
Kebaikannya
Tekanan lebih rendah apabila bekerja atau
beroperasi. Ini akan mengurangkan tekanan
dan kehausan serta mengurangkan kehilangan
tenaga disebabkan oleh kebocoran apabila
sistem berkeadaan neutral.
Mempunyai litar yang mudah dan senang
dibina.
Mengurangkan penyenggaraan.
Keburukannya
 Pam yang sentiasa beroperasi akan
menghasilkan haba dan meninggikan
suhu dalam sistem.
 Suhu yang tinggi akan merendahkan
kelikatan dan mengakibatkan berlaku
kebocoran dan mengurangkan
pelinciran.
Sistem Pusat Tertutup

Sistem Pusat Tertutup


Kendalian.
Dalam litar sistem tertutup, pam akan berhenti semasa
injap kawalan arah berada dalam keadaan neutral.
Injap kawalan arah akan menghalang aliran minyak dari
pam.
Ini akan menyebabkan pam hidraul berhenti dari
mengepam minyak. Pam akan dimatikan dengan
memutuskan bekalan arus ke motor yang memusingkan
pam. Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak
Apabila injap dikendalikan, kejatuhan tekanan berlaku
dan membolehkan pam kembali beroperasi.
Contoh: pam air
Kebaikannya
Pam hanya beroperasi apabila sistem
memerlukan minyak. Oleh itu kuasa
dapat dijimatkan.
Minyak disimpan dengan tekanan yang
tinggi untuk tindakan yang cepat dan
menjimatkan masa kendalian.
Keburukannya
 Tekanan yang tinggi boleh
menyebabkan kebocoran pada
sistem.
 Tindakan yang cepat menyebabkan
berlakunya getaran pada sistem.
Contoh litar
Mengawal silinder 1 tindakan
Mengawal silinder 2 tindakan
Litar turutan – pergerakan silinder kedua
bergerak selepas silinder pertama
sampai ke penghujung.
Kedua-dua bergerak serentak.
Litar kawalan kadaralir.
1. Litar “metering-in”
Litar ini mengawal bendalir sebelum memasuki
ke dalam silinder kerja atau motor hidraulik.
Ia digunakan apabila beban adalah tetap, jika
beban tidak sekata ia akan mengakibatkan
pergerakan yang tidak lancar.
Injap pelega di pasang sebagai keselamatan.
Fig. 13-6. Meter-in flow control circuit
Fig. 13-7. Circuits where meter-in flow control is required
2. Litar "metering-out"
Ia mengawal aliran bendalir keluar dari
silinder atau motor hidraulik.
Sesuai untuk beban positif atau seolah-olah
beban menarik omboh.
Injap kawalan tekanan dan kadaralir
diperlukan kerana tekanan berubah-ubah
semasa bekerja.
Fig. 13-8. Meter-out flow control circuit
3. Litar "bleed-off"
Kadar alir dikawal sebelum minyak dihantar ke
injap kawal arah.
Pertambahan jumlah kadar alir atau bleed-off
akan mengurangkan kadar pergerakan silinder
dan sebaliknya.
Fig. 13-9. Bleed-off flow control circuit

Anda mungkin juga menyukai