Anda di halaman 1dari 17

HIDRAULIK MOBIL

SILIBUS
6. Motor Hidraulik
1. Pengenalan
7. Injap Hidraulik
2. Unit-Unit Hidraulik

3. Bendalir Hidraulik 8. Silinder Hidraulik

4. Prisip Asas Hidraulik 9. Penumpuk


Hidraulik
5. Pam Hidraulik
10. Kelengkapan
Sistem Hidraulik
Unit 1 : Pengenalan
Penggunaan bahantara dan pengawalan kuasa dengan
menggunakan bendalir bertekanan telah berkembang
luas dalam semua bidang industri.
Pneumatik berkaitan dengan penggunaan udara
bertekanan sebagai bendalir sementara;
 kuasa hidraulik meliputi penggunaan minyak atau
cecair lain. Sistem hidraulik digunakan dengan meluas
dalam pembinaan jentera berat seperti jentolak,
jengkaut, traktor, mesin gerudi, lori dan lain-lain lagi.
Sebenarnya sistem hidraulik adalah lebih baik dan
efisien berbanding sistem penumatik dalam
pembinaan jentera berat kerana sistem hidraulik
menggunakan cecair sebagai bahantara.
Secara umum, pneumatik digunakan untuk daya yang
rendah iaitu sehingga 10 kN (1 ton) manakala hidraulik
pula digunakan untuk daya atau beban yang tinggi.
Kuasa bendalir adalah istilah yang merangkumi
kedua-dua kuasa pneumatik dan hidraulik.
Sains penghantaran daya atau pergerakan melalui
bahantara bendalir yang terkurung adalah berfungsi
berdasarkan Hukum pascal. Hukum Pascal
menyatakan bahawa keamatan tekanan dalam
bendalir pada satu titik yang tidak bergerak adalah
sama nilai dari semua arah.
Rajah 1.1 : Arah tekanan dari pelbagai arah
Dalam sistem hidraulik minyak bertekanan
terdapat di dalam sebuah power pack. Pam
digunakan untuk menyedut minyak yang dipacu
oleh pengerak utama iaitu motor elektrik bagi
menghasilkan aliran bendalir. Arah aliran dan
kadar aliran tekanan dikawal oleh injap kawalan
tekanan dan injap kawalan arah.
Penggerak pula digunakan untuk menukarkan
tekanan bendalir kepada pergerakan mekanikal
(Kuasa). Jumlah keluaran kuasa yang terhasil
bergantung kepada aliran bendalir.
Sistem hidraulik yang ringkas terdiri daripada dua
buah silinder, iaitu satu silinder besar dan satu silinder
kecil. Kedua-dua silinder ini disambungkan oleh paip.
Di dalam silinder yang kecil terdapat satu omboh yang
dikenakan daya ke atasnya. Di dalam silinder yang
besar pula, terdapt satu omboh yang dinamakan
omboh pelantak.
Beban diletakkan di atas omboh pelantak.
Keseluruhan sistem ini diisikan dengan cecair
hidraulik atau minyak hidraulik. Daya yang dikenakan
pada silinder kecil akan dipindahkan ke silinder besar
untuk mengangkat beban. Dalam sistem hidraulik,
tenaga akan dipindahkan dari satu tempat ke satu
tempat yang lain melalui bahantara cecair yang
dikenali sebagai tenaga hidraulik.
Rajah 1.2 : Asas sistem hidraulik
1.1 PRINSIP ASAS HIDRAULIK
Terdapat empat prinsip asas dalam sistem hidraulik.
Cecair tidak mempunyai bentuk
Cecair akan mengikut bentuk bekas yang diletakkan.
Oleh itu ia sesuai digunakan untuk penghantaran daya
dalam sistem hidraulik yang mempunyai reka bentuk
yang rumit.
Tidak boleh dimampatkan
Tekanan yang dikenakan ke atas bendalir akan
dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain
berdasarkan jumlah daya yang dikenakan ke atas
bendalir tersebut.
Memindahkan tekanan ke semua arah
Konsep hukum Pascal diaplikasikan pada
sistem hidraulik yang bercabang yang
memerlukan tekanan yang sama bagi semua
arah pada satu masa yang sama ketika sistem
sedang beroperasi.
Mampu melakukan kerja-kerja berat
Sistem hidraulik boleh melakukan kerja-
kerja berat walaupun mempunyai
rekabentuk yang kecil dan ringkas. Ini dapat
menjimatkan penggunaan cecair hidraulik
dalam sistem.
Contoh yang paling mudah untuk memahami prinsip
asas sistem hidraulik adalah pada sistem brek
hidraulik kenderaan, di mana cecair hidraulik dapat
memenuhi dan mengikut bentuk saluran sistem brek
tersebut.
Ia juga dapat memindahkan tekanan yang wujud
dalam bendalir tersebut apabila daya dikenakan.
Tekanan tersebut akan diagihkan sama rata dalam
sistem brek hidraulik kenderaan sesuai dengan konsep
hukum Pascal.
Jika dilihat pada sistem brek tersebut, reka bentuknya
adalah kecil, ringkas serta memerlukan jumlah isipadu
bendalir yang sedikit tetapi mampu memberhentikan
sesebuah kenderaan.
1.2 KEBAIKAN SISTEM HIDRAULIK
Reka bentuk lebih mudah.
Kebolehlenturan ( hos dan paip).
Mudah dikawal.
Kelinciran (pergerakan lebih senyap), kurang getaran.
Kawalan daya lebih mudah.
1.3 KEBURUKAN SISTEM HIDRAULIK
Minyak hidraulik meremehkan sistem.
Kebocoran tidak boleh dikawal sepenuhnya.
Penyelengaraan mengambil masa yang lama.
Sistem hidraulik sensitif pada kotoran dalam minyak.
LITAR ASAS HIDRAULIK
SIMBOL-SIMBOL PIAWAI BAGI KOMPONEN HIDRAULIK

Anda mungkin juga menyukai