Anda di halaman 1dari 11

Kod WIM ME-021-2-2:2012/CU:05/KP(2/8) Muka surat : 1 drpd 11

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


ME-021-2:2012 THREE PHASE AIRCONDITIONING EQUIPMENT
PROGRAM /
(SERVICING, TROUBLESHOOTING & REPAIR)
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 3 SEMESTER 2

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / CU:06 SMALL PACKAGE- WATER COOLED / AIR COOLED
COMPETENCY UNIT NO. AND CHILLER (<100 TR) MAINTENANCE
TITLE

KOD DAN NAMA


SLK 2242 SMALL PACKAGE- WATER COOLED / AIR COOLED
SUBJEK/SUBJECT CODE AND
CHILLER (<100 TR) MAINTENANCE
NAME

1. IDENTIFY THE CAPACITY AND TAG NUMBER OF WATER


COOLED PACKAGE UNIT
NO. DAN PENYATAAN 2. PERFORM WATER COOLED PACKAGE UNIT SERVICING
AKTIVITI KERJA / WORK 3. PERFORM WATER COOLED PACKAGE UNIT TROUBLE
ACTIVITIES NO. AND SHOOTING
STATEMENT 4. PERFORM WATER COOLED PACKAGE UNIT REPAIR WORK
5. PREPARE FAULTY AND RECTIFICATION REPORT
6. ACKNOWLEDGEMENT OF JOB COMPLETION BY CUSTOMER

KOD WIM ME-021-2-2:2012(CU:05)/KP(2/8)

TITLE : SISTEM PENYEJUKAN AIR (WATER COOLED SYSTEM)

OBJECTIVE : MENERANGKAN JENIS-JENIS MENARA PENYEJUK

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM ME-021-2-2:2012/CU:05/KP(2/8) Muka surat : 2 drpd 11

Cooling Tower

Dalam unit penyejukan dan penyaman udara yang menggunakan sistem pendinginan air ,
haba yang diserap dan di mampat disingkirkan kepada suatau medium , iaitu air.Air yang
digunakan untuk menyerap haba ini akana menyingkirkan haba ke udara dan di sejukkan
semula dengan menggunakan perlatan yag dinamakan menara pendinginan Dengan perkatan
lain , menara pendinginan adalah alat yang digunakan untuk menyejukkan air dari pemeluwap
dingin-air yang menyerap haba dari penyejat dan pemampat.Sebarang kesumbatan dan
kekotoran dalam cooling tower ini akan mempengaruhi kapasiti penyejukan penyaman udara
terbabit.

Prinsip dan Binaan Menara Pendinginan ( Cooling tower )

Prinsip kerja cooling tower berdasarkan kitaran air melalui pemeluwap dingin-air , pam air
dan komponen dalaman cooling tower.Pam air yang berfungsi dalam proses kitaran air akan
menyedut air dari bahagian bawah takungan dan diemparkan ke dalam pemeluwap dingin-
air.Air yang bersuhu rendah yang diemparkan itu akan menyerap habaa dari bahan pendingin
didalam tiub pemeluwap dan dibawa ke bahagian semburan diatas menara pendinginan.Air
yang disemburkan itu akan jatuh keatas isian atau tambakan yang keadaanya berlapis.Semasa
air yang disemburkan jatuh diatas tambakan , udara luar yang bertiup dari arah tepi menara
akan membawa wap panas yang terpeluwap daripada air panas naik keatas menara dan kipas
di puncak menara menolong mempercepatkan proses penyingkiran haba.

Air yang jatuh di atas tambakan akan dikumpulkan semula ke dalam takunagn
pembuangan haba .Air yang sejuk ini akan dipamkan semula ke dalam pemeluwap.Untuk
mengelakkan kekotoran masuk ke dalam kitaran air , penapis atau turas air dipasangkan pada
paip air sebelum masuk ke dalam pam air dan juga didalam cooling tower.

Biasanya menara pendinginan beroperasi untuk mendapatkan data berikut :

( a ) Suhu air alur masuk : 35 C hingga 37 C.

( b ) Suhu air alur keluar : 30 C hingga 32 C.

( c ) Suhu bebuli basah alur masuk : 27 C.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM ME-021-2-2:2012/CU:05/KP(2/8) Muka surat : 3 drpd 11

( d ) Kuantiti air pendingin : 13 1/minit x tan penyejukan.

Keupayaan

Keupayaan cooling tower pendinginan disebut dalam unit tan penyejukan .Tan
penyejukan ialah jumlah keupayaan cooling tower dapat menyingkirkan haba yang di
terima daripada penyejat dicampur dengan haba mampatan dan faktor keselamatan.
1 tan penyejukan = 16 758 kj/jam

Jenis Menara Pendinginan

( a ) Kolam Pendinginan

Kolam pendinginan merupakan kolam yang besar yang digunakan untuk menyimpan air .Air
disejukkan melalui proses sejatan berdasakan keluasan permukaan kolam.

( b ) Kolam Sembur

Kolam sembur ialah lanjutan daripada kolam pendinginan yang menggunakan penyembur
sebagai alat tambahan . Dengan adanya proses semburan ini , air dapat disejukkan dengan
lebih cepat.

( c ) Menara Pendinginan Atmosfera

Dalam menara pendinginan atmosfera , air disemburkan dari atas ke bawah .Udara masuk ke
bahagian dalam menara melalui ram atau anak tingkap ( louvre ) . Sistem ini melibatkan cara
pengaliran alir bebas asli ( natural draft ).

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM ME-021-2-2:2012/CU:05/KP(2/8) Muka surat : 4 drpd 11

( d ) Menara Pendinginan alir bebas Asli

Tindakan tindan ( stack action ) yang berlaku di dalam menara melibatkan udara panas
Penyembur dipasangkan di bahagian atas isian atau tambakan di bahagian tengah .Air akan
disejukkan oleh peredaran udara yang masuk dari luar .Uadar panas akan di tolak keluar di
bahagian atas menara .Udara sekeliling berfungsi sepenuhnya bagi menara jenis ini , sebab
ituklah ia biasanya dipasangkan di tingkat atas bangunan.

(e) Menara Pendinginan Alir Bebas Paksa

Menara pendinginan jenis ini menggunakan udara luar dan udara dari kipas yang dipasangkan
di bahagian atas menara untuk menyingkirkan haba yang terpemeluwap apabila air panas jatuh
ke atas tambakan .Terdapat tiga jenis menara pendinginan alir bebas paksa iaitu jenis aliran
berlawanan , jenis aliran silang dan jenis aliran selari.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM ME-021-2-2:2012/CU:05/KP(2/8) Muka surat : 5 drpd 11

Jenis aliran berlawanan biasanya lebih tinggi daripada jenis aliran silang dan
keluasannya berdasarkan 1 m keluasan = 7 m /jam udara.Jenis aliran selari pula
jarang digunakan dewasa ini kerana kadar kecekapannya rendah.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM ME-021-2-2:2012/CU:05/KP(2/8) Muka surat : 6 drpd 11

Bahagian – bahagian Menara Pendinginan

Kerangka – diperbuat daripada FRP ( fibre glass reinforced palstic ) dan keadaanya

lebih ringan serta tahan daripada hakisan dan kebocoran.

Pemercik – diperbuat daripada vinil klorida.Ia terbahagi kepada dua jenis , iaitu jenis

pasang kekal dan jenis putar.

Kipas - diperbuat daripada plastik keras yang disambungkan terus kepada motor
jenis kalis air.

Motor kipas – direka bentuk untuk kalis air dan beringnya diperbuat daripada galas
kedap minyak . kelajuannya sederhana.

Isian atau tambakan – berfungsi untuk menambah keluasan antara percikan air dan
udara.Dengan cara ini kita memperolah kecekapan pendinginan
yang baik.Bahagian isian merupakan bahagian yang penting
dan diperbuat daripada vinil klorida yang hanya tahan pada suhu
50 C atau kurang.

Turas atau tapis – berfungsi untuk menapis kekotoran air dan dipasangkan pada alur
keluar untuk menyekat kekotoran masuk ke dalam pam air. Turas
diperbuat daripada sejenis bahan logam ( loyang atau tembaga ) yang
tahan karat. Oleh itu ia perlu dicuci selalu.

Takungan – takungan diperbuat daripada bahan yang sama dengan kerangka iaituFRP
Air yang lama bertakung menyebabkan takungan sering kotor dan
berlumut dan oleh itu perlu sentiasa dicuci.

PENYENGGARAAN DAN PEMERIKSAAN PADA COOLING TOWER

1. Cuci kipas dan periksa pada sebarang keretakan

2. Periksa bunyi bising pada motor:-

a. Periksa pelinciran pada gear


b. Periksa dan laraskan tekanan tali sawat ( belt tension )

3. Cuci takungan dalaman dan strainer. ( penyaring)

4. Periksa penyembur pada sumbatan oleh habuk.

5. Catkan peralatan besi untuk menggelakkan karat.

6. Pemeriksaan pada item pada arahan yang terdapat dalam operation manual.

7. Rawatan air untuk mengawal skala dan karat pada kepekatan bendasing dalam air
sebagai mana evaporator.

a. by bleeding ( dengan penjujuhan )

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM ME-021-2-2:2012/CU:05/KP(2/8) Muka surat : 7 drpd 11

i) pengaliran lebihan melalui overflow


ii) Bleeding from the return line to cooling tower

b. Dengan mencuci secara manual kulat dan lumut pada permukaan


peralatan

MASALAH DALAM SISTEM AIR

Terdapat banyak masalah berkaitan dengan system air pada penyejukan udara . Amnya
wujudnya masalah adalah berikutan 3 masalah iaitu kekaratan, skala dan lumut.

1. Masalah karat
Terdapat 2 phenomena, dinamakan acid karat dan zone neutral karat dalam
system air , kekaratan dihasilkan oleh air yang digunakan pada penyejukan
udara, Asid karat dalam banyak kes, wujud dari pelarutan asid sulfurus dalam
air, apabila cooling tower digunakan. Dalam maksud lain, zon neutral karat
adalah berkaitan seperti electrochemical corrosion dan kehadiran oxygen
mempercepatkan tindakbalas ini. Dalam system air pada penyejukan udara, air
dan udara biasanya berkait satu sama lain, oleh itu ia harus berhati-hati yang
mana oxygen dibekalkan penuh.

2. Masalah skala
Masalah skala adalah format skala yang mana bahan larut atau terperangkap
dalam air adalah diasingkan atau mendap pada muka peralatan seperti
permulaan penukaran haba dalam system air. Selain itu, kekuatan komponen
terutamanya scale calcium dan scale silica agak banyak keluar. Apabila ianya
dibentuk , pemindahan haba pada penukaran heat exchanger akan merosot
disamping air- kawasan terlibat pada pemindahan haba tube atau
mengurangkan pemaipan yang lain. Untuk alas an ini pelbagai masalah seperti
wujudnya tekanan tinggi dalam condenser, kejatuhan dalam kapasiti
penyejukan atau meningkatkan kuasa operasi mungkin menjadi penyumbang
masalah. Kadang kala pada permukaan besi pada bawah permukaan skala,
pitting –corrosion phenomenon mungkin penyebab utama dengan format pada
oxygen-concentration – batteries.

3. Masalah lumut
Lumut adalah pencampuran bacteria, rumpai dan habuk pada udara.
Contohnya iaya wujud pada muka dalam tube dalam condenser atau muka
dalam cooling tower untuk memeriksa pemindahan haba atau laluan air.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM ME-021-2-2:2012/CU:05/KP(2/8) Muka surat : 8 drpd 11

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM ME-021-2-2:2012/CU:05/KP(2/8) Muka surat : 9 drpd 11

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM ME-021-2-2:2012/CU:05/KP(2/8) Muka surat : 10 drpd 11

RAWATAN AIR MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA

Ianya bersesuaian untuk menganalisis cooling water dan mengubah-suai air, kemudian
tentukan tumpuan berganda dan blow air- jumlah dicadangkan merujuk pada tahap JRA
Standard. Apabila kualiti pada ubah-suai air adalah teruk, dimana penjagaan untuk
meningkatkan jumlah air yang diblow dan kadar air.

Sistem rawatan air adalah kombinasi pada unit yang mana mengekalkan kualiti cooling tower
dalam range yang tetap dan automatic menyiram air dengan rawatan chemical.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)


Kod WIM ME-021-2-2:2012/CU:05/KP(2/8) Muka surat : 11 drpd 11

1. Ciri-ciri

1. Penjimatan air
2. Borang kawalan automatic ( pengurangan buruh)
3. Kawalan menyeluruh pada rawatan air ( penyenggaraan)

2. Amnya , terdapat beberapa jenis chemical:

i. Anticorrosive
ii. Antiscale agent
iii. Slime Control agent

QUESTION :

RUJUKAN:

i. Siegfried Haaf, Helmut Henrici “Refrigeration Technology” in Ullmann's Encyclopedia of


Industrial Chemistry, 2002, Wiley-VCH, {{DOI:10.1002/14356007.b03 19}}
ii. eurammon information paper No 1. Retrieved on 2. October 2009. (PDF, English)
iii. www.eurammon.com. Retrieved on 7. October 2009. (English)
iv. CO2 as a refrigerant in different applications
v. GM First to Market Greenhouse Gas-Friendly Air Conditioning Refrigerant in U.S.
vi. A/C Update: The Future of Cool
vii. http://www.mecanica.pub.ro/frigo-eco/R404A_DME.pdf 101110
viii. Harris, Catharine. "Anti-inhalant Abuse Campaign Targets Building Codes: ‘Huffing’ of
Air Conditioning Refrigerant a Dangerous Risk." The Nation's Health. American Public
Health Association, 2010. Web. 05 Dec. 2010.
ix. http://thenationshealth.aphapublications.org/content/39/4/20.extract>.
x. http://www.epa.gov/ozone/geninfo/numbers.html#nonhalons

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016)

Anda mungkin juga menyukai