Anda di halaman 1dari 7

LAB SHEET

Berdasarkan Worksheet 3 pada labsheet 1 yang telah disiapkan,kami telah mempelajari


langkah kerja menservis pam air.Untuk melakukan kerja-kerja menservis pam air,kami
dikehendaki untuk mematuhi semua proses kerja yang telah ditetapkan seperti
membuat persediaan barang dan peralatan dan mematuhi langkah-langkah
keselamatan yang sesuai semasa melakukan kerja.Kami dikehendaki untuk mengambil
spesifikasi pam air sebelum melakukan kerja-kerja menservis pam air.

Selain itu,kami dapat mengetahui komponen-komponen yang terdapat pada pam air
serta tugas-tugas komponen pam air tersebut seperti tugas wiring box,fan cover,squirrel
cage rotor,impeller dan fan.Fungsi komponen-komponen berikut adalah bagi
memastikan pam air dapat berfungsi dengan baik ketika beroperasi. Kami juga dapat
mengetahui langkah kerja untuk menukar impeller pada pam air dengan cara

i. Menanggalkan housing pam air


ii. Menanggalkan O-Ring,Key Shaft dan Washer
iii. Menanggalkan impeller
iv. Memasang impeller baru
v. Memasang kembali O-Ring , Key Shaft dan Washer
vi. Memasang kembali housing pam air.

Pam Air
LAB SHEET 2

Berdasarkan lab sheet 2 pula kami dapat mempelajari cara mengisi data dengan
merujuk spesifikasi pada motor kipas dan cara untuk mendapat bacaan kelajuan
motor.Kelajuan motor boleh diukur menggunakan alat yang bernama
“Tachometer”.Cara untuk menggunakan ia adalah dengan melaraskan pada contact
kemudian letakkan pada shaft motor kipas sambil hold butang yang terdapat pada alat
itu.

Kami juga dapat mempelajari tentang tugas-tugas komponen motor kipas seperti
cooling fan,end bell,stator,bearing seal dan ball bearing.Fungsi cooling fan adalah untuk
menyejukkan air di cooling tower,maksud menyejukkan ini bukan lah sejuk beku tetapi
suhu yang diturunkan dari suhu sebelum ini.End bell pula berfungsi untuk melindungi
gegelung stator dari terkena air.Selain itu,fungsi stator pula untuk menggerakkan rotor
pada arus permulaan.Seterusnya,fungsi bearing seal adalah untuk melindungi bebola
pada bearing dari kehilangan gris dan menyebabkan Ia kering kerana terdedah.Akhir
sekali,Ball bearing berfungsi untuk mengurangkan geseran putaran dan menyokong
beban jejarian dan paksi.

Justeru,Kami juga belajar cara untuk mengganti atau menukar seal dan bearing motor
kipas.berikut adalah Langkah-langkahnya:

i. Buka bilah kipas


ii. Buka penutup
iii. Keluarkan rotor pada casing
iv. Tanggalkan bearing dan seal
v. Pasang bearing dan seal yang baru
vi. Masukkan semula rotor di dalam casing
vii. Pasang semula penutup
viii. Pasang semula bilah kipas
LAB SHEET
3

Pada lab sheet 3 ini kami mempelajari tentang cooling tower.Kami dapat membaca dan
memasukkan data dari spesifikasi cooling tower,dapat membaca dapatan cooling
tower,dapat menerangkan tugas-tugas komponen cooling tower,kaedah menservis
komponen tersebut dan juga Langkah-langkah menservis Menara pendingin.

Yang pertama,data-data yang dapat kami perolehi dari spesifikasi cooling tower adalah
seperti Jenama,model,voltan,frekuensi,kuasa,arus,fasa dan horse power.Daripada
data-data tersebut kami dapat melihat dan mengetahui keupayaan sesebuah cooling
tower tersebut.

Yang kedua,Kami juga dapat mengambil bacaan data dari cooling tower sebelum
diservis dan sesudah diservis.

Yang ketiga,Kami dapat memahami setiap tugas-tugas komponen cooling tower yang
ada seperti water distribution nozzle,in fill,air entry louvers,drift eliminators,suction
strainers,float valve cooling tower.Water distribution nozzle berfungsi untuk
membiaskan air pada suhu persekitaran manakala in fill pula untuk melambatkan
pergerakan air.Selepas itu air entry louvers pula berfungsi untuk membenarkan udara
luar masuk ke dalam cooling tower.Selain itu,drift eliminators adalah untuk
membenarkan water distribution nozzle untuk bergerak.Suction strainers adalah untuk
menapis air dan float valve adalah untuk menentukan tahap air yang boleh
ditampung.Berikut adalah fungsi-fungsi komponen yang terdapat pada cooling tower.

Yang keempat, adalah kaedah-kaedah melakukan servis pada komponen-komponen


cooling tower.Ini bertujuan supaya komponen-komponen dapat bekerja dengan jangka
masa yang lama dan memanjangkan lagi jangka hayat sesebuah cooling tower.Ia
adalah sebuah perkara yang asas dalam sistem cooling tower oleh sebab itu kita kena
menitik beratkan hal ini supaya dapat lebih mahir lagi dalam menservis cooling tower.

Yang terakhir adalah Langkah-langkah menservis Menara pendingin:

i. Buang air dalam takungan


ii. Bersihkan besen takungan dari kotoran
iii. Bersihkan saluran air dan strainer
iv. Bersihkan fill enggunakan water jet
v. Melakukan pemeriksaan pada motor kipas
vi. Bersihkan louver
vii. Lakukan purging agar tiada udara dalam salur paip
viii. Isi semula air
Lab Sheet 4

Berdasarkan Labsheet 4 kami mempelajari tentang Pemasangan Pemaipan Paip


Polypipe. Kami dapat mencari spesifikasi motor kipas,water pump dan cooling tower
serta dapat menerangkan tentang komponen-kompenen yang terdapat pada cooling
tower. Dapat menerangkan tentang Langkah kerja pemasangan permaimpan polypipe
dan Langkah kerja membuat pemasangan pendawaian elektrik.

Yang pertama data-data yang kami perolehi pada motor kipas seperti Jenama, Model,
Voltan, Fekuensi, Kuasa, Arus, Fasa, Horse Power, dan Kelajuan Motor. Daripada data
ini kami dapat mengetahui tentang keupayaan motor tersebut.

Yang kedua kami dapat menerangkan tentang komponen yang terdapat pada sistem
chiller seperti motor kipas, water pump, flow meter, Menara pendingin, condenser shell
and coil, pressure gauge, strainer dan injap gate.

Yang ketiga kami dapat mencatatkan Langkah kerja pemasangan permaipan polypipe.
Pertama melakukan permaimpan polypipe dari cooling tower ke water pump. Kedua
dari cooling tower ke water pump dan dari shell and coil ke cooling tower. Akhir sekali
melakukan pemasangan flow meter pada kedudukan yang betul.

Yang terakhir kami dapat membuat pemasangan pendawaian elektrik. Pertama


mengenalpasti punca bekalan kuasa yang betul dan membuat pemeriksaan
pendawaian panel kawalan. Seterusnya melakukan penyambungan pendawaian dari
panel kawalan ke cooling tower. Akhir sekali melakukan penyambungan pendawaian
dari panel kawalan ke water pump.
Labsheet 5

Pada labsheet 5 kami telah mempelajari cara Mengesan Kerosakan Dan membaik Pulih
Pam Air Dan Menara Pendingin.Pelajaran yang kami belajar seperti kerja-kerja
mengesan kerosakan dan membaik pulih:

i. ( Malfunction),
ii. bising ( Noisy)
iii. getaran (vibration),
iv. motor terlalu panas ( motor overheat),
v. tersekat ( jammed ),
vi. litar pintas pendawaian (wiring short circuit),
vii. litar pintas motor ke bumi ( motor short circuit to ground),
viii. aliran air tidak mencukupi (insufficient water flow).

Seterusnya, kami juga mempelajari kerja-kerja seperti:

i. membersihkan paip air yang tersumbat,


ii. ruang udara yang terhalang,
iii. kotak pengedaran air panas yang kotor atau tersumbat.

Selain itu kami mempelajari kerja-kerja seperti:

i. membaiki dan menservis injap apung yang tidak berfungsi


ii. panel kawalan motor kipas.

Pada labsheet 5 ini kami perlu mengisi data dan cara untuk Langkah kerja mengesan
kerosakan dan Langkah kerja membaik pulih.

Anda mungkin juga menyukai