Anda di halaman 1dari 3

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Menurut Rachna (2011) penjagaan ikan hiasan dan akuarium adalah


merupakan satu perkara yang mesti dilakukan oleh pemilik ikan hiasan. Ini
adalah kerana penjagaan ikan hiasan dan akuarium adalah berkait rapat. Maka
kebersihan air di dalam akuarium perlulah dititikberatkan supaya dapat
mengekalkan habitat ikan hiasan dengan cara yang mudah dan sihat .
Dengan membinanya projek “Automatic Aquarium Water Changer Using
PLC” ini boleh melakukan proses penukaran air dengan mengikut suhu , pH air ,
serta keparasan air yang bersesuaian dengan habitat ikan tanpa pemerhatian
daripada manusia . Ini kerana manusia sering sibuk sehingga terlupa untuk
menjaga kesihatan , kebajikan dan kebersihan haiwan peliharaan seperti
membela ikan hiasan di rumah .
Jadi dengan adanya projek ini , kesihatan , kebajikan serta kebersihan ikan
hiasan di dalam akuarium dapat dijaga dengan rapi dan tidak menyusahkan
para pengguna di luar sana .
Segala perancangan perlulah diambil kira dalam pelbagai aspek penting
seperti ciri-ciri keselamatan , cara pengendalian , tenaga , masa ,
kesesuaiannya dengan habitat ikan hiasan serta dapat memberikan kepuasan
yang terbaik kepada pengguna . Aspek – aspek ini tidak boleh dibuat dengan
sambil lewa kerana ia akan menjadi satu produk yang tidak berkualiti dan juga
boleh membahayakan keselamatan pengguna .

1.2 Penyataan Masalah

Setiap projek yang ingin dihasilkan mestilah mempunyai masalahnya yang


tersendiri . Antara masalah yang timbul ialah proses menukar air masih
dilakukan secara manual yang akan mengakibatkan persekitaran yang
kotor,basah dan berkemungkinan akan mengeluarkan bau yang tidak
menyenangkan .
Selain itu , terdapat beberapa lagi masalah yang lain timbul iaitu untuk
menyesuaikan isi padu air kerana saiz akuarium yang tidak tetap dan berlainan
bentuk .

1.3 Objektif Masalah

Objektif projek ini adalah :

i. Mereka cipta “Automatic Aquarium Water Changer Using PLC”


ii. Menjalankan pengujian ke atas “Automatic Aquarium Water Changer Using
PLC” untuk memastikan mesin dapat berfungsi dengan baik dan selamat .

1.4 Tujuan Projek

Tujuan projek ini dilakukan adalah untuk menyenangkan dan menjimatkan masa
manusia yang sering sibuk pada masa kini sehingga tidak sempat untuk
melakukan perkara yang remeh seperti membersihkan akuarium ikan hiasan .

Tujuan projek ini dibina juga adalah untuk melakukan proses penukaran air
di dalam akuarium secaraautomatik pada masa dan keadaan yang sesuai tanpa
perlu pemerhatian daripada manusia .

1.5 Skop Projek

Skop projek adalah untuk membuat kajian mengenai habitat ikan di dalam
akuarium . Setiap ciri-ciri keperluan habitat perlu dikaji untuk memastikan projek
yang dihasilkan bersesuaian dengan habitat ikan terutama sekali air .
Untuk memastikan ikan hiasan sentiasa sihat pemelihara ikan hiasan
perlulah memastikan mutu air dalam akuarium sentiasa berada dalam keadaan
yang sesuai untuk ikan hidup. Kajian keadaan air di dalam akuarium dari segi
aspek suhu air , tahap kebersihan air dan juga pH air di dalam akuarium
tersebut .

1.6 Kelebihan Projek


Kelebihan projek adalah :

i. Dapat menukar air ikan di dalam akuarium dengan mudah tanpa


pemerhatian daripada manusia .
ii. Mengurangkan tenaga kerja dan juga penggunaan masa .

http://rachnapuri.blogspot.my/2011/03/bagaimana-mengenalpasti-mutu-air-
dalam_30.html
http://eprints.utem.edu.my/7635/1/Haizri_Hassim-24_Pages.pdf

Anda mungkin juga menyukai