Anda di halaman 1dari 1

Bab 3 Kesedaran Perkembangan Intelektual

Bidang Intelektual merupakan bidang yang dapat memperlihatkan secara langsung antara
tamadun Selatan Sepanyol abad ke-8 sehingga abad ke-12M, dengan kebangkitan Reinassance di
Eropah yang bermula pada pertengahan abad ke-15M.

Selatan Sepanyol telah membawa suatu kejutan budaya kepada masyarakat Zaman Gelap
Eropah ketika itu. Ini kerana golongan ilmuan Islam yang berkarya di Selatan Sepanyol telah
mengkaji tinggalan ilmu kuno Greek dan Rom dan kemudian mereka memurnikan ilmu tersebut
dengan ajaran Islam.

Antara bidang tersebut adalah ilmu wahyu, falsafah, sejarah, perubatan, geografi,
matematik, astronomi, fizik, kimi, botani dan lain-lain.

Kepelbagaian Disiplin Ilmu Pengetahuan


Perkembangan ilmu yang berlaku di Selatan Sepanyol boleh dibahagikan kepada dua iaitu
ilmu wahyu (naqliyah) dan ilmu bukan wahyu (aqliyah). Ilmu wahyu adalah ilmu yang berasaskan Al-
quran dan hadith.

Pemerintah yang bertanggungjawab dalam mengembangkan ilmu agama ini adalah Abdul
Rahman III dan anaknya al-Hakam II yang memerintah pada abad ke 10-M. Manakal di Cordova,
mazhab Maliki telah dibawa oleh Ziad bin Abdul Rahman al-Lakhami dan pengasas utamanya ialah
Yahya bin Yahya.
Antara ilmu yang terkenal disebarkan di Selatan Sepanyol ialah:
1. Falsafah
2. Sejarah
3. Perubatan
4. Geografi
5. Astronomi
6. Sains Tulen
7. Botani
8. Matematik
9. Seni Bina
10. Seni Khat

Kesimpulan Bab

Islam di Eropah terutamanya di Sepanyol merupakan zaman kegemilangan Islam dengan


berlakunya pelbagai perkembangan intelektual.

Pada mulanya, orang Sepanyol tidak mengakui sumbangan orang Islam terhadap Barat,
khususnya semasa pemerintahan Islam yang berpusat di Selatan Sepanyol ini. Realitinya, semasa
terjadinya Perang Salib, ilmu–ilmu Islam telah mula mengalir ke Eropah kerana mereka telah
merampas dan kemudian mengubahsuai buku-buku serta kitab-kitab ilmuwan Islam kepada hasil
tulisan mereka.

Namun pada hari ini, mereka telah mengakuinya dan penghargaan telah diberikan kepada
sarjana Islam. Walau bagaimanapun, Islam diakui telah membawa perubahan yang besar dalam
sejarah manusia terutamanya semasa masyarakat Eropah masih dalam zaman kegelapan dan
kemunduran.

Ilmu-ilmu ini telah membawa kesedaran intelektual kepada masyarakat Eropah yang
kemudiannya menjadi faktor utama kebangkitan Renaissance di Eropah.

Anda mungkin juga menyukai