Anda di halaman 1dari 16

5.

0 ANALISIS TEGASAN PADA SATAH CONDONG

Analisis tegasan pada satah condong terbahagi kepada dua iaitu :

1. Tegasan satah condong dibawah tindakan satu daya paksi.


2. Tegasan satah condong dibawah tindakan dua daya paksi.

5.1 Tegasan Satah Condong Dibawah Tindakan Satu Daya Paksi

Pada rajah 5.1 dibawah menunjukkan tegasan yang berlaku pada satah condong
dibawah satu daya paksi.

Rajah 5.1: Tegasan pada satah condong dibawah tindakan daya satu paksi

1
Pada satah −𝑛 , tegasan normal yang bertindak ialah 𝜎𝑥 𝑃/𝐴, dan tegasan ricih adalah
sifir. Sekarang pertimbangkan keratan 𝑝 − 𝑞 yang membentuk sudut 𝜃 dengan garis
tegak. Sudut 𝜃 positif jika ikut pusingan jam. Untuk menjamin keseimbingan, daya
yang bertindak pada keratan ini mestilah sama dengan 𝑃. Daya 𝑃 boleh dileraikan
kepada komponennya dalam arah yang normal terhadap satah keratan dan dalam arah
tangen terhadap keratan, masing-masing ditandakan dengan daya 𝑁 dan 𝑉 seperti dalam
rajah 5.1. Daya 𝑁 adalah daya normal dan daya 𝑉 adalah daya ricih yang bertindak pada
permukaan keratan 𝑝 − 𝑞 dan nilainya ialah

𝑁 = 𝑃 𝑘𝑜𝑠 𝜃 ; 𝑑𝑎𝑛 𝑉 = 𝑃 sin 𝜃

Tegasan yang terhasil akibat daya 𝑁 dan 𝑉 masing-masing ialah tegasan normal
𝜎𝑥 dan tegasan ricih 𝜏𝑥′𝑦′ iaitu tegasan pada satah 𝜃 terhadap garis tegak seperti dalam
rajah 5.1. 𝜎𝑥 adalah positif kerana dalam tegangan, dan 𝜏𝑥′𝑦′ adalah negatif kerana
menyebabkan putaran ikut jam. Nilai 𝜎𝑥 dan 𝜏𝑥′𝑦′ boleh dihitung seperti berikut :

Luas keratan −𝑞 , katalah 𝐴1 , ialah 𝐴1 = A/kos 𝜃

𝑁 𝑁
Persamaan (a) ……….... 𝜎𝑥 = = 𝐴 𝑘𝑜𝑠 2 𝜃 = 𝜎𝑥 𝑘𝑜𝑠 2 𝜃
𝐴1 1

𝑉 𝑃
Persamaan (b) ………... 𝜏𝑥′𝑦′ − = − sin 𝜃 kos 𝜃 = − 𝜎𝑥 sin 𝜃 kos 𝜃
𝐴1 𝐴

Oleh sebab itu sudut 𝜃 adalah – 90˚ dan 90˚ daripada persamaan (a)
𝜎𝑥 mencapai maksimum jika 𝜃 = 0 dan 𝜏𝑥′𝑦′ mencapai maksimum jika 𝜃 = −45˚ atau
45˚.

𝜎𝑥 mencapai minimum, iaitu sifar jika 𝜃 = 90˚ atau 𝜃 = – 90˚, dan 𝜏𝑥′𝑦′ adalah
sifar jika 𝜃 = 0.

2
𝜎𝑚𝑎𝑘𝑠
Daripada persamaan tersebut didapati hubungan 𝜏𝑚𝑎𝑘𝑠 = . Ini merupakan
2

perkara yang mengingatkan kita bahawa bahan lebih lemah dalam ricih berbanding
dengan tegangan atau mampatan. Titik pada persilangan antara keratan 𝑚 − 𝑛 dengan
keratan 𝑝 − 𝑞. titik ini mempunyai tegasan-tegasan yang berlainan dalam arah yang
berlainan. Oleh itu, sesuatu tegasan yang dinyatakan hendaklah merujuk satu satah atau
paksi.

5.1.1 Contoh Soalan

Sebatang bar prismatic dengan luas keratan rentas 1200 𝑚2 menanggung beban
mampatan 110 kN seperti rajah 5.2 (a). Tentukan tegasan yang bertindak pada satah
keratan bar pada 𝜃= 25˚ terhadap garis tegak. Tunjukkan keadaan tegasan untuk 𝜃= 25˚
dengan menentukan tegasan pada keempat-empat permukaan unsur tersebut.

Rajah 5.2: Tegasan pada satah condong

3
Penyelesaian

Oleh itu, tegasan pada permukaan 𝑝𝑞 ialah :

Tegasan ini ditunjukkan pada rajah 5.2 (b). Untuk mencari tegasan pada
permukaan 𝑎𝑑 dalam rajah 5.2 (c), sudut yang perlu diambil ialah 𝜃= 25 + 90 = 115˚ ;
untuk permukaan 𝑐𝑑, 𝜃= 25 + 180 = 205˚; dan untuk permukaan 𝑏𝑐, 𝜃= 25 + 270 =
295˚ atau 𝜃= - 65˚. Sudut-sudut ini hendaklah dimasukkan ke dalam 𝑎𝑑, 𝑐𝑑 dan 𝑏𝑐.
Hanya tegasan pada permukaan 𝑎𝑑 yang perlu ditentukan, manakala permukaan 𝑑𝑐 dan
𝑏𝑐 adalah sama dengan permukaan yang setentang dengannya. Bagi permukaan 𝑎𝑑;

4
5.2 Tegasan Satah Condong Dibawah Tindakan Dua Daya Paksi

Analisis tegasan satah bawah tindakan dua daya paksi boleh dibuat menerusi du acara
iaitu :

a) Kaedah Persamaan
b) Kaedah Bulatan Mohr

a) Kaedah Persamaan

Bagi struktur yang mengalami tegasan pada satah seperti rasuk atau aci dalam
kilasan, hanya permukaan pada satah 𝑥 − 𝑦 dikenakan tegasan seperti rajah 5.3 (a).
Semua tegasan adalah selari sama ada terhadap paksi x atau paksi y.

Rajah 5.3: Unsur yang ditindaki tegasan satah

Simbol yang digunakan dalam seksyen ini mempunyai makna yang tertentu.
Tegasan normal 𝜎 mempunyai satu subskrip yang menunjukkan arah di mana tegasan
bertindak. Tegasan ricih 𝜏 mempunyai dua subskrip ; subskrip pertama menunjukkan

5
permukaan di mana tegasan tersebut bertindak dan subskrip kedua menunjukkan arah
tegasan tersebut. Oleh yang demikian :

• Tegasan normal pada arah x


𝜎𝑥

• Tegasan normal pada arah y


𝜎𝑦

• Tegasan ricih di permukaan x pada arah y


𝜏𝑥𝑦

• Tegasan ricih di permukaan y pada arah x


𝜏𝑦𝑥

Tanda yang lazim digunakan bagi tegasan ricih adalah seperti berikut; jika
tegasan ricih menyebabkan unsur berputar lawan pusingan jam, ia bernilai positif dan
begitulah sebaliknya. Satu hubungan bagi tegasan ricih telah diperolehi, iaitu ;

persamaan 1 ……….. 𝜏𝑥𝑦 = 𝜏𝑦𝑥

Tegasan yang bertindak pada permukaan condong dengan tegasan 𝜎𝑥 , 𝜎𝑦 dan


𝜏𝑥𝑦 telah diketahui daripada analisis lenturan seperti dalam rajah 5.3 (b).
Pertimbangkan satu unsur yang diputar lawan jam dengan sudut 𝜃 terhadap paksi x
seperti dalam rajah 5.3 (c). Katakan x dan y adalah paksi baru yang normal terhadap
unsur ini. Tegasan normal dan ricih adalah seperti yang ditunjukkan. Satu hubungan
yang sama seperti persamaan 1 boleh diperolehi iaitu:

6
Rajah 5.4: Tegasan dan daya yang bertindak pada satah condong

Masalah ini boleh juga diselesaikan dengan mempertimbangkan keratan yang


condong 𝜃 terhadap garis tegak. Tegasan dan daya yang bertindak pada permukaan
masing-masing ditunjukkan dalam rajah 5.4 (a) dan 5.4 (b). Jika luas permukaan tegak
ialah 𝐴0 , oleh itu, dengan meleraikan setiap daya kepada komponen-komponennya
dalam arah x dan y bersamaan dengan sifar, maka

Menggunakan hubungan 𝜏𝑥𝑦 = 𝜏𝑦𝑥 dan permudahkan persamaan diatas :

7
Persamaan (a) dan (b) memberikan tegasan normal dan tegasan ricih pada satah x
dalam sebutan sudut putaran, 𝜃, dan tegasan 𝜎𝑥 , 𝜎𝑦 dan 𝜏𝑥𝑦 yang bertindak pada satah
x dan y. Persamaan (a) dan (b) boleh dipermudahkan dengan menggunaka persamaan
trigonometri berikut:

Persamaan (a) dan (b) menjadi :

Tegasan principal atau tegasan normal maksimum dan minimum boleh diperolehi
dengan melakukan perbezaan berikut:

8
Tegasan ricih maksimum dan minimum boleh ditentukan seperti berikut:

Oleh itu, tegasan pada permukaan y boleh ditentukan dengan memasukkan 𝜃


sebagai 𝜃 + 90˚ kedalam persamaan (a)

5.2.1 Contoh Soalan

Satu unsur dalam tegasan satah ditindaki tegasan 𝜎𝑥 = 16 𝑁/𝑚𝑚2 tegangan, 𝜎𝑦


= 6 𝑁/𝑚𝑚2 (tegangan) dan 𝜏𝑥𝑦 = 4 𝑁/𝑚𝑚2 seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.5
(a). Tentukan tegasan yang bertindak pada unsur yang diputar pada sudut 𝜃 = 45˚.

Rajah 5.5: Tegasan-tegasan yang bertindak pada unsur

9
Penyelesaian

Hasil tegasan pada satah x dan y ditunjukkan dalam rajah 5.5 (b) untuk 𝜃 = 45˚.

b) Kaedah Bulatan Mohr

Persamaan (a) dan (b) boleh dinyatakan dalam bentuk bulatan seperti berikut:

Dengan kuasakan dua kedua-dua persamaan tersebut dan menghapuskan 𝜃,

10
Persamaan ini boleh dipermudahkan lagi, iaitu:

Rajah 5.6: Bulatan Mohr

Persamaan 1 adalah persamaam bulatan dengan 𝜎𝑥 dan 𝜏𝑥𝑦 ialah koordinat pada
bulatan tersebut, R ialah jejarinya, 𝜎𝑝𝑢𝑟𝑎𝑡𝑎 dan 𝜏 = 0 ialah koordinat untuk pusat
bulatan. Ada dua cara untuk melukis Bulatan Mohr.

a) Dengan menganggap 𝜎 ke kanan dan 𝜏 ke bawah adalah positif dan sudut 𝜃


lawan jam adalah positif.
b) Dengan menganggap 𝜎 ke kanan dan 𝜏 ke atas adalah positif dan sudut 𝜃
ikut jam adalah positif.

Kaedah (a) akan digunakan dalam buku ini untuk tujuan penyelesaian masalah.
Langkah-langkah melukis Bulatan Mohr adalah seperti berikut (rujuk rajah 5.7).
Keadaan asal unsur seperti dalam rajah 5.7(a).

11
Rajah 5.7: Kaedah Bulatan Mohr

Tentukan pusat bulatan iaitu titik C yang mempunyai


koordinat 𝜎 = 𝜎𝑝𝑢𝑟𝑎𝑡𝑎 dan 𝜏 = 0.

Tentukan titik A, iaitu titik di atas bulatan yang


mewakili tegasan pada permukaan x unsur tersebut
(𝜃 = 0) dengan koordinat 𝜎 = 𝜎𝑥 dan 𝜏 = 𝜏𝑥𝑦 .

Tentukan titik A iaitu di atas permukaan y unsur


tersebut (𝜃 = 90˚) dengan koordinat 𝜎 = 𝜎𝑦 𝜏 =
𝜏𝑥𝑦 . Perhatikan bahawa garis AA' melalui titik C.

Lukiskan bulatan yang melalui titik A dan A' dengan


pusat di C.

Lukis garis AC untuk dijadikan garis rujukan bagi


mengukur sudut.

12
Tentukan tegasan yang bertindak pada permukaan condong pada sudut 𝜃 dari
paksi x. Ambil sudut 2 𝜃 lawan jam dari garis CA kerana garis CA ialah garisan rujukan
pada 𝜃 = 0. Peroleh titik B. Tegasan pada permukaan x ialah 𝜎𝑥 dan 𝜏𝑥′𝑦′ dan tegasan
pada permukaan y’ diberikan oleh koordinat B’. Tegasan ini ditunjukkan pada rajah 5.7
(c).

Pada titik P, tegasan normal mencapai nilan terbesar dan tegasan ricih adalah
sifar. Oleh itu, titik P mewakili satah prinsipal (tegasan normal maksimum). Satah
prinsipal yang lain mewakili titik Q (tegasan normal minimum). Titik R dan S mewakili
satah tegasan ricih maksimum dan minimum. Oleh itu, satah tegasan ricih maksimum
ialah pada 45˚ terhadap satah prinsipal.

5.2.2 Contoh Soalan

Suatu unsur dalam tegasan satah ditindaki tegasan 𝜎𝑥 = 15 MPa, 𝜎𝑦 = 5 MPa dan
𝜏𝑥𝑦 = 4 MPa seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.8 (a). Menggunakan kaedah
bulatan mohr, tentukan:

a) Tegasan yang bertindak ke atas unsur yang diputar melalui sudut 𝜃 = 40˚.
b) Tegasan prinsipal
c) Tegasan ricih maksimum

Rajah 5.8: Bulatan Mohr

13
Penyelesaian

Menentukan koordinat pusat bulatan, titik C

Menentukan koordinat tegasan padapermukaan x, iaitu titik A

Menentukan koordinat tegasan pada permukaan y, iaiti titik A’

Mengira jejari bulatan

Mengira 𝜃𝑝 (sudut ACP) iaitu kedudukan satah bagi tegasan normal


maksimum.

a) Tegasan yang bertindak pada satah yang diputar pada sudut 40˚, iaitu satah
x’ diwakili oleh titik B seperti dalam rajah 5.8 (b). Pada bulatan mohr, sudut
ini ialah 2𝜃= 80˚ dari titik A.

Sudut BPC = 80 - 2𝜃𝑝 = 41.34˚ = 14.81 MPa

14
Dengan cara yang sama, tegasan pada satah y’ diwakili oleh titik B’ iaitu

b) Tegasan prinsipal diwakili oleh titik P dan Q.

Tegasan normal maksimum (titik P) :

Tegasan normal minimum (titik Q) :

c) Tegasan ricih maksimum dan minimum diwakili oleh titik R dan S iaitu
𝜏𝑚𝑎𝑘𝑠 = 6.4 MPa. Pada titk ini tegasan normal ialah 10 MPa. Sudut ACR
ialah 90˚ - 38.66˚ = 51.34˚ (kedudukan satah bagi tegasan ricih maksimum.
Oleh yang demikian, sudut 2 𝜃𝑟 ialah

Keputusan ditunjukkan pada lakaran rajah 5.9.

15
Rajah 5.9 : (a) Tegasan pada satah yang diputar 40˚ lawan jam, (b) Tegasan
pada satah prinsipal, (c) Tegasan pada satah ricih maksimum

16

Anda mungkin juga menyukai