Anda di halaman 1dari 20

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 5
SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2020

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI PEMBINAAN

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN / DTP

DCA 1123 – CONSTRUCTION SAFETY AND HEALTH


KOD/KURSUS
( KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM PEMBINAAN )

05. DURING CONSTRUCTION STAGE


KOMPETENSI
( PERINGKAT PEMBINAAN )

5.1 Site Office Management – Site Safety, Health & Welfare Provision &
Housekeeping / Pengurusan Pejabat Tapak – Keselamatan Tapak,
Kesihatan & Kebajikan & Pengemasan
KOMPETENSI 5.2 Construction Activities / Aktiviti Pembinaan
UNIT 5.3 Workplace Inspection / Pemeriksaan tempat kerja
5.4 Emergency Response and Preparedness (ERP) / Pelan Tindakan
Kecemasan
5.5 Testing and Commissioning / Pengujian dan Pentauliahan

Trainee must be able to:


KOMPETENSI
 Discover safety and health regulation in building construction works.
PEMBELAJAR
 Explain safety regulation practices during construction stage.
AN
 Comply Safety and health regulation at construction site.

NO KOD WTP 5023/K 03 MUKA : 01 DARIPADA 19


NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 2 Drp : 19

1.0 PENGURUSAN PEJABAT TAPAK - Keselamatan Tapak, Kesihatan & Kebajikan


serta ‘ Housekeeping ‘

Pejabat tapak umumnya bersifat sementara, hanya ada selama tempoh kerja pembinaan, sering dibuat
pasang siap, atau dibina dari bangunan mudah alih, sering disebut sebagai 'cabins'. Ini adalah saiz
standard dan boleh dipasang bersama atau disusun untuk membentuk hampir sama seperti tempat
penginapan yang diperlukan. Mereka boleh merangkumi ruang rehat, pejabat, bilik mesyuarat, dapur,
tandas, mandi, kemudahan penyimpanan barang.

Pihak pengurusan tapak bina haruslah memastikan keselamatan tapak pembinaan selamat dan
terhindar dari segala kemalangan. Selain itu, peruntukan kesihatan dan kebajikan pekerja disediakan
untuk menjamin para pekerja dapat menjalankan kerja dengan lebih terjamin. Kekemasan dan susun
atur sesebuah projek harus dititikberatkan semasa proses pembinaan dijalankan.Keselamatan dan
kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan di mana seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja
yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

Dalam industri binaan, faktor keselamatan adalah sesuatu perkara yang sentiasa diambil berat. Ini
adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan samada kepada pekerja di tapak binaan
atau orang yang terlibat. Dengan adanya penjagaan ini, perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
Keselamatan di tapak boleh di definisikan sebagai penjagaan di tapak bina dari segi perkara bahaya.
Ini bermaksud dengan mengadakan keadaan persekitaran tapak bina yang selamat dan selesa kepada
mereka yang terlibat.

Sektor perindustrian dan pembinaan memainkan peranan penting dalam memajukan dan
meningkatkan pembangunan negara. Pekerja-pekerja dalam sektor berkenaan perlu dilindungi dengan
perlindungan yang sewajarnya. Terlalu banyak kes kemalangan berlaku di dalam kedua-dua sektor ini
menyebabkan berlakunya pelbagai campur tangan dalam usaha menangani masalah ini. Namun
begitu, ada sesetengah pihak tidak mengendahkan dengan tidak menitikberatkan perihal keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja. Lantaran itu, kerjasama dari semua pihak majikan, pekerja, kerajaan
dan bukan kerajaan amatlah diperlukan dalam memastikan pengurangan dalam kes kemalangan dan
kesihatan di tempat kerja.
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 3 Drp : 19

Pelbagai faktor telah dikenal pasti sebagai punca utama berlakunya kemalangan yang tidak diingini di
tempat kerja. Kelemahan pihak pengurusan dalam mengurus pekerja dan tempat kerja menjadi
penyebab kepada kemalangan. Pihak pengurusan perlu membuat pemantauan terhadap budaya atau
cara kerja pekerja bekerja serta keselamatan ketika bekerja. Supervisor di tempat kerja perlu
memberikan arahan yang jelas kepada pekerja supaya tidak berlaku salah faham ketika melakukan
tugasan kerja. Selain itu, kebanyakan majikan tidak membuat siasatan terhadap tapak pembinaan
terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang projek pembinaan. Penggunaan alatan yang lama dan
berkarat turut menjadi salah satu faktor kepada kemalangan.

Langkah yang perlu diambil oleh pihak JKKP adalah dengan memastikan polisi OSHA 1994 itu diguna
pakai di dalam organisasi dan memberikan penerangan kepada para majikan mengenai kepentingan
pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. JKKP perlu membuat pemantauan
terhadap aduan-aduan yang dibuat oleh pekerja dan menyiasat kes yang berlaku. Pihak pengurusan
juga perlu membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap mesin-mesin dan peralatan yang
digunakan oleh pekerja bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Menubuhkan
satu bahagian keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam organisasi dan melantik atau menggaji
seorang pegawai kompeten untuk mengetuai bahagian tersebut. Para pekerja pula merupakan pelaku
paling penting dalam organisasi dan seharusnya mereka mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan dalam melindungi para pekerja.

Semua pihak seharusnya berganding bahu dalam mengurangkan kes kemalangan yang berlaku di
tempat kerja. Pelbagai agensi badan kerajaan telah ditubuhkan dalam membantu JKKP menguruskan
isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Contohnya, National Institute of Safety and
Health (NIOSH). Hal ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di Malaysia
adalah terjamin. NIOSH berperanan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan pihak industri
berhubung keperluan mematuhi dan mengamalkan amalan keselamatan di tempat kerja. (Lee Lam
Thye, 2015) .
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 4 Drp : 19

Housekeeping terbaik boleh dilakukan untuk mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan


produktiviti syarikat dan mengurangkan masalah persekitaran. Amalan housekeeping terbaik berkaitan
dengan langkah-langkah untuk mencegah kerosakan bahan, meminimumkan sisa, menjimatkan
tenaga dan meningkatkan operasi dan prosedur dalam organisasi.

Housekeeping di tapak bina adalah sangat penting. Banyak syarikat menyedari bahawa sisa buangan
dan kos dapat dikurangkan sekiranya memberi perhatian kepada prosedur pengeluaran dan
pengurusan kualiti serta isu alam sekitar. Oleh itu, kajian ini adalah penting untuk memastikan amalan
housekeeping dipraktik semasa menjalankan kerja di tapak bina.
Implikasi yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah besar akibat pengabaian housekeeping. Namun
bagi tujuan akademik, kajian tertumpu kepada faktor dan kesan housekeeping di tapak bina.
Seterusnya membina senarai semak housekeeping sebagai asas pertama untuk pendekatan yang
lebih sistematik bagi meningkatkan ekonomi dan pembangunan ekologi di tapak pembinaan.

2.0 PERINGKAT PEMBINAAN

Peringkat pembinaan merangkumi kerja-kerja penyediaan tapak bina termasuklah pembinaan struktur
dan kerja melengkapkan kemudahan asas projek. Kerja-kerja yang dijalankan pada peringkat ini boleh
dilihat dalam rajah di bawah:

PERINGKAT PEMBINAAN

MELENGKAPKAN
PEMBINAAN STRUKTUR
KEMUDAHAN

1. Persediaan untuk membina 1. Sistem perpaipan


2. Kerja Tanah 2. Sistem elektrik
3. Pembinaan Substruktur 3. Sistem perhubungan
4. Pembinaan Superstruktur 4. Sistem Penyamanan udara
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 5 Drp : 19

A. PEMBINAAN STRUKTUR
a) Persediaan untuk membina
Setelah mendapat kebenaran memasuki tapak bina, perara berikut perlu dilakukan, iaitu:
i. Membersihkan tapak bina
ii. Menyediakan laluan masuk dan keluar ke tapak bina
iii. Menyediakan jalan sementara
iv. Memyediakan tempat letak kereta sementara
v. Menyediakan bangunan sementara seperti pejabat tapak, stor bahan dan alatan,
pondok kawalan, tempat kediaman sementara dan kantin.
vi. Menyediakan tempat simpanan bahan seperti keluli tetulang, keluli struktur,
cerucuk keping dan bahan lain
vii. Menyediakan pagar dan dinding adang
viii. Menyediakan papan tanda keselamatan

Selain itu, keperluan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, talian telefon, sanitasi dan lain-
lain keperluan juga perlu disediakan untuk keselesaan pekerja. Setelah selesai menyediakan
keperluan asas, datum akan ditentukan. Seterusnya, kerja ukur tapak akan dilakukan untuk
mendapatkan aras formasi yang dikehendaki. Ini juga melibatkan kerja-kerja menentukan aras
lantai dan kecerunan parit saliran dengan menggunakan pancang ukur dan pancang aras.

b) Kerja Tanah
Kerja tanah melibatkan proses menyediakan aras formasi seperti yang dikehendaki dalam
lukisan kerja tapak. Berdasarkan aras garisan dasar dan datum yang telah dipancang tanda,
kerja pemotongan dan penambakan dilakukan. Bagi kawasan yang mempunyai aras tanah yang
lebih tinggi daripada aras formasi tapak, kerja pemotongan tanah dilakukan, manakala kerja
penambakan tanah dilakukan bagi kawasan yang mempunyai aras tanah yang lebih rendah
daripada aras formasi. Kerja pemotongan dan penambakan dilakukan hingga aras tapak berada
tepat pada aras formasi.
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 6 Drp : 19

a) Pembinaan Substruktur

Semua binaan struktur kejuruteraan awam mempunyai beban yang perlu ditanggung oleh
tanah. Oleh itu, setiap pembinaan struktur tersebut dimulakan dengan pembinaan substruktur.
Substruktur merujuk kepada semua
bahagian binaan yang terletak di bawah
aras permukaan tanah atau lapisan kalis
lembap. Kerja pembinaan substruktur
termasuklah kerja cerucuk ( jika perlu ),
tapa asas, tunggul tiang, tingkat bawah
tanah ( lantai dan dinding bawah ) dan
lapisan asas lantai. Rajah dibawah
menunjukkan keratan rentas pembinaan
substruktur bangunan.

Pembinaan substruktur dimulakan selepas kerja-kerja memasang pancang tanda, pancang


ukur dan pancang aras dilakukan. Biasanya, setelah kedudukan asas dan dinding binaan
ditentukan, kerja pengorekan lubang asas akan dimulakan. Sekiranya keadaan tanah di
kawasan yang digali itu lembut dan gembur, penahan perparitan sementara perlu dibina untuk
mengelakkan tanah pada dinding lubang itu runtuh. Bagi binaan yang besar dengan beban yang
tinggi, kerja-kerja penanaman cerucuk dilakukan terlebih dahulu sebelum membina tapak asas
binaan. Kerja tersebut hendaklah dilakukan mengikut lukisan kerja dan spesifikasi kerja yang
telah ditetapkan. Cerucuk yang ditanam akan dipacukan pada titik tertentu dan seterusnya kerja
pengorekan tanah untuk pembinaan tukup akan dilakukan di sekeliling cerucuk. Kepala cerucuk
kemudiannya akan dipotong hingga ke dasar korekan tukup iaitu hingga pada garisan yang
ditandakan. Sebahagian daripada tetulang cerucuk dibiarkan terkeluar untuk dipadukan dengan
tukup konkrit. Lampiran A di bawah menunjukkan peringkat pembinaan asa cerucuk.

Seterusnya kerja menyediakan acuan asas dan pemasangan tetulang dalam acuan dilakukan.
Ini diikuti dengan pemasangan tetulang tiang asas. Konkrit kemudiannya dituang ke dalam
acuan dan dibiarkan mengeras sebelum kerja pembinaan rasuk bumi dan lapisan lantai
bawah padu diteruskan. Substruktur yang telah mengeras dikambus semula dengan tanah
asal.
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 7 Drp :19

c) Pembinaan superstruktur
Superstruktur bangunan pula meliputi semua anggota struktur yang terletak dia atas substruktur,
iaitu di bahagian atas aras bumi. Superstruktur bangunan dibina secara berperingkat dan dimulai
dengan pembinaan struktur seperti tiang, rasuk bumi, rasuk tingkat atas, lantai bawah , rasuk
tingkat atas, rasuk bumbung dan kerangka bumbung. Ini diikuti seperti dinding, pintu, tingkap,
siling, penutup bumbung dan kerja kemasan.
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 8 Drp :19

B. MELENGKAPKAN KEMUDAHAN
Semasa pembinaan struktur dijalankan, kelengkapan kemudahan asas bangunan seperti kerja-kerja
mekanikal dan elektrikal, sistem perpaipan, bekalan air bersih, bekalan elektrik, sistem perhubungan
dan telekomunikasi serta multimedia, penyaman udara, sistem bombadan sistem pembersihan perlu
disediakan.

Selain itu, kemudahan asas di luar bangunan seperti menyediakan papan tanda nama kawasan
pembinaan, papan tanda jalan masuk, jalan raya, saliran,landskap dan lain-lain juga perlu disediakan
bagi kemudahan semua pihak yang menggunakannya. Di samping itu, kerja-kerja pembersihan
kawasan tapak bina dilakukan sebelum projek diserahkan kembali kepada klien.

3.0 PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA

Pemeriksaan tempat kerja adalah panduan yang dirancang dari tempat kerja atau kawasan terpilih atau
lokasi tempat kerja. Pemeriksaan diperlukan untuk menguji semua faktor (peralatan, proses, bahan,
bangunan, prosedur) yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan atau penyakit, dan
mengenal pasti tindakan yang perlu untuk mengawal bahaya.

Terdapat banyak cara untuk menjalankan pemeriksaan dari jalan yang mudah melalui premis anda dan
meletakkan perkara di sana dan kemudian, untuk merakam pemerhatian anda dalam buku nota. Anda
mungkin menggunakan senarai semak sebagai peringatan tentang apa yang anda cari. Walau apa pun
kaedah yang anda pilih, anda harus sentiasa menyedari mengapa anda menjalankan pemeriksaan
dan, jika perlu, pastikan anda telah mengumpulkan maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan
laporan mengenai penemuan anda.

Ramai orang boleh menjalankan pemeriksaan untuk beberapa sebab. Pemeriksaan luaran boleh
dijalankan oleh pegawai penguat kuasa, penanggung insurans, perunding atau oleh pakar pemeriksa
atau jurutera, tetapi anda tidak semestinya bergantung kepada pemeriksaan luaran ini untuk
memastikan tempat kerja anda selamat. Majikan, penyelia dan pekerja, termasuk wakil keselamatan
syarikat pekerja, mungkin menjalankan pemeriksaan dalaman untuk kawasan atau jabatan mereka.
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 9 Drp :19

Pemeriksaan boleh dirancang atau dijalankan tanpa amaran untuk menentukan sama ada standard
yang mencukupi dikekalkan. Sebelum menjalankan pemeriksaan, anda perlu memutuskan apa tujuan
anda. Pemeriksaan itu mesti mempunyai tujuan. Memutuskan apa yang perlu diperiksa, berapa kerap
perlu diperiksa, siapa yang perlu menjalankan pemeriksaan, perkara tertentu atau kawasan yang perlu
diperiksa dan standard yang anda cari. Standard anda mungkin ditentukan oleh apa-apa dari keperluan
undang-undang atau keperluan tempatan.

Pemeriksaan anda mungkin termasuk mencari keadaan yang tidak selamat dan tindakan yang tidak
selamat. Keadaan yang tidak selamat mungkin merangkumi kerosakan pada lantai dan kerosakan atau
peralatan yang rosak. Tindakan yang tidak selamat boleh termasuk kegagalan memakai PPE atau
kegagalan untuk bekerja mengikut prosedur yang selamat.

Senarai semak boleh menjadi peringatan berguna untuk orang yang menjalankan pemeriksaan
mengenai apa yang perlu diperiksa. Mereka juga boleh bertindak sebagai rekod bahawa standard yang
mencukupi telah disediakan. Mereka juga perlu khusus dalam menyatakan keadaan yang selamat.
Senarai semakan mungkin termasuk kata-kata subjektif seperti 'sesuai' dan 'mencukupi' tetapi anda
mungkin boleh menggunakan istilah tertentu seperti 'rosak', 'rosak' atau 'hilang'. Berapa kerap anda
menjalankan pemeriksaan akan bergantung kepada tahap risiko kegagalan mungkin timbul.

Jika anda menjalankan pemeriksaan bulanan dan tidak pernah mengalami masalah, anda mungkin
dapat mengubahnya dan menjalankan pemeriksaan pada kitaran dua atau tiga bulanan. Jika setiap
pemeriksaan menunjukkan masalah, anda mungkin perlu menjalankan pemeriksaan lebih kerap.

Setelah perkara-perkara ini telah dipersetujui, anda harus membuat keputusan mengenai sistem yang
anda akan gunakan untuk memastikan semua isu sedang dipertimbangkan. Sama pentingnya ialah
bagaimana sistem pelaporan akan dikaitkan dengan proses mengambil tindakan pemulihan. Prosedur
anda mesti memastikan bahawa seseorang mempunyai tanggungjawab untuk tindakan pemulihan
pada suatu tarikh tertentu.
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 10 Drp :19

Seseorang harus mempunyai tanggungjawab untuk memeriksa tindakan yang telah diambil dalam
masa yang telah dipersetujui. Di samping itu, anda juga perlu memaut dengan apa-apa penilaian risiko
yang berkaitan, jika isu yang terdapat di pemeriksaan menunjukkan prosedur kerja, dan lain-lain perlu
diubah.

KEPENTINGAN PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA

Pemeriksaan adalah cara sistematik memeriksa bahawa persekitaran kerja dan prosedur anda
memenuhi standard yang diperlukan. Pemeriksaan hendaklah mengenal pasti bahaya dan menjadi
langkah pertama anda dalam memperkenalkan langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan. Mereka
boleh menjadi formal, tidak rasmi, direkodkan atau tidak direkodkan, tetapi yang penting adalah bahawa
ia dijalankan ke satu set standard pada frekuensi yang sesuai.

Pemeriksaan adalah elemen penting dalam mana-mana sistem pengurusan keselamatan. Mereka
harus digunakan untuk menentukan sama ada anda memenuhi standard yang telah anda tetapkan
untuk kerja dan aktiviti kerja anda. Mereka adalah penting kerana jika mereka dijalankan dengan
berkesan, mereka membenarkan anda untuk mengenal pasti dan memperbaiki masalah sebelum
menjadi lebih serius atau mengakibatkan kejadian atau kemalangan.
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 11 Drp : 19

Contoh Senarai Semak Pemeriksaan Keselamatan di Tempat Kerja rujuk Lampiran di bawah:
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 12 Drp : 19
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 13 Drp : 19
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 14 Drp : 19

4.0 PELAN TINDAKAN KECEMASAN (ERP)

EMERGENCY RESPONSE AND PREPAREDNESS ( ERP ) merupakan salah satu program yang
dilaksanakan supaya kita dapat melakukan tindakan/repson yang sewajarnya apabila berlakunya
kecemasan. Semasa situasi kecemasan, sebenarnya kita mempunyai masa yang amat terhad.
Lazimnya, kita akan panik dan keadaan akan menjadi huru-hara. Setiap saat atau minit yang
berdetik menentukan kita antara hidup atau mati. Sekiranya, pelan tindakan kecemasan telah
dibentuk maka ia dapat memudahkan kita untuk mengurus semasa situasi kecemasan lebih efektif
dan efisien.
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 15 Drp : 19

Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila adanya Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mencegah kemalangan. Sehubungan itu, adalah penting untuk
sesebuah syarikat untuk memastikan perancangan rapi dilakukan untuk menangani sesuatu
kecemasan / bencana. ERP yang efektif akan memberi faedah berikut kepada syarikat:

I. Berupaya mengawal keadaan kecemasan /bencana


II. Mengurangkan kadar kerosakan harta benda
III. Mengurangkan jumlah pekerja yang mungkin tercedera / mengalami kecederaan teruk

Antara garis panduan asas untuk membangunkan ERP di tempat kerja:

a) Mengenalpasti keadaan yang diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana hingga memerlukan


tindakan segera seperti pemindahan/pengosongan (evacuation) bangunan. Contoh keadaan yang
boleh diklasifikasikan sebagai kecemasan / bencana adalah :-
a. Kebakaran
b. Letupan
c. Tumpahan / kebocoran bahan kimia berbahaya
d. Banjir
e. Ancaman bom
f. Gempa bumi
g. Terperangkap dalam lif

b) Mengenalpasti laluan kecemasan dan laluan alternatif sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. Di sini
disenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan laluan kecemasan iaitu :-
I. Pastikan tanda arah laluan kecemasan ditanda dengan jelas. Contohnya dengan meletakkan
garisan kuning pada lantai; lampu kecemasan; tanda "emergency exit" di pintu laluan
kecemasan dan lain-lain.
II. Laluan kecemasan perlu dilakarkan dan dipamerkan di tempat kerja. Pekerja dan pelawat perlu
dimaklumkan berkaitan laluan kecemasan dan tempat berkumpul sekiranya berlaku
kecemasan.
III. Memastikan laluan kecemasan yang ditetapkan tidak mendedahkan pekerja / pelawat kepada
hazad / bahaya lain di tempat kerja.
IV. Memastikan laluan kecemasan ; pintu kecemasan tidak dihalang oleh objek-objek lain
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 16 Drp : 19

CONTOH PELAN DAN LALUAN


KECEMASAN

c) Mengenal pasti agensi yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan / bencana.
I. BOMBA
II. Polis
III. Hospital
IV. Jab. Alam Sekitar

d) Mewujudkan struktur organisasi di dalam syarikat yang hanya khusus untuk melaksanakan /
mengendalikan ERP di tempat kerja. Diantara ahli-ahli yang perlu diadakan struktur organisasi
tersebut adalah :-
I. Emergency Response Team (Fire fighting team & Rescue team);
II. First Aider Team;
III. Emergency Commander;
IV. Liaison Officer;
V. HR Officer and etc.

e) Mewujudkan prosedur ERP dengan menyenaraikan langkah-langkah yang wajar diambil


mengikut jenis-jenis kecemasan yang telah dikenalpasti sebelum ini.

f) Mewujudkan prosedur untuk pengiraan pekerja di tempat berkumpul (assembly area).

g) Menyediakan latihan secara teori dan praktikal kepada pekerja. Contohnya pekerja boleh
dilatih menggunakan alat pemadam api.
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 17 Drp : 19

h) Memberi latihan kepada pekerja, Fire Fighthing Team, Rescue Team, 1st Aider Team tentang
ERP dan latihan berkaitan untuk memastikan setiap yang dilantik kompeten melaksanakan tugas
masing-masing. Setelah diberi latihan kepada semua ahli pasukan, majikan boleh merancang
untuk mengadakan latihan kecemasan untuk memastikan setiap ahli pasukan boleh
mengamalkan apa yang dipelajari secara praktikal.

i) Membuat latihan kecemasan iaitu "mock drill" sekurang-kurangnya setahun sekali. "Mock drill"
yang dilakukan boleh juga melibatkan agensi kerajaan seperti BOMBA dan pihak hospital.
Penilaian perlu dilakukan setiap kali latihan diadakan. Ini bertujuan untuk memastikan
penambahbaikan dapat dilakukan di masa hadapan.
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 18 Drp : 19

5.0 PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN / Testing And Commissioning (T&C)

Pengujian adalah proses yang dijalankan bagi memeriksa, mengukur dan menguji untuk memastikan
fungsi sesuatu pemasangan/ peralatan/ sistem dapat beroperasi mengikut reka bentuk asal tercapai
dan keputusan pengujian direkodkan. Rekod ini merupakan maklumat datum (asas) yang perlu untuk
memantau keupayaan sistem berkenaan di sepanjang hayatnya.

Pentauliahan ialah proses menjalankan sistem dan membuktikan aspek kefungsian dan keupayaan
sesuatu sistem tercapai mengikut kehendak reka bentuk asal. Ianya merangkumi rekod lengkap
prosedur dan keputusan pentauliahan.

Aktiviti T&C bermula dari siapnya kerja-kerja fizikal dan melibatkan semua pemasangan/ peralatan/
sistem mekanikal, elektrikal dan sistem kejuruteraan awam seperti sistem kumbahan dan lain-lain
sehingga terhasilnya Rekod Pengujian & Pentauliahan (T&C Documents). Kontraktor perlu
memasukkan jadual T&C di dalam program kerja (CPM) bagi keseluruhan projek. Tempoh yang
munasabah dan praktikal hendaklah di peruntukan bagi tujuan T&C.

Kerja-kerja menyiapkan dan menjalankan peralatan / sistem dibuat oleh kontraktor. Kehadiran juru
perunding / wakil adalah wajib bagi menyaksikan dan merekodkan segala data dan prosedur ke atas
borang T&C. Wakil juru perunding perlu mendapatkan persetujuan Pengarah Projek terlebih dahulu.
Tanggungjawab mengesahkan (verify) T&C ini terletak kepada juru perunding bertauliah dan deklarasi
oleh perunding perlu di peroleh ke atas keseluruhan T&C yang dijalankan.

Standard / Piawaian yang digunakan antaranya:

1. Piawaian Malaysia – Malaysians Standard ( MS )


2. Piawaian British – British Standard ( BS )
3. American Standard of Testing Materials ( ASTM )
4. Piawaian Australia – Australian Standard ( AS )
5. International Standard Organization ( ISO )
6. Piawaian Jabatan Kerja Raya – JKR Standard
NO. KOD : DCA 1123 KOMPETENSI 5 Muka : 19 Drp : 19
NO. KOD : WTP 5023 KOMPETENSI 5 Muka : 12 Drp : 12

Anda mungkin juga menyukai