Anda di halaman 1dari 6

UNIT KEMANUSIAAN

JABATAN UMUM
KOLEJ VOKASIONAL BETONG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN SEJARAH

KOD DAN NAMA


SEJARAH
PROGRAM / PROGRAM
CODE AND NAME

TINGKATAN TINGKATAN 5

NO DAN TAJUK MODUL/


BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
MODULE NO AND TITLE NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Kemunculan dan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara


a) Imperialisme Barat di Asia Tenggara
STANDARD
i. Imperialis Barat
PEMBELAJARAN
ii. Faktor imperialisme
/LEARNING STANDARD
- Penguasaan ekonomi dan politik
b) Perubahan sistem politik

i. Pengenalan sistem birokrasi Barat


1.1 Imperialisme Barat di Asia Tenggara
Imperalis Barat
1. Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara yang memperluas pengaruh dan
wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
2. Kuasa Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara ialah Portugal,
Sepanyol, Belanda, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat.
3. Faktor-faktor Imperialisme Barat :

Kekayaan bahan mentah : bijih timah, kayu jati, tebu dan kelapa

Revolusi Perindustrian : perlukan bekalan bahan mentah dan pasaran baharu.

Persaingan kuasa-kuasa Barat : mahukan sanjungan dan kuasa

Slogan Beban Orang Putih, tugas menyebarkan tamadun dan agama Kristian

Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan : Penggunaan kapal berkuasa


wap, pembukaan Terusan Suez dan penciptaan telegraf

1.2 Perubahan Sistem Politik


1. Negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja sebelum
kedatangan Barat.
2. Imperialisme Barat berpendapat bahawa penguasaan terhadap sistem politik
tempatan adalah perlu untuk menguasai ekonomi tanah jajahan.

Pengenalan Sistem Birokrasi Barat


1. Sistem Birokrasi Barat menggantikan sistem pemerintahan beraja.
2. Antara ciri Sistem Birokrasi Barat :
a) Penubuhan kerajaan pusat ekoran penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan.
b) Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
c) Pentadbiran dilaksanakan melalui biro atau jabatan.
d) Pelantikan Pegawai Barat sebagai Ketua Biro
e) Pengenalan undang-undang Barat.
1.3 Nasionalisme di Asia Tenggara
Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme
 Dasar penjajah Barat
 Sistem ekonomi
 Sistem sosial
 Pengaruh agama
 Karya kesusasteraan
 Sistem pendidikan
 Kemunculan golongan intelektual
 Pengaruh media massa
 Sistem pengangkutan dan perhubungan
 Pengaruh luar

Perkembangan Nasionalisme
Tahap Pertama
 Penentangan masyarakat secara terbuka
 Tidak berorganisasi
 Bersifat setempat
 Membangkitkan isu kebudayaan, agama dan hak peribumi
 Dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat
 Menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik
 Tidak menuntut kemerdekaan

Tahap Kedua
 Radikal
 Berorganisasi
 Dipimpin oleh golongan berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam
bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat
 Matlamat perjuangan : Menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan

Filipina
1. Gerakan nasionalisme pada tahap pertama disebut sebagai gerakan dakyah yang
dipimpin oleh Jose Rizal. Jose Rizal disokong oleh golongan pertengahan yang
berpendidikan Barat.
2. Golongan nasionalisme pada tahap awal menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah
Filipina, bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti diperoleh bangsa Sepanyol
dan bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
3. Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina bertujuan untuk mendesak kerajaan Sepanyol
melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial. Jose Rizal telah ditangkap dan
dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao oleh Sepanyol kerana bimbang kedudukan
mereka terancam. Jose Rizal akhirnya dijatuhi hukuman bunuh kerana dituduh terlibat
dalam pemberontakan.
4. Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio telah memulakan gerakan nasionalisme
tahap kedua di Filipina. Matlamat perjuangan Katipunan ialah menyatukan bangsa
Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
5. Katipunan menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi. Akhbar
Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan ini. Katipunan semakin lemah apabila
Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897.
6. Pada tahun 1899, Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan kerjasama
itu berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina. Selepas itu, Amerika Syarikat mula
menguasai Filipina.
7. Pada tahun 1899, Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina tetapi tidak
disahkan oleh Amerika. Denga itu, revolusi diteruskan hingga Aguinaldo ditangkap
pada tahun 1901.
8. Kerajaan Amerika melaksanakan penubuhan parti politik sederhana. Apabila Parti
Nasional memenangi pilihan raya pada tahun 1907, Sergio Osmena dilantik
mengetuai Dewan Perlembagaan.
9. Pada sekitar tahun 1930, nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui
perlembagaan apabila pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih
liberal.

Indonesia
1. Tumpuan pada tahap pertama gerakan nasionalisme di Indonesia lebih tertumpu
kepada isu pendidikan.
2. Raden Adjeng Kartini cuba memajukan pendidikan untuk kaum wanita.
3. Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa
telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan penjajahan
Belanda.
4. Pada tahap awal juga, Muhammadiyah ditubuhkan untuk menyebarkan Islam yang
sebenar dan menghindari acaman sekularisme Barat serta agama Kristian.
Pertubuhan ini turut membina sekolah, klinik dan masjid.
5. Pada tahap kedua, gerakan nasionalisme di Indonesia diwarnai dengan perjuangan
parti-parti politik radikal seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti
Nasional Indonesia.
6. Parti-parti berkenaan menuntut kemerdekaan dengan begitu lantang da nada yang
bertindak secara keterlaluan. Belanda seterusnya menangkap pemimpin-pemimpin
yang radikal seperti Soekarno dan menghapuskan Parti Nasional Indonesia.
IndoChina
Vietnam
1. Gerakan nasionalisme di Vietnam dipelopori oleh golongan bangsawan dan
pegawai-pegawai daripada golongan Mandarin. Mereka memperjuangkan
pemulihan sistem pemerintahan beraja.
2. Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan dalam
kalangan rakyat yang dipimpin oleh Phan Boi Chau. Walau bagaimanapun, usaha
tersebut menemui kegagalan. Beliau kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang
Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan pemberontakan. Beliau kemudiannya
dipenjarakan oleh VNQPH diharamkan.
3. Gerakan nasionalisme di Vietnam kembali bercorak sederhana ekoran tindakan
keras pihak Perancis. Usaha-usaha pembaharuan walaupun dilakukan oleh
Maharaja Bao Dai tetapi disekat oleh Perancis dan baginda dihalang melibatkan diri
dalam gerakan nasionalisme.

Burma
1. Gerakan nasionalisme pada tahap pertama di Burma dipelopori oleh golongan sama
Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat. Golongan sami telah menubuhkan
Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 yang bertujuan mengekalkan tradisi
Buddha dan memajukan pendidikan dalam kalangan rakyat Burma. Pertubuhan ini
menggunakan isu kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat.
2. Pemimpin-pemimpin Persatuan Belia Buddha kemudiannya menubuhkan Majlis
Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma (1920) yang lebih radikal.
3. Gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma muncul apabila Laporan Montagu-
Chelsford menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah
sendiri. Menjelang tahun 1920, berlaku Revolusi Pelajar yang mahukan penubuhan
sebuah universiti untuk mereka.
4. Gerakan nasionalisme di Burma pada tahap kedua diteruskan oleh Majlis Am
Sangha Sametggi yang menyebabkan berlakunya Pemberontakan Saya San.
Pemberontakan ini diketuai oleh Saya San, bekas pongyi dan pemimpin di
Tharawaddy.
5. Kemudian, muncul pula Liga Antipemisahan yang menganggap pemisahan
dengan India hanya akan melewatkan kemerdekaan.
6. Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberikan peluang ke arah berkerajaan
sendiri. Golongan Thakin (siswazah universiti) menubuhkan Parti Dobama
Asiayone pada tahun 1935 untuk menuntut kemerdekaan. Antara pemimpinnya
ialah Aung San, Kyaw Nein dan U Nu yang menggelarkan diri mereka sebagai
“Tuan”.
7. Dr. Ba Maw telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama setelah
memenangi pilihan raya tahun 1937.

Thailand
1. Nasionalisme di Thailand berlaku pada tahap pertama disebabkan kegelisahan
rakyat terhadap penguasaan politik golongan kerabat diraja dan penentangan
terhadap raja berkuasa mutlak.
2. Perkembangan sistem pendidikan Barat menyebabkan golongan intelektual
terdedah dengan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja
berperlembagaan.
3. Pentadbiran Raja Vajiravudh yang lemah dan boros menyebabkan rakyat tidak
berpuas hati. Hal ini menyebabkan Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul
Songram menubuhkan Parti Rakyat. Parti ini melancarkan Revolusi 1932 dan
menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
4. Pada tahap kedua, rakyat tidak berpuas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh
kapitalis Barat dan orang Cina. Phibul Songram telah meluluskan undang-undang
bagi menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh Orang Cina semasa beliau
menjadi Perdana Menteri.
5. Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
6. Jawatan tertinggi kerajaan disandang oleh penganut Buddha. Phibul Songram telah
menukar nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas) pada tahun 1939.
7. Hasil kerjasama dengan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya
mendapatkan semula wilayah-wilayah di Tanah Melayu dan di IndoChina.

Anda mungkin juga menyukai