Anda di halaman 1dari 8

7.

Hasil dan Pengujian

Jenis-jenis Pengujian

i. Pemeriksaan penglihatan

ii. Ujian keterusan pengalir

iii. Ujian kekutuban

iv. Ujian pembumian

Pemeriksaan penglihatan

 Kaedah pengujian adalah melalui penglihatan mata kasar bagi mengesan sebarang kerosakan
atau kesilapan.
 Tujuan Pengujian:

 Memastikan sambungan pengalir betul, ‘casing / trunking’ dalam keadaan baik


dan bertutup serta keadaan litar berkondisi sempurna.

 Kabel dan Kod Warna yang betul digunakan

 Memastikan bahan & perkakasan yang dipasang mengikut piawaian

 Memastikan alatan atau bahan yang dipasang tidak mengalami kerosakan

Ujian keterusan

 Ujian keterusan dijalankan secara litar mati menggunakan alatan seperti meter pelbagai dan meter
ohm.
 Tujuan Ujian Keterusan.

i. Memastikan keterusan sesuatu kabel (bebas dari kerosakan jenis litar buka).

ii. Memastikan sambungan kabel (hidup & hidup, neutral & neutral, bumi & bumi)
berterusan dari satu poin ke poin yang lain.
iii. Memastikan perkakasan seperti ‘fuse’, MCB, suis utama, ELCB, mentol, lampu
pendaflour dan lain-lain berada dalam keadaan baik.

Ujian Keterusan Pengalir Hidup

Ujian keterusan pengalir hidup di buat bagi memastikan setiap konduktor mempunyai
keterusan yang baik disepanjang litar atau tidak terputus / tiada litar buka.

Prosedur :

i. Suis utama, ELCB dan MCB dilitar-buka (Switch Off)

- Tujuan utama di litar buka ialah untuk memastikan keselamatan dan


mengelakkan renjatan elektrik.

ii. Semua beban ( lampu pendaflour, mentol ) hendaklah ditanggalkan.

iii. Suis hendaklah di litar-tutup ( Switch On ).

iv. Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litar-tutup.

v. Nilai bacaan jangka pada meter ohm hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Ujian Keterusan Pengalir Pelindungan

Ujian keterusan pengalir perlindungan di buat bagi memastikan setiap


pengalir perlindungan (pembumian) disambung dengan betul dan berkesan.
Prosedur :

i. Suis utama, ELCB dan MCB dilitar-buka (Switch Off)

ii. Semua beban hendaklah ditanggalkan.

iii. Sentuhkan prob penguji ke wayar bumi di kotak agihan dan hujung wayar bumi di litar

iv. Nilai bacaan jarum meter ohm hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Ujian Kekutuban
 Ujian Kekutuban Litar Mati

i. Dijalankan dalam keadaan bekalan elektrik diputuskan


ii. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti perlindungan
disambung pada konduktor fasa sahaja.
iii. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pada konduktor fasa.
iv. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap konduktor fasa, neutral dan
bumi disambung pada terminal yang betul.
Prosedur :

i. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on ).

ii. Lakukan pengujian :

4
1 3

iii. Pastikan jarum penunjuk meter pelbagai terpesong (bacaan kurang dari 1ohm)

 Ujian Kekutuban Fasa - Litar Hidup

i. Dijalankan dalam keadaan bekalan elektrik mengalir melalui litar pendawaian


ii. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti perlindungan
disambung pada konduktor fasa sahaja.

iii. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pada konduktor fasa.
iv. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap konduktor fasa, neutral dan
bumi disambung pada terminal yang betul.
Prosedur :

i. Bagi pengalir hidup, satu punca dari penguji disentuhkan pada neutral suis utama dan
satu punca lagi disentuhkan pada tempat yang hendak diuji kekutuban pengalir hidupnya.
Contohnya soket, suis, lampu dan sebagainya.

ii. Jika menggunakan alat penguji seperti lampu, ia kan menyala manakala jika
menggunakan meter volt, ia akan menunjukkan bacaan voltan bekalan (240v).

iii. Bagi pengalir neutral pula, satu punca dari penguji disentuhkan pada punca hidup suis
utama dan satu punca lagi disentuhkan pada tempat yang hendak diuji kekutuban
neutralnya.

iv. Alat penguji akan berkendali sekiranya kekutuban neutral berada pada pemasangan yang
betul.

 Ujian Kekutuban Neutral – Litar Hidup

Prosedur :

i. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch of).


ii. Semua beban hendaklah ditanggalkan.
iii. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on).

i. Jalankan ujian sebagaimana di bawah berdasarkan rajah. Ujian kefungsian


ii. Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada konduktor fasa litar.
iii. Menguji punca sambungan soket keluaran.  Menguji
iv. Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru dan Suis
v. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1ohm. satu
hala,
suis dua hala sama ada berfungsi atau tidak.
 Menguji Soket sama ada berfungsi atau tidak dengan memasang plug kipas.
Hasil Keseluruhan Pengujian

1. Lampu Pendaflour menyala

2. Mentol menyala

3. Kipas berfungsi / berpusing


4. Keseluruhan Litar

8.0 Refleksi

Melalui amali pendawaian elektrik menggunakan ‘casing’ ini, kami dapat


mempelajari bagaimana untuk melakukan pendawaian ini dengan betul. Selain itu juga kami
dapat mempelajari teknik- teknik yang digunakan untuk membuat pendawaian ‘casing’ ini.
Antara kelebihan pendawaian ‘casing’ ini ialah :

i) Murah & Jimat


 Penggunaan ‘casing’ plastic serta PVC dapat menjimatkan kos bahan yang
lain berbanding ‘surface wiring’ dan
ii) Mudah dipasang
 Pendawaian jenis ini tidak memerlukan kekemasan wayar kerana wayar telah
ditutup oleh ‘casing’.
iv) Boleh menampung bilangan kabel yang banyak dan besar.
v) Memberi perlindungan mekanikal yang baik.
vi) Tahan lama kerana tidak mudah rosak akibat daripada perubahan cuaca dan suhu.
vii) Tambahan, perubahan dan pertukaran litar boleh dilakukan pada masa akan datang.
Selain itu juga, melalui pengalaman melakukan kerja amali pendawaian ‘trunking’
ini, kami juga dapat mempraktikkan teori yang telah di ajar walaupun terdapat beberapa
kesilapan. Namun semua kesilapan itu kami jadikan sebagai pengajaran serta peringatan untuk
kami lebih matang dan berwaspada di hari-hari yang mendatang. Hasilnya kami sudah pandai dan
boleh memasang litar pendawaian permukaan. Kami amat berterima kasih kepada pensyarah
kami yang begitu mesra serta tidak pernah lokek ilmu untuk dikongsi bersama.

8. 1 Masalah Yang Dihadapi & Penyelesaiannya

Semasa menjalankan pengujian terdapat beberapa masalah yang timbul.


Antaranya :

Bil Masalah Punca Masalah Penyelesaian


.
1. Mentol tidak Wayar hidup tidak bersambung Tukar wayar hidup ke poin
menyala dengan poin yang betul yang betul
2. ELCB tidak Kerosakan pada alat Tukar kepada ELCB yang
berfungsi baru
3. Saiz ‘Trunking’ Saiz ‘trunking’ tidak sekata Membuat penambaikkan dan
tidak cukup proses pengubahsuaian
untuk menutupi
litar

Anda mungkin juga menyukai