Anda di halaman 1dari 21

NAMA : FREDERIK EMAM AUGUSTINE

NO I/C : 010922-13-0645
PROGRAM : TEKNOLOGI ELEKTRIK
TUGASAN : JENIS PENGUJIAN DALAM PENDAWAIAN 3
FASA
PENSYARAH : EN.RAPIEE BIN TERANG
TARIKH : 24/4/2018
JENIS-JENIS PENGUJIAN YANG DIJALANKAN KE ATAS
PENDAWAIAN 3 FASA

TUJUAN
Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah memastikan bahawa sesuatu
pemasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat selaras dengan
kehendak undang-undang dan peraturan pemasangan elektrik.undang-undang
dan peraturan tersebut adalah lain:-
Akta Jabatan Bekalan Elektrik
Electricity (Board Supplies ) Rules,1949
Safety Regulations
IEE Regulation For Electrical Installations
Jkr Technical Circulars

Peraturan IEE adalah diterima sebagai peraturan standart bagi sistem


pemasangan elektrik dibangunan,walaupun dalam beberapa hal diubahsuai
mengikut keperluan-keperluan semasa di Malaysia.

4.1 PEMERIKSAAN DAN UJIAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

4.1.1 Kehendak perundangan

I. Mengikut peraturan 12(1) dan (2), peraturan-peraturan elektrik


1994 menyatakan bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pemasangan perlu
diselia oleh pendawai dengan sekatan fasa tunggal atau sekatan fasa tiga.setelah
siap,pendawai berkenaan hendaklah memperakukan sesuatu perakuan penyelian
dan penyiapan.
II. Mengikut peraturan 13(1) dan (2).peraturan-peraturan elektrik 1994
menyatakan pepasangan itu hendaklah diuji oleh pendawai dengan sekatan fasa
tunggal atau oleh pendawai dengan sekatan fasa tiga yang diberikuasa untuk
menguji mana-mana pepasangan dan yang hendaklah mengesahkan perakuan
ujian bagi pepasangan itu.

III. Mengikut peraturan 13(1) dan (2).peraturan-peraturan elektrik 1994


menyatakan perakuan penyeliaan dan penyiapan dan perakuan ujian dalam
peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing dalam borang G dan H yang
telah ditetapkan dalam jadual pertama.

4.2 UJIAN TERHADAP ALAT-ALAT ELEKTRIK

Peraturan IEE menghendaki supaya semua alat-alat elektrik yang dipisahkan


dari sambungannya semasa ujian dijalankan seperti motor,alat pemanas air dan
sebagainya hendaklah diuji secara berasingan.jika alat ini ada sambungan atau
terminal bumi,ujian penebatan hendaklah dibuat antara konduktor hidup dan
bumi atau logam terdedahnya.bacaan yang dibenarkan ialah tidak kurang
daripada 0.5 Mega-Ohm.jika didapati bacaannya rendah semasa ujian penebatan
dijalankan untuk alat tersebut kemungkinan disebabkan berlakunya litar pintas
atau rintangan rendah pada alat-alat itu.

4.2.1 Pengujian

Setelah selesai sesuatu pendawaian,beberapa pengujian terhadap pepasangan


pendawaian perlu dilakukan bagi pengesahan kendalian litar pendawaian dan
peralatan dipasang selamat untuk digunakan.sebelum pengujian dijalankan
proses pemeriksaan hendaklah dibuat.ke[utusan pemeriksaan/penyeliaan dan
pengujian hendaklah menggunakan Borang G (seperti Lampiran IV) dan
Borang H (seperti Lampiran V)
Untuk pengesahan Perakuan Ujian bagi Borang H,ujian-ujian berikut hendaklah
dilakukan

i. Ujian keterusan
ii. Ujian rintangan penebatan
iii. Ujian kekutuban
iv. Ujian rintangan elektrod bumi
v. Ujian peranti arus baki

Ujian Keterusan

Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama

i. Ujian keterusan konduktor pelindung


ii. Ujian keterusan konduktor litar akhir gelang
iii. Ujian keterusan konduktor hidup dan neutral

a) Ujian keterusan konduktor perlindungan

Ujian ini dilakukan bagi mengetahui bahawa sambungann wayer bumi adalah
dalam
Keadaan betul kepada semua peralatan yang dibumikan.dengan itu dapat
ditentukan bahawa konduktor perlindungan dalam keadaan selamat dan
pendawaian tersebut boleh diberikan bekalan.

· Untuk memastikan semua konduktor pelindung bersambung secara betul


dan berkesan
· Alat uji-jngka pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm
· Kaedah pengujian
Ø Pastikan semua suis utama, RCD dan MCB di litar buka (Switch Off ) dan
semua beban ditanggalkan.
Ø Sambungkan test lead penguji seperti rajah
Ø Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

b) Ujian keterusan konduktor litar akhir gelang

Ia terutama dilakukan kepada suis soket alur keluar yang dipasang secara
gelang,alat yang digunakan ialah alat uji loceng atau meter pelbagai
(multimeter) iaitu sebelum bekalan dimasukkan.ia adalah untuk memastikan
bahawa pemasangan kabel L-L,N-n dan E-E adalah dalam keadaan betul
terutama untuk pemasangan pebdawaian yang baru.
Sekiranya pemasangan pendawaian sediaada atau tambahan,untuk memastikan
bahawa litar gelang untuk suis soket alur keluar di pasangkan dengan
betul,”ring main tester” digunakan.
· Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan disepanjang
litar gelang.
· Alat uji-jangka pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm
· Kaedah pengujian
Ø Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dan MCB,konduktor neutral
dari terminal neutral dan konduktor bumi dari terminal bumi di kotak fius
agihan.
Ø Disambung lead penguji seperti gambarajah dibawah (E-E)
Ø Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N)
Ø Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm
Rajah : keterusan konduktor litar akhir gelang

c) Ujian keterusan konduktor hidup dan neutral

Ujian ini perlu untuk memastikan bahawa liatr akhir fasa dan neutral
mempunyai keselenjaran yang sempurna dan litar pintas.dengan menggunakan
alatuji loceng atau multimeter (range ohm) pengujian dilakukan bagi
memastikan wayer hidup,neutral dan bumi tidak disentuh diantara satu dengan
lain atau litar pintas
· Untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik
disepanjang litar
· Alat uji-jangka pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm
· Kaedah pengujian
Ø Semua suis,RCD dan MCB di litar-buka (Switch Off)
Ø Semua beban hendaklah di litar-tutup (Switch On)
Ø Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litar-tutup
Ø Jalankan ujian sebagaimana rajah di atas
Ø Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm
d) Ujian rintangan penebatan

Ujian rintangan penebatan mestilah dijalankan sebelum disambungkan kepada


bekalan.ia dibuat untuk memastikan supaya tidak ada arus bocoran di antara
konduktor-konduktor bertebat dan juga supaya tidak ada berlaku bocoran ke
bumi.semasa ujian rintangan penebatan dilakukan voltan yang digunakan
hendaklah merupakan satu voltan arus terus yang tidak kurang daripada dua kali
voltan arus terus normal atau dalam kes voltan arus ulang-alik ia tidak kurang
dua kali voltan normal.oleh itu penguji rintangan penebatan 500 volt adalah
cukup untuk tujuan umum.

Kegunaan ujian penebatan ialah untuk:


i. Memastikan tiada kebocoran arus antara konduktor fasa dengan fasa
konduktor fasa dengan neutral dan konduktor fasa dengan bumi
ii. Menguji ketahanan penebatan kabel dari segi keupayaan voltan
iii. Memastikan tiada litar pintas berlaku diantara pengalir fasa dengan
neutral
iv. Alat uji-penguji rintangan penebatan (insolation resistance tester) voltan
kendalian adaalah arus terus dengan keupayaan voltan 250v A.T atau
500V A.T
v. Kaedah pengujian
a. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
b. Semua beban hendaklah ditanggalkan
c. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch
on)
d. Jalanka ujian
e. Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 megaohm
e) Ujian kekutuban

Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan


berikut memuaskan.ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar
hidup.kebaikan melakukan ujian kekutuban ialah:
i. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal
(satu kutub) dan peranti perlindungan disambung
pada konduktor fasa sahaja
ii. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison
disambung konduktor fasa,neutral dan disambung
pada terminal yang betul
iii. Alat uji-jangka pelbagai (julat ohm) atau jangka
ohm
iv. Kaedah pengujian
a. Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
b. Semua beban hendaklah ditanggalkan
c. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch
on)
d. Jalankan ujian
e. Menguji suis pada alat kawalan kutub tunggal pada konduktor fasa
f. Menguji punca sambungan soket keluaran
g. Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru
h. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm
f) Ujian rintangan elektrod bumi

Ujian ini dijalankan sekiranya nilai bacaan ujian galangan gelung bumi tinggi
daripada yang ditetapkan.ujian ini dijalankan dengan menggunakan jangka
penguji bumi (earth tester).
i. Menguji rintangan elektrod bumi
i. ii. Mengetahui kesesuaian Kedudukan elektrod yang
ditanam
ii. Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada
dalam kawasan rintangan bertindih dengan elektrod
lain.
iii. Alatuji-penguji rintangan bumi (Earth Resistance
Tester)
iv. Kaedah pengujian-
· Terminal ‘E’ disambungkan pada elektrod yang hendak diuji (konduktor
hijau)
· Terminal ‘P’ disambung pada pancang voltan (spike potential)
(konduktor kuning) dengan jarak 10 meter daripada elektrod bumi
· Terminal ‘C’ disambung pada pancang arus (spike current) 9konduktor
merah) pada jarak 20 meter daripada elektrod bumi
Tatacara ujian rintangan elektrod bumi

j. Pancangkan elektrod tambahan Y dan Z ikut jarak yang diberikan


i. ii. Buat sambungan
ii. Tekan suis penguji dan laraskan pelaras ohm
sehingga penunjuk jangka penguji kedudukan
kosong.
iii. Ambil bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh
pelaras ohm
iv. Bagi menentukan samaada bacaan ini tepat atau
untuk memastikan bahawa rintangan pada X,Y dan
Z tidak bertindih ujiann peringkat kedua dan ketiga
perlu dijalankan
v. Ujian peringkat kedua
a. Ubahkan jarak pancang Z iaitu 6 meter dari jarak asalnya ke
elektrod bumi X
b. Ulang tatacara 1,2,3, dan 4
vi. Ujian peringkat ketiga.
a. Ubahkan jarak pancang Z iaitu 6 meter dari jarak asalnya ke
elektrod tambahan Y
b. Ulang tatacara 1,2,3 dan 4
vii. Bacaain ujian peringkat kedua dan ketiga mestilah
hamper sama dengan ujian peringkat
pertama.sekiranya tidak elektrod bumi X dan
pancang Y dijauhkan lagi dan ulang semula ujian
seperti tatacara di atas.
viii. Bacaan rintangannya hendaklah 10 ohm atau
kurang.sekiranya lebih daripada 10 ohm,hendaklah
ditambah/tanam lagi elektrod bumi.
Tatacara menjalankan ujian 1
i. Bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
sekurang-kurangnya 50 keluaran.
ii. Semua beban mesti ditanggalkan sekiranya tidakboleh,
suis yang mengawalnya mesti dibuka (OFF).
iii. Semua suis yang mengawal lita mesti ditutup(on)
iv. Suis utama dibuka (OFF)
v. Sambungkan plumbum penguji seperti rajah yang diberi.
a) Rajah 6.6.1. a – diantara fasa dan neutral (1 fasa)
b) Rajah 6.6.1. b – dianatara pengalir fasa (3 fasa)
c) Rajah 6.6.1. c – diantara pengalir fasa dan neutral (3 fasa)
vi. Baca jangka penguji mestilah tidak kurang satu mega
ohm.

Tatacara menjalankan ujian 2


i. Sama seperti tatacara 1 hingga 4 daripada ujian 1.
ii. Buat sambungan diantara semua pengalir fasa dan
neutral.
iii. Sambungkan plumbum penuji mengikut (rajah 7.6.2 a)
iv. Bacaan jangka penguji mestilah tidak kurang daripada
1Mega ohm.
Ujian penebatan keatas alat-alat elektrik mudah alih
Ujian penebatan mestilah dibuat secara berasingan daripada ujian
penebatan ke atas pemasangan elektrik.

Tatacara menjalankan ujian


i. Sambungkan plumbum penguji mengikut (rajah 7.7.1 a).
ii. Bacaan jangka pengujimestilah tidak kurang daripada
0.5Mega ohm.

Ujian kekutuban
Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan
berikut memuaskan:-
a) Semua suis dan alat kawalan kutub tunggal.
Dipasangkan pada pengalir fasa sahaja.
b) Sesentuh luar pemegang lampu jenis Edison skru
disambungkan pada pengalir neutral.
c) Sambungan pada soket alur keluar pada setiap pengalir
fasa, neutral dan bumi disambungkan kepada punca
yang betul
Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Alat penguji
yang digunakan pada ujian kekutuban secara litar mati ialah jangka ohm atau
loceng penguji. Manakala bagi scara litar hidup lampu penguji atau jangka volt
digunakan.
Tatacara menjalankan ujian kekutuban secara litar mati.
i. Suis utama hendaklah dibuka (OFF).
ii. Semua beban hendaklah dikeluarkan dari litar.
iii. Mengunakan jangka ohm atau loceng penguji.
iv. Sambungkan plumbum penguji mengikut rajah ujian yang perlu
dijalankan.
a) Menguji suis dan alat kawalan itu tunggal pada pengalir fasa.
(rajah 7.8.1. a).
b) Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru (rajah
7.8.1 b).
c) Menguji punca sambungan soket keluaran (rajah 7.8.1. c).
v. Sekiranya bacaan jangka ohm rintangan rendah (kurang daripada
1 ohm) atau loceng berbunyi ini menunjukkan sambungan yang
betul.

Tatacara menjalankan ujian kekutuban secara litar hidup.


1. Tanggalkan semua beban daripada litar.
2. Sambungkan plumbum penguji mengikut rajah
ujian yan perlu dijalankan.
a) Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada
pengalir fasa (rajah 7.8.2 a)
b) Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison
skru (rajah 7.8.2 b)
c) Menguji punca sambungan soket alur keluar (rajah
7.8.2 c)
2. Sekiranya lampu penguji menyala atau jangka volt sama nilai dengan
voltan bekalan (230V atau 240V) ini menunjukkan sambungan litar betul.
Ujian galangan gelung bumi

Tujuan ujian galangan gelung bumi untuk mengetahui nilai galangan gelung
bumi dalam pemasangan bagi menentukan jenis pelindungan kebocoran ke
bumi yang sesuai digunakan.
Terdapat 2 jenis ujian gelung impedan bumi :-
a) Ujian gelung talian – bumi.
b) Ujian gelung neutral – bumi.
Alat penguji yang digunakan ialah jangka penguji talian bumi ( megger earth
line tester )

Tatacara menjalankan ujian


1) Bekalan utama diputuskan ( suis utama buka tutup )
2) Sambungka plumbum jangka penguji talian bumi seperti rajah
yang diberi
a. Rajah 7.9.1 a – ujian gelung talian – bumi
b. Rajah 7.9.1 b – ujian gelung neutral - bumi
3) Ambil bacaan pada jangka penguji, nilai galangan yang
diperolehi mestilah tidak boleh lebih daripada 500 ohm, sekiranya lebih
tindakan selanjut mestlah diambil.
Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi
Ujian ini dijalankan adalah untuk memastikan keberkesanan pengendalian
pemutus litar bocor ke bumi ketika arus bocor ke bumi berlaku. Alat yang
digunakan dalam ujian ini ialah pengubah dua lilitan dengan voltan sekunder
tidak melebihi 45V.
Tatacara menjalankan ujian pemutus litar bocor ke bumi (P.L.B.B) kendalian
arus
a) Sambungkan pengubah dua lilitan ke salah satu soket alur dalam
pemasangan, terminal lilitan utama disambungkan ke punca fasa dan neutral,
manakala terminal lilitan sekunder di sambungkan ke neutral dan bumi. (rajah
7.10.1 a)
b) Berikan bekalan ke litar pemasangan, ketika ini arus akan mengalir
terus ke pengubah penguji dan berlaku kebocoran di antara pengalir neutral dan
bumi. Dengan ini perseimbangan arus mengalir dalam gelung utama P.L.B.B
adalah tidak sama dan sekiranya pemutus litar bocor ke bumi ini dalam keadaan
baik ia dapat memutuskan litar.

Tatacara menjalankan ujian pemutus litar bocor ke bumi (P.L.B.B) kendalian


voltan
a) sambungkan pengubah dua lilitan ke salah satu soket alur dalam
pemasangan, terminal lilitan utama disambungkan ke neutral ke punca fasa dan
neutral, manakala terminal lilitan sekunder disambungkan ke neutral dan bumi
(rajah 7.10.2 a)
b) berikan bekalan ke litar pemasangan , dengan ini 45V di pengubah penguji
akan mengalir ke gelung pelantik dan sekiranya pemutus litar dalam keadaan
baik ia dapat di kendalikan.
Mencari kerosakan
Terdapat tiga jenis kerosakan yang biasa berlaku di dalam pemasangan eletrik
iaitu:-
i. Litar terbuka.
ii. Litar pintas.
iii. Kerosakkan bumi.

Litar terbuka
Litar terbuka mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut :-
a. Pengalir kabel terputus.
b. Pengalir kabel terkeluar dari punca sambungan.
c. Sesentuh suis atau pemegang lampu atau soket alur keluar idak berapa
baik.

Tatacara mengesan litar terbuka

Pemasangan dalam konduit


a. Putuskan bekalan utama
b. Sambungkan punca L dan N dalam P.F.A. ke punca bumi (rajah 7.11.2.1
a).
c. Suis (S) hendaklah di tutup
d. Dengan jangka ohm atau loceng penguji, sambungkan plumbum penguji
di antara punca bumi (conduit) dan punca A,B, dan C mengikut giliran.
e. Bacaan jangka ohm rintangan tinggi atau loceng penguji tidak berbunyi
ini menunjukkan pengalir kabel tersebut putus atau suis rosak. Ujian ini
menunjukkan pengalir kabel B putus.
Pemasangan permukaan atau tersembunyi
i. Suis utama hendaklah dibuka (OFF).
ii. Semua beban hendaklah dikeluarkan dari litar.
iii. Menggunakan jangka ohm atau litar penguji.
iv. Sambungkan plumbum penguji mengikut rajah ujian
yang telah dijalankan.
a) Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada pengalir fasa (rujuk
rajah 7.11.2.2 a).
b) Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru (rujuk rajah
7.11.2.2 b)
c) Menguji punca sambungan soket keluaran (rujuk rajah 7.11.2.2
c)
v. Sekiranya bacaan jangka ohm rintangan rendah
(kurang daripada 1 ohm) atau loceng berbunyi ini menunjukkan sambungan
betul.

Tatacara mengesan litar terbuka (pemasangan dalam conduit )


i. Putuskan bekalan utama
ii. Sambunkan punca L dan N dalam PF ke punca bumi
iii. Suis hendaklah ditutup
iv. Dengan menggunakan multimeter (set to ohm range ) atau loceng
penguji,sambungan penguji di antara punca bumi ( conduit ) dan
punca A,B dan C mengikut giliran.
v. Bacaan jangka ohm rintangan tinggi atau loceng penguji tidak
berbunyi ini menunjukkan pengalir kabel tersebut putus atau suis
rosak ujian ini menunjukan pengalir kabel B putus.
Untuk pemasangan permukaan atau tersembunyi tatacara menjalankan ujian
sama seperti tatacara ujian kekutuban bagi ujian litar pendawaian ketika litar
terbuka.
Litar pintas
Litar pintas biasanya terjadi apabila pengalir fasa dan neutral sentuh di antara
satu dengan lain.punca terjadi perkara berikut adalah disebabkan oleh salah satu
daripada perkara-perkara berikut :
i. Penebat kabel rosak
ii. Pengalir-pengalir yang longgar dari punca sambungan hingga
bersentuhan dengan pengalir kutub yang berlawanan.

Tatacara mengesan litar pintas


a. Tanggalkan pengalir fasa dan neutral bagi litar yang dijangkakan
daripada papn agihan.
b. Bukakan (off) semua suis dalam litar.
c. Tanggalakan semua beban.
d. Jalankan ujian rintangan penebatan.
e. Sambungkan prod penguji jangka ohm diantara pengalir fasa dan
neutral di dalam papan agihan.
f. Tutupkan (ON) setiap suis mengikut giliran sehingga bacaan jangka
ohm menunjukkan rintangan rendah atau sifar
g. Kerosakan kan terjadi daripada suis yang menunjukkan rintangan
rendah.
h. Buatkan pembetulan ke atas punca kerosakkan.

Kerosakkan bumi
Kerosakan bumi biasanya terjadi apabila pengalir fasa sentuh
dengan pengalir bumi atau badan (logam) alat perkakasan elektrik.
Tatacara menjalankan ujian
a. Bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan sekurang-
kurangnya 50 keluaran.
b. Semua beban musti ditanggalkan sekiranya tiak boleh, suis yang
mengawalnya mesti di buka (OFF).
c. Semua suis yang mengawal litar mesti ditutup (ON).
d. Suis utama dibuka (OFF).
e. Buat sambungan diantara kesemua pengalir fasa dan neutral.
f. Sambungkan plumbum penguji.
g. Bacaan jangka penguji mestilah tidak kurang daripada 1 Mega ohm.

Pengujian awalan

Pengujian awalan keatas peralatan pemasangan elektrik terbahagi kepada 2


bahagian iaitu :-
a) Pengujian sebelum bekalan elektrik disambung.
b) Pengujian selepas bekalan elektrik disambung.

Pengujian sebelum bekalan disambung


Ujian-ujian yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :-
a. Ujian Keselenjaran Pengalir Pelindung, Pengabung Utama dan Pengabung
Tambahan.
b. Ujian Keselenjaran Pengalir Litar gelang akhir (final ring circuit) termasuk
Pengalir Perlindung.
c. Ujian Rintangan Penebat
d. Ujian Kkekutuban.
e. Ujian rintangan elektrod bumi.

Pengujian selepas bekalan elektrik bersambung


Ujian-ujian yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:-
a. Penyemakan Semula Ujian Kekutuban.
b. Ujian Galangan Gelung Rosak Ke Bumi.
c. Ujian Kefungsian Bagi Peralatan
d. Ujian Pengukuran Jangkaan Arus Rosak.

Ujian fizikal
Selepas membuat pendawaian ujian perlu dilakukan bagi keselamatan pengguna
dan aksesori. Ujian pertama adalah ujian fizikal.
Contoh ujian fizikal ialah:
melihat
melihat sepintas lalu untuk memastikan saiz kabel,penggunaan saiz paip
PVC,aksesori dan lain-lain dalam keadaan selamat dan boleh digunakan.
Sentuh

Memastikan semula bahan dan aksesori dengan tepat dan betul.


Menghidu

Menghidu bau hangus pada pendawaian yang telah siap untuk memastikan litar
selamat untuk digunakan.

Anda mungkin juga menyukai