Anda di halaman 1dari 20

Kod WIM IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 1 drpd 20

INSTITUSI LATIHAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
SLW 01 SIJILTEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE
(PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA – PW2)
CODE AND NAME

SEMESTER 1

KOD DAN NAMA


SUBJEK / SUBJECT’S SLW 1122 TEKNOLOGI ELEKTRIK
CODE & NAME

BAB 07. PERMETERAN

MEMBERIKAN PENDEDAHAN BERKAITAN TENTANG


PENGGUNAAN METER BAGI TUJUAN PENGUKURAN
OBJEKTIF /OBJECTIVE VOLTAN,ARUS DAN TENAGA. PELAJAR JUGA DAPAT MEMAHAMI
DAN MEMPELAJARI TEKNIK BACAAN METER BAGI LITAR
KAWALAN UTAMA.

TAJUK/TITLE PERMETERAN

Kertas Penerangan ini akan menerangkan berkaitan dengan :


1. Pengukuran arus dan voltan dengan menggunakan
TUJUAN/PURPOSE meter arus dan meter voltan dengan betul.
2. Kaedah penentu ukur dilakukan bagi mendapat bacaan
yang tepat.
3. konsep pengukuran.

PENERANGAN :

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 2 drpd 20

Voltmeter
la mengukur beza upaya antara dua titik dalam suatu litar dan mesti disambungkan selari
dengan bekalan atau komponen berkenaan (Rajah 2.1 dan 2.2).

Ammeter
Ini mengukur arus dalam sesuatu litar atau dalam bahagian sesuatu litar dan mesti
disambungkan bersiri dengan litar yang berkenaan (Rajah 2.3). Kedua-dua alat adalah
dipesongkan oleh daya yang dikenakan antara arus yang membawa konduktor dan medan
magnet.

Gegelung bergerak
Dalam alat gegelung bergerak, segelung dawai diampaikan dalam suatu medan magnet;
apabila sesuatu arus mengalir dalam gegelung itu suatu daya dikenakan yang menyebabkan ia
berputar.

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 3 drpd 20

Gegelung bergerak itu dihalang oleh sepasang pegas pilin dan jumlah pesongan adalah
bergantung kepada arus yang mengalir dalam gegelung (Rajah 2.4 — 2.6).la akan hanya
dipesongkan oleh suatu arus terus. Kesan arus ulang-alik ialah untuk menghasilkan suatu
ayunan lebih daripada pesongan, supaya arus gegelung mesti diperbetulkan bagi kegunaan
dalam litar arus ulang-alik. Pada praktiknya, ia mungkin didapati bahawa arus yang dikehendaki
untuk memberi pesongan sepenuhnya adalah agak kecil, secara tipikalnya ialah 20^A, dan
untuk sebab ini satu perintang akan disambungkan kepada pergerakan meter yang akan
menghadkan arus kepada nilai yang dikehendaki. Sambungan perintang inilah akan
menentukan penggunaan alat itu.

a.(iv) Ukuran voltan

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 4 drpd 20

Untuk ukuran voltan, pergerakan meter akan disambungkan bersiri dengan perintang yang
mempunyai nilai yang sangat tinggi (Rajah 2.7). Julat alat itu akan ditentukan oleh nilai
perintang ini, dan arus yang dikehendaki untuk memberi pesongan sepenuhnya adalah sangat
kecil, dengan itu memastikan bahawa voltmeter itu tidak melibatkan, kepada sebarang darjah
yang nyata, perjalanan litar tersebut apabila disambungkan.

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 5 drpd 20

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 6 drpd 20

a.(v) Ukuran arus

Bagi ukuran arus ia biasanya perlu mempunyai suatu perintang, dikenali sebagai suatu pirau
(Rajah 2.8a dan 2.9), yang mempunyai nilai terendah disambungkan selari dengan pergerakan
meter untuk memesongkan kebanyakan arus di sekeliling gegelung. Oleh itu, suatu arus 1 A
pantulan sepenuhnya akan membentuk keadaan litar seperti yang ditunjukkan pada Rajah
2.8b. Dalam kedua-dua kes gegelung bergerak dilekatkan kepada suatu penunjuk yang
mencatatkan jumlah pesongan pada skala bersenggat (Rajah 2.10).

a.(vi) Alat besi bergerak

Selain daripada meter gegelung bergerak alat besi bergerak selalunya berguna dan pilihan yang
lebih tegap. Prinsipnya adalah ditunjukkan oleh tindakan fluks magnet di atas sekeping besi
lembut yang mana sebaliknya menyebabkan pengumpar (spindle) untuk berputar (Rajah 2.11
— 2.13). Pergerakan itu dikawal oleh pegas pilin dan makanisma meredam udara yang
biasanya dipasang untuk mencegah pergerakan itu daripada berayun ke sana sini sebelum
berhenti pada satu titik pada skala itu. Alat besi bergerak mempunyai kelebihan sebagai yang
sesuai untuk ukuran arus ulang-alik dan arus terus kerana kekutuban medan magnet bertukar
dengan arus. Keburukan yang utama ialah tak kelulurusan skalanya yang bermakna bahawa
alat itu tidak mungkin mudah untuk dibaca keseluruhan julatnya yang lengkap.

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 7 drpd 20

(b) Ukuran kuasa


Dalam semua litar a.t. dan litar a.u yang tertentu adalah mungkin untuk menentukan kuasa
yang dibekalkan menggunakan voltmeter dan ammeter (Rajah 2.14) dan
mendarabkan bacaan, iaitu
K (watt) =V (volt) x 7 (ampere)

Fungsi ini boleh dilakukan oleh suatu alat yang memberi tanda kuasa secara langsung.la adalah
Dynamometer Wattmeter dan butir-butir binaannya boleh dilihat pada Rajah 2.15. Alat
tersebut mempunyai satu gegelung tetap, disambung sebagai suatu ammeter, untuk
menyediakan fluks magnet bagi gegelung bergerak yang kedua, yang disambungkan sebagai

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 8 drpd 20

suatu voltmeter (Rajah 2.16). Tindakbalas di antara kedua-dua itu akan memberikan satu
pesongan yang berkaitan kepada kuasa dalam watt, S| Pegas Pilin

Seperti yang dapat dilihat daripada gambarajah (Rajah 2.17) arah pesongan gegelung adalah
sama tanpa mengendalikan arah arus dalam kedua-dua gegelung. Ini bermakna bahawa alat
itu adalah sesuai bagi kegunaan pada litar a.u. dan a.t.
Nota Kuasa boleh juga didapati oleh
P = ^R
dan

V2

Raj. 2.13

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 9 drpd 20

(c) Ukuran tenaga

Meter kilowatt-jam (Rajah 2.18) adalah disambungkan seperti yang ditunjukkan pada Rajah
2.19 dan 2.20, dan mencatatkan jumlah tenaga yang digunakan dengan meningkatkan skala
sebanyak satu unit bagi setiap kilowatt-jam yang dibekalkan.

1 kWj = 3 600 000 J


Satu kilowatt-jam adalah digunakan apabila 1 Kw beban digunakan bagi 1 jam, atau 500 W
beban bagi 2 jam, atau 3 kW beban bagi 20 minit dan sebagai.
Meter kWj mempunyai satu cakera yang berputar pada satu kelajuan yang berkadaran secara
langsung kepada kuasa yang dihantar. Selepas bilangan putaran diberi skala itu akan
meningkat kepada satu unit lagi. Satu perwakilan pihak berkuasa bekalan akan membaca meter
itu setiap suku (13 minggu) dan pengguna akan menerima suatu bil berdasarkan kepada
tenaga yang digunakan.

CONTOH
Bacaan 461 730 kWj
Bacaan dahulu 461 200 kWj

Unit yang digunakan 1 530 kWj


Bil akhir akan berdasarkan kepada angka ini.

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 10 drpd 20

CONTOH
Bayaran tiap-tiap tiga bulan yang ditetapkan 9.00 1530 unit pada 6 p/kWj
91.80 RM 100.80
(Tarif lain boleh didapati secara berurusan dengan pihak berkuasa bekalan tempatan).

Raj. 2.20

(d) Ukuran rintangan


Ohmmeter ialah suatu alat yang berguna yang boleh digunakan untuk memeriksa keterusan
elektrik bagi komponen dan untuk mengukur rintangannya. Alat tersebut membawa baterinya
sendiri, dengan memberikan ia suatu bekalan kuasa bebas (Rajah 2.21). Sebelum mengambil
bacaan ia mestilah ditentukan bahawa:

1. komponen yang rintangannya akan diukur tidak disambungkan secara selari dengan
komponen yang lain
2. tidak terdapat voltan atau arus yang sudahpun ada dalam litar
3. alat itu telah dipasang atas infiniti °° dengan penghujungnya diputuskan
4. alat itu telah dipasang atas 0 ohm dengan penghujungnya disambungkan bersama

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 11 drpd 20

Ukuran diambil dengan menyambungkan meter itu merentasi perintang yang tidak diketahui
(Rajah 2.22). Adalah penting untuk memilih skala yang paling sesuai bagi rintangan dibawah
ujian.(Rajah 2.23). Arus yang mengalir melalui rintangan yang tidak diketahui akan
menyebabkan penunjuk itu memesong, dan pesongan ini, apabila dikalikan dengan skala
faktor, akan memberikan rintangan sebenar yang diukur. Ohmmeter dengan julat rintangan
yang tinggi adalah digunakan untuk mengukur rintangan penebatan litar. Skala pada meter ini
tertentukur dalam Megohm, (M Q ) (Rajah 2.24). Bagi memastikan bahawa penebatan itu diuji
di bawah keadaan tegasan suatu voltan dua kali ganda voltan bekalan, hingga ke maksimum
500V arus terus, adalah digunakan.Meter yang direkabentuk bagi ujian ini biasanya bekerja di
atas voltan yang maksimum. Bekalan untuk ujian didapati sama ada melalui penjara engkol
tangan (Rajah 2.25) atau litar elektrik yang dikuasakan daripada bateri-bateri kecil (Rajah
2.26).

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 12 drpd 20

Raj. 2.26 Megohmmeter berkuasa bateri (500 V a.t)


SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 13 drpd 20

(e) Ukuran faktor kuasa

Seperti yang telah disebutkan, kuasa dalam setengah-setengah litar arus ulang alik tidak boleh
didapati dengan mengkalikan arus dan voltan. Ini hanya akan memberikan 'kuasa ketara' atau
volt ampere.Kuasa sebenar hanya diberikan oleh wattmeter. Nisbah kuasa kepada volt
ampere dikenali sebagai faktor kuasa, yang diberikan oleh simbol kos 0 (Rajah 2.27). Ukuran
faktor kuasa adalah penting kepada jurutera bekalan kuasa dan kepada pengguna-pengguna
kuasa yang besar.la melibatkan ukuran serta-rnerta arus dan voltan clan untuk sebab ini, ia
mesti disambungkan selari bagi ukuran voltan dan siri ini adalah popular bagi kegunaan mudah
alih (Rajah 2.29).

e.(i) Bacaan tak langsung


Satu masalah dengan bacaan arus ialah bahawa litar itu mestilah diputuskan bagi
menyambungkan ammeter bersiri. Ini akan menjadi lebih rumit lagi apabila konduktor-
konduktor besar yang membawa arus berat terlibat. Ammeter tong (Rajah 3.30) adalah sesuai
bagi keadaan ini oleh kerana ia diklipkan saja di sekeliling konduktor berkenaan dan fluks
magnet melakukan yang lain.
Suatu susunan yang tetap boleh melibatkan penggunaan transformer arus (Rajah 2.31 dan
2.32), suatu alat yang 'melangkah turun' arus kepada aras yang lebih selaras dengan ammeter
konvensional. Di mana voltan tinggi terlibat, transformer voltan boleh digunakan untuk tujuan
'langkah turun', dengan demikian membolehkan ukuran dibuat dalam keselamatan yang relatif
kerana tidak terdapat sambungan langsung dengan bekalan (Rajah 2.33).

Untuk ukuran kuasa dan tenaga ke atas voltan tinggi arus pemasangan dan transformer voltan
boleh digunakan (Rajah 2.34). Dalam semua hal, kedua-dua ammeter dan voltmeter
mestilah ditentukur dan disepadankan dengan transformer masing-masing.

NOTA: Suatu arus transformer mestilah jangan sekali-kali dibiarkan dalam litar terbuka.
Sebelum mengubah ammeter itu satu dawai penyambung hendaklah disambungkanmerentasi
terminal itu.

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 14 drpd 20

e.(ii) Alat berbilang julat


Pclajar mungkin lebih biasa dengan alat berbilang julat yang boleh digunakan untuk mengukur
arus dan voltan beberapa julat dan kedua-dua bekalan a.u. dan a.t. Selain daripada ini,
kebanyakan alat berbilang julat mempunyai beberapa julat rintangan dan bekalan dalam yang
perlu bagi pengendaliannya.Paparannya mungkin analog (Rajah 2.35) atau berdigit (Rajah
2.36).

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 15 drpd 20

Raj. 2.30 Ammeter jenis ‘Tong’

Raj. 2.32

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 16 drpd 20

Raj. 2.34

(f) Skala dan Paparan (display)

f.(i) Analog
• Linear (Rajah 2.37)
• Logaritmik (Rajah 2.38)
• Songsang (Rajah 2.39)

f.(ii) Berdigit
• Berdigit (Rajah 2.40)

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 17 drpd 20

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 18 drpd 20

SOALAN:
Bahagian 1 : Bahagian ini mengandungi 5 soalan objekrif

1. Untuk menentukan polarity bekalan arus terus, multimeter dilaraskan pada ____________
dan meter menunjukkan pesongan _______________ dengan probe merah di masukkan
ke terminal ___________________.

2. Gelung arus disambung __________________ dengan beban, manakala gelung voltan


disambung _________________ dengan beban.

3. Watt meter digunakan untuk menyukat __________________ litar elektrik dalam unit
___________________.

4. Gelung yang dipasang dalam jangka ampiar dikenali sebagai gelung ______________
yang mempunyai nilai rintangan ________________.

5. Voltmeter digunakan untuk menyukat _____________ elektrik di dalam unit___________

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 19 drpd 20

Padankan meter dengan simbolnya

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM
IKBN/SLW1122/KP(7/7) Muka surat : 20 drpd 20

RUJUKAN:

1. Yahya Emat (1987), Prinsip Elektrik, Dewan Bahasa & Pustaka, ISBN 968-970-281-1.

2. Charles K. Alexander, Matthew N.O Sadiku, (2004-6rd Edition), Fundamentals of Electric


Circuits, McGraw-Hill, ISBN 0-07-115126-5.

3. Zam Zam Khairani (1996), Prinsip Elektrik, IBS Buku Sdn Bhd, ISBN 591-973-675-5.

SLW 1122 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)

Anda mungkin juga menyukai