Anda di halaman 1dari 1

CHUA BOON KEEN

Pelajar PISMP BM SEM 5


Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,
Kota Kinabalu, Sabah.

PUAN ANISAH BTE SAWIT


Warden Kolej Kediaman
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,
Kota Kinabalu, Sabah.
2016.

7 JANUARI

Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB SALAH LAKU
Sehubungan dengan borang maklumat salah laku pelajar daripada pihak Tuan yang
bertarikh 20 November 2015, saya Chua Boon Keen dari kelas PISMP BM SEM 5 ingin
menyatakan sebab tidak mengosongkan bilik D4B Kolej Kediaman Selangan Kaca semasa
cuti.
2.
Saya, Chua Boon Keen mengaku tidak mengosongkan bilik D4B Kolej Kediaman
Selangan Kaca semasa cuti. Hal ini kerana stor H6 di Tingkat 2 sudah dipenuhi barangbarang pelajar kolej kediaman dari Gate 2 dan 3, Tingkat 1 dan Tingkat 2.
3.
Selain itu, Tingkat 1 tidak ada stor dan kami terpaksa menyimpan barang kami di stor
H6 di Tingkat 2. Stor tersebut tidak muat untuk simpan semua barang pelajar.
4.
Saya berharap agar penjelasan yang diberikan dapat menjelaskan punca saya tidak
mengosongkan bilik sewaktu cuti. Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali.
Sekian,terima kasih.

Yang benar,
(CHUA BOON KEEN)
PISMP BM SEM 5

Anda mungkin juga menyukai