Anda di halaman 1dari 5

Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) Objektif: Akta untuk mengawal selia standard minima terma dan syarat

pekerjaan bagi pekerja dalam sektor swasta, sama ada berkesatuan atau tidak berkesatuan di negeri Sabah. Ditadbir oleh: Jabatan Tenaga Kerja, Sabah. 1. Ia melindungi pekerja dalam perkara seperti bayaran gaji, waktu bekerja, cuti sakit, cuti tahunan, faedah bersalin, dll. Semua majikan hendaklah mengikuti peraturan-peraturan yang dinyatakan. 2. Seorang Pekerja di bawah Ordinan ini merujuk kepada: a. Mana-mana orang yang, tanpa mengira pekerjaannya, telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana pendapatannya tidak melebihi RM2500 sebulan; atau b. Mana-mana orang yang, tanpa mengira amaun gajinya sebulan, telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana dia: i. Melakukan kerja kasar ii. Melakukan pengendalian atau penyenggaraan apa-apa kenderaan untuk pengangkutan; iii. Menyelia atau mengawasi pekerja lain yang menjalankan kerja kasar; iv. Diambil bekerja dalam apa-apa keupayaan dalam mana-mana kapal yang didaftarkan di Malaysia; v. Diambil bekerja sebagai pembantu rumah. 3. Kewajipan utama majikan adalah seperti berikut: a. Setiap pekerja hendaklah diberi kontrak perkhidmatan bertulis yang mengandungi terma dan syarat pekerjaan, termasuk peruntukan berkaitan dengan penamatan kontrak; b. Menyenggara daftar tenaga kerja berkenaan dengan butir peribadi pekerja, bayaran gaji dan potongan gaji; c. Gaji perlu dibayar tidak lewat daripada hari ketujuh selepas hari terakhir mana-mana tempoh gaji. 4. Terma dan syarat minimum pekerjaan a. Waktu kerja normal: Waktu kerja normal hendaklah tidak i. melebihi lima jam berturut-turut tanpa tempoh rehat yang tidak kurang daripada tiga puluh minit; ii. melebihi lapan jam dalam satu hari; iii. melebihi rangkuman 10 jam sehari

b. Cuti:

Berhak mendapat cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum bergaji.

c. Cuti Tahunan: Lapan hari cuti tahunan bergaji untuk pekerja yang berkhidmat kurang daripada dua tahun; 12 hari cuti tahunan bergaji untuk pekerja yang berkhidmat dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun, dan 16 hari bagi mereka yang berkhidmat lebih daripada lima tahun.

d. Cuti Sakit: 14 hingga 22 hari cuti sakit bergaji untuk setiap tahun kalendar bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan, jika perlu dimasukkan ke hospital, jumlah cuti sakit bergaji yang boleh diberi adalah sehingga agregat 60 hari cuti sakit bagi setiap tahun kalendar. e. Cuti Umum: Setiap pekerja berhak mendapat cuti bergaji pada kadar bayaran biasanya dalam mana-mana satu tahun kalendar pada 15 hari cuti umum yang digazetkan seperti yang dinyatakan di bawah Ordinan Cuti (Sabah), (Bab 56), lima daripadanya adalah: i. Hari Kebangsaan; ii. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong; iii. Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Sabah; iv. Hari Pekerja; dan v. Hari Malaysia. f. Bayaran Kerja Lebih Masa: Bayaran minimun untuk kerja lebih masa adalah satu setengah kali kadar jam pada hari bekerja biasa, dua kali kadar jam pada hari rehat dan tiga kali kadar jam pada cuti umum.

g. Hari Rehat: Hari rehat satu hari penuh dalam setiap minggu kerja. 5. Peruntukan istimewa untuk perlindungan pekerja wanita berkaitan dengan kerja waktu malam dan faedah bersalin: a. Pekerja wanita tidak dibenarkan bekerja dalam mana-mana kegiatan perusahaan atau pertanian antara jam 10 malam dan 5 pagi, melainkan mendapat kelulusan terdahulu Ketua Pengarah Tenaga Kerja; b. Pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin bagi tempoh tidak kurang daripada 60 hari berturut-turut. 6. Penamatan Kontrak Perkhidmatan a. Tempoh notis penamatan perlu dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan dan jangka masanya hendaklah sama untuk kedua-dua majikan dan pekerja. b. Jika tempoh notis tidak dinyatakan dalam kontrak, peruntukan berikut terpakai: i. Notis empat minggu jika pekerja telah diambil bekerja kurang daripada dua tahun pada tarikh notis diberikan; ii. Notis enam minggu jika dia telah diambil kerja untuk dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh tersebut; iii. Notis lapan minggu jika dia telah diambil kerja untuk lima tahun atau lebih pada tarikh tersebut.

Implikasi Utama Semua pekerja di bawah Ordinan ini perlu diberi kontrak perkhidmatan bertulis mengandungi terma pekerjaan. Akta Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) Untuk Pekerja dalam negeri Sabah dan dalam kategori kerja A.1 hingga 2 di atas Bidang Utama Gaji RM 2500 ke bawah Implikasi kepada Majikan Beri kontrak perkhidmatan kepada setiap pekerja. Gaji dibayar dalam 7 hari pertama bulan berikutnya.

Waktu Bekerja

1. Waktu bekerja normal tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam dalam seminggu. 2. Tidak melebihi 5 jam berturut-turut tanpa rehat 30 minit. 3. Tidak melebihi rangkuman 10 jam sehari Faedah cuti tahunan minimum bergantung kepada bilangan tahun dengan syarikat: Kurang daripada 2 tahun -----8 hari 2 tahun ke atas tetapi kurang daripada 5 tahun -----------12 hari 5 tahun ke atas 16 hari.

Cuti Tahunan

Cuti Sakit

14 hingga 22 hari cuti sakit bergaji. 60 hari kemasukan ke hospital termasuk cuti sakit bergaji. 15 Hari yang digazetkan sebagai cuti umum Tidak dibenarkan bekerja dalam kegiatan perusahaan atau pertanian antara 10 malam hingga 5 pagi.

Cuti umum

Pengambilan pekerja wanita: Larangan kerja waktu malam Perlindungan bersalin utk

Cuti bersalin minimum 60 hari. Bagi pekerja wanita yang bekerja

pekerja wanita

mengikut kadar gaji harian atau mingguan Elaun adalah berdasarkan Kadar Bayaran Biasa atau bayaran minimum RM6.00 sehari, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Bagi pekerja wanita yang bekerja mengikut kadar gaji bulanan Elaun adalah berdasarkan kadar gaji bulanan. Tempoh notis minima berdasarkan bilangan tahun bekerja dengan syarikat: Kurang daripada 2 tahun ------ Notis 4 minggu 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun ------------- Notis 6 minggu 5 tahun ke atas ------ Notis 8 minggu

Notis penamatan

Bekerja pada hari rehat untuk pekerja berpendapatan mengikut kadar harian atau kadar jam

1. Kurang daripada separuh waktu bekerja normal ---------------- Gaji 1 hari pada kadar bayaran biasa. 2. Lebih daripada separuh tetapi tidak melebihi waktu bekerja normal ---Gaji 2 hari pada kadar bayaran biasa.

Bekerja pada hari rehat untuk pekerja berpendapatan mengikut kadar bulanan

1. Kurang daripada separuh waktu bekerja normal ---------------- Gaji separuh hari pada kadar bayaran biasa. 2. Lebih daripada separuh tetapi tidak melebihi waktu bekerja normal ---Gaji 1 hari pada kadar bayaran biasa .

Bekerja pada hari rehat untuk pekerja berpendapatan mengikut kadar

2x Kadar bayaran biasa untuk setiap hasil kerja

hasil Bekerja pada hari rehat untuk semua pekerja melebihi waktu bekerja normal Bekerja lebih masa pada hari biasa Bekerja pada cuti umum 2 X kadar bayaran sejam

Hari kerja biasa -- 1.5 x kadar jam.

Cuti umum:-------------3 x kadar jam

Anda mungkin juga menyukai