Anda di halaman 1dari 38

TOPIK 2:

MAHKAMAH BURUH
&
MAHKAMAH PERUSAHAAN

1
 Sistem kehakiman diperlukan bagi menangani dan
menyelesaikan pertelingkahan dan ketidakpuasan hati tidak
dapat dipertikaikan akan berlaku dalam kalangan majikan dan
pekerja serta antara sesama pekerja.

 Pertelingkahan boleh diselesaikan mengikut sebarang cara yang


dikehendaki oleh pihak terlibat.

MAHKAMAH • Akta Kerja 1955


• Jabatan Tenaga Kerja
BURUH

MAHKAMAH • Akta Perhubungan Perindustrian


1967
PERUSAHAAN • Yg DiPertua / Pengerusi +2 panel
MAHKAMAH BURUH
 S. 69 Akta Kerja1955 - Mahkamah Buruh terletak
bawah bidang kuasa Jabatan Tenaga Kerja Malaysia.

 Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bertanggungjawab untuk


memastikan majikan dan pekerja mematuhi
peruntukan dalam Akta Kerja 1955 (kuasa siasatan
dan kehakiman)

 Undang-undag yang berkaitan dengan Mahkamah


Buruh ada di Bahagian XV dan XVI Akta Kerja 1955

 Pekerja yang di bayar gaji lebih daripada RM1500


tapi kurang daripada RM5000, boleh merujuk
masalah mereka kepada JTK 3
 Mahkamah ini bukan seperti mahkamah biasa. Ia merupakan
proses timbang tara yang diberikan kuasa oleh Akta Kerja 1955

 Proses penyelesaian - Pegawai di JTK akan memanggil majikan


dan pekerja untuk bertemu dan merungkaikan masalah
tersebut secara timbang tara

 Cara penyelesaian ini diperkenalkan sebagai kaedah yang adil,


pantas dan murah kerana tiada pembabitan peguam serta tidak
melibatkan prosedur yang kompleks

 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Buruh


mengikat pihak yang terlibat

4
BIDANG KUASA MAHKAMAH BURUH

Seksyen Kuasa untuk mendengar, menyiasat dan menyelesaikan masalah

s. 69 (1) antara majikan dan pekerja berkaitan gaji atau bayaran


AK 1955 berdasarkan kontrak kerja, Akta Kerja 1955 atau Akta Majlis
Perundingan Gaji 1947 (2011)

s. 69 (2) antara pekerja dan majikan berkaitan gantirugi sekiranya


AK 1955 diberhentikan (s. 13), sub-kontraktor dengan kontrator dan
pekerja dengan mana-mana orang berkaitan s. 33

s. 69 (3) antara pekerja dengan majikan berkaitan pemberhentian,


AK 1955 downgrade atau penggantungan kerja. JTK boleh mengenepikan
pemberhentian pekerja dan mengarahkan majikan membayar
gantirugi. – syarat, aduan mestilah dibuat oleh pekerja dalam
tempoh 60 hari selepas menerima notis

5
s. 69C antara pekerja dengan majikan berkaitan ganti rugi sebagai ganti
AK 1955 notis penamatan atau pengganti kepada tempoh notis
pemberhentian yang tidak mencukupi sama ada dari pihak
majikan atau pekerja

s. 72 menggabungkan beberapa aduan yang mempunyai isu yang serupa


AK 1955 dan membuat satu keputusan sahaja bagi gabungan aduan
tersebut

s. 76 merujuk sebarang persoalan undang-undang pada Mahkamah


AK 1955 Tinggi sekiranya berpendapat adalah penting untuk berbuat
demikian

6
LIMITASI KUASA
 S. 69A AK 1955
 - Ketua Pengarah tidak boleh menyiasat, mendengar, memutuskan
atau membuat arahan bagi apa-apa tuntutan yang ada kaitan dengan
pertelingkahan di bawah Akta Hubungan Perusahaan sama ada
tuntutan tersebut
1. Sedang disiasat di bawah Akta Perhubungan Perindustrian
1967 (APP 1967)
2. Telah diselesaikan oleh Menteri di bawah s.20 APP 1967
3. Telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan

7
PROSEDUR PENGADUAN, SIASATAN DAN PENDENGARAN KES
• s. 70 – aduan oleh pengadu
• S. 79 – siasatan sendiri oleh JTK untuk kes-kes tertentu walaupon
MULA tanpa aduan

•S. 70 - semakan aduan oleh JTK, keluarkan Saman untuk panggil ke


pejabat JTK, ambil kenyataan bersumpah, keputusan kes
SIASAT &
DENGAR • S. 82 - Saman panggilan ke JTK mesti diserahkan kepada orang yang
KES diadu atau wakilnya

• S. 71 – keterangan dan bukti semasa siasatan direkodkan


REKOD

• S. 69 – pihak yang gagal mematuhi keputusan boleh didenda RM10,000

PEMATUHAN • S. 75 – Mahkamah Majisrate boleh menguatkuasakan pematuhan


8
 S. 70 AK 1955–
a. Pengadu hadir sendiri ke JTK untuk membuat aduan atau membuat
aduan bertulis berkaitan masalah dan penyelesaian yang diperlukan
b. Semakan aduan oleh JTK
c. JTK membuat siasatan – memanggil orang yang diadu ke pejabat JTK
dengan mengeluarkan Saman
d. Saman kepada orang yang diadu mestilah mengandungi maklumat
pengadu, aduan, masa dan tarikh perlu hadir ke JTK serta pemakluman
bahawa orang yang diadu boleh membawa bersama saksi bagi pihaknya
– kes boleh diputuskan sekiranya orang yang diadu tidak hadir
e. JTK memaklumkan pengadu masa dan tarikh perlu hadir ke JTK serta
pemakluman bahawa pengadu boleh membawa bersama saksi bagi
pihaknya
f. JTK boleh memanggil mana-mana pihak yang berkaitan dengan kes
g. JTK mengambil keterangan bersumpah dan membuat keputusan

 S. 71 AK 1955 – bukti dan keterangan semasa pendengaran kes perlu


direkodkan. Salinan rekod boleh dipohon dengan bayaran
9
 S. 79 AK 1955– JTK boleh membuat siasatan dan membuat
penyelesaian (walaupon tanpa aduan oleh mana-mana pihak) jika
berpendapat bahawa ada kemungkinan berlakunya
1. kesalahan di bawah AK1955, Akta Kilang dan Jentera
2. berkaitan kematian / kecederaan kepada pekerja yang tidak
dalam siasatan Akta Bekalan Eletrik
dan juga memanggil sesiapa yang dipercayai boleh memberi
maklumat yang sepatutnya

 S.82 AK 1955– Saman perlu diserahkan kepada penerima. Sekiranya


penerima tidak dijumpai
1. Cukup sekadar serahan kepada ajennya yang layak menerima
saman
2. Sekiranya peneria tidak mempunyai ejen, cukup sekadar serahan
kepada keluarga atau pembantu rumahnya
10
 S. 69(4) AK 1955 – kegagalan mematuhi keputusan yang dibuat
oleh KP boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000.
Sekiranya kegagalan ini berterusan, pesalah boleh dikenakan
denda RM 100 setiap hari kegagalan

 S. 75 AK 1955– keputusan KP boleh dikuatkuasakan oleh


Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Majistret secara
perlaksanaan kes sivil

11
PROSEDUR RAYUAN

 S. 77 AK 1955- pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau


perintah JTK boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

12
MAHKAMAH PERUSAHAAN
 Mahkamah Perusahaan merupakan proses timbang tara

 Diwujudkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP


1967) - Part VII APP 1967 (s.21 – 33B)

 Walaupun dikenali sebagai Mahkamah Perusahaan ia


sebenarnya adalah tribunal.

 Tribunal adalah badan di luar hierarki mahkamah awam yang


melaksanakan fungsi pentadbiran dan penghakiman
(adjudikasi).

13
 https://www.mp.gov.my/ms/
*Oktober 2020

14
 Ciri penting Mahkamah Perusahaan
1. tidak terikat dengan peraturan undang-undang keterangan (evidence
law) yang ketat
2. keputusannya tidak tertakluk kepada rayuan tetapi boleh
dikemukakan untuk prosedur semakan kehakiman (judicial review).

 Fungsi utama Mahkamah Perusahaan


1. S. 8 dan 20 APP 1967 mendengar dan memutuskan kes pertikaian
perusahaan yang dirujuk oleh Menteri atau dikemukakan sendiri oleh
pihak yang berkenaan
2. S. 16 APP 1967 - berkuasa untuk mengesahkan perjanjian kolektif
yang telah dikemukakan bersama oleh majikan / kesatuan majikan
dan kesatuan sekerja pekerja
3. S. 44 APP 1967 – apabila masalah telah dirujuk kepada Mahkamah
Perusahaan, sebarang bentuk mogok oleh pekerja menjadi salah di
sisi undang-undang 15
BIDANG KUASA MAHKAMAH PERUSAHAAN

 Kes yang ditangani oleh Mahkamah Perusahaan adalah berkaitan


dengan pertikaian perdagangan sahaja.
S.2 APP 1967- pertikaian perdagangan adalah sebarang pertikaian
antara majikan dan pekerjanya yang berkaitan dengan
1. pekerjaan atau
2. bukan pekerjaan atau
3. berhubung dengan terma / syarat pekerjaan.

Contoh:
1. Kes pembuangan kerja yang telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan
oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia

2. Kes pertikaian perusahaan di antara majikan/kesatuan majikan dan


kesatuan sekerja yang telah dirujuk ke Mahkamah oleh Y.B. Menteri
Sumber Manusia atau rujukan terus ke Mahkamah Perusahaan
16
3. Permohonan oleh mana-mana pihak yang terikat dengan mana-mana
award atau perjanjian bersama untuk interpretasi/pindaan/variasi
keputusan atau perjanjian bersama tersebut

4. Permohonan oleh mana-mana pihak yang terikat dengan mana-mana


award untuk merujuk kepada Mahkamah Tinggi soalan-soalan
perundangan

5. Aduan atas ketidakpatuhan mana-mana syarat award atau


perjanjian bersama

6. Kes penganiayaan berhubung dengan aktiviti-aktiviti kesatuan


sekerja

17
 Kes yang didengar oleh Mahkamah Perusahaan Bidang terbahagi
kepada 2:

a. Melalui rujukan yang dibuat oleh Menteri


S. 20 (3) APP 1967 – Pemberhentian tidak sah
S. 26(1) APP 1967 – Pertikaian perusahaan

b. Melalui aduan yang dibuat secara langsung kepada mahkamah


(oleh Menteri atau pihak-pihak yang bertelingkah)
S.33(1) APP 1967 – takrifan penghakiman atau terma
perjanjian kolektif
S.56(1) APP 1967 – ketidakpatuhan kepada penghakiman atau
terma perjanjian kolektif

18
 Prosedur rujukan kes ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri (kes
pemberhentian tidak sah - S. 20 APP 1967)

1. Pemohon (Pekerja) merujuk kes kepada Ketua Pengarah Jabatan


Perhubungan Perusahaan dalam tempoh 60 hari selepas
diberhentikan

2. Ketua Pengarah juga boleh mengambil inisiatif untuk merujuk kes ke


jabatannya walaupun tiada aduan diterima - sekiranya dia
berpendapat isu tersebut hanya boleh diselesaikan melalui campur
tangan jabatan.

3. Sekiranya pertikaian tersebut tidak boleh diselesaikan oleh jabatan,


Ketua Pengarah boleh melaporkan kepada Kementerian Sumber
Manusia agar kes itu dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan

19
 Prosedur rujukan kes ke Mahkamah Perusahaan oleh Menteri (kes
pertikaian perusahaan - S. 26 APP 1967)

1. S.26 APP 1967 – Menteri Sumber Manusia boleh merujuk kes


pertikaian perusahaan kepada Mahkamah Perusahaan:
(1) atas permohonan bersama secara bertulis dari kesatuan sekerja
dan majikan (atau kesatuan majikan) yang bertelingkah

(2) atas pemakluman daripada Ketua Pengarah JTK berkaitan s. 18


APP 1967 (majikan atau kesatuan sekerja merujuk kes pertikaian
perusahaan kepada KP JTK untuk penyelesaian, tapi tidak dapat
diselesaikan)

2. Dalam kes melibatkan servis dalam kerajaan atau badan berkanun,


rujuk ke Mahkamah Perusahaan hanya boleh dibuat dengan perkenan
YDPA atau kerajaan negeri.
20
 S. 33A APP 1967 - Mahkamah Perusahaan boleh merujukkan kes
ke Mahkamah Tinggi sekiranya terdapat keperluan (berkaitan
undang-undang yang digunakan semasa perjalanan kes,
penghakiman dsb)

 Rujukan ke Mahkamah Tinggi hanya akan dibuat


1. Sekiranya ada permohonan yang dibuat oleh mana-mana pihak
dalam prosiding tersebut.
2. Sekiranya persoalan tersebut penting dan mempunyai kesan
kepada penghakiman.

 Permohonan untuk merujuk ke Mahkamah Tinggi sangat jarang


berlaku dan hampir semua ditolak oleh Mahkamah Perusahaan

 S. 33A(7) APP 1967 – Keputusan Mahkamah Tinggi (dalam kes


rujukan) adalah final dan tidak boleh dibuat rayuan
21
 Apabila kes telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, mahkamah
awam tidak berhak campur tangan dalam kes itu

Perkara Permohonan oleh Sreedharan (1974)


Kontrak perkhidmatan pemohon telah ditamatkan oleh majikan.
Menteri mengarahkan siasatan dijalankan dan akhirnya memutuskan
kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Perusahaan menurut
peruntukan dalam Seksyen 16A(9) Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Pemohon bertindak memohon perintah dari Mahkamah Tinggi untuk
menyekat kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Perusahaan.
Mahkamah Tinggi menolak permohonan tersebut dan memutuskan
Menteri berkuasa untuk merujuk kes tersebut ke Mahkamah
Perusahaan.

22
 S. 29 APP 1967 - Setelah kes dirujuk kepadanya, Mahkamah
Perusahaan boleh:
a. Memerintahkan mana-mana rujukan disatukan, digantikan atau
dibatalkan

b. Memanggil mana-mana pihak yang berkaitan untuk menghadiri


prosiding

c. Mengambil keterangan bersumpah atau melalui ikrar dan


memerintahkan supaya buku, kertas, surat cara dan barang
dibawa ke mahkamah

d. Mendengar dan memutuskan pertikaian walaupun


i. suatu pihak telah gagal mengemukakan kenyataan bertulis bagi
menyokong kesnya atau bagi tujuan mmbalas tindakan ke
atasnya dalam tempoh yang ditetapkan oleh Presiden
ii. dalam ketiadaan mana-mana pihak terbabit dalam kes walaupon
notis atau saman supaya hadir ke mahkamah telah
23
diberikan
e. Menjalankan prosiding atau mana-mana bahagian daripada
prosiding itu secara persendirian

f. Meminta bantuan seorang pakar atau lebih setelah mendapat


nasihat daripada Menteri

g. Membatal / mendengar semula kes

h. Memberikan apa-apa arahan atau melakukan sesuatu yang


perlu bagi memastikan pertikaian dapat diputuskan secepat
mungkin oleh mahkamah.

24
KEAHLIAN MAHKAMAH PERUSAHAAN

 S. 21 APP 1967 –
1. Yang Dipertua (YDP) yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
2. Panel yang mewakili majikan yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia
atas cadangan kesatuan majikan
3. Panel yang mewakili pekerja yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia
atas cadangan kesatuan pekerja

 S. 23 APP 1967 - YDP boleh dibantu oleh beberapa orang Pengerusi


(Division of the court) – pengerusi akan mewakili presiden untuk
mendengar kes. Pengerusi dilantik oleh YDPA dan dibantu oleh panel

 S.23A (1) APP 1967 Orang yang layak untuk dilantik menjadi YDP atau
Pengerusi ialah
1. Peguam bela atau peguam cara selama 7 tahun sebelum
perlantikannya, atau
2. Ahli perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan
25
atau
Negeri
 Panel yang mewakii majikan / pekerja di pilih dari senarai yang
dilantik. Panel akan menghadiri sesi mengikut giliran dan kesuaian

 S. 22(2) APP 1967 – YDP boleh melantik ahli lain yang difikirkan sesuai
bagi mengambil alih tugas panel sekiranya panel dilantik tidak dapat
hadir

 S. 22(3) APP 1967 - Mahkamah dengan keizinan pihak terlibat boleh


meneruskan perbicaraan tanpa kehadiran ahli, tidak cukup ahli atau
mahkamah boleh memilih untuk melantik orang lain bagi
menggantikan ahli yang tidak hadir tersebut

 Panel yang mendengar kes bergantung kepada jenis kes. Contoh

26
 Contoh kehadiran di Mahkamah Perusahaan - Kes berkaitan
pemberhentian tidak adil – YDP / Pengerusi sahaja

Hakim YDP /
Pengerusi

MAJIKAN PEKERJA

Pegawai syarikat/ Diri sendiri/


Pegawai MEF/ Kesatuan Sekerja/
Pihak
bertelingkah Peguam MTUC/
Peguam

27
 Contoh kehadiran di Mahkamah Perusahaan - Kes berkaitan
kesatuan sekerja – YDP / Pengerusi + panel majikan dan panel
pekerja

Hakim Panel wakil YDP / Panel wakil


majikan Pengerusi pekerja

MAJIKAN KESATUAN
SEKERJA
Pihak
Pegawai syarikat/
bertelingkah Pegawai MEF/ Pegawai Kesatuan/
Peguam Pekerja/
MTUC/
Peguam
28
 S. 27 (1) APP 1967 - Dalam prosiding:
(c) Pekerja boleh mewakili dirinya sendiri atau diwakili oleh
kesatuan sekerjanya
(b) Majikan boleh diwakili oleh pegawainya atau pegawai dari
kesatuan majikan
(a) Kesatuan sekerja boleh diwakili oleh pegawai kesatuan sekerja

 Jika persoalan timbul tentang perwakilan dalam tindakan


undang-undang tersebut, ia akan ditentukan oleh Pengerusi.

 S. 27 (1)(d) APP 1967 - peguam boleh hadir mewakili pihak


yang bertelagah jika dibenarkan / mendapat izin Mahkamah
Perusahaan

29
PENGHAKIMAN / AWARD

30
 S.2 APP 1967 – Award adalah keputusan Mahkamah Perusahaan
tentang mana-mana pertikaian perdagangan atau perkara yang
dirujukkan kepadanya atau apa-apa keputusan atau perintah
yang dibuatnya di bawah APP 1967

 S.30 (2) APP 1967 – award adalah berdasarkan keputusan


sebulat suara. Sekiranya gagal mendapatkan keputusan
sebulat suara award adalah berdasarkan keputusan majoriti
atau keputusan Presiden / Pengerusi sendiri.

 S.30 (3) APP 1967 - Award hendaklah dibuat sebaik-baiknya


dalam tempoh 30 hari dari tarikh sesuatu pertikaian dirujuk
kepada mahkamah.

31
 S.30 (3) APP 1967 - Jika rujukan dibuat berkaitan dengan pertikaian
perdagangan, Mahkamah Perusahaan perlu mengambilkira aspek
kepentingan awam, implikasi kewangan dan kesan award terhadap
ekonomi negara, industri terbabit atau industri lain yang serupa.

 S.30 (5) APP 1967 – award Mahkamah adalah berdasarkan prinsip


keadilan dan merit tanpa terlalu memberatkan aspek teknikal

 S.30 (5A) APP 1967– award Mahkamah perlu mengambilkira mana-


mana perjanjian / kontrak pekerjaan

 S.30 (6) APP 1967 – Mahkamah boleh memberikan award yang


berbeza daripada apa yang dipohon oleh pemohon, berdasarkan
kesesuaian

 S.30 (7) APP 1967–award oleh menetapkan tempoh dimana award itu
akan berkuatkuasa dan ia boleh retrospective. 32
 S.32 APP 1967 – award adalah berkuatkuasa terhadap semua
pihak yang bertelagah dan pihak-pihak yang berkaitan dengan
kes itu

 Semua pihak perlu mematuhi keputusan Mahkamah

Ming Court Beach Hotel and National Union of Hotel, Bar


and Restaurant Workers (Award 217/1987)-
Mahkamah memutuskan agar pemohon diterima kembali
bekerja. Apabila pemohon hadir ke tempat kerja, majikan
memberikan surat menyatakan mereka tidak dapat diterima
semula dan satu rayuan untuk menukar keputusan Mahkamah
akan dibuat. Mahkamah memutuskan bahawa keputusan asal
Mahkamah perlu dipatuhi oleh semua pihak termasuk
majukan

33
 Kuasa kehakiman yang diberikan oleh Akta kepada mahkamah
perusahaan membolehkan pertikaian majikan-pekerja
diselesaikan secara cepat kerana bebas daripada prosedur
teknikal sebagaimana yang berlaku di mahkamah awam.

 Mahkamah Perusahaan mesti mematuhi prinsip keadilan semula


jadi mengikut dua keadaan
Audi alteram partem (Latin phrase meaning "listen to the
other side", or "let the other side be heard as well“)
bermaksud mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak
sebelum membuat sebarang keputusan

Nemo judex in causa sua – (Latin maxim which means no man


shall be the judge in his own Courts) memastikan perbicaraan
yang adil dan seimbang dan tidak berat sebelah.
34
 Award Mahkamah Perusahaan adalah final dan ia tidak akan
diubah oleh Mahkamah awam (melainkan ada kesalahan yang
jelas)

Hotel Jaya Puri Bhd lwn Kesatuan Kebangsaan Pekerja Hotel,


Bar dan Restaurant Workers dan Anor (1980)
Mahkamah Perusahaan membuat keputusan bahawa pemohon
(pekerja restoren dalam hotel) adalah dikira sebagai pekerja hotel
kerana restoran dan hotel adalah entiti yang sama. Oleh itu, hotel
mesti membayar pampasan kerana memecat pekerja terbabit
secara tidak sah.

Hotel membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan


award tersebut atas alasan award tersebut bersalahan dengan
undang-undang. Mahkamah Tinggi akhirnya menolak rayuan
tersebut dan berpendapat Mahkamah Perusahaan mempunyai
bidang kuasa tertentu menurut peruntukan dalam S. 29 APP iaitu
untuk memutuskan perkara yang dibawa kepadanya. Mahkamah
Tinggi tidak akan campur tangan dalam keputusan
35
yang telah
dibuat.
 S56(1) Any complaint that any term of any award or of
any collective agreement which has been taken
cognizance of by the Court has not been complied with
may be lodged with the Court in writing by any trade
union or person bound by such award or agreement.
 (2) The Court may, upon receipt of the complaint,— (a)
make an order directing any party—
 (i) to comply with any term of the award or collective
agreement; or
 (ii) to cease or desist from doing any act in contravention of any
term of the award or collective agreement.

Mumtaj Hassan Colgis 36


 S. 56(1) APP 1967 – Aduan bertulis boleh dibuat kepada
Mahkamah oleh kesatuan sekerja atau mana–mana orang yang
berkaitan sekiranya award atau perjanjian kolektif yang telah
dibawa ke pengetahuan Mahkamah tidak dipatuhi

 S. 56 (2) APP 1967 – Sekiranya mendapat aduan, Mahkamah


boleh
(a) mengarahkan pematuhan atau berhenti dari melanggar
award / perjanjian
(b) mengarahkan raktifikasi / restitusi mana-mana terma
award atau perjanjian
(c) mengarahkan (dalam kes-kes tertentu) untuk mengubah
atau mengeluarkan mana-mana terma award atau perjanjian

37
IMMUNITI AHLI MAHKAMAH PERUSAHAAN

 S. 24 (a) APP 1967 - Semua ahli yang dilantik di bawah s.21 dan
s.23 APP (YDP, Pengerusi, Panel) adalah dianggap sebagai
pegawai perkhidmatan awam.

 S. 24 (b) APP 1967 - Ahli mahkamah tidak boleh dipanggil


menjadi saksi atau pihak kepada mana-mana prosiding yang
berkaitan dengan pertikaian atau apa-apa perkara yang
dilakukan sebagi ahli kepada mahkamah perusahaan

38

Anda mungkin juga menyukai