Anda di halaman 1dari 5

Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76)

Objektif: Ordinan untuk mengawal selia standard minimum terma dan


syarat pekerjaan bagi pekerja dalam sektor swasta, sama ada berkesatuan
atau tidak berkesatuan di negeri Sarawak. Ordinan Buruh Sarawak (OBS)
pertama kali digubal pada 1959 dan dipinda pada 2005 untuk
membawanya sejajar dengan peruntukan Akta Kerja 1955.

Ditadbir oleh: Jabatan Tenaga Kerja, Sarawak.

Makna & Tafsiran

1. Ia melindungi pekerja dalam perkara seperti bayaran gaji, waktu


bekerja, cuti sakit, cuti tahunan dan faedah bersalin. Semua majikan
hendaklah mengikuti peraturan-peraturan yang dinyatakan.

2. Ordinan Buruh Sarawak tidak meliputi semua pekerja. Ia hanya


meliputi pekerja berikut:

a. Pekerja yang mempunyai kontrak perkhidmatan dengan


majikan dan berpendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.

b. Buruh kasar tanpa mengira gaji bulanan mereka termasuk


pemandu dan mekanik kenderaan bermotor.

3. Pembantu rumah tidak diliputi di bawah Ordinan Buruh Sarawak.


Pekerja yang di luar skop Ordinan Buruh Sarawak perlu bergantung
kepada kontrak pekerjaan mereka atau menyertai kesatuan sekerja
untuk membuat tawaran bagi pihak mereka.

4. Kewajipan utama majikan adalah seperti berikut:

a. Setiap pekerja hendaklah diberi kontrak perkhidmatan bertulis


yang mengandungi terma dan syarat pekerjaan, termasuk
peruntukan berkaitan dengan penamatan kontrak;
b. Menyenggara daftar tenaga kerja berkenaan dengan butir
peribadi pekerja, bayaran gaji dan potongan gaji;
c. Gaji perlu dibayar tidak lewat daripada hari ketujuh selepas hari
terakhir mana-mana tempoh gaji

5. Terma dan syarat minimum pekerjaan:

a. Waktu Bekerja Normal: Waktu bekerja normal hendaklah tidak


melebihi lapan jam dalam sehari atau 48 jam dalam seminggu.

b. Cuti: Berhak mendapat cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum
bergaji.
c. Cuti Tahunan: 8 hari cuti tahunan bergaji untuk pekerja yang
berkhidmat kurang daripada dua tahun; 12 hari cuti tahunan
bergaji untuk pekerja yang berkhidmat dua tahun atau lebih
tetapi kurang daripada lima tahun, dan 16 hari bagi mereka yang
berkhidmat lebih daripada lima tahun.

d. Cuti Sakit: 14 hingga 22 hari cuti sakit bergaji untuk setiap


tahun kalendar bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan,
jika perlu dimasukkan ke hospital, sehingga agregat 60 hari cuti
sakit bagi setiap tahun kalendar.

e. Cuti Umum: Berhak mendapat cuti bergaji pada 17 hari cuti


umum Persekutuan atau Negeri yang digazetkan. Jika mana-
mana cuti umum jatuh pada hari rehat, hari bekerja berikutnya
akan menggantikan cuti umum tersebut. 5 daripada cuti yang
wajib dan tidak boleh digantikan adalah:
i. Hari Kebangsaan;
ii. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong;
iii. Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Sarawak;
iv. Hari Pekerja; dan
v. Hari Malaysia.

f. Bayaran untuk kerja lebih masa: Bayaran minimun untuk kerja


lebih masa adalah satu setengah kali kadar jam pada hari bekerja
biasa, dua kali kadar jam pada hari rehat dan tiga kali kadar jam
pada cuti umum.

6. Peruntukan istimewa untuk perlindungan pekerja wanita berkaitan


dengan kerja waktu malam dan faedah bersalin:  
a. Pekerja wanita tidak dibenarkan bekerja dalam mana-mana
kegiatan perusahaan atau pertanian antara jam sepuluh
malam dan lima pagi, melainkan mendapat kelulusan
terdahulu Ketua Pengarah Tenaga Kerja.  
b. Pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin bagi tempoh
tidak kurang daripada 60 hari berturut-turut setiap kali bersalin
melainkan dia mempunyai lima anak atau lebih yang masih
hidup.  

7. Faedah penamatan dan rentikerja sentara


Pekerja yang diberhentikan atau ditamatkan pekerjaan atas sebab
kelewahan berhak bagi setiap tahun perkhidmatan mendapat gaji
10 hari jika diambil bekerja untuk kurang daripada dua tahun; gaji 15
hari jika diambil bekerja untuk dua hingga lima tahun; gaji 20 hari jika
diambil bekerja untuk lima tahun atau lebih.
8. Tidak hadir tanpa keizinan
Jika pekerja tidak hadir kerja untuk lebih daripada 48 jam tanpa
alasan munasabah dan tidak memaklumkan atau cuba
memaklumkan majikan, dia disifatkan mengingkari kontrak
perkhidmatannya dan boleh diberhentikan.

Implikasi Utama

Semua pekerja di bawah Ordinan ini perlu diberi kontrak perkhidmatan


bertulis mengandungi terma pekerjaan.

Akta Bidang Implikasi kepada Majikan


Utama
Ordinan Gaji RM2500 Beri kontrak perkhidmatan kepada
Buruh ke bawah setiap pekerja.
Sarawak
(Bab 76) Gaji dibayar dalam 7 hari pertama
bulan berikutnya.
Untuk
Pekerja
dalam Waktu - Waktu bekerja normal tidak melebihi
negeri bekerja 8 jam sehari atau 48 jam dalam
Sarawak seminggu.
dan dalam - Tidak melebihi 5 jam berturut-turut
kategori tanpa rehat selama 30 minit.
kerja 3 (a - Tidak melebihi rangkuman 10 jam
&b) di atas sehari.

Cuti Tahunan
Faedah cuti tahunan minimum
bergantung kepada bilangan tahun
dengan syarikat:
Kurang daripada 2 tahun -----8 hari
Lebih daripada 2 tahun tetapi kurang
daripada 5 tahun -----------12 hari
5 tahun ke atas – 16 hari.

Cuti Sakit 14 hingga 22 hari cuti sakit bergaji.


60 hari kemasukan ke hospital termasuk
cuti sakit bergaji.

Cuti umum 17 hari cuti umum yang digazetkan


Pengambilan Tidak dibenarkan bekerja dalam
kerja Wanita, kegiatan perusahaan atau pertanian
Larangan antara 10 malam hingga 5 pagi.
kerja waktu
malam

Elaun Cuti bersalin minimum 60 hari.


bersalin Bagi pekerja wanita yang bekerja
untuk mengikut kadar gaji harian atau
pekerja mingguan – Elaun adalah berdasarkan
wanita Kadar Bayaran Biasa atau bayaran
minimum RM6.00 sehari, mengikut
mana-mana yang lebih tinggi.
Bagi pekerja wanita yang bekerja
mengikut kadar gaji bulanan – Elaun
adalah berdasarkan kadar gaji
bulanan.

Notis Tempoh notis minimum berdasarkan


penamatan bilangan tahun bekerja dengan
syarikat:

Kurang daripada 2 tahun ------ Notis 4


minggu
2 hingga 5 tahun ------------- Notis 6
minggu
Lebih daripada 5 tahun------ Notis 8
minggu

Bayaran Hari bekerja:------ 1.5 x kadar jam.


untuk kerja
lebih masa
pada hari
bekerja
biasa

Bayaran Hari rehat:---------------2 x kadar jam


untuk kerja
lebih masa
pada hari
rehat

Bayaran Cuti umum:------3 x kadar jam


untuk kerja
  lebih masa
pada hari
cuti umum

Faedah Penamatan/ Rentikerja sentara atas


penamatan sebab kelewahan memerlukan majikan
pekerjaan & untuk membayar:
Rentikerja Kurang daripada 2 tahun --- Gaji 10 hari
sentara 2 tahun atau lebih tetapi kurang
daripada 5 tahun ----------- Gaji 15 hari
5 tahun ke atas ------ Gaji 20 hari

Tidak hadir Boleh diberhentikan kerja jika tidak hadir


tanpa kerja untuk lebih daripada 48 jam tanpa
keizinan alasan yang munasabah

Anda mungkin juga menyukai