Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Minggu Kedua (26 Mac 30 Mac 2012)

Sudut Geometri di Bilik Matematik


Jessica Jannet PISMP Matematik Ambilan Januari 2010

Masalah Sepanjang minggu pertama praktikum, saya dan rakan sepraktikum tealh menjalankan pemerhatian dan mendapati bahawa bilik matematik ini hampir lengkap tetapi kekurangan sebuah sudut geometri.

Analisis Masalah Dalam subjek Matematik,terdapat topik Bentuk dan Ruang ataupun Shape and Space yang melibatkan bentuk bentuk 3 dimensi, selain daripada bentuk 2 dimensi. Untuk memahami bentuk 2 dimensi, kanak kanak berusia 7 12 tahun ini boleh melihat secara terus atau melukis di atau kertas. Walaubagaimanapun, untuk memahami bentuk 3 dimensi, adalah lebih menarik jika murid dapat melihat dan menyentuh bentuk 3 dimensi tersebut. Oleh itu, sudut geometri diwujudkan dengan tujuan untuk membantu murid untuk melihat dan menyentuh bentuk 3 dimensi tersebut. Cadangan Memandangkan kanak kanak berumur 7 11 tahun lebih mudah untuk mempelajari perkara baru dengan adanya bahan bahan maujud, kami telah mencadangkan kepada pihak sekolah untuk mewujudkan sudut geometri di bilik Matematik. Tempoh 2 9 April 2012 (Seminggu)

Tindakan Susulan Kami telah membincangkan perkara ini bersama guru pembimbing, Puan Low Lee Chian. Beliau bersetuju dengan cadangan ini. (Dilampirkan bersama draf asal sudut geometri). Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk meminta kebenaran daripada Guru Besar, untuk membina sebuah sudut geometri di Bilik Matematik. Berikut adalah perincian projek kecil kami: Perkara: Tempat: Tempoh: Sudut Geometri Bilik Matematik 2 9 April 2012

Perkara yang dilakukan: i. ii. iii. Penyediaan ruangan sudut geometri Penghasilan 6 bentuk asas geometri Penghasilan bentuk bentuk tambahan geometri

Kesimpulan Diharapkan dengan kewujudan sudut geometri ini, murid boleh memahami bentuk bentuk 3 dimensi dengan lebih mudah.

Anda mungkin juga menyukai