Anda di halaman 1dari 4

Langkah Penyediaan Kad Pop Up Langkah 1. Sediakan kertas Huraian Sediakan sekeping kertas warna keras.

Gambar

2. Menghasilkan kad

Potong kertas tersebut dan lipat kepada setengah untuk menjadi kad.

3. Melukis garisan

Lukis dua garisan selari dengan ketinggian yang sama ke arah lipatan kad itu.

4. Gunting garisan

Gunting pada garisan yang dilukis di bahagian tepi kad tersebut.

5. Lipat bahagian digunting

Lipat pada bahagian yang digunting ke arah dalam kad dan tekan bahagian tepi yang dilipat dengan menggunakan jari.

6. Lipat kembali

Lipat kembali bahagian yang dilipat sebelum ini ke bentuk asal kad.

7. Buka kad

Buka kad dengan bentuk seperti khemah.

8. Tolak bahagian digunting

Tolak dari atas bahagian yang digunting ke arah dalam kad.

9. Tutup kad

Selepas dilipat, tutup kad ke bentuk asal.

10. Tekan kad

Tekan bahagian yang dilipat pada langkah 8 dengan menggunakan jari supaya kesan lipatan kelihatan lebih kemas.

11. Buka kembali

Buka kembali kad tersebut dan terhasillah kad pop up lapisan.

12. Hias kad

Potong gambar kartun dan lekat pada lapisan pop up tersebut. Pastikan gambar yang dilekat tidak terlalu besar supaya apabila kad dilipat, gambar tersebut tidak terkeluar dari dalam lipatan kad pop up.

Anda mungkin juga menyukai