Anda di halaman 1dari 3

Pembentukan sikap 1.

Membina sikap positif murid

Peranan guru Memodelkan tingkah laku yang positif Menggunakan contoh-contoh visual dan konkrit untuk menunjukkan interaksi yang positif dalam sistem persekolahan. Memperbetulkan tingkah laku murid yang salah dengan menunjukkan mereka tingkah laku yang betul. Mengajar murid-murid kemahiran baharu dan tingkah laku betul yang harus ditunjukkan oleh mereka. Memperbetul semua tingkah laku bermasalah dan belajar responsrespons alternatif yang boleh diterima dalam satu persekitaran sosial. Guru mesti meneguhkan semua tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif. Menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin serta kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengucapkan kata-kata pujian dalam peneguhan sosial. i. ii. Saya suka akan cara anda belajar dalam aktiviti kumpulan Sangat bagus, itu adalah satu soalan yang baik.

Membentuk tingkah laku positif menerusi penjanaan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar. i. Penerimaan pelajar tanpa syarat. Guru mengamalkan sikap terbuka dan memandang positif kepada semu pelajarnya. Beranggapan semua pelajarnya mampu berubah bagi

mencapai kemajuan apabila diberi peluang dan celik akal yang sewajarnya Tidak pilih kasih sera sentiasa bersedia mendengar dan menerima pandangan semua pelajarnya dengan hormat.

Memberi peluang kepada pelajar bercakap dan kurang membuat penilaian kepada pelajarnya secara melulu manakala teguran kepada pelajar perlu diluahkan secara mesra.

ii.

Mewujudkan perhubungan mesra. Mengambil berat dan memberi perhatian kepada semua pelajarnya Menyelitkan unsur jenaka semasa perbincangan bagi

menjadikan situasi lebih menyeronokkan.

iii.

Memahami pelajarnya dengan mendalam secara empati Mendegar dan peka kepada cara gaya pelajar meluahkan sesuatu. Prihatin kepada sebarang gerak laku pelajarnya.

iv.

Sentiasa mengambil berat kepada pelajarnya. Menentukan semua pelajar dalam keadaan yang selesa sepanjang proses pengajaran pembelajaran.

v.

Menghormati pelajar Sentiasa menjaga maruah dan tidak mempermainkan para pelajarnya dilihat sebagai faktor yang mengukuhkan lagi peranannya menghormati mereka.

vi.

Mendorong pelajar menjadi matang dan bertanggungjawab. Mendorong pelajar bertindak berdasarkan kekuatan potensi itu dengan guru sengaja memberi pelajar peluang menghadapi beberapa masalah dan membiarkan mereka bertindak

mengatasinya supaya pelajar lebih bertanggungjawab dan matang dalam proses pembelajaran melalui pengalaman.

vii.

Membantu pelajar mengenal pasti masalah secara saintifik. Membantu pelajar mengenal pasti masalah melalui temu bual dan pemerhatian serta menggunakan kaedah saintifik. Melalui proses mengenal pasti masalah secara saintifik dan sistematik ini dapat menjadikan pelajar lebih yakin dan berani berterus terang meluahkan isi hati mereka.

viii.

Membantu pelajar mencari alternatif Membantu pelajar mencari pilihan-pilihan jawapan kepada permasalahan. Membantu pelajar untuk mahir dalam membuat tafsiran dan membantu pelajarnya memperbanyakkan pilihan secara lebih berkesan.

ix.

Guru sebagai agen perubahan dan model guru harus mempunyai kemahiran menjadi model kepada pelajarnya. Tindak-tanduk guru yang baik menyebabkan pelajar mencontohinya seperti cara guru mengurus emosi,

berkomunikasi dan sifat kemesraannya.

Anda mungkin juga menyukai