Anda di halaman 1dari 4

Lidah Senjata Paling Berbahaya Nama Penulis : Mohd Redzuan Bin Mohd Sanusi

Prang...... kedengaran serpihan tingkap pecah....wooooo serentak dengan itu terdengar suara pelajar kelas 6 Mutiara @ 6 masalah mula bersorak.hiruk pikuk jadinya.apa nak jadi dengan budak 6 Mutiara ni, dah lah belajar tak pandai,banyak main, kurang ajar pula tuh. Gumam cikgu Anita. Selaku guru kelas 6 Mutiara dia amat memahami perangai anak didiknya. Kurang ajar, nakal, banyak main dan pelbagai perkara negatif telah diadukan kepadanya. Dah naik bernanah telinganya mendengar luahan dan perkara negatif tentang kelasnya. Betul tuh kak, apa nak jadi la dengan bebudak tuhcelah cikgu yan. berhadapan dengan perangai pelajar 6 masalah yang tidak dapat diduga. Pengawas, tolong panggil pelajar yang pecahkan cermin tuh ke mari sekarang arah cikgu Roslan selaku guru disiplin sekolah kebangsaan bunga mawar. 30 minit kemudian muncullah 3 orang abang besar 6 mutiara. Iwan, Alan dan Ijie merupakan 3 orang pelajar yang sangat terkenal di sekolah kebangsaan Bunga Mawar atas kenakalan mereka. Mereka bertiga bukan sahaja nakal, suka bergaduh tetapi juga suka melanggar peraturan sekolah. Seolah olah pelanggaran disiplin sekolah sudah sebati dengan darah daging mereka. Iwan, alan, ijie kamu buat apa sampai pecah cermin kelas kamu? Tanya cikgu Roslan dengan mata yang terjegil seolah olah mahu tersembul biji matanya keluar. Kami main bola kertas cikgu, jawab ketiga-tiga abang besar. Apa! Awak ingat kelas awak stadium old trafford ke ha? Jerkah cikgu roslan. Mahu saja ditelan ketiga-tiga orang pelajar yang ada di hadapanya itu. Ketiga orang pelajar tadi senyap sepi..tidak menjawab pertanyaan guru disiplin mereka yang garang macam singa. Jawab lah saya tanya ni....jerkah cikgu roslan lagi...sekali lagi soalan cikgu roslan tidak dijawab...diam seribu bahasa. Baik kalau kamu tak nak jawab soalan saya, saya terpaksa beri kamu makan rotan panjang saya...zap,zap,zap kedengaran bunyi rotan hinggap di tubuh ketiga-tiga pelajar berkenaan..setelah selesai menerima habuan dan hadiah dari guru disiplin, ketiga-tiga mereka bergerak masuk ke kelas. Cikgu roslan, saya ada perkara yang saya nak bincangkan pada cikgu, kata Ustaz Ridzuan. Apa dia cikgu?jawab cikgu roslan acuh tak acuh. Cikgu saya rasa cara cikgu 1 Cikgu yan salah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di kelas berkenaan selalu

menangani kes disiplin tadi tidak kena pada caranya lah cikgukata saya. Cikgu tak payah nak ajar saya cara nak kendalikan kes disiplin. Saya guru disiplin saya tau kerja sayajawab cikgu Roslan .Tidak mahu perkara ini menjadi panjang, saya terus bergerak masuk ke kelas 6 masalah. Bangun...Assalamualaikum Ustaz Ridzuan kedengaran suara Ali selaku ketua darjah 6 Masalah memberi salam. Waalaikum salam,baik semua boleh dudukujar saya kembali. Pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam suasana harmoni dan ceria. Ketiga-tiga abang besar 6 masalah masih lagi diam dan tidak mengambil endah akan sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berjalan. Agaknya kesan rotan yang hinggap di tubuh mereka masih lagi berkesan pada tubuh dan hati mereka. Iwan, Alan dan Ijie saya nak jumpa awak di bawah pokok tepi padang selepas rehat ya. Saya nak ajak awak bertiga pergi makan angin dan borakujar saya dengan ramah. Sekali lagi jemputan saya di pandang dengan sepi. Saya tunggu tau, jangan takut. Kita borak jer,tak ada apa pun. Anggap jer saya jemput awak macam kawan jemput pergi rumah. Saya tunggu tau. Ulang saya untuk mendapatkan kepastian.Tengoklah cikgu kalau kita orang senang kita orang pergi. Jawab Alan.haa macam tulah saya nak dengar..ok saya tunggu Jawab saya. Waktu rehat berlalu dengan pantas. Pelbagai ragam berlaku ketika rehat. Ada yang makan sambil berjalan,bermain di padang dan ada juga yang mengambil kesempatan mengulang kaji pelajaran untuk mengisi masa yang terluang. Di bawah pokok di tepi padang saya menunggu dengan penuh kesabaran. Benarlah penyeksaan.. Dari kejauhan kelihatan kelibat 3 orang abang besar 6 masalah sedang berjalan ke arah saya.Ustaz apa hal nak jumpa kami? Tanya Ijie dengan muka yang masam. Duduklah dulupelawa saya sambil terseyum. Dengan rasa berat hati 3 orang abang besar duduk bersama saya. Iwan,Alan Ijie..kamu dah makan ker? tanya saya. Dah jawab iwan acuh tak acuh. Hmm baguslah kalau dah makan.kata saya sambil bersandar pada batang pokok. Iwan, Alan Ijie saya nak tanya sikit boleh tak.apa dia cikgu..hmm sakit tak kena rotan tadi tanya saya. Sakit lah cikgu, orang giler jer kata tak sakit jawab Alan. Amarah Alan pada cikgu Roslan maih belum hilang. Iwan, Alan ijie kenapa kamu main bola kertas dalam kelas tadi. Bosan lah cikgu tadi tak ada cikgu masuk kelas tadi, so kitaorang mainlah. Kami bukan sengaja pecahkan cermin ...Ijie tak dapat tangkap bola terus kena cermin. Tuh yang pecah tuh. Saya tau lah kami ni nakal tapi betul cikgu saya tak sengaja jelas Iwan. 2 kata orang penantian itu suatu

Kami

bosan

luah

Iwan

lagi

selaku

Tukang

cakap

orang

abang

besar.

Betul...betul....betulsahut si alan sebijik macam upin dan ipin. Alan melontar pandangan ke padang. Padangannya kosong. Sakit rotan tadi masih lagi terasa. Saya tau kamu tak sengaja jawab saya. Kamu ni bukan lah pelajar yang jahat atau nakal. Biasalah kamu waktu nih memang banyak main...saya pun macam tu jugak dulu. Saya dulu pun nakal jugak. Jelas saya. Kenangan waktu sekolah rendah mengusik jiwa saya...teringat bagaimana nakalnya saya pada waktu dulu..kadang kala tersenyum jugak dibuatnya bila ingatkan kenangan lalu. Iwan,Alan, Ijie kalau kamu nak main, biarlah kena pada tempatnya sebab kalau kamu x kena pada tempatnya beginilah jadinya. Kerosakan dan kemusnahan akan berlaku. Dalam Islam, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk melakukan kerosakan...Allah berfirman dalam Al-Quran maksudnya: janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan Allah berfirman lagi di dalam Surah Al-Araff: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. Kamu boleh bermain,kamu boleh bergurau, kamu boleh buat apa sahaja tapi biarlah kena pada tempatnya. Saya yakin pada awak bertiga, awak bertiga bukanlah pelajar yang nakal sebaliknya kamu adalah pelajar yang terbaik dan terhebat pernah dimiliki oleh sekolah kita ujar saya dengan penuh harapan. Wajah ketiga-tiga abang besar dipandang. Ada sebutir senyuman terukir di bibir ketiga tiga abang besar...kalau kamu nak tahu kamu bertiga merupakan pelajar yang paling seronok pernah saya ajar... Wajah ketiga-tiga abang besar berubah menjadi sedikit ceri. .Iwan, Alan Ijie.,tiada orang yang boleh mengubah diri awak selagi awak sendiri tidak mengubah diri awak sendiri. Berubahlah demi kebaikan awak. Firman Allah di dalam Surah Ar-rad: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau 3

menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Jadilah pelajar yang sentiasa menanam azam untuk berjaya. Saya hanya boleh menasihati awak yang lain terpulang pada awak bertiga nasihat saya pada ketiga-tiga orang pelajar berkenaan Nasihat penuh ikhlas dilontarkan kepada ketiga-tiga orang pelajar. Cikgu kenapa cikgu baik sangat pada kami, orang lain tak baik pun pada kami tanya Iwan. Semua orang baik pada kamu, semua orang sayang pada kamu Cuma kamu sahaja yang tidak percaya pada diri kamu dan orang lain jelas saya. Saya baik pada kamu sebab kamu pelajar yang baikujar saya. Cikgu, kami azam nak jadi pelajar yang baik, kami juga nak jadik pelajar yang pandai tapi kami tak tau mana satu nak mula kata alan. Alan,kamu berubahlah langkah demi langkah. Satu demi satu, berubah kerana diri sendiri dan jangan berubah kerana orang lain,faham? tanya saya. Faham cikgu, saya minta maaf dan kami akan cuba berubah ke arah yang lebih baik ujar alan dengan penuh semangat. Baguslah kalau kamu dah faham, dah, jom kita masuk kelas jom. Dah lewat dah ni pelawa saya. Jom cikgu saya dah tak sabar nak masuk kelas nih jawab Alan. hmm tak sabar nak masuk kelas ker atau tak sabar nak main bola dalam kelas sindir ijie. Hmm dua dua sekali jawab si Alan. serentak dengan itu terdengar gelak tawa dari ketiga-tiga orang pelajar berkenaan.Hai kata dah taubat? Tegur saya. Tak lah cikgu, kami dah taubat dah jelas Ijie. Baguslah kalau dah taubat, jangan tukar kepada taubuat dah lah ujar saya sambil disambut gelak tawa. ......Kadang Kala Lidah Yang Lembut lebih berguna daripada senjata yang

menakutkan....dan ketahuilah bahawa lidah yang basah mampu melembutkan hati yang keras bagaikan keluli.......memahami lebih mudah daripada difahami

Anda mungkin juga menyukai