Anda di halaman 1dari 13

PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK, 08800 GUAR CHEMPEDAK KEDAH DARULAMAN.

PROSES TEKNIK
1.Buka bungkusan bahan yang telah diterima dari pembekal. 2.Tentukan keadaan bahan berada dalam keadaan yang baik.Bagi bahan yang rosak pulangkan segera kepada pembekal. 3.Semak bahan yang baru diterima dan tentukan supaya ianya sama dengan butiran di dalam fail pesanan invoice. 4.Bandingkan harga invoice dengan slip pesanan adalah sama.Jika terdapat perbezaan harga,sila berhubung dengan pembekal segera untuk perbetulkan harga sebenar

Penerimaan Bahan

TEKNIK MEMBUKA BUKU BARU 1.Letakkan buku itu diatas meja dengan tulangnya kebawah. 2.Kemudian buka buku itu.Tekan dengan tangan kulit buku dan beberapa helai muka surat sebelah. 3.Kemudian di sebelah menyebelah sehingga sampai ke muka surat tengah buku itu. 4.Kemudian perhatikan jika ada di dalam buku itu muka surat atau bahagiannbahagian yang lain yang tidak betul atau tersalah cetak

REKOD PEROLEHAN
1.Ini adalah amat penting.Ia juga dikenali sebagai buku stok untuk perpustakkan sekolah.Setiap buku yang dibeli mestilah direkodkan didalam buku perolehan. 2.Buku rekod perolehan ini perlu dikemaskini pada setiap masa.Pada akhir tahun buku ini akan diperiksa oleh pihak audit atau Pegawai-pegawai dari jabatan Pendidikan Negeri.

CAP HAKMILIK 1.Capkan tanda hak milik pada halaman judul buku dan juga bahagian dalam kulit depan dan belakang buku. 2.Capkan juga nombor perolehan buku dan nombor panggilan pada halaman muka surat judul. 3.Tentukan tanda hak milik dicopkan di muka surat sulit bagi sesebuah buku,sebagai contoh sila ikut arahan yang diberikan.

Bagi buku fiksyen *Copkan di muka surat 99 bagi buku yang melebihi dari muka surat 200 muka surat.
*Copkan bagi muka surat 9 bagi buku yang kurang dari muka surat 100 muka surat

Bagi Buku Bukan Fiksyen *Tentukan muka surat rahsia dan contohnya, *Copkan muka surat 55 bagi buku yang melebihi dari 100 muka surat. *Copkan di muka surat 15 bagi buku yang kurang dari 100 muka surat.

SISTEM PENGKELASAN DEWEY Maklumat umum *Sistem ini dicipta oleh Melvil Dewey pada tahun 1873.Sejak itu sistem ini telah mengalami perubahan dan pindaan serta ditokok tambah.Versi pertama tidak diringkaskan manakala Versi kedua diringkaskan. *Terdapat versi yang diringkaskan dalam Bahasa Melayu iatu Senarai Ringkas Pengekelasan Perpuluhan Dewey untuk Perpustakaan-Perpustakaan Di Malaysia diusahakan oleh Unit Perpustakaan Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

CARTA ALIRAN PROSES TEKNIK 1.Setiap bahan PSS yang dimasuk kira dalam koleksi hendaklah: #Diterima dan direkodkan. #Diberikan nombor perolehan #Dikelaskan mengikut kaedah yang ditetapkan #Disusun di rak mengikut sistem Sains Perpustakaan. #Diberi Promosi kepada guru dan murid (sudut Buku Terbaru)

. Bahagian Utama
Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey membahagikan semua ilmu pengetahuan kepada pengetahuan bahagian utama .Sembilan bahagian mewakili sembilan bidang ilmu pengetahuan umum dan satu bahagian untuk bahan-bahan yang terlalu umum seperti ensaiklopedia,surat khabar,terbitan berkala.Setiap kelas utama dikenali dengan penggunaan nombor siri ke seratus seperti berikut:

000Karya Am 100Falsafah 200Agama 300Sains Kemasyarakatan 400Bahasa 500Sains Tulen 600Teknologi 700Kesenian 800Kesusteraan 900Geografi,Pengembaraan,Sejarah dan Biografi

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA


SEKIAN TERIMA KASIH

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai