Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN / MASA Permulaan / set induksi 3 minit

TAJUK/ AKTIVITI

ORGANISASI

Induksi

- Guru memperlihatkan video kebakaran/gambar kebakaran kepada murid - Guru bertanyakan kepada murid : i. apakah yang murid dapat perhatikan daripada video tersebut (video/gambar kebakaran) ii. Siapa orang pertama yang melihat kebakaran tersebut dan apakah tindakan seterusnya (Kanak-kanak memberitahu kepada ibunya mengenai kebakaran)

CATATAN / ALATAN / STRATEGI BBM : 1) Laptop

2) LCD

Langkah 1 6 minit

Bersoal jawab mengenai kad-kad gambar situasi kecemasan

Guru: -Memperlihatkan beberapa kad gambar kepada murid mengenai situasi kecemasan. -Bertanya kepada murid apakah situasi kecemasan yang mereka dapat lihat daripada kad gambar tersebut dan guru memberi input kepada murid -Mengapakah boleh berlakunya situasi kecemasan tersebut? (Tempat licin,tidak melihat kiri kanan jalan) -Guru memberitahu tempat-tempat biasanya situasi tersebut berlaku. (Rumah, sekolah dan tempat awam) -Guru bertanya : i. Apakah situasi kecemasan yang mereka pernah lihat / alami sendiri?

BBM 1) Kad Gambar

Langkah 2 7 minit

Kandungan tajuk: Sekolah:

Memberitahu Guru (Supaya guru boleh membantu orang tersebut mungkin menghantar orang ke hospital) Rumah : Memberitahu Ibubapa (supaya Ibubapa dapat membantu) Tempat awam: Memberitahu orang yang terdekat ataupun orang yang berada di kedai-kedai terdekat (supaya dapat membantu mangsa) Langkah 3 5 minit Murid melengkapkan lembaran kerja

(Orang jatuh daripada basikal/ Orang terlanggar di jalan/ orang terlicin jatuh tangga) ii.Apa yang mereka lakukan untuk mengendalikan situasi kecemasan tersebut? (Memberitahu ibubapa/guru/jiran) -Guru memberitahu jika berlaku situasi kecemasan di rumah, sekolah dan tempat awam apa sepatutnya mereka lakukan.

-Murid menyiapkan lembaran kerja secara individu dalam masa 3 minit -Guru dan murid membetulkan lembaran kerja bersama.

BBM 1) Lembaran kerja

Langkah 4 6 minit

Murid melukis gambar situasi kecemasan yang mereka tahu

-Guru meminta murid untuk melukis situasi-situasi kecemasan yang mereka ketahui dan meminta murid menyatakan siapakah patut mereka laporkan jika situasi kecemasan itu berlaku(gambar kebakaran-memberitahu ibubapa/guru)

BBM 1) Kertas A4

Penutup 3 minit

Guru bersoaljawab dengan murid

Soalan guru: 1. sebutkan siapakah orang yang anda akan cari bila berlakunya kecemasan di sekolah? (guru) 2. sebutkan siapakah orang yang anda akan cari bila berlakunya kecemasan tempat awam (orang yang berada berdekatan) 3. Sebutkan siapakah orang yang anda akan cari bila berlakunya kecemasan di rumah? (Ibubapa)

Pertolongan cemas KSSR tahun 2 PISMP PJ semester 4 (2012) (K.K.G)

Anda mungkin juga menyukai