Anda di halaman 1dari 2

QIRAAT SABAH DAN QIRAAT ASYARAH Qiraat 7 (sabah) mahupun qiraat 10 (asyarah), ianya tetap tidak lari daripada

7 ahruf sebagaimana ia diturunkan. Kesemuanya mutawatir daripada Rasulullah SAW. Ini bermakna, Rasulullah SAW membaca dengan kesemua qiraat ini. Qiraat 7 dikupas dan dijelaskan oleh Imam al-Syatibi. Imam al-Jazari pula mengupas dan menyusunnya sehingga 10 qiraat. Tetapi, ini tidaklah bermakna Imam al-Jazari telah melakukan penambahan kepada ilmu ini sehingga menjadi 10. Tetapi berkemungkinan, Imam as-Syatibi pada zamannya hanya sempat mengumpul dan menyusunnya sehingga 7 sahaja. Setelah itu, pengumpulan dan pengkajian diteruskan oleh Imam al-Jazari sehingga lengkap menjadi 10 qiraat.Kesemua 10 qiraat Imam al-Jazari dikenali dengan al-Qiraat al-Asyarah al-Kubro. Tetapi jika 7 qiraat Imam alSyatibi digabungkan dengan 3 lagi qiraat Imam al-Jazari maka ia dikenali dengan al-Qiraat al-Asyarah al-Soughro. PENGENALAN RINGKAS 10 IMAM QIRAAT 1. Imam Nafi Namanya Abu Ruaim Nafi bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim Al Laithi. Berasal dari Asfahan. Merupakan imam Darul Hijrah. Wafat pada 169 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Qalun dan Warsh. 2. Imam Ibnu Kathir Namanya Abdullah bin Kathir Al makki. Merupakan imam ahli Mekah. Dilahirkan pada 45 hijrah dan wafat pada 120 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Bazzi dan Qunbul. 3. Imam Abu Amru Namanya Zaban bin Ala bin Ammar bin Uryan Al Maazini Al Tamimi Al Basri. Dilahirkan di Mekah pada tahun 68 hijrah dan wafat pada 154 hijrah di Kufah. Rawinya yang terkenal iaitu Duri dan Susi. 4. Imam Ibnu Amir Asy Syami Namanya Abdullah bin Amir Asy Syami Al Yahsobi. Merupakan qadhi di Damsyiq ketika Khilafah Al Walid bin Abdul Malik. Diberi gelaran Aba Amru. Beliau adalah seorang tabiin. Dilahirkan pada 8 hijrah dan wafat pada 118 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Hisyam dan Ibn Zakwan. 5. Imam Asim Namanya Asim bin Abi An Najud Al Asadi. Digelar sebagai Aba Bakar. Merupakan seorang tabiin dan beliau adalah seorang ketua qura di Kufah. Terkenal sebagai seorang yang

mempunyai suara yang paling lunak.Wafat pada 127 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Syubah dan Hafs. 6. Imam Hamzah Namanya Hamzah bin Habib bin Ammarah Az Zayyat. Digelar Aba Ammarah. Dilahirkan pada tahun 80 hijrah. Beliau adalah seorang peniaga, seorang ahli ibadah dan seorang yang wara.Wafat pada 156 hijrah pada zaman khilafah Abi Jafar Al Mansur. Rawinya yang terkenal iaitu Kholaf dan Kholad. 7. Imam Kisai Namanya Ali bin Hamzah An Nahwi. Digelar sebagai Aba Hasan. Diberi kunyah sebagai kisai kerana beliau dibesarkan di satu tempat bernm kusa. Wafat pada 198 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Abu Haris dn Duri. 8. Imam Abu Jaafar Namanya Yazid bin Qaqa Al Makhzumi Al Madani. Diberi kuniah sebagai Abu Jafaar. Beliau adalah seorang tabiin.Wafat pada 130 hijrah. Rawinya yang terkenal iaitu Ibn Jammaz dan Ibn Wirdan. 9. Imam Yaaqub Namanya Yaaqub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq Al Hadhrami Al Basri. Kuniahnya Abu Muhammad.Wafat pada tahun 205 hijrah ketika berumur 88 tahun. Rawinya yang terkenal iaitu Ruais dan Rauh. 10. Imam Kholaf Al Asyir. Namanya Kholaf bin Hisyam bin Thalab bin Kholaf Al Asadi Al Baghdadi Al Bazzar. Digelar sebagai Abu Muhammad. Dilahirkan pada tahun 150 hijrah dan wafat pada bulan jamadil akhir tahun 229 hijrah di Baghdad. Rawinya yang terkenal iaitu Ishaq dan Idris. IMAM NAFINama : Nafi bin Abd Rahman bin Abu Naim.Kuniah : Abu Ruwaim, Abu AlHasan, Abu Abd Rahman.Lahir pada : tahun 70 hijrahWafat pada : tahun 169 hijrah ketika berusia 99 tahun.Asal : Asbahan.Ciri-ciri : berkulit gelap, tampan, baik rupa paras, mesra dengan org ramai.Bertalaqqi dengan lebih dari 70 orang guru dari kalangan tabiin. Antaranya:

Anda mungkin juga menyukai