Anda di halaman 1dari 8

AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

BIL. JURNAL : MINGGU KEEMPAT TARIKH : 13 OGOS- 17 OGOS 2012


PENDAHULUAN
1)

Teori Tingkah Laku Teori Pelaziman Operan Teori Pembelajaran sosial

TEORI PELAZIMAN OPERAN Pelaziman operan (operant conditioning) berupa satu bentuk pembelajaran yang melibatkan hasil atau kesan daripada tingkah laku terdahulu menghasilkan tingkah laku baharu. Pelaziman operan dikenali juga sebagai pelaziman instrument (instrumental conditioning). Pelaziman operan diperkenal oleh B.F. Skinner berasaskan pandangan teori hubungan (connectionist) E.L. Thorndike.

Teori Pelaziman Operan E.L.Thorndike (1874-1949) Thorndike banyak membuat kajian tentang tingkah laku haiwan. Thordike terlibat secara langsung dalam bidang keguruan sebagai pengajar psikologi di Teachers College Universiti Columbia. Thorndike banyak memberikan sumbangan dalam bidang pembelajaran manusia, pendidikan dan ujian mental. Proses pembelajaran yang diperkenalkannya ialah connectionism. Menurut Thorndike, hubungan (connection) antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan.

AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

Thorndike telah memperkenalkan tiga hukum/ prinsip pembelajaran hasil daripada kajian ini. Hukum kesediaan Hukum latihan Hukum kesan

HUKUM KESEDIAAN Individu perlu ada kesediaan untuk memungkinkan tindakan atau gerak balas berlaku. Kesediaan belajar termasuklah kesediaan kognitif (pengetahuan/ pengalaman lepas), kesediaan afektif (kecenderungan dan minat) serta kesediaan psikomotor (kemahiran fizikal). Hukum kesediaan mengarah kepada pencapaian matlamat dan pembelajaran. HUKUM LATIHAN Hubungan rangsangan dan gerak balas (R-G) akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Hubungan antara rangsangan dengan gerak balas (R-G) akan menjadi lemah jika tidak digunakan, iaitu tiada pengulangan dan latihan. Hukum latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak digunakan/ dibuat lagi. HUKUM KESAN Sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang menyeronokkan dan memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu berulang. Apabila situasi berulang, hubungan gerak balas dengan situasi adalah merangsangkan. Sesuatu gerak balas yang diikuti

AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

kesan yang tidak memuaskan akan menyebabkan hubungan dengan situasi menjadi lemah.

Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner Pelaziman operan menekankan hasil kesan-akibat yang membawa kepada tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi dan sebaliknya. Kesan-akibat boleh berlaku dalam bentuk ganjaran ataupun hukuman. Oleh itu, hukuman dan dendaan, ganjaran dan peneguhan membawa kesan yang tertentu kepada kemungkinan wujudnya tingkah laku baharu atau sebaliknya. Ringkasnya, pelaziman operan yang diperkenalkan oleh Skinner boleh dirumuskan seperti di dalam bentuk rumus dibawah.

A B
A- Mewakili antecedent iaitu peristiwa awal B- Mewakili behaviour iaitu tingkah laku C- Mewakili consequent iaitu kesan akibat

* C akan seterusnya menjadi A, iaitu peristiwa awal bagi tingkah laku seterusnya.

AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

MASALAH / PERISTIWA : 1. Kekangan pelaksanaan pengurusan tingkah laku murid Pada minggu sebelumnya, saya telah mencatatkan di dalam jurnal saya bahawa saya masih akan meneruskan rancangan saya untuk melaksanakan pengurusan tingkah laku yang telah saya tetapkan ke atas murid yang telah saya pilih sebagai kajian kes. Walau bagaimanapun, sepanjang empat minggu yang telah berlalu saya dapati banyak perkara yang tidak dapat dijalankan kerana terdapat pelbagai kekangan serta halangan yang terpaksa didepani. Antaranya ialah kekangan masa. Waktu yang telah saya rancangkan untuk pelaksanaan tingkah laku tersebut ialah pada waktu pagi iaitu dari jam 07.45 pagi hingga jam 08.00 pagi. Waktu tersebut adalah merupakan waktu yang sangat singkat dan saya pula tidaklah berada di kelas pendidikan khas pada setiap hari kerana pada setiap pagi Rabu dan Jumaat saya mempunyai kelas Pendidikan Jasmani di aliran perdana. Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu pada waktu pagi juga menjadi halangan tambahan kepada perancangan saya. kadang-kadang pada waktu pagi hujan, dan ini menyebabkan murid kelas pendidikan khas hanya bertugas di dalam kelas sahaja dan tidak boleh menjalankan tugas di luar kelas. Selain itu, sudah menjadi satu kebiasaan bagi murid sekolah sama ada murid khas ataupun murid aliran perdana, kadang-kadang tidak akan hadir ke sekolah sama ada malas ataupun mempunyai faktor-faktor lain yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, saya bercadang untuk menukar strategi pelaksaan iaitu mungkin saya akan menukar waktu pengurusan tingkah laku atau sebagainya.

AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

ANALISIS Masalah yang telah saya kemukakan adalah masalah biasa yang dihadapi oleh guru pelatih seperti saya yang terikat dengan banyak perkara selain mengajar di kelas. Masalah-masalah seperti tidak mempunyai masa yang mencukupi, masalah cuaca, masalah murid tidak hadir ke sekolah dan seumpamanya adalah masalah yang memang tidak mampu dielakkan. Namun, sebagai pelatih yang masih sedang belajar, walaupun saya tidak dapat melaksanakan apa yang telah dirancang dengan sempurna saya tetap perlu mencari jalan bagi mempelajari hal berkaitan pengurusan tingkah laku murid dengan lebih mendalam. Masalah utama yang dihadapi oleh saya ialah kekangan masa yang sangat ketara. Masalah ini berlaku kerana selain mempunyai jadual latihan mengajar, saya juga perlu menyiapkan pelbagai tugasan lain yang menuntut masa yang banyak termasuk ketika pada waktu pagi yang mana saya sepatutnya melaksanakan rancangan pengurusan tingkah laku ke atas murid. Saya juga tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama murid berkenaan kerana jadual kelas sudah cukup padat buat masa ini. Selain itu, saya juga masih baru di sekolah ini dan sangat sukar untuk saya melaksanakan sesuatu pengurusan tingkah laku yang memerlukan tempoh jangka masa yang panjang sebelum betul-betul mengenali murid yang sedang dikaji. Saya juga telah mendapatkan maklumat daripada guru-guru di sini yang telah lama mengenali murid tersebut (Gan Jia Jie). Mereka sendiri menyatakan bahawa tingkah laku yang hendak saya ubah memerlukan masa yang agak lama, sekurang-kurangnya dua bulan ke atas. Untuk mengubah sesuatu tingkah laku juga, seorang guru perlu mendekati murid tersebut pada setiap masa bagi memperolehi kepercayaannya sebelum dapat memulakan sesuatu aktiviti. Inilah perkara yang sangat sukar untuk saya lakukan iaitu mendekati murid berkenaan. Saya tidak sempat untuk mendekati murid ini kerana saya mempunyai kelas pada setiap hari sama ada di kelas pendidikan khas mahupun di kelas perdana. Saya juga mempunyai projek yang perlu disiapkan segera iaitu mengemaskini bilik pejabat PPKI SK Ujong Pasir.

AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN Bagi mengatasi masalah kekangan masa seperti yang telah dinyatakan, saya telah mempunyai beberapa perancangan awal. Rancangan ini mungkin tidak dapat memastikan RPI yang telah saya rancangkan terlaksana, tapi ia mungkin dapat membantu saya mencapai walaupun sedikit dari apa yang disasarkan. Untuk itu, saya telah menetapkan untuk mencuri masa pada setiap hari walaupun hanya setengah jam untuk saya mendekati murid berkenaan bagi mengenalinya dengan lebih dekat. Sekurang-kurangnya walaupun tidak dapat mencapai apa yang telah dirancangkan, saya dapat mengenali murid ini dengan lebih baik, memahami kesukaran yang dihadapinya dan yang paling penting ilmu berkaitan murid bermalah autisma yang tidak mungkin akan diperolehi hanya sekadar membacanya daripada mana-mana buku. Projek di PPKI SK Ujong Pasir telah selesai dan apabila naik ke minggu keempat praktikum iaitu selepas cuti hari raya, saya jangkakan saya mempunyai sedikit lebihan masa. Oleh itu saya masih tetap akan cuba melaksanakan apa yang telah dirancang sekerap mungkin demi melihat hasil yang dikehendaki.

AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

KESIMPULAN Walaupun saya menghadapi banyak masalah dalam usaha untuk menjalankan rancangan pengurusan tingkah laku yang telah saya rencanakan, namun masa untuk saya bersama murid berkenaan masih panjang iaitu hampir empat minggu lagi. Oleh itu saya kira saya tidak boleh terus berputus asa dan berhenti begitu sahaja kerana masa yang ada masih lama. Usaha masih perlu digiatkan dengan kesungguhan yang tinggi kerana ini adalah lumrah yang biasa dihadapi semasa belajar. Saya tidak akan berputus asa dan berhenti separuh jalan sahaja kerana setidak-tidaknya saya boleh mendapat sedikit ilmu semasa berusaha berbanding tidak mendapat apa-apa jika tidak melakukan apa-apa.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

. (AZLIZA BINTI MOHAMED)

Anda mungkin juga menyukai